Showing posts with label tHeatRe. Show all posts
Showing posts with label tHeatRe. Show all posts

September 8, 2012

Selepas Peristiwa: Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Salam ukhuwwah fillah...

Jadi, post ini berkisarkan tentang alkisah aku menonton teater Kawan-kawan Yang Kita Suka, semalam.

Orang tak berkenderaan macam aku ni sememangnya tersangatlah bersyukur sekiranya dimaklumkan ada bas disediakan untuk majlis/tayangan/pementasan atau apa-apa acara yang dianjurkan. Tahu saja ada bas, aku terus tersengih dan melompat secara virtual kerana dengan itu maksudnya aku bolehlah pergi menonton pementasan teater Kawan-kawan Yang Kita Suka (KKYKS). Selain tu, ditambah faktor rezeki lebih, ada seorang sahabat baik telah sudi membeli senaskhah lagi antologi Sepuluh Ribu yang masih berbaki (thank you, Aina!), lalu dengan gembira aku menempah tiket untuk show hari Jumaat. Aku kira Jumaat adalah hari yang tepat untuk menonton kerana keesokan harinya (Sabtu) aku ada urusan nak menghadiri Pasar Boco pula. Sibuk sangat ni. (Cehh….)

Maka pergilah aku ke Stor DBP bertemankan Cik Azmira Azna dan adik-adik yang sungguh riuh dan kecoh. Ada yang melalak, bergurau terjerit-jerit, malah ada yang tak segan silu bercintan-cintun (bercium?) dalam bas di depan aku. Sigh. Berat hati dan mulut aku nak menegur, nanti diingatnya aku ni bajet bagus pulak. Lagipun aku bukan mak bapak diorang. Lalu, aku biarkan saja. Budak-budak zaman sekarang, dah tak sama macam zaman aku dulu. Damn, rasa macam orang tua pulak cakap macam ni.

Jadi, sampailah aku ke Stor DBP yang penuh memori itu, tempat aku mula mengenal dan meminati teater secara serius. I was there right on time, neither late nor too early. Lepas ambil tiket dari Ajun, solat Maghrib, aku ke kedai mamak bawah tu beli teh tarik bungkus untuk disedut sambil menonton. Sempat berjumpa Ajami Hashim di situ semasa nak membayar di kaunter. Elok aku berjalan balik ke stor, pintu masuk pun dibuka. Alhamdulillah, dapat seat depan sekali macam yang aku cita-citakan. Perfect spot. Bila di Stor DBP, aku suka posisi yang paling dekat dengan pentas dan pelakon. Aura kekagumannya akan lebih terasa. Cewah.

So the show started. The atmosphere was superb. When I entered, the four actors - Fazleena Hishamuddin, Karl Shafek, Anas Ridzuan, Ameera Ramli - were already on stage, surrounding a table playing a guessing game. Aku tak pernah main game tu - tampal stick note di dahi dan teka - tapi nampak macam best. Bolehlah try lepas ni. Aku mati-mati ingat show dah mula, tapi rupanya tidak. Itu sekadar gimik pembukaan pementasan, and it worked. The way they played the game, cute sangat. Terserlah kemesraan persahabatan mereka, sampaikan aku percaya mereka memang kawan-kawan akrab di luar cerita.

Melangkah aja masuk, aku dah pun berada dalam dunia cerita tersebut. Bertitik-tolak dari permainan tadi, sebenarnya cerita dah pun bermula. Aku suka fine line yang membahagikan cerita-belum-mula dengan cerita-dah-mula ni. Aku rasa cara ni genius. Okey, tak boleh reveal lebih-lebih. Nanti orang yang belum tengok dapat info percuma. Hehh.

Macam biasa, ini bukanlah sebuah reviu. Ini coretan pasca acara. Aku lebih selesa menulis poin-poin. And my points for this theatre are:

1) Fasyali sekali lagi berjaya menghasilkan sebuah pementasan yang cantik, kemas dan menarik. Aku memang selalu mengikuti hasil-hasil karya beliau sejak Berani Mati dan Juta-juta lagi, dan alhamdulillah semuanya tak pernah menghampakan. Buktinya, adrenalin aku sentiasa mengalir mengikut rentak cerita. Pace cerita disusun baik, langsung tak dragging, malah aku tak berkelip menonton dan tak miss walau sesaat atau sepatah pun dialog. Sorry to say, compared to bigger theatres yang pernah aku tonton di Keraton Seni sebelum ini -- just to name a few -- seperti teater Ibu Zain dan The Secret Life of Nora, aku pasti akan terlelap pada beberapa segmen semasa pementasan berjalan. Tapi tidak dengan teater ini. Thumbs up!

