Showing posts with label siNema. Show all posts
Showing posts with label siNema. Show all posts

May 30, 2012

Selepas Peristiwa: Tayangan Filem Jalan Pintas

Salam ukhuwwah fillah...



Jalan Pintas adalah sebuah filem hasil produksi Rumah Anak Teater (RAT) dengan kerjasama Hyper Pictures. Filem ini diarahkan oleh Nam Ron serta Faisal Mustaffa sebagai produser dan Ayam Fared sebagai penulis.

Baca: Tulisan ini takde-la spoiler alert sangat. Bukan juga sebuah reviu. Ini adalah sebuah pendapat peribadi, bukan profesional, jauh sekali mencapai standard sebuah reviu filem. Ini sekadar komen ikhlas, pandangan dan perkongsian bersama kawan-kawan yang kita suka.

Lima poin aku tentang filem ‘Jalan Pintas’:

1. Filem ini cukup utuh dengan pendekatan indie yang sangat pure dan mengujakan - hence, kewujudannya sebagai sebuah filem independent yang sangat bebas dalam erti kata menyeluruh - penggunaan bahasa, gerak tubuh, pem-portray-an sisi gelap masyarakat yang sesungguhnya jujur (memang kita berat hati untuk akui tetapi ia benar terjadi) serta penyampaian statement tersembunyi yang hanya akan dapat difahami jika diperhati betul-betul. Kebanyakan filem indie sememangnya jujur, sebab tu ia tidak dibikin mainstream. Selalunya filem-filem mainstream (bukan semua) yang ada di panggung-panggung tu anganan berangan pengarah saja, bukan realiti masyarakat kita. Beza dengan Jalan Pintas, ia sebenar-benar filem DIY, sebuah filem bajet rendah yang bukan ‘miskin’. Ini yang dinamakan minimalis. Semakin ia minimal, semakin ia down to earth dan dekat dengan masyarakat - dan semakin ia tinggi nilai harga diri ke-sinemaan-nya. Setiap shot dihasilkan dengan makna dan konotasi tertentu; sama ada disengajakan oleh pengarah atau ia sekadar interpretasi aku sendiri. Nak tahu interpretasi aku itu? Kena tulis dalam satu post yang lain di waktu yang lain.

2. Walaupun sedikit terganggu dengan approach hand-held yang digunakan dalam hampir kebanyakan shot, namun ia penting sebagai merepresentasi kecamukan dan kecelaruan hidup Bakar bin Najib (atau Bakar Najib - ini pun satu perkara menarik untuk ‘dikaji’ dengan lebih mendalam. Haha!) Kalau dibandingkan gaya hand-held a la Blair Witch Project dengan Jalan Pintas (ok, dua perbandingan yang agak tidak kena, but heck, peduli apa), dalam filem ini ia menampilkan visual sebegitu rupa dengan sebab. Kesannya, filem ini kelihatan lebih raw dan jujur. Apabila ia raw dan jujur, ia akan lebih dekat dengan jiwa kita (aku rasa) yang sebenarnya sering memberontak untuk menolak ke-konvensional-an sinema. Sekaligus meletakkan diri kita dalam kasut Bakar Najib dan merasa benar-benar menjadi dia.

3. Bercakap tentang konvensional dan tidak konvensional, kalau dah namanya filem indie, tanpa berusaha pun pengkarya akan secara automatisnya akan lari dari conventional approach dalam pembikinan filem, dari proses ideanya hingga ke end product-nya. Aku suka jawapan Ayam apabila beliau mendedahkan bahawa proses kreatif penjanaan idea untuk skrip filem ini hanya berbekalkan air suam sambil borak-borak dengan pengarah di kedai mamak (selain ‘kimia’ yang sedia wujud antara pengarah dan penulis). Sekarang, percaya tak, idea dari borak-borak kedai kopi pun menghasilkan sebuah hasil tangan yang sebaik Jalan Pintas. Ini penting, kerana persefahaman antara penulis dan pengarah adalah perkara paling crucial yang menentukan kefahaman, keserasian idea serta penyampaian yang ‘memahami’ jiwa masyarakat. Sesungguhnya, aku sendiri kurang setuju dengan konsep penulis serah skrip kepada production, pengarah pilih skrip yang disukai atau berpotensi buat duit, pitch idea, ubah skrip ikut ‘kehendak penonton’ dan pengarah mengolah cerita mengikut gaya arahannya. Filem bukan barang bisnes, filem adalah produk budaya yang berseni serta ada roh dan maruahnya yang tersendiri. Tapi apa nak buat, itu sememangnya senario sebenar perfileman tanah air kita yang tercinta. *sedih*

4. Ramai tidak kenal dengan Auf Razak yang membawa watak Bakar Najib. Ini hal yang paling menarik tentang Jalan Pintas. Ia mengetengahkan pelakon yang kurang dikenali dan mengangkat pelakon-pelakon prominen seperti Zahiril Adzim, Bront Palarae, Sharifah Amani, Azhan Rani dan Beto Kusyairy (*^_^*) sebagai supporting actors. Ini menarik. Ia melawan konsep pelakon baru perlu bermula sebagai ekstra (watak tempelan). Sebaliknya, dalam Jalan Pintas, pelakon yang sudah punya nama dalam industri yang ‘memayungi’ bakat-bakat baru. Ini yang patut industri kita pupuk, supaya memberi peluang sama rata kepada pelakon lama-baru dan memeriahkan pentas lakonan. Pendapat ini hanya dikeluarkan selepas filem tamat, kerana pada awal filem, aku rasa Auf Razak sungguh kayu sekali. Mungkin disebabkan ke-loser-an beliau yang terlampau, dan akibat terdesak kerana tuntutan hidup yang mendesak, setiap perilaku, tindak tanduk dan ekspresi wajah Bakar sungguh membengang dan melemaskan. Itu buktinya dia bagus. Lakonan yang berjaya melemaskan penonton.

5. Filem Jalan Pintas tak perlu memasuki pasaran filem konvensional dan bersaing dengan filem-filem arus perdana. Aku tak percaya pada persaingan dengan filem-filem mainstream, tak perlu berdiri setanding dengan filem lain kerana sebuah filem yang baik ada crowd-nya yang tersendiri. Dan aku berani kata begini selepas mengangkat dua jari ibu kepada seluruh tenaga kerja produksi filem ini. Thumbs up!

6. Ok, aku tipu. Sepatutnya ada lima poin saja tapi ini baru aku terfikir tadi. Nota tambahan. Aku teringin nak tahu, apa signifikan warna kuning pada poster filem? Aku perasan poster filem Gadoh dulu pun warna kuning juga. Mungkinkah ini warna trademark produksi Rumah Anak Teater (RAT)? Atau mungkinkah ia sebagai lambang bahawa filem indie ‘bersih’ dari unsur formaliti sinema arus perdana yang mengada-ngada? Tak sempat nak tanya masa diskusi. Hehe…

Nota: Filem Jalan Pintas akan ditayangkan secara tour (siri jelajah) ke seluruh Malaysia. Harap maklum, filem ini terlalu eksklusif untuk tayangan di pawagam-pawagan berhampiran anda. (Hehe…)

Nantikan.



August 16, 2011

DiGi MyPhone Shorties

Episod cerita pendek Gerabak terhenti seketika untuk memberi laluan kepada iklan ini. Hee... =)

Salam ukhuwwah fillah...

For those who haven't heard of the competition before, here, lemme tell you.



DiGi in collaboration with UiTM, LimKokWing and KLMU is organizing a 30 seconds PSA competition with one theme - Terima Kasih Malaysia. It is opened for university students and also the people all over Malaysia. For more details, click HERE.

The most interesting part is, the videos must be shot using iPhone 4. So, everyone with that not-so-expensive phone (uh-oh) are welcomed to participate! And for the prize, we're not talking about RM100 or RM200 here, it's RM10,000 all right...!

Many of my friends are participating in this competition. So, please sign in to your YouTube account (or sign up NOW if you don't have one), watch these short PSA videos and click LIKE. Tell your mum, your dad, your friends, your neighbors and everyone you know to do the same thing. Hehe...

Here are some of the videos. I must say, they are really good. Each and every one of them has potential to win. *the titles are all links to the videos. So, just click on 'em to open it in a new tab. :)


#1 Terima Kasih Malaysia - Belacan

Directed by: Ande Umar Osman




#2 Terima Kasih Malaysia - Surat Cinta

Directed by: Rahhiemi Alias




#3 Terima Kasih Malaysia - Bas Kemajuan

Directed by: Al-Hafiz Burhanuddin




#4 Terima Kasih Malaysia - Warna

Directed by: Noorazlina Mohd Noor




#5 Terima Kasih Malaysia - Lesung Batu

Directed by: Muhammad Farhan Ramli




So, what are you waiting for? Please click the LIKE button a zillion times, okay...! Thank you!

And to all my participating friends, best of luck! =D

February 27, 2011

I Am Number Four: Not A Four-Star to Me





Salam ukhuwwah fillah...


So, I went to watch I Am Number Four (IAN4). Location: GSC Alamanda.


I was there on the dot; took a few minutes for the ticket, lining up for popcorn and drink (compulsory) and I went right in just seconds before the movie started.

I was thinking to watch No Strings Attached at first, but I changed my mind due to the following reasons :

1) The movie (IAN4) poster was the first thing that I saw when I got there
2) I remembered having Alex Pettyfer's poster back at home (okay, he's cute)
3) I thought Michael Bay is the director, but it turns out that he's the producer. The real director of IAN4 is D.J Caruso (who the hell is this guy?) But somehow, considering the impact that Transformers gave me, I was kinda expecting the same thing for IAN4
4) I was craving for some popcorn for so long, any movie will do
5) I don't wanna watch Kembar Siang

All seats were full. I was lucky enough to get the very last seat at the top. Well, I don't mind. As long as I can enjoy the movie without having to sit next to a noisy bunch of idiots or an uninvited movie critic, I am all good.

