April 30, 2010

Selepas Tayangan: Aku, Dia dan Tong Sampah

Ya...

Entri ini maha panjang.

Sila lakukan senaman stretching pada otot mata anda dan bukakan minda luas-luas.

Ini pendapat aku, bukan dia, kalian, mereka mahupun seorang tong sampah. (WARNING: CAROTAN ALERTS!)


Salam ukhuwwah fillah...



Tadi siang aku ke FINAS menonton tayangan perdana filem Aku, Dia dan Tong Sampah (ADTS) arahan Azri Abu Hassan. Filem cereka ini adalah projek penilaian pelajar semester akhir ijazah Skrin FACT bagi subjek Honour Showcase. Pada tafsiran kasar, aku suka idea cerita ini. Kali pertama baca sinopsis rasa betul-betul tertarik dan aku terus mengandaikan ceritanya bergerak bagaimana. Lepas lihat poster pun, tanggapan yang terhasil dalam kepala hotak aku makin jelas. Warnanya, reference-nya dan the look of the film seolah-olah sudah terbayang-bayang, impresi yang wujud itu positif sekali. Jadi-nya ia buat aku tak sabar dan berjanji tak akan terlepas tayangan filem ini. Terima kasih buat dua sahabat, sampai juga aku ke FINAS demi ADTS. Oh ya, Boleh lawati blog ADTS di sini untuk bacaan lanjut atau add di Facebook di sini.

Aku minta maaf banyak-banyak pada tenaga produksi sebab tak satu hari pun masa penggambaran berlangsung aku sempat menjenguk dan membantu kalian on set, sibuk yang menggila sepanjang semester ini. Tanya punya tanya, dah habis shoot pun dan sudah masuk bilik editing. Apa pun, at the first place, setinggi-tinggi tahniah kepada tenaga produksi Kopitiam Film Production yang seramai lapan orang saja mampu menyiapkan sebuah filem cereka dengan durasi 80 minit. Good job, guys! Macam yang aku kata tadi semasa sesi Q&A, aku kagum dengan kemampuan kalian.

Sedangkan produksi filem pendek nan beberapa minit pun memerlukan bala tentera pengurusan dan guna tenaga krew yang ramai (ini realiti pengalaman peribadi), kalian sudah berjaya buktikan kekuatan dengan terhasil-nya ADTS...! Tahniah! Kalau ada yang kurang setuju dengan pendapat aku - kuantiti (dalam konteks tenaga produksi filem pelajar) melambangkan kualiti, maaf terlebih dahulu ya. (Eh...ini pendapat aku kan?) Ya, tak mungkin dua tiga orang dapat hasilkan karya yang memakan tenaga, masa dan belanja yang besar. Kalau dalam konteks penghasilan filem dari sudut lain, aku tidak tahu-lah pula dan tak pandai nak berkata, tapi realiti-nya memang... tak mungkin. Atau sukar untuk mungkin, tetapi tidak mustahil.

Menyentuh kembali pada ADTS, ia mengisahkan seorang gadis kolej, Sharnaz yang celaru dengan kehendaknya sendiri. Perwatakannya memang pathetic, hidup dalam fantasi, hopeless romantic tetapi comel yang baru putus cinta dengan kekasihnya, Hazwan. Disebabkan perhubungan cinta mereka yang sangat sweet dan old school (bercinta guna surat, kurangkan SMS dan e-mail), Sharnaz sukar sekali mahu get over and done with berkenaan hal perhubungannya dengan Hazwan yang sudah berakhir itu.