2) Aku kira para pelakon telah berjaya deliver watak masing-masing dengan baik. Setiap karektor hidup dengan fi’il dan attitude yang nampak real. Farah seorang yang cool, tomboyish dan bersemangat, sesuai dengan wataknya sebagai seorang pejuang #Occupy. Aku suka watak Farah dan berharap aku juga punya semangat juang seperti beliau. Huda in the other hand seorang yang tegas tapi cepat menggelabah. Dia cuba menjadi orang tengah dan pelerai, tapi ended up merumitkan lagi keadaan. Nuar si serabai yang hidup sempoi dan laid back. Semua benda bagi dia boleh settle. Tapi perangai beliau yang terlampau chillax sangat ni kadang-kadang mengundang geram juga. Agus si pencetus konflik cerita pula seorang yang bervisi, tapi suka ambil mudah dan cuai. Sebab kecuaian dia jugalah yang menjadi salah satu penyebab konflik besar yang tercetus antara mereka. Nak tahu apa yang terjadi? Eh, kenalah pergi tonton sendiri.

3) Sebuah naskhah/skrip/cerita/pementasan yang baik haruslah mampu menimbulkan pelbagai emosi terhadap penonton. Ada part yang buat aku ketawa, saspen, geram. And surprisingly kali ni ada juga elemen drama yang buat aku menitis air mata. Tak percaya? Itulah pasal. Mula-mula aku pun tak percaya, tapi ada seorang cik adik ni prihatin menghulurkan tisu bila dia perasan air mata aku dah menderu turun di pipi. Cehh…kantoi nangis di situ. Sebelum ni kebanyakan naskhah tulisan dan arahan Fasyali berunsur komedi pandai, tapi kali ni ada kelainan. Elemen drama yang diselitkan aku rasa sampai ke hati dan jiwa. Ekspresi wajah pelakon yang benar, vocal projection yang benar dan tepat pada ketika dan masanya (ada sesetengah teater yang aku tonton sebelum ni pelakonnya asyik terjerit memanjang, aku tak pasti apa emosi pelakon tu sebenarnya), serta penataan bunyi (penggunaan lagu latar) dan penataan cahaya yang juga benar. Ini kejayaan Fasyali, para pelakon dan technical team di bahagian belakang. Gabungan serentak kesemua ketepatan ini memberi kesan kepada penontonan. And I like it very much. Saya suka! Saya suka! Bak kata Mei Mei dalam Upin dan Ipin.

4) Ruang pentas yang kecil membuatkan pengalaman penontonan dirasakan lebih engaging. Fasyali terkenal sebagai pengarah minimalis. Konsep yang simple, tidak heavy dan mengada-ngada adalah style beliau. Keterbatasan itulah yang menjadikan teater ini lebih wow lagi. Walaupun aku rasa set kali ni yang paling rumit berbanding pementasan-pementasan sebelum ni, tapi ia sebenarnya masih minimal namun serba ‘cukup’. Less is more kan? Okay, it sounds cliché tapi memang betul pun apa. Ringkas, kemas, tidak serabut dan bermakna. Penggunaan ruang yang bijak. Pentas dibahagikan kepada tiga ruang mewakili lokasi berbeza. Tak payah nak tolak tarik props ke sana sini. Main tarik-tarik langsir aja. Setiap objek yang ada atas pentas juga aku pasti tidak diletakkan saja-saja. Poster #Occupy bertopeng V di dinding, poster Che Guevara, poster filem Going The Distance, sofa warna merah, alas meja berbelang, kostum pelakon, semuanya ada maksud tersirat. Kau belajar simbolisme, konotasi makna dan warna? Hah, nanti pergi tonton teater ni dan fahamkan sendiri.

5) Ok, point terakhir ni agak kurang penting, tapi aku nak tulis juga. Setelah menonton KKYKS semalam, aku rasa Karl Shafek adalah seorang yang comel. Haha…! #Okbai.