The first 10 minutes of the movie was lame. I'd say the screen was a little bit too dark (it might be Caruso's intention to not revealing too much of action for a start). There was this anonymous creature attacking and killing two guys. One was trying to escape and ran through the forest (I thought it was Pandora - Avatar) but he was killed anyway.

The plot shifted to a bunch of partying teens on the beach. Daniel Jones (Alex Pettyfer) was showing his cool riding on the jet ski with some stunts. Lalalaaa... he's cute lalalaaa then it came to the part when he received a warning sign. He had a blue light coming out from his leg (why on the leg? Why??) He had another scar; of which a sign that Number 3 was dead; and he will be the next. The audience went "oohhh...so, he is Number Four..." and came to the understanding of the whole incident. Daniel ran away. I hate this part. It was when the character started to tell a long history of his being. I call it a lazy story-telling. A good director has to think of some other ways to inform the back story rather than having the character telling it all. Boring.

Okay. So, Number Four is an alien - a handsome one - from planet Lorien. He and Henri (the guardian) came to Earth after their planet was destroyed and they needed to hide away from the Morgadorians who hunt and kill The Garde - consists of nine teenage Loriens with special legacies and power.

Daniel constantly changed his name and also moved from one place to another to keep himself safe from the Morgs. When he moved in Ohio, he was known as John Smith. Trying to make a life like a normal kid, he went to high school and fell in love (woohoo!). He met Sarah Hart (this is no you, Cik Maisarah Atan...hehe!) and instantly liked her. So did she. I like her character (Dianna Agron) whom is calm, sweet, old-fashioned and most importantly, she's a photographer!

John started to develop more of his powers - light coming out from his hands, he became resistance to heat and fire, but unfortunately every time he did, he was in school. The people around him began to feel curious about him including Sam Goode (Callan McAuliffe), the school freak who believed in aliens. This guy reminds me of Kurt Hummel in Glee - but Kurt is way 'pussier' than Sam is. LOL.

The plot came to the peak when the Morgs finally spotted John. There were tonnes of action - boom here and bang there, but I must say John wasn't the ultimate hero because there came Number Six (Teresa Palmer) saving him. She was way cooler than John - she killed all the Morgs in seconds while John is hiding with Sarah behind the wall. Oops...

Okay, too much on the plot already. Long story short, they managed to fight the Morgs and it was all happy ending. John and Number Six together with Sam moved to a safer place because the Morgs will never stop searching for them. John promised Sarah that he'll come back and find her... lalalalaaa kiss... and the end.

Here goes some trivia:

1) After some research, the movie was actually made based on a novel written by Pittacus Lore. But comparing the two, the movie was more compact and not so lengthy.

2) The movie does not portray Emily, Sarah's best friend and the revelation of John's power was spread through the papers - not shown in the movie.

3) The most sad parts were when Henri died and Bernie Kosar, the dog returned to John wounded - he transformed (Transformers too?) into a beast fighting over the unknown deadly creature of the Morgs. I cried, well, just a little. But the dog's transformation reminds me of Milo in The Mask when he tried putting on the cursed mask. The CGI-fx was kinda fake and it made it look hilarious, but, what the heck. Pettyfer looks cuter, and that is all that matters. Haha!

4) The best line ever was when Number Six asked John to re-charge her - she's draining out of energy. When he's done, Number Six smiled and said, "Red Bulls are for pussies." LOL!

5) John still had the time to go to the school (WTF?) with Sarah when the Morgs were so near to get him. I think that was so helpless romantic (PUKE!). The enemy was going to kill you in no time and you could still spare a few minutes with your girlfriend looking at some photos? Amaigadddd...

6) The deadly creature of the Morgs look like a retarded lizard. You know, it is not-so-scary. It gives me the same idea of the monster in Clash of The Titans. Try to think of something deadlier lah, weyh... Think more creatively. (no worries, the director doesn't read my blog)

7) There might be a sequel made after IAN4 since the novel was followed by another book - The Power of Six. For that, we will have to wait and see.

Over all, this movie did not give me much surprise. The plot is very predictable, the Morgs' look (the gills and the bald head) were something I've seen before. Nothing much surprising. Therefore, this movie isn't a four star to me (though, I still think Pettyfer is cute.) Okay, I said that for the third time.

I give it 3 stars out of 5.

July 14, 2010

FACT Film Shorts


~ Rabu ~
~ 14 Julai 2010 ~
~ 8.10 malam ~
~ Dewan Pancha Delima ~
~ Bangunan Akademik UiTM Puncak Perdana ~


Masuk percuma.

Ada sesi Q&A.

Nak duduk depan, sila datang awal.


Jumpa nanti.

=)


June 7, 2010

Lagenda Budak Setan: Bukan Sebuah Reviu

Salam ukhuwwah fillah...


Dengan semangat waja, 3 Jun lalu aku pun beriya-iya drive sorang-2 pergi ke panggung semata-mata nak pergi menonton. Dalam kepala aku ada tiga movie yang aku plan nak tengok; Shrek, Prince of Persia (POP) dan Lagenda Budak Setan (LBS) - plan yang terakhir ni masuk jugak-la dalam list sebab kebetulan memang tarikh filem-nya keluar hari tu. Bila dah di depan kaunter, aku garu kepala nak tengok yang mana satu. Ikutkan hati memang nak marathon tengok tiga sekali (betapa tinggi cita-2) tapi bila tengok jam, dah 4.40pm. Tension sekejap kakak kaunter tu tunggu aku nak beli tiket ke tidak. POP dah terlepas 10 minit, bermakna terpaksa-la aku membatalkan niat dan akhirnya aku pilih LBS. Shrek dah ke mana, sebab masa tak mengizinkan. Kalau balik lewat, melanggar waktu curfew pulak - padahal tak ada ditetapkan pun kena balik pukul berapa (nota: emak saya cool) saja nak jadi budak baik, lagipun tak elok keluar seorang balik sampai malam. Haishh...

Justeru, let us talk about the movie. It wasn't my favourite of all time obviously, worth it for a one-time watch jela. Nak ajak aku tengok movie ni lagi sekali? Err... terima kasih aja-lah ye? (kejam... kejam...) Aku paling eager nak menonton LBS masa first time tengok trailer-nya. The look of the film on first impression ada sikit macam touch Kabir Bhatia, tapi filem Kabir lagi cantik kut... sinematografi yang memang cantik dan aku dah tertangkap pun dengan lagu runut bunyi-nya (Bila Cinta - Fili) yang mendayu habis. My earliest assumption, sah cerita cinta jiwang karat dan aku tau dah sikit-2 pasal cerita ni walaupun tak pernah baca novelnya. Kawan-2 yang dah pernah baca semua kata tak sabar nak tengok filem ni sebab cerita dalam novelnya tersangat-lah best. (okay, aku exaggerate sikit-la di situ...)

Masuk ke panggung, seats tak berapa penuh pun. Di sebelah aku ada sepasang kekasih, aku paling sekali je dan nampak diorang bercintan-cintun. Lantak-la. Bermula penontonan, 10 minit pertama dah mula rasa drama. Aku tertunggu-2 macam mana agaknya rupa perangai setan si Kasyah (Farid Kamil) itu. On my first thought aku kata "Oo... Kasyah ni samseng jambu sial...", tapi aku tak cakap dalam hati rupanya, sebab aku cakap dengan agak kuat tanpa sedar. Mujur tak ada orang dengar. Mana tidak-nya, dari mula sampai habis, aku naik jealous tengok bibir Kasyah pink basah dan glossy ala-2 kissable-lah konon, lagi cun mengalahkan bibir Katerina (Fazura).... tak nampak setan langsung. Rambut corn-rows? Okay-lah kut.

Aku tak ada masalah dengan lakonan. Overall, the acting was satisfactory. Kate paling superb. Aku suka dia (clap! clap!). Watak Ayu (Lisa Surihani) berkesan aku kira. Cuma ke-setan-an Kasyah saja tak berapa setan-la aku kata. Letak cicak dalam Coke... bergaduh di padang bola... kurang ajar dengan Naib Canselor (cool gila NC kolej siap turun padang hantar sendiri surat warning by hand....). Cukup sampai situ saja. Selebihnya, ke-setan-an Kasyah di-describe saja oleh Sofi (Nubhan) yang ada menyebut ke-setan-an Kasyah and the gang sampai dah pernah menyebabkan ada lecturer mereka (ke cikgu entah?) sampai MC sebulan, masuk hospital seminggu... bla bla bla... aku nak tengok dengan lebih lanjut samseng yang dikatakan tu, bukan dengan cerita cakap je, tak legend langsung siot. Tajuk pun Lagenda Budak Setan, kisah kat kolej pun seciput je, mana celah entah setan tu. Mungkin lagi sesuai tukar tajuk filem ni Lagenda Cinta Budak Jambu.

Sejam berlalu. Aku dah muak pula dengar lagu Bila Cinta tu diulang untuk ke-berapa ratus kali. Layan je walau aku sedar tak sabarnya rasa nak tunggu filem ni habis. Aku jarang ke panggung menonton filem Melayu tapi kali ni aku support, pulangan-nya tak se-puas mana. Sekali lagi, I wish I had read the novel first, baru tengok filem. Sebab bila dah tengok filem dia dulu, dah jadi tawar hati pulak nak membaca novel-nya. Apa-pun, here are my points for LBS :

1) Perkara pertama (haha...aku suka nak cakap ouh) bibir Kasyah pink and glossy... auww! Tak tergoda pun, merosakkan imej seorang budak setan. Tak macam setan langsung.

