April 10, 2010
Selepas Peristiwa: Asy Syura
Salam ukhuwwah fillah...
Dah lama betul tak menjejak pentas teater, the last time was... entah. Dah lupa! Oh, ya... yang terakhir kali ditonton (aku rasa) adalah November tahun lepas, aku menonton pementasan Reban Ayam Itik arahan Fasyali Fadzly. Aku suka sekali teater ni, comel ter-amat! Lagi ulasan, boleh baca di sini.
Ok, kembali ke cerita asal. Aku nak mengulas sedikit tentang pementasan teater Asy Syura yang aku tonton semalam. Sebelum tu, terima kasih tak terhingga kepada Cik Hanura dan Mama Afzan yang sudi menumpangkan aku ke DBP semalam. Sampai juga aku ke sana dan dapat menonton. Banyak sekali yang kami kongsikan dalam perjalanan dan sesak trafik yang menggila semalam. =)
Kembali lagi. Sinopsis Asy Syura selanjutnya boleh lihat di blogosfera Cendekia Semenda di sini. Secara kolektifnya, jujur aku akan katakan keseluruhan persembahan-nya memang agak hambar. Pacing yang perlahan (aku tak hairan ada VIP, malah pensyarah yang berdengkur dalam auditorium DBP semalam!) dan pembangunan watak yang lemah. First show semalam boleh aku kira memberi impression yang buruk kepada orang ramai untuk datang ke next show hari ini dan besok. Tapi, tak apa. There's always a room for improvement.
Dari pembukaan lagi satu kesilapan sudah berlaku. Rasa macam tak kena memperkenalkan watak di layar pada awal pementasan. Dah macam drama TV. Sepatutnya penonton perlu dibiarkan berkenalan dengan watak semasa lakonan berlangsung nanti. Itu satu. Yang kedua, transisi pertukaran babak yang terlalu lama buat penonton bosan dan nikmat penontonan jadi tersekat-sekat. Lagunya pula sangat mellow dan mengundang penonton untuk menguap luas. Hampir setiap pertukaran babak ambil masa yang lama untuk perubahan set dan semuanya, mungkin gerak kerja boleh dipantaskan sedikit di situ atau pengurusan pentas perlu memikirkan sesuatu yang lebih mudah dan less complicated untuk set dan props yang lebih ringkas tapi bukan juga sekadar ada.
Koordinasi pencahayaan juga celaru. Terlalu malap satu hal. Aku bukan orang teater, tapi aku faham apa yang cuba dilakukan adalah untuk menaikkan mood suram semasa penontonan, tapi kalau dah malap, lakonan pun jadi samar-samar. Motif dan mesej kurang sampai. Persembahan sudah jadi overpowered dengan lighting saja, bukan lagi fungsinya untuk menghidupkan cerita. Belum lagi dikira projeksi vokal yang tidak kedengaran. Aku sampai berkali-kali bertanya pada orang di sebelah apa butir kata yang pelakon cakapkan, tapi rupanya orang di sebelah aku pun tak dengar juga. Jadi sah-lah bukan aku yang bermasalah kurang dengar.
Aku mahu komen dari segi lakonan pula. Rentak lakonan yang perlahan dan characters portrayal yang tidak cukup gah aku rasa. Watak Mid lakonan Syaiful Bahri aku lihat mendatar saja. Tak ada development. Yang aku tahu, watak-nya marah-marah-marah saja. Tak ada warna-warni. Tapi lakonan-nya bagus dan menjadi. Nampak marahnya.
Watak Jarah lagi-lah. Lakonan Nadzirah Shahid ini aku rasa tak ada kepentingan pun, seolah-olah tak perlu dibariskan antara watak utama. Serius, aku sangka watak Jarah bisu pada mulanya! Bila dia bersuara pada babak melawat Inah yang sakit di rumah Nin, baru-lah aku kata 'oh, dia ni boleh bercakap rupanya.' No offense. Tapi aku tak rasa watak Jarah hidup dalam kisah itu. Babak menangis di kubur paling exaggerate, tapi sayang-nya untuk babak yang sepatutnya paling mengharukan itu, aku tak rasa apa-apa pun. Kata Cik Hanura, dia kehujanan juga semasa babak itu tapi bukan sebab lakonan, tapi sebab dia teringat arwah ayahnya. Betul, kalau pun bergetar hati aku semasa babak tangis-tangisan itu, cuma kerana aku teringatkan abah. Itu saja.