(Oh ya, nak ambil kesempatan ucap get well soon kepada beliau. Aku perasan bandage pada lutut kanan kaki beliau yang cedera akibat terpelecok pada show pertama. Kesian beliau, tapi itu langsung tak beri efek pada lakonan. Bila dah habis show baru nampak beliau jalan terhincut-hincut. Oh my… I guess he concealed the pain really well. Cepat-cepat kakinya sembuh ya!)

Baiklah. Itu saja yang aku nak beri komen. Sorry, aku seorang penulis ulasan yang bias. Kalau aku suka, aku tulis yang baik-baik aja. Tak reti nak cari kelemahan atau kekurangan. Sebab sepanjang yang aku perhatikan, memang tak ada pun flaw atau imperfection pada pementasan semalam. Thumbs up to everybody in the team! Terima kasih buat aku tidur lena dengan gembira dan mimpi indah lagi selepas balik menonton KKYKS. Saya suka Kawan-kawan Yang Kita Suka :)

Apa? Kau tak suka? Aneh-anehlah kau ni.


April 10, 2010

Selepas Peristiwa: Asy Syura



Salam ukhuwwah fillah...


Dah lama betul tak menjejak pentas teater, the last time was... entah. Dah lupa! Oh, ya... yang terakhir kali ditonton (aku rasa) adalah November tahun lepas, aku menonton pementasan Reban Ayam Itik arahan Fasyali Fadzly. Aku suka sekali teater ni, comel ter-amat! Lagi ulasan, boleh baca di sini.

Ok, kembali ke cerita asal. Aku nak mengulas sedikit tentang pementasan teater Asy Syura yang aku tonton semalam. Sebelum tu, terima kasih tak terhingga kepada Cik Hanura dan Mama Afzan yang sudi menumpangkan aku ke DBP semalam. Sampai juga aku ke sana dan dapat menonton. Banyak sekali yang kami kongsikan dalam perjalanan dan sesak trafik yang menggila semalam. =)

Kembali lagi. Sinopsis Asy Syura selanjutnya boleh lihat di blogosfera Cendekia Semenda di sini. Secara kolektifnya, jujur aku akan katakan keseluruhan persembahan-nya memang agak hambar. Pacing yang perlahan (aku tak hairan ada VIP, malah pensyarah yang berdengkur dalam auditorium DBP semalam!) dan pembangunan watak yang lemah. First show semalam boleh aku kira memberi impression yang buruk kepada orang ramai untuk datang ke next show hari ini dan besok. Tapi, tak apa. There's always a room for improvement.

Dari pembukaan lagi satu kesilapan sudah berlaku. Rasa macam tak kena memperkenalkan watak di layar pada awal pementasan. Dah macam drama TV. Sepatutnya penonton perlu dibiarkan berkenalan dengan watak semasa lakonan berlangsung nanti. Itu satu. Yang kedua, transisi pertukaran babak yang terlalu lama buat penonton bosan dan nikmat penontonan jadi tersekat-sekat. Lagunya pula sangat mellow dan mengundang penonton untuk menguap luas. Hampir setiap pertukaran babak ambil masa yang lama untuk perubahan set dan semuanya, mungkin gerak kerja boleh dipantaskan sedikit di situ atau pengurusan pentas perlu memikirkan sesuatu yang lebih mudah dan less complicated untuk set dan props yang lebih ringkas tapi bukan juga sekadar ada.

Koordinasi pencahayaan juga celaru. Terlalu malap satu hal. Aku bukan orang teater, tapi aku faham apa yang cuba dilakukan adalah untuk menaikkan mood suram semasa penontonan, tapi kalau dah malap, lakonan pun jadi samar-samar. Motif dan mesej kurang sampai. Persembahan sudah jadi overpowered dengan lighting saja, bukan lagi fungsinya untuk menghidupkan cerita. Belum lagi dikira projeksi vokal yang tidak kedengaran. Aku sampai berkali-kali bertanya pada orang di sebelah apa butir kata yang pelakon cakapkan, tapi rupanya orang di sebelah aku pun tak dengar juga. Jadi sah-lah bukan aku yang bermasalah kurang dengar.