Twist-nya bila Sharnaz berkeputusan (almost, itu pun masih teragak-agak... arghh!) hendak membuang semua surat dan kad pemberian Hazwan demi melupakan kisah cinta mereka, muncul Amir Haiqal yang secara tidak sengaja 'ter'bawa balik bersamanya bungkusan mengandungi surat-surat cinta Sharnaz itu. Sharnaz sekali lagi ubah fikiran dan separuh hati masih menyayangi Hazwan, berusaha mencari Amir untuk mendapatkan surat-surat itu kembali. Dari situ-lah perkenalan mereka bermula dan kisah cinta baru si Sharnaz celaru pun bermula. Mereka banyak spend time bersama, saling berkongsi masalah dan siap boleh baca semula surat-surat cinta lama dan hapak itu bersama. Kebetulan pula (drama) kekasih baru Hazwan itu juga bekas kekasih Amir. Dalam berhubungan palsu Sharnaz dan Amir untuk membuat Hazwan cemburu, cinta mereka pun bertunas. Dalam usaha yang hampir berjaya itu, Amir sudah menyayangi Sharnaz. Hazwan pula sedar dia silap memutuskan hubungan mereka dulu dan mahukan Sharnaz kembali. Sharnaz yang lalang-lalang-ditiup-angin itu pun khayal dan senang-senang membuka hatinya semula. Kuciwa si Amir terlalu dan dia telah menyekolahkan Sharnaz di hadapan rumah-nya pada malam majlis dinner itu juga. Sharnaz blur seketika namun akhirnya tersedar dari khayal lalu memilih Amir, instead of Hazwan. Surat-surat cinta Hazwan dibuang juga ke dalam tong sampah itu. Akhirnya...

Baik, dari segi cerita (kelogikan) banyak sekali lompangnya. Satu, pada malam pertemuan Sharnaz dengan Amir di depan tong sampah itu, sempat pula rupanya Sharnaz mengecam wajah Amir dan nombor plat kereta dalam gelap malam dan marahnya kerana Amir menghentikan kereta hampir melanggar Sharnaz. Demi mendapatkan surat-surat cintanya kembali, dia mencari rumah Amir (macam aku kata tadi, dia sempat lihat nombor plat kereta Amir malam sebelumnya) lalu meminta kembali bungkusan surat itu.

Satu hal, Amir yang entah siapa-siapa itu (tak dikenali) berani pula dicari Sharnaz sampai jumpa. Ketika Amir mengatakan dia sudah membuang surat-surat itu, Sharnaz selamba melepak di lantai laman rumah lelaki itu, menangis. Lalu Amir pun segera bersiap dan mereka pergi semula ke tempat sampah untuk mencari surat cinta Sharnaz. Sekali lagi Sharnaz kelihatan pathetic sekali bila dia sanggup memunggah tong sampah yang kotor demi mecari bungkusan suratnya. Bila dah jumpa, dipeluk pula plastik sampah itu. Euww... Okay... kemudian mereka pergi makan, bungkusan itu diletak di atas meja di samping makanan. Sampai ke akhir cerita, plastik itu diusung ke sana ke mari - dijinjit, dipeluk, diletak atas katil - malah Amir juga turut memegangnya seolah-olah tiada apa, barangkali sudah terlupa bungkusan itu datang dari tong sampah penuh dengan barang buangan kotor. Tapi perlu diingat, penonton tak pernah terlupa dari mana datangnya. Lagi sekali, euww...!

Okay... okay... itu mungkin hal kecil. Aku hanya mencontohkan. Aku memang suka point out benda-benda kecil sebegini, yang kalau dikumpul ia jadi satu kelemahan besar yang menjejaskan cerita. Banyak lagi perkara lain yang nak aku sebutkan, sengaja aku exaggerate mengulas yang itu. Hey, jangan lupa ya! Dalam sesebuah karya, paling penting untuk buat penonton percaya (make believe) semua yang dipaparkan dalam visual adalah benar dan nyata. Ia menjadi karya apungan apabila penonton tak berjaya menyelam masuk bersama dalam cerita dan menyedari mereka masih dalam sebuah auditorium menonton sebuah filem. Ini bahaya. Make believe maksudnya secara menyeluruh - dari aspek lakonan (paling utama), penggunaan props, rekaan set, dialog (santai tapi hidup) serta character background.

