May 11, 2009

Maaf Lama Bercuti.... dan Bakal Bercuti Lagi...

Salam... ukhuwwah fillah...

Memang sekejap masa berjalan. Sedar tak sedar, aku dah habis belajar dah...! Alhamdulillah, semua urusan tertunggak dah pun dapat diselesaikan. Aku sedang menikmati cuti, di samping melunaskan impian nak mengambil driving license yang sekian lama dicita²kan... Haha...orang lain semua dah ada lesen kereta, aku baru terhegeh² nak ambil.

Aku terlampau sibuk sampai tak ada masa untuk diri sendiri pun. Dah tak merasa lagi masa suka² hang out di hujung minggu, keluar dengan teman², minum² sambil lepak (tidak dikira lepak di kandang, sebab itu selalunya bincang kerja juga... huhu... itu pun sudah lama tidak...), tengok wayang, karaoke... Betul, aku kurang masa bersama kawan²... Aku bukan anti-sosial, malah sangat suka ber-sosial... cumanya tak berkesempatan...

Masa ber-suka aku lebih banyak dihabiskan dengan kakak. Dia dah jadi kawan baik aku. Dia-lah kakak, dia-lah sahabat, dia-lah jugak guru. Kakak aku seorang yang sangat inspirational bagi aku, memang aku tak nafikan aku banyak immitate macam² perkara dari dia. Tapi zaman itu pun dah hampir sampai ke penghujung, bulan Jun nanti kakak aku dah nak kawin, masanya akan terbatas untuk bersama dengan aku. Ehh..sedih ke nih?? Haha...tak-lah, aku happy dia dah nak kawin, happy sangat... Masa aku pun akan sampai jugak nanti... (aih...calon tiada, bagaimana...? haha...) Dan sibuknya pun dah mula terasa, menyiapkan rumah, menolong apa² yang patut... huhu...

Di saat² akhir waktu penghujung ni, banyak pulak kenangan yang menjelma. Suka duka jadi mahasiswa filem, di sini aku kenal terlalu ramai orang, di sini aku kenal hidup. Kalau dulu aku sering persoalkan kenapa aku seorang tercampak ke sini, tapi aku percaya sekarang kenapa aku diletakkan di sini, ada sebabnya yang telah Tuhan tuliskan.

Entah kenapa juga, semester ini terlalu ramai teman yang terbuka hati bercerita kisah mereka pada aku. Alhamdulillah, terima kasih, kalian...dengan itu terbukti aku seorang rakan yang sangat dipercayai. Mendengar cerita mereka (pengakuan berani mati juga), aku jadi takut pula. Macam² perkara di dunia ni yang belum aku teroka. Mereka ikhlas dan mempercayai aku lalu bercerita semuanya. Kisah mereka jadi pengajaran dan pengetahuan tak ternilai yang akan aku simpan sepanjang hidup aku. Kita semua manusia yang lemah, masing² melakukan kesilapan. Kisah hitam hidup mereka dan kesilapan yang dilakukan itu, aku dengar dan simpan dalam kotak ingatan sebagai rahsia berharga yang mengajar aku juga.

Kawan²... kalian harta ternilai yang paling berharga, tiada tukar ganti... Nak disebut satu² mustahil dapat aku senaraikan semua. Terlalu ramai kawan baik yang datang bersilih ganti, namun sahabat sejati, terlalu sedikit antara mereka dan aku masih perlu menilai. Aku seronok di bumi Puncak Perdana ni, aku betul² jadi 'manusia' di sini. Tiga tahun aku di sini. Terasa lama tapi sebenarnya singkat saja.

Tambah pula setelah berjinak² dalam dunia blogosfera ni (a million thanks to Jaja cik Coffeeholic, dia orang yang bertanggungjawab mengheret aku menjadi pemblogos). Aku belajar jadi jujur, jadi diri aku sendiri, belajar bercakap dan menulis dari hati (except for some posts that I wrote in English... I need to improve myself somehow, aite?) Aku mengaku English aku tak sebagus mana, and there are always room for improvement... haha...tapi aku mengaku lebih selesa menulis post dalam bahasa Melayu... betul..

Adehh... banyak sangat mengimbau kenangan ni, camni lah jadinya. Terlampau banyak benda aku suka buat tapi dah lama tak buat. Anyway, seminggu pelepasan baru² ini aku bersuka ria seketika, setelah lama dipenjara kerja, dengan kakak aku-lah, sekali lagi, kerana dalam hidup aku, belum ada si dia yang istimewa itu. Uhuh... sempat pergi menonton X-Men Origins: Wolverine setelah seorang rakan beriya² menyuruh aku menonton filem ini. (sume ko punye pasal arr, Yus...! Haishh...ku tonotn jua felem ini...huhu...)

Okey lar bagi aku... aku suka lakonan Hugh Jackman yang tak pernah mengecewakan. Apa pun, watak kegemaran aku haruslah lakonan Ryan Reynolds. Walaupun babaknya sebagai Cyclops ada beberapa kerat saja, aku tetap nak cakap di sini yang aku tetap suka diaa...!! Haha... prekuel seterusnya, harap sutradara Gavin Hood akan bikin X-Men Origins: Cyclops pulak...tentu aku orang pertama yang akan beratur beli tiket... weeee.... =)


Dah lama jugak aku tak rajin stay up tengok bola... Baru² ni berkesempatan menjerit sorak gol sorang² di tengah pagi buta semula... yang sempat ditonton itu pun masa game Chelsea bertemu Barcelona... rajin menonton itu pun lagi sekali disebabkan si Yus itu jugak... haha... Memang aku dah banyak ketinggalan zaman, dah tak berapa mengikuti football match ni, EPL ke, EUFA ke... yang aku betul² ikut pun masa game World Cup saja... Hurm... tapi apa pun, aku senang dengan kawan yang seorang ini, berjumpa di AUG tahun lalu, dia kawan yang baik.... Alhamdulillah...

Seronok dapat spend time dengan diri sendiri... Patutnya dah lama aku kena buat semua ni, satu cara hilangkan tekanan, mungkin... huhu... Di hari yang lain, aku sempat melepas geram ber-karaoke pulak. Dah lama tak keluar begitu, habis semua lagu aku hancurkan. Haha... makan², main game... aduhh... aku betul² dah hilang skill car racing...! Lama sungguh tak keluar berlibur...huhu... Sempat main game tembak², basketball shoot, game² bodoh tapi best yang lain... seronok sangat...

Aku enjoy life aku begini, aku jarang keluar pergi merapu dengan kawan² tak tentu hala (alhamulillah.. mesti mak aku bangga...hehe... Selamat Hari Ibu, mama!) Kalau keluar pun banyak bersama kakak aku saja. Hidup aku hanya dikelilingi sahabat² yang aku percaya, itu lebih baik daripada ada insan satu yang hanya akan buat aku kecewa, kan? Haha... jiwang sangat... Memang semester ini paling padat, mampat dan penuh cubaan... Semester ini juga aku hilang abah di saat aku mula nak menyayangi dia... Abah... aku rindu abah sangat²... =(

Hurm....

Esok aku ada perjuangan terakhir, speaking test MUET. Doakan aku berjaya....

Aajaaa aajaaa fighting...!!


Oh... dan dengan ini aku mengisytiharkan akan berehat lama juga dari ber-blogging. Cuti panjang maknanya bercuti dari semuanya. Nanti aku kembali menulis... happy holiday...!


~0^_^0~
Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!