2) Plot disumbat-2. Aku rasa tiga fasa hidup Kasyah dan kisah cintanya; zaman kanak-kanak, walau sedutan je al-kisah Kasyah tercium kawan perempuannya dalam hujan lalu kena cili oleh emaknya di 'tutt... ' beliau - how romantic and... ouch...), zaman remaja di kolej al-kisah bertemu Ayu dan zaman dewasa al-kisah Kasyah sudah berkerjaya dan akhirnya berkahwin (yang ini pun patutnya boleh dipecah tiga atau beberapa - Kasyah selesai belajar, dapat kerja, bertemu Ayu semula, bertemu Amelia, tahu cerita sebenar Ayu accident dan menjalani plastic surgery, kembali bertemu Ayu versi Amelia, bertemu Kate (Fazura), Ayu amnesia kerana dibelasah Azmi, kahwin dengan Ayu, dapat anak tapi Ayu meninggal dunia masa bersalin... O my God... third act filem ni saja dah boleh buat lagi lima filem...! Like I said, plot terkejar-2 dan disumbat semuanya dalam sepertiga yang akhir. Mampus!

3) Khidmat pemuzik Indonesia Windra Beyamin dan Gio (yang turut menyanyikan lagu Bila Cinta versi lelaki) wajar diberi pujian. Indah sungguh bila didengar dalam trailer, tapi kerana kekuatan lagu ini seorang (err...seorang?) yang digunakan untuk mengangkat emosi dalam penceritaan, lalu ia diulang terlalu berkali-kali. Bosan.

4) Kelogikan cerita juga banyak kali menimbulkan persoalan. Masa Ayu dan Kasyah berpisah, masing-2 tak ada nak bertukar email ke, nombor telefon ke? Oh, latar tahun cerita ni mengikut novel (80'an kalau tak silap), students tak pakai handphone lagi (adoi...) handphone botol air mungkin dah ada time ni. Oh c'mon... kalau filem dibikin zaman itu pun, rasanya tak wajar mereka langsung tak berhubung waima melalui surat pun. Kasyah bukannya pergi Papua New Guinea, pedalaman tu masih dalam Malaysia lagi kan.

5) Aku hairan seorang perempuan seberani Ayu kenapa-lah langsung tak teringin nak report polis tentang tindakan ganas Azmi (Que Haidar) tu? Dah boleh dakwa dia, bawa ke mahkamah, habis cerita. Kata bijak... tapi sanggup pulak tahan je tak buat apa-2 walau kena dera teruk dengan suami sendiri. Sama juga dengan emaknya (Sheila Mambo) yang hot meletop dan kembali bergaya dengan sihat walafiat lepas nazak nak mati sakit jantung. Fuh... cayalah...

6) Sinematografi... uhh begini...! Sangat cantik. Bila aku kata cantik, maknanya aku suka-la (weee...!). Paling suka masa Kasyah tinggal di kampung tu. Pantainya, tasiknya (aku nak sangat naik sampan tu!), air terjunnya... aku rasa nak menangis tengok keindahan lanskap dengan camera angle yang tepat, memang boleh jual tempat tu kalau ramai orang tahu kat mana. Lain-la kisahnya dengan couple yang duduk sebelah seat aku tu, awek dia menangis entah apa-2 punya part yang tak payah sedih pun. Last sekali tu mungkin-la, sebab Ayu mati kan... tapi memang tak boleh blah sebab si pakwe-nya sanggup tunggu awek habis bersedu sedan sampai selesai ending credit... aku memang akan tunggu sorang-2 dalam panggung sebab aku wajib baca nama semua krew sampai skrin padam. Tapi lain pulak ceritanya dengan couple tu. Adoi....la rakyat Malaysia. Pfft...

7) Sharad Sharan memang klasik. Filem yang dia garap dari novel ikut style dia memang betul jadi touch dia - cerita cinta hindustan atau dalam bahasa kasar-nya, k****g style (walau ada orang kata Sharad terlampau terikat dengan penceritaan mengikut bab dalam novel? hurm....) Paling best, comel je bila ada naik di skrin "Setahun kemudian...", "Berakhirnya bahagian satu..." etc... lebih kurang-la, aku tak ingat exactly perkataan yang diguna. Tapi bila dia tulis berakhirnya bahagian satu tu, aku kata "oh no! Ada bahagian dua la lepas ni?" Mati-lah kalau cerita dengan gaya sama juga yang keluar nanti. Tapi jangkaan umum, sekuel filem ni tentu tentang Katerina. If it's still Fazura, I bet it will be a hit. (Nota: Aku tak minat Fazura, aku suka lakonan dia.)

Kalau sesiapa yang belum tengok LBS tapi dah baca tulisan aku ni, tolong jangan terpengaruh. Ini apa yang aku rasa, pendapat aku saja. Setiap orang ada pandangan berbeza so, go and see it for yourself. Jangan dengar cakap orang je. And I believe there's no such thing of wasting your RM10 to watch a bad film just because it is bad. Jangan hukum filem dan kata rugi beli tiket. Beli tiket tak rugi, buruk pun filem tu, at least kita dah tengok dan nilai sendiri. Itu yang paling bernilai dari apa pun. Agree?


~0^_^0~


Nota semak: I just got my playlist updated... do check out the songs... XD

April 30, 2010

Selepas Tayangan: Aku, Dia dan Tong Sampah

Ya...

Entri ini maha panjang.

Sila lakukan senaman stretching pada otot mata anda dan bukakan minda luas-luas.

Ini pendapat aku, bukan dia, kalian, mereka mahupun seorang tong sampah. (WARNING: CAROTAN ALERTS!)


Salam ukhuwwah fillah...



Tadi siang aku ke FINAS menonton tayangan perdana filem Aku, Dia dan Tong Sampah (ADTS) arahan Azri Abu Hassan. Filem cereka ini adalah projek penilaian pelajar semester akhir ijazah Skrin FACT bagi subjek Honour Showcase. Pada tafsiran kasar, aku suka idea cerita ini. Kali pertama baca sinopsis rasa betul-betul tertarik dan aku terus mengandaikan ceritanya bergerak bagaimana. Lepas lihat poster pun, tanggapan yang terhasil dalam kepala hotak aku makin jelas. Warnanya, reference-nya dan the look of the film seolah-olah sudah terbayang-bayang, impresi yang wujud itu positif sekali. Jadi-nya ia buat aku tak sabar dan berjanji tak akan terlepas tayangan filem ini. Terima kasih buat dua sahabat, sampai juga aku ke FINAS demi ADTS. Oh ya, Boleh lawati blog ADTS di sini untuk bacaan lanjut atau add di Facebook di sini.

Aku minta maaf banyak-banyak pada tenaga produksi sebab tak satu hari pun masa penggambaran berlangsung aku sempat menjenguk dan membantu kalian on set, sibuk yang menggila sepanjang semester ini. Tanya punya tanya, dah habis shoot pun dan sudah masuk bilik editing. Apa pun, at the first place, setinggi-tinggi tahniah kepada tenaga produksi Kopitiam Film Production yang seramai lapan orang saja mampu menyiapkan sebuah filem cereka dengan durasi 80 minit. Good job, guys! Macam yang aku kata tadi semasa sesi Q&A, aku kagum dengan kemampuan kalian.

Sedangkan produksi filem pendek nan beberapa minit pun memerlukan bala tentera pengurusan dan guna tenaga krew yang ramai (ini realiti pengalaman peribadi), kalian sudah berjaya buktikan kekuatan dengan terhasil-nya ADTS...! Tahniah! Kalau ada yang kurang setuju dengan pendapat aku - kuantiti (dalam konteks tenaga produksi filem pelajar) melambangkan kualiti, maaf terlebih dahulu ya. (Eh...ini pendapat aku kan?) Ya, tak mungkin dua tiga orang dapat hasilkan karya yang memakan tenaga, masa dan belanja yang besar. Kalau dalam konteks penghasilan filem dari sudut lain, aku tidak tahu-lah pula dan tak pandai nak berkata, tapi realiti-nya memang... tak mungkin. Atau sukar untuk mungkin, tetapi tidak mustahil.

Menyentuh kembali pada ADTS, ia mengisahkan seorang gadis kolej, Sharnaz yang celaru dengan kehendaknya sendiri. Perwatakannya memang pathetic, hidup dalam fantasi, hopeless romantic tetapi comel yang baru putus cinta dengan kekasihnya, Hazwan. Disebabkan perhubungan cinta mereka yang sangat sweet dan old school (bercinta guna surat, kurangkan SMS dan e-mail), Sharnaz sukar sekali mahu get over and done with berkenaan hal perhubungannya dengan Hazwan yang sudah berakhir itu.

Twist-nya bila Sharnaz berkeputusan (almost, itu pun masih teragak-agak... arghh!) hendak membuang semua surat dan kad pemberian Hazwan demi melupakan kisah cinta mereka, muncul Amir Haiqal yang secara tidak sengaja 'ter'bawa balik bersamanya bungkusan mengandungi surat-surat cinta Sharnaz itu. Sharnaz sekali lagi ubah fikiran dan separuh hati masih menyayangi Hazwan, berusaha mencari Amir untuk mendapatkan surat-surat itu kembali. Dari situ-lah perkenalan mereka bermula dan kisah cinta baru si Sharnaz celaru pun bermula. Mereka banyak spend time bersama, saling berkongsi masalah dan siap boleh baca semula surat-surat cinta lama dan hapak itu bersama. Kebetulan pula (drama) kekasih baru Hazwan itu juga bekas kekasih Amir. Dalam berhubungan palsu Sharnaz dan Amir untuk membuat Hazwan cemburu, cinta mereka pun bertunas. Dalam usaha yang hampir berjaya itu, Amir sudah menyayangi Sharnaz. Hazwan pula sedar dia silap memutuskan hubungan mereka dulu dan mahukan Sharnaz kembali. Sharnaz yang lalang-lalang-ditiup-angin itu pun khayal dan senang-senang membuka hatinya semula. Kuciwa si Amir terlalu dan dia telah menyekolahkan Sharnaz di hadapan rumah-nya pada malam majlis dinner itu juga. Sharnaz blur seketika namun akhirnya tersedar dari khayal lalu memilih Amir, instead of Hazwan. Surat-surat cinta Hazwan dibuang juga ke dalam tong sampah itu. Akhirnya...