Seperti kata seorang tokoh ini, quotation yang aku petik kata-kata beliau, "Pelakon yang bagus, apabila pelakon itu membuat 'homework' terhadap karakternya, memahami setiap situasi dan emosi karakter yang dibawanya, memberi 'reaction' dan mewujudkan 'chemistry' antara teman lakonnya serta membuatkan penonton percaya dengan karakter yang dibawanya." (FH, 2010). Jadi, usaha untuk make believe sesebuah cerita adalah sangat penting. Nanti aku ulas lebih lanjut.

Aku tak arif nak mengulas dari segi teknikaliti, tapi ada juga perasan dan rasa terganggu dengan beberapa babak yang tiba-tiba soft focus, shot 'potong kepala', camera angle statik etc... aku kurang peduli dan tak mahu ulas panjang. Lepas diterangkan oleh pengarah, cukup-lah ia menjawab kepada kekurangan yang berlaku itu. Tapi jangan salah faham, kepelbagaian angle dan shot sangat penting dalam menggerakkan cerita dan memberi tempo (pace) kepada naratif. Namun yang banyak berlaku dalam ADTS, ya... kepelbagaian itu tiada, shot statik saja, kebanyakannya.

Aku punya pendapat berbeza dengan penggunaan shot statik dalam filem. Ada yang kata shot jenis ini berlaku sebab camera work yang 'malas'. Bagi aku, ia tidak kelihatan bosan, malah ia penuh realistik dengan jumlah ruang total yang digunakan dalam pemaparan kisah (pelakon dan ruang sekitarnya) terpapar penuh dalam frame, semuanya dapat dilihat oleh penonton dengan sepenuh tumpuan. Yasmin Ahmad paling terkenal dengan shot statik dalam filem-filem sentuhannya. Ia beri satu rasa yang deep, artistik dan buat kita fikir "there's something behind this emptiness." Mungkin aku salah, oleh itu, abaikan ini. Pandangan pengarah, beliau mahu cara beliau berbeza daripada garapan filem bertemakan cinta yang sedia ada. Okay, aku terima saja jawapan itu.

Okay, lakonan. Aku suka watak sokongan yang begitu menjadi sekali dalam filem ini, cuma kadang-kadang muncul-nya kurang perlu dalam beberapa babak tertentu. Watak-watak tersebut adalah watak pakcik tukang sapu yang versatile dan mampu melakukan pelbagai kerja yang berbeza (serta juga ada di mana-mana). Kedua, watak tiga pemuda (dua menyanyi dan seorang memetik gitar) yang memeriahkan kisah. Ada pendapat yang disuarakan semasa sesi Q&A menyebut, kadangkala supporting characters kelihatan lebih baik daripada main cast. Ketiga, watak rakan-rakan Sharnaz yang lebih real, natural, kecoh dan selamba saja. Selain itu, lakonan terbaik pasti-nya daripada penampilan istimewa filem ini, Ruminah Sidek dan Aminah Rhapor. Wide experiences explain their genuine acting.

Setelah berbual-bual, minum-minum teh tarik bertukar pandangan dan mengambil tahu serba sedikit hal, aku berani mengatakan lakonan watak-watak utama tidak seimbang dalam filem ini. Watak Sharnaz tidak setara memberi lontaran sama momentum dengan watak Amir. Lakonan bagi watak Amir bukan-lah yang terbaik, tapi ia menunjukkan dinamik-nya yang tersendiri dan 'nampak' effort watak itu cuba membantu watak Sharnaz untuk naik. Namun, apa yang berlaku, lakonan bagi watak Sharnaz 'begitu' juga. Kayu. Emotionless. Sekarang anda boleh kaitkan semula dengan quotation yang ditulis tadi. Jangan sesiapa terasa hati ya. Aku serius dan jujur. But I thought it was the biggest spoil of the movie. Menangis fake, jangan cerita-lah. Tak bermakna aku kata begitu, kena menangis berambu-rambu air mata baru orang percaya kau sedih. Puan Aminah Rhapor ada di situ kan, hello... Dari beliau-lah aku belajar (ada-lah setahun juga) latihan asas lakonan termasuk lanjutan. Menangis boleh dibuat, bukan dipaksa, tapi tak semestinya juga perlu keluar air mata berjuraian. Aksi menangis, menampar, membunuh, menumbuk - semuanya ada teknik tertentu. Ini basic dalam lakonan, bukan advanced.