Sebagai pelakon teater, paling penting adalah projeksi vokal yang jelas. Perlu di-ingat, tak kira apa pun emosi yang dibawa; sedih, marah, gila, tiga suku dan sebagainya, projeksi vokal yang bagus adalah essential kerana itulah satu-satunya medium komunikasi yang membantu penonton memahami cerita. Jarah meraung-raung di kuburan tapi sepatah haram aku tak tahu apa yang dia bebelkan. Watak Jarah secara jujurnya macam tempelan dan asal ada saja.
Banyak benda yang tidak perlu diadakan. Watak si gadis gerai dan ibunya yang gedik, gedik mereka memang annoying. Watak mereka mungkin dilihat kurang penting, cuma lebih gedik dan lebih menjadi lagi jika mereka ada baris dialog. Apa yang berlaku, gedik mereka gedik bisu saja, hanya perlakuan nampak gedik tapi tidak disertakan dengan mulut becok atau suka mengumpat dan sebagainya. Ini perlu supaya penonton rasa annoyed kerana watak berjaya buat mereka rasa annoyed, bukan menyampah dan rasa tak suka dengan wujudnya watak gedik kosong ini.
Bukan semua lakonan buruk. Pujian wajar diberikan kepada watak Mid yang berjaya menyalurkan amarahnya yang tak pernah habis. Watak Nin lakonan Aswad Razali ada karektor, dia juga marah dengan Mid tapi aku suka cara dia mempertahankan marahnya dengan bijak. Kawalan lakonan baik. Watak Mak Enab juga aku suka lakonan Marinah Kassim. Dia muncul sebagai penyeri cerita sebagai orang tua di kampung itu yang lekas melatah. Lakonan tuanya boleh dikatakan menjadi dan aku rasa terhibur menonton. Watak Tok Penghulu lakonan Aizam Othman pula memang tak perlu disangkal lagi. Ya, mungkin disebabkan pengalaman yang lebih sedikit, Aizam tak ada banyak masalah berkaitan wataknya. Memang menjadi watak Penghulu yang tak henti membebel itu.
Watak Kim Lai juga bagus, lakonan Rod Stephenson sebagai tauke getah ini comel sekali dengan dialeknya yang tersendiri dan tuanya juga kelihatan. Akhir sekali, paling wajar diberikan pujian adalah watak Agok lakonan Hasannuddin Jailani yang memeriahkan cerita dengan otak tiga sukunya. Dia juga jadi subjek yang membawa kepada klimaks cerita bila mana Mid memukul Agok menyebabkannya diserang sawan babi. Watak Agok paling menjadi. Kalau Agok tiada, memang tak ada apa yang menarik untuk aku ceritakan tentang Asy Syura. Ayat favourite Agok? "Potong gajiii...." Comel!
Konklusi-nya, aku bukan-lah mengatakan pementasan teater arahan Aminah Rhapor ini buruk sama sekali. Tapi rasa-nya masih terlalu banyak ruang yang perlu diperbaiki lagi. Aku sesal sedikit kerana tak dapat menonton persembahan Anas Ridzuan, Ajis dan Ariff Fardillah sebagai pelakon utama disebabkan rotation pelakon. Show kedua hari ini baru-lah giliran mereka. Aduh... sayang sekali. Tapi aku tak rasa rugi menonton. Satu, selain dapat reunite dengan kawan-kawan seperjuangan dari batch showcase Mimpi, aku melihat Asy Syura sebagai 'berisi', cuma mungkin aku yang tak berjaya merungkai isinya.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada barisan pengurusan Cendekia Semenda. You guys did a great job for the first show! Moga pada persembahan seterusnya, aku doakan kalian dapat deliver yang lebih baik lagi. Kepada yang belum pergi menonton Asy Syura, aku sarankan pergilah menonton pementasan teater ini. Mungkin ada sesuatu yang dapat diperolehi (yang aku tak perolehi).
Moga jaya!
~0^_^0~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nak gi tengok gak sebenarnya. bila baca yang dah tertulis, macam takut jer nak g tengok, takut hambar!
eh...jgn macam tu, dik... tulisan ni pandangan peribadi, jgn disebabkan ni awak x pergi menonton pulak... pergi-lah, mlm ni last show, see it for yourself then only you can compare... pergi k, support final batch teater... nanti rugi... mana tahu, salunye show mllm last semua akan all out! =)
Post a Comment