Aku mahu komen dari segi lakonan pula. Rentak lakonan yang perlahan dan characters portrayal yang tidak cukup gah aku rasa. Watak Mid lakonan Syaiful Bahri aku lihat mendatar saja. Tak ada development. Yang aku tahu, watak-nya marah-marah-marah saja. Tak ada warna-warni. Tapi lakonan-nya bagus dan menjadi. Nampak marahnya.

Watak Jarah lagi-lah. Lakonan Nadzirah Shahid ini aku rasa tak ada kepentingan pun, seolah-olah tak perlu dibariskan antara watak utama. Serius, aku sangka watak Jarah bisu pada mulanya! Bila dia bersuara pada babak melawat Inah yang sakit di rumah Nin, baru-lah aku kata 'oh, dia ni boleh bercakap rupanya.' No offense. Tapi aku tak rasa watak Jarah hidup dalam kisah itu. Babak menangis di kubur paling exaggerate, tapi sayang-nya untuk babak yang sepatutnya paling mengharukan itu, aku tak rasa apa-apa pun. Kata Cik Hanura, dia kehujanan juga semasa babak itu tapi bukan sebab lakonan, tapi sebab dia teringat arwah ayahnya. Betul, kalau pun bergetar hati aku semasa babak tangis-tangisan itu, cuma kerana aku teringatkan abah. Itu saja.

Sebagai pelakon teater, paling penting adalah projeksi vokal yang jelas. Perlu di-ingat, tak kira apa pun emosi yang dibawa; sedih, marah, gila, tiga suku dan sebagainya, projeksi vokal yang bagus adalah essential kerana itulah satu-satunya medium komunikasi yang membantu penonton memahami cerita. Jarah meraung-raung di kuburan tapi sepatah haram aku tak tahu apa yang dia bebelkan. Watak Jarah secara jujurnya macam tempelan dan asal ada saja.

Banyak benda yang tidak perlu diadakan. Watak si gadis gerai dan ibunya yang gedik, gedik mereka memang annoying. Watak mereka mungkin dilihat kurang penting, cuma lebih gedik dan lebih menjadi lagi jika mereka ada baris dialog. Apa yang berlaku, gedik mereka gedik bisu saja, hanya perlakuan nampak gedik tapi tidak disertakan dengan mulut becok atau suka mengumpat dan sebagainya. Ini perlu supaya penonton rasa annoyed kerana watak berjaya buat mereka rasa annoyed, bukan menyampah dan rasa tak suka dengan wujudnya watak gedik kosong ini.

Bukan semua lakonan buruk. Pujian wajar diberikan kepada watak Mid yang berjaya menyalurkan amarahnya yang tak pernah habis. Watak Nin lakonan Aswad Razali ada karektor, dia juga marah dengan Mid tapi aku suka cara dia mempertahankan marahnya dengan bijak. Kawalan lakonan baik. Watak Mak Enab juga aku suka lakonan Marinah Kassim. Dia muncul sebagai penyeri cerita sebagai orang tua di kampung itu yang lekas melatah. Lakonan tuanya boleh dikatakan menjadi dan aku rasa terhibur menonton. Watak Tok Penghulu lakonan Aizam Othman pula memang tak perlu disangkal lagi. Ya, mungkin disebabkan pengalaman yang lebih sedikit, Aizam tak ada banyak masalah berkaitan wataknya. Memang menjadi watak Penghulu yang tak henti membebel itu.

Watak Kim Lai juga bagus, lakonan Rod Stephenson sebagai tauke getah ini comel sekali dengan dialeknya yang tersendiri dan tuanya juga kelihatan. Akhir sekali, paling wajar diberikan pujian adalah watak Agok lakonan Hasannuddin Jailani yang memeriahkan cerita dengan otak tiga sukunya. Dia juga jadi subjek yang membawa kepada klimaks cerita bila mana Mid memukul Agok menyebabkannya diserang sawan babi. Watak Agok paling menjadi. Kalau Agok tiada, memang tak ada apa yang menarik untuk aku ceritakan tentang Asy Syura. Ayat favourite Agok? "Potong gajiii...." Comel!