Itu beberapa contoh aku sebutkan. Selebihnya, kalian ada pendapat sendiri? Mari-lah kita kongsi. =)

Aku percaya ADTS boleh jadi lebih baik dengan sokongan lakonan yang mantap. Pelakon juga adalah salah satu 'nyawa' dalam pembikinan sesebuah filem. Sebab itu adanya proses pemilihan pelakon (casting). Ia bukan soal remeh, pelakon-lah tool terpenting yang menjadi subjek, penggerak dan penghidup cerita. 'Hancur' seseorang pelakon itu makanya 'hancur' juga-lah filem itu. Ini benar berlaku, tapi tidak-lah aku sifatkan ADTS hancur. Belum tahap itu. Lagu-lagu runut bunyi (soundtrack?) dalam filem ini juga boleh layan juga, ada touch indie music tapi tak apa, for the sake of trend dan kisah cinta remaja, sesuai saja.

Akhir sekali, aku terganggu dengan statement akhir yang diungkapkan sebelum filem tamat. Lebih kurang begini bunyi-nya, "Dunia ni ibarat sebuah tong sampah yang besar. Di dalamnya ada manusia-manusia, dan kita-lah antara sampah itu..." Betulkan aku kalau tersilap, tapi kalau tak silap, inilah dia. Aku betul-betul berharap ada sambungan bagi ungkapan yang kedengaran menarik ini. Mungkin-lah boleh dikatakan, "...tapi dalam banyak-banyak sampah itu, tak semuanya kotor dan busuk. Masih ada sampah yang boleh dihargai dan tidak harus dibuang..." misal-nya lah... Tapi sangkaan aku meleset. Pernyataan itu memang terhenti setakat itu saja dan kemudian visual bertukar gelap, ending credit menjalar, filem tamat.

Terpempan aku sekejap. Bukan aku seorang, rakan-rakan yang duduk sebaris pun pandang aku dengan muka confuse, lalu aku tanya, "Kalau semua manusia dalam dunia ni sampah, so kita pun sampah la? Ouch...!"



*Tuan, request-nya tertunai sudah... boleh ya? Tiada keras perasaan ya? (no hard feelings...)


~0^_^0~

10 comments:

Anonymous said...

plEaSe jGn JeaLOuS~

mapieceofart said...

jealous? kenapa ya?

Anonymous said...

cRitiCiSm iS a fOrM oF jEaLOuSy ; j

mapieceofart said...

nah... disagree... =)

and this isn't one of those you're talking about...

norshareena mazlin tahir said...

ADTS nie film sampah kew??

mapieceofart said...

oh bukan... tapi ada berkaitan dgn tong sampah, kisah cinta yg bermula di sebuah tong sampah... =)

amer zaman said...

:cRitiCiSm iS a fOrM oF jEaLOuSy ; j"

-quaotation yang hebat!

mapieceofart said...

amer: kan.... hebat! boleh ambil quotes ni letak dalam assignment... tapi penulisnya - anonymous... haha... tak ada copyright lah... =)

Anonymous said...

yUp QuAoTatiOn yAnG hEbAt! mESti hEnSeM pENuLiSnYa

mapieceofart said...

yep... but how on earth would i or other people would know him/her, for the quotes comes from an anonymous... can't help.... XD

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!