Baik, dari segi cerita (kelogikan) banyak sekali lompangnya. Satu, pada malam pertemuan Sharnaz dengan Amir di depan tong sampah itu, sempat pula rupanya Sharnaz mengecam wajah Amir dan nombor plat kereta dalam gelap malam dan marahnya kerana Amir menghentikan kereta hampir melanggar Sharnaz. Demi mendapatkan surat-surat cintanya kembali, dia mencari rumah Amir (macam aku kata tadi, dia sempat lihat nombor plat kereta Amir malam sebelumnya) lalu meminta kembali bungkusan surat itu.

Satu hal, Amir yang entah siapa-siapa itu (tak dikenali) berani pula dicari Sharnaz sampai jumpa. Ketika Amir mengatakan dia sudah membuang surat-surat itu, Sharnaz selamba melepak di lantai laman rumah lelaki itu, menangis. Lalu Amir pun segera bersiap dan mereka pergi semula ke tempat sampah untuk mencari surat cinta Sharnaz. Sekali lagi Sharnaz kelihatan pathetic sekali bila dia sanggup memunggah tong sampah yang kotor demi mecari bungkusan suratnya. Bila dah jumpa, dipeluk pula plastik sampah itu. Euww... Okay... kemudian mereka pergi makan, bungkusan itu diletak di atas meja di samping makanan. Sampai ke akhir cerita, plastik itu diusung ke sana ke mari - dijinjit, dipeluk, diletak atas katil - malah Amir juga turut memegangnya seolah-olah tiada apa, barangkali sudah terlupa bungkusan itu datang dari tong sampah penuh dengan barang buangan kotor. Tapi perlu diingat, penonton tak pernah terlupa dari mana datangnya. Lagi sekali, euww...!

Okay... okay... itu mungkin hal kecil. Aku hanya mencontohkan. Aku memang suka point out benda-benda kecil sebegini, yang kalau dikumpul ia jadi satu kelemahan besar yang menjejaskan cerita. Banyak lagi perkara lain yang nak aku sebutkan, sengaja aku exaggerate mengulas yang itu. Hey, jangan lupa ya! Dalam sesebuah karya, paling penting untuk buat penonton percaya (make believe) semua yang dipaparkan dalam visual adalah benar dan nyata. Ia menjadi karya apungan apabila penonton tak berjaya menyelam masuk bersama dalam cerita dan menyedari mereka masih dalam sebuah auditorium menonton sebuah filem. Ini bahaya. Make believe maksudnya secara menyeluruh - dari aspek lakonan (paling utama), penggunaan props, rekaan set, dialog (santai tapi hidup) serta character background.

Seperti kata seorang tokoh ini, quotation yang aku petik kata-kata beliau, "Pelakon yang bagus, apabila pelakon itu membuat 'homework' terhadap karakternya, memahami setiap situasi dan emosi karakter yang dibawanya, memberi 'reaction' dan mewujudkan 'chemistry' antara teman lakonnya serta membuatkan penonton percaya dengan karakter yang dibawanya." (FH, 2010). Jadi, usaha untuk make believe sesebuah cerita adalah sangat penting. Nanti aku ulas lebih lanjut.

Aku tak arif nak mengulas dari segi teknikaliti, tapi ada juga perasan dan rasa terganggu dengan beberapa babak yang tiba-tiba soft focus, shot 'potong kepala', camera angle statik etc... aku kurang peduli dan tak mahu ulas panjang. Lepas diterangkan oleh pengarah, cukup-lah ia menjawab kepada kekurangan yang berlaku itu. Tapi jangan salah faham, kepelbagaian angle dan shot sangat penting dalam menggerakkan cerita dan memberi tempo (pace) kepada naratif. Namun yang banyak berlaku dalam ADTS, ya... kepelbagaian itu tiada, shot statik saja, kebanyakannya.

Aku punya pendapat berbeza dengan penggunaan shot statik dalam filem. Ada yang kata shot jenis ini berlaku sebab camera work yang 'malas'. Bagi aku, ia tidak kelihatan bosan, malah ia penuh realistik dengan jumlah ruang total yang digunakan dalam pemaparan kisah (pelakon dan ruang sekitarnya) terpapar penuh dalam frame, semuanya dapat dilihat oleh penonton dengan sepenuh tumpuan. Yasmin Ahmad paling terkenal dengan shot statik dalam filem-filem sentuhannya. Ia beri satu rasa yang deep, artistik dan buat kita fikir "there's something behind this emptiness." Mungkin aku salah, oleh itu, abaikan ini. Pandangan pengarah, beliau mahu cara beliau berbeza daripada garapan filem bertemakan cinta yang sedia ada. Okay, aku terima saja jawapan itu.

Okay, lakonan. Aku suka watak sokongan yang begitu menjadi sekali dalam filem ini, cuma kadang-kadang muncul-nya kurang perlu dalam beberapa babak tertentu. Watak-watak tersebut adalah watak pakcik tukang sapu yang versatile dan mampu melakukan pelbagai kerja yang berbeza (serta juga ada di mana-mana). Kedua, watak tiga pemuda (dua menyanyi dan seorang memetik gitar) yang memeriahkan kisah. Ada pendapat yang disuarakan semasa sesi Q&A menyebut, kadangkala supporting characters kelihatan lebih baik daripada main cast. Ketiga, watak rakan-rakan Sharnaz yang lebih real, natural, kecoh dan selamba saja. Selain itu, lakonan terbaik pasti-nya daripada penampilan istimewa filem ini, Ruminah Sidek dan Aminah Rhapor. Wide experiences explain their genuine acting.

Setelah berbual-bual, minum-minum teh tarik bertukar pandangan dan mengambil tahu serba sedikit hal, aku berani mengatakan lakonan watak-watak utama tidak seimbang dalam filem ini. Watak Sharnaz tidak setara memberi lontaran sama momentum dengan watak Amir. Lakonan bagi watak Amir bukan-lah yang terbaik, tapi ia menunjukkan dinamik-nya yang tersendiri dan 'nampak' effort watak itu cuba membantu watak Sharnaz untuk naik. Namun, apa yang berlaku, lakonan bagi watak Sharnaz 'begitu' juga. Kayu. Emotionless. Sekarang anda boleh kaitkan semula dengan quotation yang ditulis tadi. Jangan sesiapa terasa hati ya. Aku serius dan jujur. But I thought it was the biggest spoil of the movie. Menangis fake, jangan cerita-lah. Tak bermakna aku kata begitu, kena menangis berambu-rambu air mata baru orang percaya kau sedih. Puan Aminah Rhapor ada di situ kan, hello... Dari beliau-lah aku belajar (ada-lah setahun juga) latihan asas lakonan termasuk lanjutan. Menangis boleh dibuat, bukan dipaksa, tapi tak semestinya juga perlu keluar air mata berjuraian. Aksi menangis, menampar, membunuh, menumbuk - semuanya ada teknik tertentu. Ini basic dalam lakonan, bukan advanced.

Itu beberapa contoh aku sebutkan. Selebihnya, kalian ada pendapat sendiri? Mari-lah kita kongsi. =)

Aku percaya ADTS boleh jadi lebih baik dengan sokongan lakonan yang mantap. Pelakon juga adalah salah satu 'nyawa' dalam pembikinan sesebuah filem. Sebab itu adanya proses pemilihan pelakon (casting). Ia bukan soal remeh, pelakon-lah tool terpenting yang menjadi subjek, penggerak dan penghidup cerita. 'Hancur' seseorang pelakon itu makanya 'hancur' juga-lah filem itu. Ini benar berlaku, tapi tidak-lah aku sifatkan ADTS hancur. Belum tahap itu. Lagu-lagu runut bunyi (soundtrack?) dalam filem ini juga boleh layan juga, ada touch indie music tapi tak apa, for the sake of trend dan kisah cinta remaja, sesuai saja.

Akhir sekali, aku terganggu dengan statement akhir yang diungkapkan sebelum filem tamat. Lebih kurang begini bunyi-nya, "Dunia ni ibarat sebuah tong sampah yang besar. Di dalamnya ada manusia-manusia, dan kita-lah antara sampah itu..." Betulkan aku kalau tersilap, tapi kalau tak silap, inilah dia. Aku betul-betul berharap ada sambungan bagi ungkapan yang kedengaran menarik ini. Mungkin-lah boleh dikatakan, "...tapi dalam banyak-banyak sampah itu, tak semuanya kotor dan busuk. Masih ada sampah yang boleh dihargai dan tidak harus dibuang..." misal-nya lah... Tapi sangkaan aku meleset. Pernyataan itu memang terhenti setakat itu saja dan kemudian visual bertukar gelap, ending credit menjalar, filem tamat.

Terpempan aku sekejap. Bukan aku seorang, rakan-rakan yang duduk sebaris pun pandang aku dengan muka confuse, lalu aku tanya, "Kalau semua manusia dalam dunia ni sampah, so kita pun sampah la? Ouch...!"



*Tuan, request-nya tertunai sudah... boleh ya? Tiada keras perasaan ya? (no hard feelings...)


~0^_^0~

April 11, 2010

Sedang Baca Ini

Salam ukhuwwah fillah...

Belian dari malam Frinjan Kampus Krawl yang lalu. Suka amat, mahu baca berkali kali kali kali lagi.


Belum baca tapi akan di-baca sedikit masa lagi



Sudah baca tapi mahu baca lagi lagi dan lagi sampai seratus kali



Akan, sedang dan masih baca



Paling dicari dan sudah jumpa lalu sedang baca


Selain aktiviti membaca yang aku lakukan di mana-mana ini; di rumah semestinya, di tepi jalan, di bangku shopping complex sambil menunggu masa tayangan di panggung wayang, di hentian bas, di dalam bas dan di dalam kelas, sempat ber-libur bersama kawan-kawan baik yang sudah lama tak jumpa. Selepas di Kedai Kopi, berangkat ke Bukit Tinggi menonton How to Train Your Dragon. Aku jarang-jarang suka apa-apa animasi di layar perak, tapi kali ini berbeza. Review di entri lain kali ya.



