April 8, 2010

Selepas Peristiwa: Frinjan Kampus Krawl




Salam ukhuwwah fillah...


Sudah lama tak ber-musika. Kali ini komuniti Frinjan menyerang ke kampus-kampus pula. Cool...! Kalau dulu tak mampu menjengah Frinjan ketika di luar sana, sekarang Frinjan dah di-bawa ke mari...! Yeah!

Performance yang baik-baik aku kira. Aku tiba lewat tadi. Se-sampai saja, sudah tamat persembahan kedua iaitu oleh Amandus Paul. Rugi sedikit. Jayzuan juga tak sempat di-tonton. Tak apa-lah.

Aku tertunggu-tunggu Yang Mimi Morticia, Beeha dan d'Mamat. Alhamdulillah semunya memuaskan hati. Paling suka, tentu-lah Beeha. Selain itu, ada juga persembahan dari Manggis, Piluphobia, Syhh...Diam dan Desak Desir. Idea persembahan yang secara muncul-dari-kalangan penonton ini menarik, walau pernah dibuat tapi belum di sini. Ramai juga yang terkejut tapi mungkin di lain kali, untuk buat persembahan yang memerlukan ucapan tanpa mikrofon, projeksi suara harus-lah segagah Lalok. Tapi, tetap menarik! Ya, walaupun isunya jadi kabur kerana projeksi suara yang kurang jelas itu tadi (termasuk Syah yang ber-mikrofon seorang). Fiona Kab pun tampil hebat dengan persembahan monolog 'selamber' beliau, Baby or Babi? yang memang best! Caya-lah Fio!

Kemudian tayangan sinKronis dan Ronamaya. Ada perkaitan-kah pilihan kedua-duanya? Itu kena tanya penganjur-lah... =)

Tapi yang pasti, menonton sinKronis bila pun buat aku ter-tumpah air mata. Kerana kisah-nya, dan kerana cik pengarah-nya yang jauh berada nun di benua Eropah sana!

Jualan buku meriah sekali dan aku sempat borong sedikit sebanyak. Jenuh juga minta diskaun, disebabkan kami masih student dan desakan ekonomi sering saja berlaku. Syukur, akhir-nya, dapat-lah juga lima naskhah....


Beeha & d'Mamat


Frinjan, sila anjurkan lagi, ya?


* Sudah jumpa Beeha dan d'Mamat. Mahu jumpa Mimi tadi tapi tak sempat. Baru se-saat membeli buku beliau dan mahu minta tandatangan suka-suka, beliau sudah pulang. Aduh!

2 comments:

madmal said...

apa itu frijan?? band ea??

mapieceofart said...

frinjan tu macam-2... band/solo/acoustic performance, baca puisi, monolog, dramatari, short film, semua-nya lah yg cool... rugi x datang... to know more, masuk http://www.frinjan.net/ ok... di FB pun boleh add group Frinjan... =)

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!