Konklusi-nya, aku bukan-lah mengatakan pementasan teater arahan Aminah Rhapor ini buruk sama sekali. Tapi rasa-nya masih terlalu banyak ruang yang perlu diperbaiki lagi. Aku sesal sedikit kerana tak dapat menonton persembahan Anas Ridzuan, Ajis dan Ariff Fardillah sebagai pelakon utama disebabkan rotation pelakon. Show kedua hari ini baru-lah giliran mereka. Aduh... sayang sekali. Tapi aku tak rasa rugi menonton. Satu, selain dapat reunite dengan kawan-kawan seperjuangan dari batch showcase Mimpi, aku melihat Asy Syura sebagai 'berisi', cuma mungkin aku yang tak berjaya merungkai isinya.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada barisan pengurusan Cendekia Semenda. You guys did a great job for the first show! Moga pada persembahan seterusnya, aku doakan kalian dapat deliver yang lebih baik lagi. Kepada yang belum pergi menonton Asy Syura, aku sarankan pergilah menonton pementasan teater ini. Mungkin ada sesuatu yang dapat diperolehi (yang aku tak perolehi).

Moga jaya!


~0^_^0~

February 7, 2010

TANDA: Banned! Adnan Sempit = Boleh-lah...

Salam ukhuwwah fillah...





Kelmarin saya mahu pergi ke Pementasan Projek KoKEN: Tanda yang berlangsung di ASWARA. Saya berkobar-kobar mahu pergi, siap pujuk abang dan kakak demi untuk sampai menonton pementasan terebut. Alhamdulillah berjaya.

Namun sayangnya, dah separuh jalan menempuh gelap malam, di saat saya gembia meng-confirm-kan tiket, saya dikhabarkan dengan berita sedih yang pementasan Tanda dibatalkan.

Okey, saya kecewa, tersangat-sangat.

Saya sudah mengharungi separuh perjalanan menempuh gelap malam di bandar Kuala Lumpur, dan ketika itulah kekobaran jiwa saya untuk pergi menonton pada malam itu dibunuh, terbunuh begitu saja. Saya baru saja menghantar mesej untuk mengesahkan kehadiran saya dan tempahan tiket yang sudah saya buat petang tadinya. Tiba-tiba saudara yang menguruskan tiket terbabit menghubungi saya, mengkhabarkan berita yang amat mengejutkan hati dan sanubari saya lalu saya tersentap seketika apabila mendengar kata-kata beliau; pementasan pada malam tersebut dibatalkan. Terdiam.

Oh, Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya saya!

Ya, waktu itu saya rasa seperti ingin saja menghentak telefon bimbit di tangan sekuat hati, tapi mengenangkan kerugian yang bakal saya alami, saya membatalkan niat untuk bertindak sedemikian. Saya cemburu sekali (dan rasa dengki sedikit) kepada mereka yang dah sempat menonton pada malam-malam sebelumnya. Ah! Saya benar-benar kecewa-lah!

Oh, mengapa pada malam saya begitu berkobar-kobar berniat murni hendak pergi menonton Pementasan KoKEN tiba-tiba ia dibatalkan pula? Sudah-lah Pementasan KoKEN yang pertama dulu saya tidak sempat pergi, yang ini juga nampaknya tak dapat saya saksikan. Setelah beberapa malam sempat berlangsung, sebuah pementasan teater tiba-tiba ditarik semula kebenaran pementasannya dan diarahkan berhenti serta merta. Ini jarang berlaku, saya kira ini belum pernah berlaku.

Ada rezeki kita dapat juga menonton nanti, Cik Coffeeholic di sebelah menenangkan saya. Terdiam saya memujuk diri sendiri. Bagus juga, saya fikir. Dengan arahan supaya pementasan Tanda dibatalkan, pasti ada pihak yang sudah tersedar akan kehangatannya lalu bertindak segera. Dari satu sudut, saya membuat anggapan bahawa pementasan ini sudah berjaya!

Menurut saudara pengurus tiket (saudara Hafiz namanya kalau tak silap saya) itu tadi lagi, insya Allah akan diadakan pementasan buat menggantikan Tanda yang terbatal tanpa niat itu. Saya amat-lah berharap dapat menontonnya nanti.