** Kalau ada sesiapa yang terlihat soft toys Toothless si naga comel ni dijual di mana-mana, sila beritahu aku dengan kadar segera ya. Aku suka dia. Suka benar-benar suka.

March 7, 2010

Selepas Peristiwa: Al-kisah ke KL Fringe Film Fest

Salam ukhuwwah fillah...


Saya sempat menonton pada malam pertama tayangan saja. Jadi, ini ulasannya.

Saya sebenarnya tiada kenderaan untuk pergi, tanya punya tanya, akhirnya berjaya memujuk seorang sahabat, Byxura Zainol. Thanks to her, kalau tidak kerana beliau, tak merasa-lah saya sampai ke Menara DBP malam tersebut.

Al-kisahnya, kami tiba sedikit lewat... konjunksi trafik. Saya teruja sekali, sebelum ini sering ke Stor DBP menonton teater saja, kali ini tayangan filem, di menara pula. Tak kisah walau kami lewat sedikit asalkan tetap sempat pergi menonton. Pengorbanan yang besar sebenarnya kami lakukan pada malam itu, kerana melepaskan tayangan dokumentari di tempat sendiri. Maaf semaaf-nya, mahu hadir kedua-2 acara jika bisa.

Setiba-nya di situ, dengan konfiden-nya kami telah memasuki bangunan lama bersebelahan stor itu. Sunyi sepi. Getus saya dalam hati, tak mungkin acara dibatalkan pula? Saya call bertanya saudara Binfilem, beliau menjawab di tingkat 4. Dengan konfiden, sekali lagi kami masuk ke dalam lif dan menekan punat 4. Dalam hati rasa tak sedap, kenapa sunyi-nya tempat ini luar biasa sekali, gelap pula dan pilihan nombor di lif juga tidak banyak. Menara apa-nya kalau rendah saja. Menambah keseraman dengan bunyi krok krek lif itu, kami pun sampai di tingkat 4. Pintu lif terbuka, tersangat-lah horror suasana-nya. Gelap gelita! Byxura sempat melangkah setapak ke luar dan menjenguk. Saya menggesa untuk terus turun semula. Suasana itu memang tak ubah rasa macam dalam filem seram yang hebat Skrip 7707, dalam bahagian cerita Que Haidar tu! Macam kisah dalam filem pendek Exit karya Patrick Lim juga ada. Cuak!

Setibanya di bawah semula, mujur terserempak Razaisyam, baru-lah saya teringat kalau Menara DBP itu yang di belakang ini. Nama pun menara, entah macam mana boleh tak perasan padahal betapa-lah tingginya. Digelapkan mata barangkali. Sumpah, kelakar! Lalu ke sana-lah kami dengan selamatnya. Ketika masuk ke dalam Dewan Kuliah tempat tayangan itu, sedang ditayangkan filpen Rumah Ares. Mujur juga Ronamaya dan Kak Min kedua-2-nya sudah pernah tengok, jadi tidak-lah rasa rugi besar. Hampa sedikit tak dapat tengok lagi sekali untuk tontonan kedua saja-lah.

Secara keseluruhannya, penganjuran acara sebegini simple sememangnya memberikan lebih impak daripada tayangan biasa. Mungkin faktor tempat menambah aura tontonan. Kudos to penganjur, Dr.Zul dan Binfilem! Saya tumpang gembira dapat menyumbang juga walau tidak banyak dengan berjual DVD dan bantu menjaga jualan buku.

Rata-rata kebanyakan filpen pada tayangan malam pertama sudah saya tonton. Yang baru dilihat adalah These Odd Things (Halimi Hassan), Capal (Azizulhakim Salleh), Pintu Ke Pintu (Aliff Ihsan) dan Babi Itu Khinzir (Faiq Khalifa). Dengan tidak menukar pilihan favourite, saya tetap menggemari Sub Rosa (Nadiah Hamzah). Jalan ceritanya, warnanya, indah musikanya (saya memang gilakan Deeper Conversation oleh Yuna!), saya terpaku lagi. Suka sekali. Kisah cinta indah antara agama berbeza, liberalisme, yang digarap dengan begitu cantik tersusun. Selepas membaca review di beberapa blog lain, ya, saya setuju dengan pendapat mengatakan pengarah wanita lebih detail dalam penghasilan karya, memberi kesan penontonan mendalam yang buat orang menjadi speechless setelah menonton. Dan ini juga turut menerangkan tentang ke-dalam-an Sinkronis (Jaja Kadir). My fave of all times! Dengar kata ada yang menangis ya lepas menonton? *Senyum! Saya pun kecundang setiap kali.

Pilihan seterusnya yang saya suka ialah Babi Itu Khinzir. Serius ianya pendek sekali (durasi tidak lebih 3 minit barangkali?) tapi padat sepadatnya. Lakonan selamba oleh Ayam dan seorang lagi pelakon itu jelas bersahaja, mencangkung dan berbual berdua. Gaduh macam budak-2, tentang selesema babi (atau khinzir) kemudian berlarutan sampai ber-babi-an sesama sendiri. Suka sekali.

These Odd Things penuh kesan khas dan penyuntingan menarik. Saya pening menonton dan kurang faham juga! Haha... tapi tetap suka. Nanti nak tengok di SaluranKamu. Mungkin boleh faham dengan lebih baik.

Capal pula beri imej seketul-2 buat saya rasa macam dipaksa merasai keadaan yang dipaparkan itu. Dan jalan cerita dah boleh diagak. Saat si-kehilangan-capal itu menyedari capalnya hilang dan mengambil keputusan menyarung selipar kuning buruk entah siapa punya, saya dah dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya. Kisah berakhir dengan capal milik si malang itu bukan-nya hilang pun, tapi terjatuh ke dalam longkang saja. Walaupun dibuat ringkas dengan sedikit unsur komedi, saya percaya Capal banyak menyentuh skeptikalisme Melayu terhadap Melayu. Dan mengapa Melayu, masjid dan capal? Bukan loceng, kuil dan sari? Atau chopstick, tokong dan cheongsam-kah? See, ia penuh sinis. *Comel-nya, bila pakcik yang mengejar pencuri itu minum sirap milik si malang. Haha! Ada maksud tersembunyi di sebalik kelakar yang terpapar.

Pintu ke Pintu, seperti yang saya borak-kan bersama pengarah filpen tersebut selepas tayangan, ia mem-praktis-kan pengakhiran cerita berekor. Saya prefer kalau habis-nya dibiarkan habis saja tapa perlu penjelasan. Tapi pengarah menegakkan pendirian-nya yang suka ia habis dengan dijelaskan, sebab sudah terlalu banyak ending karya filpen lain yang dibiarkan tergantung, dan beliau tidak suka itu dalam karya-nya. Bagus, saya hormati pendapat beliau. Nak tunggu karya yang lain pula. Pengarah muda ini memang berpotensi besar dalam bidang pengarahan, syabas diucapkan dan moga jaya dengan projek seterusnya. *Ada projek, sila-lah roger-2 ya!

Penutup, tayangan malam kedua tidak dapat saya hadiri. Antara yang terlalu ingin ditonton adalah Perta.m.a. (Halimi Hassan), Konsekuensi (Razaisyam Rashid) dan Bila Gambus Tak Berlagu (Maszalida Hamzah). Menunggu review dari blog lain saja.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Dr. Zul dan Ridhwan Saidi atas keberjayaan penganjuran acara ini. ~0^_^0~

February 11, 2010

Selepas Tayangan: Muallaf

Salam ukhuwwah fillah...





Setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat juga saya menonton filem Muallaf. Semasa tayangannya di pawagam, saya tidak berkesempatan pergi menonton. Lalu, hasrat yang sudah lama terbuku itu tercapai-lah sudah. Terima kasih, FACT Film Screening Club kerana menunaikan hajat saya malam tadi.

Muallaf yang ditayangkan malam tadi adalah versi pertama yang dikeluarkan pada tahun 2007 iaitu tanpa tapisan dialog tak bersuara dan tanpa babak akhir menunjukkan Brian bersama ibunya. Disebabkan proses pengubahsuaian yang sedang dijalankan di dewan Pancha Delima, tayangan telah dijalankan di Bilik Seminar Kolej Puncak Perdana. Keadaan di situ amatlah tidak selesa, tempat duduk yang terhad dan paling mengecewakan, kondisi audio yang sangat buruk. Walaupun saya cuba untuk kurang mempedulikan masalah-masalah ini, ia terlalu jelas mengganggu suasana penontonan pada malam tadi.

Bagi saya, Muallaf mencapai tahap contentment tertinggi yang sukar saya jelaskan berbanding pengalaman menonton filem-filem arwah Yasmin Ahmad yang lain sebelum ini. Muallaf juga seolah-olah lambang pencarian yang panjang yang telah (atau hampir) berakhir dengan penemuan. Kesemua karya Mak (dalam kiraan saya bermula dengan Rabun) seperti satu pendakian. Dimulakan dengan merangkak, bertatih, pandai mengajuk dan mencuit-cuit, dan yang terakhir iaitu Muallaf, saya kira karya beliau sudah pandai menjerit, bersuara lantang dan menangis nyaring dalam sayu. Saya selalu percaya filem-filem yang bagus tidak semestinya menggalas isu yang berat-berat. Tapi ini berlainan dengan Muallaf.

Isu agama, Tuhan, kepercayaan (dan pastinya tak lupa, cinta dan kasih sayang) dibangkitkan. Kesemuanya menjadi tanggungjawab buat penonton menghadam, berfikir dan membuat konklusi mengikut fahaman masing-masing. Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa sesetengah penonton yang mengaku dengan terus terang mereka tidak memahami Muallaf adalah golongan penonton yang tidak bertanggungjawab kerana malas berfikir (atau langsung tak mahu berfikir) lalu mengambil keputusan untuk tidak memahami. Tetapi saya hormat setiap pendapat, penilaian setiap orang adalah berbeza.

