February 7, 2010

TANDA: Banned! Adnan Sempit = Boleh-lah...

Salam ukhuwwah fillah...





Kelmarin saya mahu pergi ke Pementasan Projek KoKEN: Tanda yang berlangsung di ASWARA. Saya berkobar-kobar mahu pergi, siap pujuk abang dan kakak demi untuk sampai menonton pementasan terebut. Alhamdulillah berjaya.

Namun sayangnya, dah separuh jalan menempuh gelap malam, di saat saya gembia meng-confirm-kan tiket, saya dikhabarkan dengan berita sedih yang pementasan Tanda dibatalkan.

Okey, saya kecewa, tersangat-sangat.

Saya sudah mengharungi separuh perjalanan menempuh gelap malam di bandar Kuala Lumpur, dan ketika itulah kekobaran jiwa saya untuk pergi menonton pada malam itu dibunuh, terbunuh begitu saja. Saya baru saja menghantar mesej untuk mengesahkan kehadiran saya dan tempahan tiket yang sudah saya buat petang tadinya. Tiba-tiba saudara yang menguruskan tiket terbabit menghubungi saya, mengkhabarkan berita yang amat mengejutkan hati dan sanubari saya lalu saya tersentap seketika apabila mendengar kata-kata beliau; pementasan pada malam tersebut dibatalkan. Terdiam.

Oh, Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya saya!

Ya, waktu itu saya rasa seperti ingin saja menghentak telefon bimbit di tangan sekuat hati, tapi mengenangkan kerugian yang bakal saya alami, saya membatalkan niat untuk bertindak sedemikian. Saya cemburu sekali (dan rasa dengki sedikit) kepada mereka yang dah sempat menonton pada malam-malam sebelumnya. Ah! Saya benar-benar kecewa-lah!

Oh, mengapa pada malam saya begitu berkobar-kobar berniat murni hendak pergi menonton Pementasan KoKEN tiba-tiba ia dibatalkan pula? Sudah-lah Pementasan KoKEN yang pertama dulu saya tidak sempat pergi, yang ini juga nampaknya tak dapat saya saksikan. Setelah beberapa malam sempat berlangsung, sebuah pementasan teater tiba-tiba ditarik semula kebenaran pementasannya dan diarahkan berhenti serta merta. Ini jarang berlaku, saya kira ini belum pernah berlaku.

Ada rezeki kita dapat juga menonton nanti, Cik Coffeeholic di sebelah menenangkan saya. Terdiam saya memujuk diri sendiri. Bagus juga, saya fikir. Dengan arahan supaya pementasan Tanda dibatalkan, pasti ada pihak yang sudah tersedar akan kehangatannya lalu bertindak segera. Dari satu sudut, saya membuat anggapan bahawa pementasan ini sudah berjaya!

Menurut saudara pengurus tiket (saudara Hafiz namanya kalau tak silap saya) itu tadi lagi, insya Allah akan diadakan pementasan buat menggantikan Tanda yang terbatal tanpa niat itu. Saya amat-lah berharap dapat menontonnya nanti.



* * * * *






Bertitik tolak dari pembatalan pementasan Tanda, lalu saya pun segera mengorak langkah mencari alternatif lain bagi memuaskan nafsu hendak menonton yang membuak-buak tanpa dapat dikawal. Akhirnya saya memutuskan untuk menonton filem Adnan Sempit di pawagam berhampiran. Ngam-ngam waktu saya tiba itu, beberapa minit lagi waktu tayangan bermula. Tanpa ragu-ragu tiket terus dibeli dan saya bergegas membeli bertih jagung. Ini bukan tontonan serius, kata minda saya kepada saya, mujur ketika itu saya pun terasa ingin mengunyah juga.

Lalu bermula-lah filem tersebut. Saya berharap saya akan ketawa besar, terbahak-bahak dan keluar air mata, namun hingga ke penghujung cerita, saya mendapati hanya ada satu babak saja yang komedinya mengesankan lalu berhasil membuat saya ketawa gembira. Babak tersebut adalah ketika Sam menyelamatkan keadaan di bilik mesyuarat dengan menghantar proposal (atau disposable bak kata Adnan) yang lengkap yang sepatutnya diserahkan oleh Intan Ladyana.

Baris dialog yang tak mungkin saya lupa adalah "Uncle (Dato'), I will not let the banana fruit two times!" Itu-lah satu-satunya moment yang berjaya buat saja ketawa hentak-hentak kaki!


Selebihnya, saya hanya ketawa tak jadi.


Berikut adalah beberapa poin yang saya senaraikan tentang filem Adnan Sempit:


1) Lakonan hampir kesemua watak dalam filem ini layak saya sebutkan sebagai hancusss! Intan Ladyana tak sesuai memegang watak Nadia, boss besar kepada Adnan, suaranya ketika menghambur marah, lebih teruk kalau sambil menangis pula, amat-lah menjengkelkan! (selamat datang buat beliau ke kelab suara annoying ala Fasha Sandha).

2) Saya tak pasti apa puncanya, tapi terlalu banyak perkara dan masalah membabitkan plot cerita dalam filem Adnan Sempit ini. Saya lebih suka filem ini bergerak tanpa narator (iaitu Sam sendiri). Mungkin pengarah boleh guna pendekatan lain bagi memastikan penonton faham jalan cerita. Lagipun serasa saya, cerita ini masih boleh difahami tanpa kewujudan narator.