* * * * *






Bertitik tolak dari pembatalan pementasan Tanda, lalu saya pun segera mengorak langkah mencari alternatif lain bagi memuaskan nafsu hendak menonton yang membuak-buak tanpa dapat dikawal. Akhirnya saya memutuskan untuk menonton filem Adnan Sempit di pawagam berhampiran. Ngam-ngam waktu saya tiba itu, beberapa minit lagi waktu tayangan bermula. Tanpa ragu-ragu tiket terus dibeli dan saya bergegas membeli bertih jagung. Ini bukan tontonan serius, kata minda saya kepada saya, mujur ketika itu saya pun terasa ingin mengunyah juga.

Lalu bermula-lah filem tersebut. Saya berharap saya akan ketawa besar, terbahak-bahak dan keluar air mata, namun hingga ke penghujung cerita, saya mendapati hanya ada satu babak saja yang komedinya mengesankan lalu berhasil membuat saya ketawa gembira. Babak tersebut adalah ketika Sam menyelamatkan keadaan di bilik mesyuarat dengan menghantar proposal (atau disposable bak kata Adnan) yang lengkap yang sepatutnya diserahkan oleh Intan Ladyana.

Baris dialog yang tak mungkin saya lupa adalah "Uncle (Dato'), I will not let the banana fruit two times!" Itu-lah satu-satunya moment yang berjaya buat saja ketawa hentak-hentak kaki!


Selebihnya, saya hanya ketawa tak jadi.


Berikut adalah beberapa poin yang saya senaraikan tentang filem Adnan Sempit:


1) Lakonan hampir kesemua watak dalam filem ini layak saya sebutkan sebagai hancusss! Intan Ladyana tak sesuai memegang watak Nadia, boss besar kepada Adnan, suaranya ketika menghambur marah, lebih teruk kalau sambil menangis pula, amat-lah menjengkelkan! (selamat datang buat beliau ke kelab suara annoying ala Fasha Sandha).

2) Saya tak pasti apa puncanya, tapi terlalu banyak perkara dan masalah membabitkan plot cerita dalam filem Adnan Sempit ini. Saya lebih suka filem ini bergerak tanpa narator (iaitu Sam sendiri). Mungkin pengarah boleh guna pendekatan lain bagi memastikan penonton faham jalan cerita. Lagipun serasa saya, cerita ini masih boleh difahami tanpa kewujudan narator.

3) Banyak perkara kurang penting dan tidak relevan yang dipaparkan. Sebagai contoh, babak nyanyian di celahan pokok kelapa yang terlalu panjang, kelakarnya ada (terima kasih kepada watak Bobby lakonan Along Raja Lawak) tapi saya merasakan lagu tersebut tidak pun membantu memberi impak komedi kepada penceritaan. Satu lagi, idea untuk mengadakan majlis reunion di sebuah banglo mewah milik keluarga yang sudah lama tak berpenghuni. Menambah kerja, terpaksa mengemas, menyiapkan rumah dan sebagainya padahal keluarga pemilik syarikat besar. Untuk majlis besar mengumpul teman dan rakan bisnes, pemilihan hotel sebagai lokasi majlis adalah lebih tepat. Lagi pula, boss sanggup menyusahkan dua tiga orang pekerja (tenaga tak ramai untuk mengerjakan sebuah banglo yang besar, hebat!) terpilih, PA dan budak despatch ofis, semata-mata nak dibuat menyamar sebagai kekasih. Oh, saya perasan si Bobby bukannya staf di pejabat mereka, dia mat rempit kawan kepada Adnan dan kekasih kepada Wawa (Norliyana Samsudin). Mengemas rumah dalam tempoh yang lama sudah satu hal, sempat pula dua tiga hari mereka 'bercuti' di rumah itu, siap bermalam dan sempat jumpa hantu. Lama juga masa santai kosong yang diperuntukkan pengarah buat watak membina perhubungan cinta. Okey, cukup. Poin yang ini terlalu panjang sudah.

4) Watak Wawa juga mengecewakan, entah ke mana pergi lakonan bersahaja Norliyana yang pernah saya sukai itu (dalam drama Cinta Balqis). Mungkin kerana situasi tidak-biasa-tapi-cuba-buat-biasa yang beliau perlu lakukan apabila berdialog gua-lu konon minah rempit otai. Eh, lupa. Apa term popular bawaan filem ini? Chikaro? Ya, itu-lah.