Pada penilaian saya, tiada apa yang terlalu tersirat dalam Muallaf. Ya, saya akui setiap perlakuan, dialog dan babak membawa maksud tersembunyi yang amat mendalam maksud setiap satunya. Pada mulanya saya juga sedikit keliru dengan nombor-nombor yang sering disebutkan Rohana. Tapi dengan perlahan-lahan saya faham yang disebutkan itu adalah surah-surah (dari Bible dan al-Quran). Semuanya jelas terpapar sepanjang cerita. Persoalan agama (Kristian dan Islam), perbezaan fahaman yang mendalangi pemikiran manusia dan diskriminasi yang wujud tanpa disedari dalam hati-hati manusia.

Kasih sayang yang amat mendalam antara Rohana dan Rohani dipaparkan dengan indah sekali. Kebencian menggunung di hati Brian terhadap agama dan keluarganya berakhir dengan kesedaran dan cinta. Pencarian dan kekeliruan terungkai mudah setelah ruang perubahan terbuka. Saya amat menyukai suasana melihat Rohani berkali-kali mengucup pipi dan dahi adiknya. Saya gemar melihat Brian yang akhirnya memutuskan untuk membuka hatinya (dari aspek cinta, kepercayaan dan kasih sayang terhadap keluarga yang cuba dinafikannya). Penggunaan perlambangan yang terlalu halus tak pernah lari dari setiap karya sentuhan Mak. Brian yang kedekut taik hidung masin hingga sanggup memandu kereta perlahan demi menjimatkan petrol, tiba-tiba pada pengakhiran cerita memecut keretanya dengan laju, memberi lambang pembaharuan dan penghijrahan.

Terlalu banyak perkara menarik yang ingin saya perkatakan tetapi kerana faktor emosi yang mengganggu, hanya ini yang dapat saya kongsikan. Saya terlalu tersentuh ketika babak Rohana dan Rohani berbaring di katil sebelum tidur. Pelbagai perkara mereka bualkan. Namun pada baris "I miss Mak" itu akhirnya buat saya tumpas juga.

Sesi Q&A bersama Syarifah Aleisha dan Arianna yang berlangsung selepas tayangan juga saya rasakan menarik. Dua adik beradik comel ini ternyata mengagumkan saya dengan gaya bersahaja mereka menjawab pertanyaan yang diajukan, cukup matang berbanding usia mereka yang masih muda.

Perasaan saya senang sekali, akhirnya dapat juga saya menonton Muallaf. Saya tak menangis ya tadi, saya cuba tahan, tapi ia keluar juga. Eh, jangan salah sangka tau, saya memang tak menangis tadi.

Only God knows how much I miss Mak...







February 7, 2010

TANDA: Banned! Adnan Sempit = Boleh-lah...

Salam ukhuwwah fillah...





Kelmarin saya mahu pergi ke Pementasan Projek KoKEN: Tanda yang berlangsung di ASWARA. Saya berkobar-kobar mahu pergi, siap pujuk abang dan kakak demi untuk sampai menonton pementasan terebut. Alhamdulillah berjaya.

Namun sayangnya, dah separuh jalan menempuh gelap malam, di saat saya gembia meng-confirm-kan tiket, saya dikhabarkan dengan berita sedih yang pementasan Tanda dibatalkan.

Okey, saya kecewa, tersangat-sangat.

Saya sudah mengharungi separuh perjalanan menempuh gelap malam di bandar Kuala Lumpur, dan ketika itulah kekobaran jiwa saya untuk pergi menonton pada malam itu dibunuh, terbunuh begitu saja. Saya baru saja menghantar mesej untuk mengesahkan kehadiran saya dan tempahan tiket yang sudah saya buat petang tadinya. Tiba-tiba saudara yang menguruskan tiket terbabit menghubungi saya, mengkhabarkan berita yang amat mengejutkan hati dan sanubari saya lalu saya tersentap seketika apabila mendengar kata-kata beliau; pementasan pada malam tersebut dibatalkan. Terdiam.

Oh, Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya saya!

Ya, waktu itu saya rasa seperti ingin saja menghentak telefon bimbit di tangan sekuat hati, tapi mengenangkan kerugian yang bakal saya alami, saya membatalkan niat untuk bertindak sedemikian. Saya cemburu sekali (dan rasa dengki sedikit) kepada mereka yang dah sempat menonton pada malam-malam sebelumnya. Ah! Saya benar-benar kecewa-lah!

Oh, mengapa pada malam saya begitu berkobar-kobar berniat murni hendak pergi menonton Pementasan KoKEN tiba-tiba ia dibatalkan pula? Sudah-lah Pementasan KoKEN yang pertama dulu saya tidak sempat pergi, yang ini juga nampaknya tak dapat saya saksikan. Setelah beberapa malam sempat berlangsung, sebuah pementasan teater tiba-tiba ditarik semula kebenaran pementasannya dan diarahkan berhenti serta merta. Ini jarang berlaku, saya kira ini belum pernah berlaku.

Ada rezeki kita dapat juga menonton nanti, Cik Coffeeholic di sebelah menenangkan saya. Terdiam saya memujuk diri sendiri. Bagus juga, saya fikir. Dengan arahan supaya pementasan Tanda dibatalkan, pasti ada pihak yang sudah tersedar akan kehangatannya lalu bertindak segera. Dari satu sudut, saya membuat anggapan bahawa pementasan ini sudah berjaya!

Menurut saudara pengurus tiket (saudara Hafiz namanya kalau tak silap saya) itu tadi lagi, insya Allah akan diadakan pementasan buat menggantikan Tanda yang terbatal tanpa niat itu. Saya amat-lah berharap dapat menontonnya nanti.



* * * * *






Bertitik tolak dari pembatalan pementasan Tanda, lalu saya pun segera mengorak langkah mencari alternatif lain bagi memuaskan nafsu hendak menonton yang membuak-buak tanpa dapat dikawal. Akhirnya saya memutuskan untuk menonton filem Adnan Sempit di pawagam berhampiran. Ngam-ngam waktu saya tiba itu, beberapa minit lagi waktu tayangan bermula. Tanpa ragu-ragu tiket terus dibeli dan saya bergegas membeli bertih jagung. Ini bukan tontonan serius, kata minda saya kepada saya, mujur ketika itu saya pun terasa ingin mengunyah juga.

Lalu bermula-lah filem tersebut. Saya berharap saya akan ketawa besar, terbahak-bahak dan keluar air mata, namun hingga ke penghujung cerita, saya mendapati hanya ada satu babak saja yang komedinya mengesankan lalu berhasil membuat saya ketawa gembira. Babak tersebut adalah ketika Sam menyelamatkan keadaan di bilik mesyuarat dengan menghantar proposal (atau disposable bak kata Adnan) yang lengkap yang sepatutnya diserahkan oleh Intan Ladyana.

Baris dialog yang tak mungkin saya lupa adalah "Uncle (Dato'), I will not let the banana fruit two times!" Itu-lah satu-satunya moment yang berjaya buat saja ketawa hentak-hentak kaki!


Selebihnya, saya hanya ketawa tak jadi.


Berikut adalah beberapa poin yang saya senaraikan tentang filem Adnan Sempit:


1) Lakonan hampir kesemua watak dalam filem ini layak saya sebutkan sebagai hancusss! Intan Ladyana tak sesuai memegang watak Nadia, boss besar kepada Adnan, suaranya ketika menghambur marah, lebih teruk kalau sambil menangis pula, amat-lah menjengkelkan! (selamat datang buat beliau ke kelab suara annoying ala Fasha Sandha).

2) Saya tak pasti apa puncanya, tapi terlalu banyak perkara dan masalah membabitkan plot cerita dalam filem Adnan Sempit ini. Saya lebih suka filem ini bergerak tanpa narator (iaitu Sam sendiri). Mungkin pengarah boleh guna pendekatan lain bagi memastikan penonton faham jalan cerita. Lagipun serasa saya, cerita ini masih boleh difahami tanpa kewujudan narator.

3) Banyak perkara kurang penting dan tidak relevan yang dipaparkan. Sebagai contoh, babak nyanyian di celahan pokok kelapa yang terlalu panjang, kelakarnya ada (terima kasih kepada watak Bobby lakonan Along Raja Lawak) tapi saya merasakan lagu tersebut tidak pun membantu memberi impak komedi kepada penceritaan. Satu lagi, idea untuk mengadakan majlis reunion di sebuah banglo mewah milik keluarga yang sudah lama tak berpenghuni. Menambah kerja, terpaksa mengemas, menyiapkan rumah dan sebagainya padahal keluarga pemilik syarikat besar. Untuk majlis besar mengumpul teman dan rakan bisnes, pemilihan hotel sebagai lokasi majlis adalah lebih tepat. Lagi pula, boss sanggup menyusahkan dua tiga orang pekerja (tenaga tak ramai untuk mengerjakan sebuah banglo yang besar, hebat!) terpilih, PA dan budak despatch ofis, semata-mata nak dibuat menyamar sebagai kekasih. Oh, saya perasan si Bobby bukannya staf di pejabat mereka, dia mat rempit kawan kepada Adnan dan kekasih kepada Wawa (Norliyana Samsudin). Mengemas rumah dalam tempoh yang lama sudah satu hal, sempat pula dua tiga hari mereka 'bercuti' di rumah itu, siap bermalam dan sempat jumpa hantu. Lama juga masa santai kosong yang diperuntukkan pengarah buat watak membina perhubungan cinta. Okey, cukup. Poin yang ini terlalu panjang sudah.

4) Watak Wawa juga mengecewakan, entah ke mana pergi lakonan bersahaja Norliyana yang pernah saya sukai itu (dalam drama Cinta Balqis). Mungkin kerana situasi tidak-biasa-tapi-cuba-buat-biasa yang beliau perlu lakukan apabila berdialog gua-lu konon minah rempit otai. Eh, lupa. Apa term popular bawaan filem ini? Chikaro? Ya, itu-lah.

