Arini rase happy sikit berbanding hari lain sebab aku dah cukup umur....!!!
yep! hari ni ialah hari ulangtahun aku yg ke-20... uff...! aku dah tak berstatus remaja belasan tahun lagi.... mungkinkah aku akan jadi wanita yang matang bermula hari ni....? owh....mungkin tidak.... dari segi pemikiran, ya, tentu! tapi aku ialah aku yang sememangnya aku yang tak sama dengan orang lain.... so, aku akan maintain menjadi riang ribena sampai tiba masanya aku tak jadi riang ria ribena lagi..... whew...!
tapi ape pun, thanx kpd sume yg ingat hari lahir aku (termasuk yang diingatkan...) tapi agak sedih jugak sebab org yang diharapkan menjadi antara yang pertama mengucapkan selamat hari lahir tidak pun mengucapkan apa-apa...... (sampai skrg ni, dah pukul 3.30 petang!!) takpelah, bagi can sampai 12 tgh malam nanti....
anyways....tadi dah mula 1st bengkel skrip bersama puan lela.... group aku (with jaja, iqi, ai dan syafiq) dengan skrip LOLIPOP idea si jaja, mendapat kritikan yang aku kategorikan sebagai sederhana... okey lah.... cam biasa dari syaz, atim... dee and the gang... feedow pun lah, he's included walaupun die agak poyo... my classmates a.k.a. the future film makers yg memang dah sah berotak kritikal... tapi salute kat diorang nih, komen diorang membina, aku terima semuanya..... tapi entah kenapa ya, ada jugak seorang dua ni (biarlah aku namakan hamba Allah je...), time diorang kritik tu, dan ditujukan direct dekat aku, kritikannya berbunyi 'killing' dan menikam, sedangkan skrip LOLIPOP tu dan idea asalnya pun bukannya datang dari aku... dari jaja sebenarnya... sebab masa pitching hari tu, idea dia yang terpilih.... hurm.... kawan-kawan... aku tefikir juga, ada dendam yang tak sudah ke diorang ni, mane la tau kan..... sbb aku pernah kenal luar dalam diorang ni macam mana, so.... tahla....
**** huhu... dahla tak ingat arini birthday aku.... sedih tul..... =(
by the way, talking about thinking and perceptions, aku faham bende nie berbeza bagi setiap orang berdasarkan latar belakang hidup, social background, dan mind set of course... entah la... aku tak faham sebenarnya sesetengah orang ni yang memang hidup dgn kepala hotak diorang sendiri jer... effectnye, bile tiba time professional discussion yg melibatkan kritikan dan penambahbaikan, diorang melenting, langsung tak boleh terima....
actually, aku apply kepada kejadian yg berlaku mase bengkel skrip nih tadilah... puan lela selaku lecturer bertindak sebagai moderator lah kirenye... aku sangat teruja menunggu hari bengkel skrip ni tiba... to hear other people's view about our script... tetapi.... bende ni yang sepatutnya berlaku seperti forum yang membincangkan skrip secara perkongsian buah fikiran yang INTELEKTUAL bukan EMOSIONAL.... akhirnya, it turned out the other way round....
aku betul-betul tak perasan hinggalah jaja menceritakan semuanya.... semua yang aku tak dengar mereka2 ni cakapkan semasa bengkel tu berjalan....
"Kami ni bukanlah penonton yang suke tengok cerita berbelit2, yang ada simbol dan perlu berfikir sambil menontonnya.. kami lebih suka tengok cerita yang mudah faham, yang direct dan jalan cerita jelas.... so, sori lah aku cakap... bla.... bla.... bla..... ," kata hamba Allah ni... komen dia berbau emosional yg sangat OBVIOUS... kesian dia.... sebenarnya die tak faham untuk apa bengkel skrip ni diadakan rupanya...
Hell to you lah...!!! baik jgn masuk skrip bengkel ni... kalau tak boleh terima kritik org... kita kongsi idea.... bukan nak gaduh, berbahas, berdebat dan mempertahankan skrip masing2... sungguh tak faham konsep... lain kali buat skrip bodoh banyak2... lepas tu kau baca balik skrip2 bodoh kau sorang2 lepas tu komen sendiri.... jgn tunjuk dekat orang... x payah masuk bengkel skrip dan tak payah dengar pun orang bagi pandangan pasal skrip kau...!!!
kesian jugak kat diorang ni sebab mungkin diorang adalah antara golongan yg masih belum terbukak mata melihat situasi dan senario industri perfileman sekarang ni... mungkin diorang ni pelopor sejati filem2 stail prof kut... dan pengarah2 lain yang masih di takuk lama.... huhu... mujur jugak Allah masih sayang diorang ni, aku tak ikut naik emosional n belasah diorang balik cukup2... sabar2... aku doakan Allah bantu diorang dalam pelajaran... amiinnn....
3 perkara aku belajar.....
i) dengar pendapat orang lain dan jot down notes untuk penambahbaikan
ii) bersedia dan jadi kritikal untuk memberi pandangan ikhlas, kritikan perlu membina, bukan menjatuhkan.... Peace!
iii) dengar jugak omongan orang sekeliling yg mungkin tidak bersifat intelektual dan lebih berbunyi umpatan... point nya.... pasang telinga luas2....
silap aku jugak kerana tak mendengar diorang mengumpat keji di belakang... mungkin kerana terlampau excited dan bersemangat mengutarakan pandangan... entahla.... silap aku juga.... kerana terlalu berfikiran positif hingga tak terfikir wujudnya orang2 tak berguna di sekeliling kita yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kawan-kawan sendiri.... sayang sekali...
hingga berjumpa di bengkel skrip yang seterusnya isnin nanti... =)
5 comments:
kita tak boleh nak puaskan hati semua orang dalam masa yang sama.satu lagi lesson yang nak bagi kat hang hehehe
happy b'day
salam...
trima kasih byk2 sbb beri komen... x sangka ade org hebat sudi jenguk blog ni dan bg pendapat berguna... dah lama sy baca, ikuti dan kagum dgn postings di blog anda... =)
kata2 anda tersgtlah betul... and thanx again atas additional lesson yg lagi satu tu... =) arigato..!!
do you want to know something?
xpa
i explain kat my blog
kita kena belajar menerima kritikan untuk terus maju.. jgn mudah menarik diri..
true2... ur so true...
ni baru dkt kampus...
kwn2 sekelas... kat dunia nyata luar sana nanti... blipat kali ganda dasyat lagi.. hu...
trima kasih atas komen... =)
Post a Comment