5) Lakonan Shaheizy Sam sememangnya penyelamat cerita! Mujur-lah ada wataknya menyelamatkan kecelaruan filem ini. Lakonan beliau yang jujur (saya rasa), blur, kelam-kabut, cepat menggelabah, cintakan boss di tempat kerja, mat rempit wannabe tapi dalam hati ada taman. Wataknya comel sungguh, lebih mantap berjaya jika disokong watak-watak lain yang lakonannya lebih meyakinkan.

6) Saya mengalami kecelaruan emosi sepanjang menonton filem ini. Babak sedih ketika Nadia berambu air mata memarahi Adnan di reunion party adalah babak yang telah buat saya ketawa! Bukan kerana situasinya, tapi kerana ekspresi wajah Intan Ladyana yang manis itu tiba-tiba berubah jadi monster bersuara kecil. Oh, takut! Tapi comel dan kelakar... haha...


Secara keseluruhan, saya pun tak tahu mahu beri berapa bintang kepada filem ini. Tapi, saya mengaku seronok dapat juga menonton sendiri Adnan Sempit yang heboh
diperkatakan amat sangat kelakarnya itu. Baru rasa fair dan berhak mengkritik, tak adil jika saya belum tengok filem ini tapi terpengaruh dengan kritikan orang lain. Bagi saya, ia biasa-biasa saja. Mungkin kerana saya seorang yang lebih kelakar daripada Adnan? Mungkin juga.

Lagi artikel tentang Adnan Sempit, boleh baca di sini.

* Bagi mereka yang menyukai filem ini, tak salah juga. Mungkin komedinya kurang sesuai dengan selera saya. So, rileks okeh, der...!


~0^_^0~

January 9, 2009

Berani Mati : Berani Tak Berani Nak Mati...

Salam... ukhuwwah fillah...


Kalau tengok last post, memang dah bersawang blog ni tak dijenguk... Betul² sibuk sampai tak sempat menjengah. Kepala hotak aku ni pun dah berkarat sejak abis exam sem lepas, sibuk dengan praktikal dan sekarang tengah berperang menyiapkan report praktikal pulak... macam² benda aku tak sempat update, even tahun baru 2009 yang membuka lembaran baru pun terasa hambar dan biasa saja. Tapi dalam hati, aku ada azam yang ingin dilaksanakan... insya Allah...

Alhamdulillah, berita gembira lagi semester ni... Aku perlu struggle sikit saja lagi mengharungi tempoh menamatkan diploma yang dah tinggal tak berapa bulan jer lagi nihh... Penat memang penat, tambah dengan kerja² yang banyak perlu difikir dan diselesaikan, sibuknya dah bermula lagi sebelum sempat sibuk yang lepas berkesudahan.



Berbekalkan otak berkarat, (lama sangat rasanya aku tak preview dan buat review untuk tujuan ilmiah dan menulis mengeluarkan kritikan untuk karya), aku mulakan dengan menonton teater 'Berani Mati' arahan abg Fasyali (ambil kesempatan mohon maaf tak sempat nak hebahkan link yg diberi di shoutbox tu) yang aku tonton semalam di Stor DBP. Mujur aku beroda empat ke sana, kalau tak, semput lah jawabnya (tiga bas yang datang...sumpah ramai...!). Untuk second day show, it's a WOW...! Macam biasa, aku pergi menonton dengon zero expectation, aku tak mengharapkan apa² jadi aku sengaja menonton kosong dan membiarkan inputnya datang kemudian selepas tamat tontonan saja.

Over all, Berani Mati memang betul² berani... aku dahulukan ucapan tahniah untuk abang Syali sebab berjaya 'membogelkan' diri untuk tatapan khalayak lalu kelihatan seksi dan menawan. Yaa.. anda tidak pun kelihatan tak senonoh berbogel, malah tahniah sebab berjaya berkongsi pemikiran anda itu... Aku suka cara pemikiran beliau, berani mencuba dan ambil risiko. Aku terlalu teringin menjadi sebegitu sebenarnya tapi serasa belum mampu lagi... aku cuba...