5) Lakonan Shaheizy Sam sememangnya penyelamat cerita! Mujur-lah ada wataknya menyelamatkan kecelaruan filem ini. Lakonan beliau yang jujur (saya rasa), blur, kelam-kabut, cepat menggelabah, cintakan boss di tempat kerja, mat rempit wannabe tapi dalam hati ada taman. Wataknya comel sungguh, lebih mantap berjaya jika disokong watak-watak lain yang lakonannya lebih meyakinkan.

6) Saya mengalami kecelaruan emosi sepanjang menonton filem ini. Babak sedih ketika Nadia berambu air mata memarahi Adnan di reunion party adalah babak yang telah buat saya ketawa! Bukan kerana situasinya, tapi kerana ekspresi wajah Intan Ladyana yang manis itu tiba-tiba berubah jadi monster bersuara kecil. Oh, takut! Tapi comel dan kelakar... haha...


Secara keseluruhan, saya pun tak tahu mahu beri berapa bintang kepada filem ini. Tapi, saya mengaku seronok dapat juga menonton sendiri Adnan Sempit yang heboh
diperkatakan amat sangat kelakarnya itu. Baru rasa fair dan berhak mengkritik, tak adil jika saya belum tengok filem ini tapi terpengaruh dengan kritikan orang lain. Bagi saya, ia biasa-biasa saja. Mungkin kerana saya seorang yang lebih kelakar daripada Adnan? Mungkin juga.

Lagi artikel tentang Adnan Sempit, boleh baca di sini.

* Bagi mereka yang menyukai filem ini, tak salah juga. Mungkin komedinya kurang sesuai dengan selera saya. So, rileks okeh, der...!


~0^_^0~

February 2, 2010

Per Amare...




This one is super 'sweet'. Don't you think?

January 23, 2010

Selepas Peristiwa: Tayangan Filem Pendek Pelajar FACT

Salam ukhuwwah fillah...


Poin-poin Saya Setelah Selesai Peristiwa






Bantal Lengan


Kalau sesebuah filem itu bergerak dari satu poin ke satu (atau beberapa) poin yang lain, saya tak nampak pun manalah poin yang me-relate jalan cerita dalam filem ini, yang saya pun tak pasti linear atau non-linearnya (rasa-rasanya linear?). Saya dapat melihat effort pengarah yang cuba merealisasikan teknik penggunaan freeze shots yang seakan-akan still itu (dengan pelakunya kaku statik dalam rakaman). Aplikasi teknik ini diulang berkali-kali hingga mendorong ke arah gangguan penontonan (visual irritation). Mungkin juga ada maksud yang ingin disampaikan, dan mungkin saya sendiri yang tak pasti maksud yang ingin disampaikan itu apa.

Setelah separuh penontonan, baru saya perasan filem ini-lah yang turut sama-sama disunting pada ketika saya berada di tempat kejadian. Dalam penerangan santainya, pengarah ada menyebut tentang isu yang cuba ditimbulkannya --> queerism; gay-ism. Lelaki berkemeja merah jambu itu sebenarnya adalah seorang gay, malah dua lelaki yang keluar dari kereta lalu membelasah lelaki jambu itu juga gay.

Saya terganggu saja dengan perkaitan yang tidak dpat saya hubung-kaitkan. Menolak tepi soal teknikaliti dan persoalan lain (tapak pengemis-pengemis bermain kad yang kemas, tidak realistik dan pakaian pengemis juga kemas dan bersih - oh, saya yakin kontradiksi ini bersebab), saya menyimpulkan bahawa saya paling kurang faham dengan keseluruhan idea dan cerita yang dibawa.

***************

The 5 Rules

Saya tak ada masalah dengan pemahaman cerita - simple tapi setuju dengan satu pendapat pada malam tayangan kelmarin - filem ini tak ada originality. Ketika ditanya di mana keaslian idea sebenar filem ini, pengarah menjawab, lima peraturan itu sendiri merupakan idea asalnya. Oh, perlu saya sebut apakah ia? Antaranya lebih kurang begini; sediakan sejumlah wang tebusan, jangan libatkan pihak polis, etc. dan yang terakhir, patuhi kesemua arahan yang diberikan tadi (jadi the ultimate 5 rules ada empat saja-lah? Betul?)

Ugutan dan arahan sebegitu dah terlalu banyak dibuat dalam filem dan drama TV. Macam mana ia boleh jadi original idea pengarah? Oh ya, in terms of idea untuk memfilemkan-nya mungkin... bisik sahabat di sebelah saya malam itu.


* * * * *



Hide/Seek

Seronok menonton filem ini, ia bawa saya kembali ke zaman persekolahan. Suasana Victoria Institution juga sedikit kurang lebih seperti rupa bangunan sekolah saya dahulu juga. Pelajar Melayu berkawan baik tanpa mengira kaum dan ya, bahasa pengantaraan juga banyak mencampur-baur bahasa Inggeris. Dalam filem ini, para pelakon berbahasa Inggeris yang sedap didengar (dan rata-rata semuanya juga manis dipandang. Pengarah bijak dalam soal eksploitasi, brilliant!) Kecuali watak lelaki yang tiada kesinambungan dan saya anggap kemunculannya terlalu 'tiba-tiba'. Dialek Inggerisnya juga bercampur, kata sahabat saya yang seorang lagi. Saya ingatkan, dia yang bertanggungjawab ke atas seorang lagi gadis yang tak dijumpai itu. Rupa-rupanya tidak. Dan reaksi cool mereka berpatah balik bila hantu muncul di hadapan mereka itu, serius comel. Tak terkejut dan hysterical langsung ke, dik? Aduh! Oh, sekali lagi, mungkin hanya saya yang mahu begitu. Huhu...

Hantu budak sekolah ala Korea dengan rambut menutupi muka, muncul berdiri terpacak bermain sorok-sorok bersama mereka sekali tanpa diundang memang idea yang agak klise, tapi peduli apa kan? Idea filem ini mungkin tampak lebih menarik kalau hantu itu tak dipaparkan.


* * * * *

Sujud

Idea ringkas tapi memikul tanggungjawab pemaknaan tujuan sebenarnya yang amat berat. Simple-nya lebih kurang macam filem pendek Pintu oleh Akashdeep, semasa menonton (dengan long take pada visual pintu), penonton memang tak terfikirkan apa-apa lagi, tapi bila terungkai kisah sebenar pada akhirnya, impak penontonan mencapai ke peringkat tertinggi. Penonton akan merasa terkesan dan mungkin berkata, "OMG, sweet-nya...!". Dan hakikatnya, saya tak ada masalah langsung dengan long take yang kekal pada satu syot yang sama saja. Ia malah memberikan ruang buat penonton menikmati moments yang penuh makna.

Dalam Sujud, syot-syot tanpa dialog, bersahaja dan tidak peduli dengan mainan kamera atau sebagainya, lebih lagi mengundang rasa mendalam terhadap penontonan. Pada awalnya, saya fikir mungkin si Karim (yang bercermin mata dan bangun solat itu) mahu menyindir rakannya dengan menyelimutinya dengan sejadah dan membacakan Yassin. Haha...saya pernah dengar idea itu. Sebaliknya, Karim membentangkan sejadah 'berkiblatkan' si mamat yang enak menyambung tidur itu dan ikut menonggeng ketika Karim sujud. Siapa imamnya sekarang? Lu pikirlah sendiri!

Idea pengarah memang menarik. Saya kagum betul. Tahniah-lah...!


* * * * *



Rona Maya

Filem pendek ini adalah yang paling berat bagi saya. Banyak perkara yang saya persoalkan dalam diri sendiri semasa menonton, tapi akhirnya dapat mengaitkan setelah diterangkan dan dibogelkan semuanya oleh pengarah. Oleh kerana ke-berat-an filem pendek ini sendiri, saya tiada apa yang ingin diulas selain saya suka lagu Oslan Hussein bertajuk Menimbang Rasa yang digunakan oleh pengarah dalam filem ini. Ketika ditanya, ada apa-apakah di sebalik penggunaan lagu ini, kerana liriknya begitu 'something' saya rasakan, tapi pengarah dengan tegas menyatakan 'tidak'.

Ia menjadi filem yang berat kerana kajian mendalam yang dibuat terlebih dahulu sebelum filem dihasilkan. Terlalu banyak yang ingin disuarakan, mungkin. Namun pujian sememangnya perlu diberikan kepada penataan seninya, superb! Tahniah art director!

* * * * *



Mautopia


Membungkam kalbu. Ketika pertama kali previu filem ini yang saya tonton bersama pengarah dan seorang rakan, sudah dapat saya rasakan 'kuasa'nya yang bakal melanda para penonton di Pancha Delima pada malam tayangan nanti. Pengarah bijak menolak tarik plot cerita menjadikannya seperti serangkap pantun, struktur serambi rumah dan sebagainya. Pengalaman bekerja dalam penghasilan filem ini antara yang terbaik pernah saya sertai. Disebabkan itu juga saya kurang peduli apabila ada permintaan pengarah sewaktu penggambaran yang kadang kala agak 'bukan-bukan' juga, kerana saya tahu hasilnya akan sebaik ini. Ya, saya sukakan hasilnya.

Tak keterlaluan kalau saya katakan filem ini sebenarnya yang ditunggu-tunggu pada malam tersebut, oleh itu tayangannya diletakkan terakhir sekali.

Secara keseluruhan, saya sendiri dapat merasakan peningkatan karya pelajar pada tayangan kali ini berbanding sebelum-sebelum ini. Saya sukakan perkembangan ini juga. =)


* Terima kasih atas semua yang hadir. Minggu depan tayangan filem Karaoke pula. Jemput datang...!

January 20, 2010

F.A.C.T. Students Shorts

Salam ukhuwwah fillah...