3) Banyak perkara kurang penting dan tidak relevan yang dipaparkan. Sebagai contoh, babak nyanyian di celahan pokok kelapa yang terlalu panjang, kelakarnya ada (terima kasih kepada watak Bobby lakonan Along Raja Lawak) tapi saya merasakan lagu tersebut tidak pun membantu memberi impak komedi kepada penceritaan. Satu lagi, idea untuk mengadakan majlis reunion di sebuah banglo mewah milik keluarga yang sudah lama tak berpenghuni. Menambah kerja, terpaksa mengemas, menyiapkan rumah dan sebagainya padahal keluarga pemilik syarikat besar. Untuk majlis besar mengumpul teman dan rakan bisnes, pemilihan hotel sebagai lokasi majlis adalah lebih tepat. Lagi pula, boss sanggup menyusahkan dua tiga orang pekerja (tenaga tak ramai untuk mengerjakan sebuah banglo yang besar, hebat!) terpilih, PA dan budak despatch ofis, semata-mata nak dibuat menyamar sebagai kekasih. Oh, saya perasan si Bobby bukannya staf di pejabat mereka, dia mat rempit kawan kepada Adnan dan kekasih kepada Wawa (Norliyana Samsudin). Mengemas rumah dalam tempoh yang lama sudah satu hal, sempat pula dua tiga hari mereka 'bercuti' di rumah itu, siap bermalam dan sempat jumpa hantu. Lama juga masa santai kosong yang diperuntukkan pengarah buat watak membina perhubungan cinta. Okey, cukup. Poin yang ini terlalu panjang sudah.

4) Watak Wawa juga mengecewakan, entah ke mana pergi lakonan bersahaja Norliyana yang pernah saya sukai itu (dalam drama Cinta Balqis). Mungkin kerana situasi tidak-biasa-tapi-cuba-buat-biasa yang beliau perlu lakukan apabila berdialog gua-lu konon minah rempit otai. Eh, lupa. Apa term popular bawaan filem ini? Chikaro? Ya, itu-lah.

5) Lakonan Shaheizy Sam sememangnya penyelamat cerita! Mujur-lah ada wataknya menyelamatkan kecelaruan filem ini. Lakonan beliau yang jujur (saya rasa), blur, kelam-kabut, cepat menggelabah, cintakan boss di tempat kerja, mat rempit wannabe tapi dalam hati ada taman. Wataknya comel sungguh, lebih mantap berjaya jika disokong watak-watak lain yang lakonannya lebih meyakinkan.

6) Saya mengalami kecelaruan emosi sepanjang menonton filem ini. Babak sedih ketika Nadia berambu air mata memarahi Adnan di reunion party adalah babak yang telah buat saya ketawa! Bukan kerana situasinya, tapi kerana ekspresi wajah Intan Ladyana yang manis itu tiba-tiba berubah jadi monster bersuara kecil. Oh, takut! Tapi comel dan kelakar... haha...


Secara keseluruhan, saya pun tak tahu mahu beri berapa bintang kepada filem ini. Tapi, saya mengaku seronok dapat juga menonton sendiri Adnan Sempit yang heboh
diperkatakan amat sangat kelakarnya itu. Baru rasa fair dan berhak mengkritik, tak adil jika saya belum tengok filem ini tapi terpengaruh dengan kritikan orang lain. Bagi saya, ia biasa-biasa saja. Mungkin kerana saya seorang yang lebih kelakar daripada Adnan? Mungkin juga.

Lagi artikel tentang Adnan Sempit, boleh baca di sini.

* Bagi mereka yang menyukai filem ini, tak salah juga. Mungkin komedinya kurang sesuai dengan selera saya. So, rileks okeh, der...!


~0^_^0~

6 comments:

S.I.D said...

adnan sempit filem macam suka2 jeh..
tgk wat sronok ok lah..
heh...
nice entri.. (der~)

. said...

O man panjangnye post ni... haha, teringatkan review Collateral saya.

Another suck local movie with no plot? Sighs....

mapieceofart said...

S.I.D: yup, untuk tontonan ringan, ya boleh. trimas. =)

John: plot ada, walaupun tak begitu organized (melompat-lompat), tapi setiap konflik yg ditimbulkan tak ada signfikan, so tak payah ada pun takpe. lakonan tak membantu.

our malaysian actors and actresses really need serious help on good acting skills.

*wah, dah mcm cikgu je komen! haha!

. said...

Kalau plot tu not memorable, macam xde plot la kan? XD

Wawan Saini said...

Salam singgah..
saya suka cara pengolahan anda..
merangkumi dr pelbagai aspek.
teruskan..
mohon izin mahu link kn blog kamu pada teratak saya..:P

mapieceofart said...

john: being memorable or not isn't the issue... what counts is whether the plot makes the film stand strong or not... without a plot (or several subplots) a film cannot stand on its own... there won't be any story... the plot is the film form or structure (skeleton) and the story is the content... that's how i understand it... if both form and content is there, then only a film is considered good... now i'm explaining it to you like a film lecturer... haha! =)

wawan: trimas... sila-lah me-link... =)

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!