TAYANGAN FILEM PENDEK PELAJAR
FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN ARTISTIK



Maklumat :

20 Januari 2010 (Rabu)
8.00 malam
Pancha Delima, UiTM Puncak Perdana, Shah Alam


Filem-filem pendek yang ditayangkan :


Bantal Lengan
Mohd. Rahhiemi Alias
12 min.


The 5 Rules
Abdul Faiz Mohd. Jayramie Eng
8 min.


Hide and Seek
Benz Muaddid
10 min.


Sujud
Muhamad Rahimi Zailanni
6 min.


Rona Maya
Amer Zaman
15 min.


Mautopia
Ridhwan Saidi
10 min.



* Masuk adalah percuma...! Sesi Q&A akan diadakan selepas setiap satu tayangan filem pendek disenaraikan.


Semua dijemput hadir, ya!


~0^_^0~

January 14, 2010

Chicken Rice War : Today's Viewing

Salam... ukhuwwah fillah...


For our very first Single Camera Production (SCP) class of the semester today, we got to watch a Singaporean movie, made in year 2000, directed by Chee Kong Cheah. I might not elaborate in detail about the story, you can just click here to read more.





I'm always a picky person when it comes to choosing the movie I want to watch. But this one, it completed me from all aspects - comedy, romance, social awareness, language and family love. Not to mention I love the cast so much, Pierre Png who played Fenson Wong in the movie. I started Google-ing to read more about the movie (and Pierre, of course) when I just noticed, he was the same guy acted in Phua Chu Kang as Chu Beng...! Haha... how funny, I was concentrating way too hard on the movie, and hell yeah, he's cute alright (though he ages 36 this year).



方展发 (Pierre Png Chan Huat)


I love Chinese movies. I always want to learn to speak and write in Mandarin, but I already have Italian for my third language. Any foreign language is fine, no?


And so, there it is. Pleasure of looking.

Scopophilia.


+ Err... is it the right term I'm using? +


~0^_^0~

January 5, 2010

Mautopia - Bin Filem




20 Januari 2010
Pancha Delima
Bangunan Akademik UiTM Puncak Perdana



* Jemput hadir!

July 24, 2009

GADOH : I'm Not Malay, I'm Malaysian...



Salam... ukhuwwah fillah...


Memang hangat bila isu perkauman diperdebatkan. Aku rasa penuh terisi lepas menonton filem ni. Tapi aku yakin dalam ramai-ramai yang hadir malam tadi, mesti ada persepsi yang berubah, mungkin ada yang terasa terkena batang hidung sendiri, mungkin ada yang rasa tak puas hati, mungkin ada yang malu sendiri, (pinjam ayat Ayam) mungkin ada yang berlagak cool konon menyokong penuh penyatuan semua bangsa sebagai bangsa Malaysia tapi dalam hati meluap-luap maki hamun pengarah dan semua yang menyokong konon dah hilang jati diri bangsa sendiri. Macam-macam... Untuk melihat review yang lebih formal, sila-lah klik kat sini.

Sungguh, memang seronok juga tengok orang berpolemik dan sibuk mempertahankan pendirian masing-masing ni. Aku lagi suka memilih untuk diam. Aku tahu ilmu aku belum cukup untuk ikut menyampuk. Tapi yang berkobar-kobar bangun dan bersuara tu aku tetap salute-lah kat korang. You managed to voice out your views, menambahkan kemeriahan sesi Q&A lepas viewing tu. Begitu pun, ada juga segelintir dua kelompok kecil ni yang masih utuh dengan jati diri Melayu masing-masing. Cool...kira tegar gila-lah diorang ni. Cumanya makin banyak yang dicakapkan, makin banyak kedangkalan ilmu yang terserlah. Accept it-lah...you are what you think-lah, bro... Aku segan nak menyampuk, jadi aku diam.

Aku tanya juga diri aku sendiri balik, penting tak lagi aku pertahankan hak ketuanan Melayu yang disebut-sebut tu? Aku tak faham kenapa segelintir golongan ni terlampau ekstrem mempertahankan pendirian diorang, memang exaggerate sangat dalam penghujahan yang dilontar, tapi tanpa sedar, apa yang dibahaskan itu tak bawa apa-apa makna. Aku respect-lah diorang yang memang tinggi rasa dan nilai ke-meLayuan ni, dah tak ramai anak muda yang berpendapat sebegini. Keterbukaan mereka dilimitasi dengan sogokan dan kepercayaan lama yang dah tak diguna pakai lagi. Ketuanan Melayu? Apa kejadahnya benda tu?

Bila aku fikirkan balik, sebab diberikan hak istimewa dan kelebihan yang tak didapati oleh bangsa lain ini-lah aku jadi aku hari ni. Aku mengaku zaman belajar masa sekolah dulu lagi gila kompetitif. Aku memang sehabis pulun maintain prestasi sebab nak bersaing dengan anak-anak Cina dan India sekelas aku yang pandai-pandai belaka. Sayangnya aku tak cukup effort belajar dan terlampau bersenang hati dengan laluan aku seterusnya lepas SPM. Asalkan dapat lebih daripada 5A, confirm aku lepas punya masuk UiTM (pinjam: Universiti Teknologi Majlis Amanah Rakyat).

Alhamdulillah, result aku boleh dikira bagus sebab melepasi target 6A, walaupun dalam hati tak puas hati tengok budak paling pandai dalam kelas aku (harapan cikgu-cikgu satu sekolah) boleh dapat straight A's, sedangkan aku sipi-sipi je lagi nak dapat result sama macam dia (aku still ingat nama dia, Woo Wee Loon).

Aku kagum dengan dia ni. Kami antara muka-muka wanted kat sekolah. Aku head prefect sekolah, dia head prefect library. Masuk pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan sampai peringkat kebangsaan pun aku pergi dengan dia and Albert. Memang aku lagi banyak hang out dengan kawan-kawan Cina and India berbanding Melayu. Aku boleh ingat semua nama kawan-kawan baik aku sekelas masa sekolah dulu - kawan paling baik dari sekolah rendah sampai sekarang - Mei Yuin, rakan Convent-ku yang sejati (don't worry, aku tak lupe kat kau, Wan...! Hehe...) Kawan-kawan sekolah menengah plak Magendran, Kee Eng, Samantha, Hoay Phing, Dhanesh Itik, Albert, Theven, Peng Shen, Xi Guan a.k.a. zigot, Nathanael, Dinesh, Venketesvaran a.k.a. Venkie... kawan-kawan Melayu? Sumpah, ada-lah berapa kerat je yang aku still ingat.

Banyak sebab kenapa aku rapat dengan diorang. First, aku senang lepak dengan diorang sebab diorang bukan kaki mengumpat and sembang merapu macam budak Melayu. Second, kalau borak dengan diorang jarang cerita pasal artis ke, gosip ke, selalu ada je sebut pasal pelajaran (ye...aku agak skema masa sekolah dulu, tapi tak-lah tahap kritikal - nerdy). Third, aku suka nak speaking dengan diorang ni. Nak improve my English and communication skills, y'all... Kalau dengan kawan-kawan Melayu, macam janggal nak cakap Omputih, pulak tu kena kutuk berlagak speaking London. Sengal kan...

Back to Wee Loon's story. Dia anak sulung, family dia memang boleh dikatakan susah-lah setahu aku. Hari-hari bapak dia hantar pergi sekolah naik motor kapcai. Tapi tak pernah datang lewat, berbeza dengan aku yang selalu ambil kesempatan salah guna kuasa datang lewat. Kasut dengan beg sekolah Wee Loon tu rabak-rabak je aku tengok dia pakai pergi sekolah. Adik dia ada seorang yang cacat. Aku teringat Wee Loon pernah cakap dia janji dengan diri sendiri nak belajar betul-betul, dia memang nak jadi doktor sebab nak rawat adik dia tu. Sedih aku dengar. Tapi dia memang betul determined-lah. Aku boleh nganga sampai leh muat sebiji Big Mac kalau dengar dia berhujah subjek Sejarah and Biology. Boleh kata satu isi buku tu dia dah hafal, macam komputer je boleh jawab semua soalan. Tu belum Add Math, Kimia and Fizik. Aku punya-lah berpeluh baru terkebil-kebil nak jawab soalan pertama, dia dah siap tiga page jawapan berderet.

Aku kesal sekejap, tapi lepas tu lupa diri balik. Dengan result SPM yang konon mencapai target tu, aku pun bergelar warga UiTM. Tiba-tiba aku jadi racist. Masa ura-ura pasal isu kuota 10% tempat dibuka untuk bukan bumiputera tu, aku antara yang sibuk menjulang hak Melayu. Memang-lah UiTM satu-satunya universiti bumiputera mutlak, tapi tu bukan sebab utamanya, Sebenarnya aku takut bila membayangkan kalau sekelas dengan budak Cina atau India nanti, mampus aku nak compete dengan diorang. One thing for sure, kedudukan selesa aku dengan result yang aku pertahankan, aku takut tergugat. Tapi isu itu pun berkubur je lepas dapat tentangan hebat pelbagai pihak.


Entah-lah. Aku cuma nak relate situasi ni dengan kegelabahan sesetengah Melayu yang tiba-tiba lantang bila dipersoalkan tentang hak. Kita sebenarnya takut tak mampu bersaing dan bertahan, sebab dua kaum lagi tu dah terang-terang boleh mengatasi kita tahap kacang mat lodeh je. Sepatutnya kita cuba sama ratakan kemampuan kita dengan diorang. Kenapa diorang boleh berjaya, kita tidak? Kalau Melayu pun sama hebat, buat apa nak marah kalau soal penyamarataan hak ditimbulkan? Betul tak? It's all about determination... mereka betul-betul usahakan apa yang mereka nak, tapi kita malas dan prefer nak hidup selesa saja. Mana aci...

So, mari-lah kita bersama buktikan yang kita mampu berjaya tanpa bergantung dengan apa-apa keistimewaan. Kita sama saja. Bangsa Malaysia.

Bumi ni hak semua. Kita sama-sama kongsi.

Senang.

Selesai.

Simple.


Yeddey....!


~0^_^0~
Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!