Sebermula dari awal permulaan tontonan (prolog ya namanya?) adrenalin aku dah membuak² dengan kekalutan Razak, Lipan, Pian, Azhar dan Farid menyelamatkan diri dan menerjah masuk ke kubu... aku suka sekali starting yang begitu dan aku tahu aku takkan tertidur sepanjang penontonan malam tu. Perkembangan cerita baik, catchy dan diselitkan banyak komedi sinis, (Berani Mati berkonsepkan satira kan? Betulkan jika aku silap...) meski pun aku tak pasti di mana klimaksnya (aku rasa masa last part mengucap ramai² sebab dah nak mati). Lagi satu perkara yang aku gemar, pengarah tak terlalu mengikat pengarahan dengan teori segala macam, struktur cerita dan whatsoever... Berani Mati berjalan bebas, lalu aku sifatkan semalam sebagai tontonan yang ringan, walaupun mesejnya berat dan sinis sekali - Islam ekstremis, mind-setting masyarakat Melayu kita hari ni, aspek ilmu dan banyak lagi untuk disenaraikan...mengikut interpretation aku... Berani Mati tidak loud, tapi ia berani...

Endingnya juga tak semestinya berakhir mati... lucu bila ada kalangan penonton 'junior' yang bangkit semasa Q&A (yaa... kali pertama aku menonton teater ada sesi itu pada akhirnya), bertanyakan mengapa pengakhiran cerita tidak disertakan kesan² lain yang lebih mengesankan, (misalnya sound effect bakebaaaboomm!! dan percikan darah serta cebisan daging tercampak ke sana sini di sekitar stor comel itu). Tak perlulah... Bagi aku dah cukup begitu saja, simple - Farid masih kalut dengan bunyi detikan bom yang akan meletup dan berempat yang lain mengucap kalimah syahadah bermandikan lighting merah suram. Aku suka memikirkan kemungkinan yang mengatakan mereka semua tidak mati pun, mungkin bom yang dicipta masih tak berjaya meletup tapi kebodohan yang berlaku sesama mereka itu tak akan ada sudahnya. Memang realiti manusia juga ramai yang begitu, kan... macam berani segala tapi hakikatnya bacul saja... tak ada siapa yang berani mati...

Mungkin juga mereka mati, terpulanglah...

Aku suka semuanya tentang Berani Mati... seronok menonton... semua aspek wajar diberi pujian - lakonan (yang aku lihat semalam bukanlah amat baik, tapi boleh di-improve lagi), solekan, props, setting dan pengarahan semestinya... Ingin menonton lagi... Good job guys...! Tak sempat promote hari tu, aku promote sekarang, boleh lagi kan, bro? Huhu... kalian yang belum menonton, sila lah ke stor DBP malam ni... show ade sampai 11hb nanti... tontonlah sebelum anda melopong kerugian...dan fikir, adakah anda Berani Mati atau tidak... Yang pasti, it will pay you no disappointment... berani mati punya aku gerenti.... hehe...

+ Banyak perlu mengkritik... lepas ni kritik dalam tugasan pulak... huhu... +


~0^_^0~

August 11, 2008

Syurga atau Neraka, Flava atau Modul...??

Salam... ukhuwwah fillah...

Seminggu lalu yg sangat letih... tapi best... turun naik ofis fakulti setelkan trip ~ tunggu approval dekan on proposal, mintak sign sane sini, wat letterhead kat abg mirul, bla... blaa... dan blaaa.... ~ aku betul2 FLAT... tapi flat pada last weekend memberikan aku a sense of kebestan dalam kelelahan... (ape aku cakap nih...?) banyak sangat nak cite nih... let us go through ape yg dah berlaku dalam idup seorang aku spanjang ujung minggu lalu...

First...

Pergi ke Dewan Sivik MBPJ menonton teater 'Syurga atau Neraka?'... penat jugak berkejar mengerjakan kerja sebab pukul 6.00 petang dah kena standby di post guard depan tu. Kalau tak, xleh pulak nak nonton teaternye. Hurm... about the show, leh bagi salute lah dekat Khusiary Mahayuddin sebab berjaya menteaterkan naskhah Raja Azriey yang 'so-so' good arh kiranye... idea cerita simple, berkisarkan di sebuah bilik mayat je, tentang mayat2 yang berkongsi kisah hidup mereka sebelum menuju alam seterusnya... dan semua kisah mereka bersangkut paut antara satu sama lain... hurm... ade pulak satu fasa transit lepas dah mati kan... adehh... tapi kalau direnung2 kan, ada banyak sangat pengajaran yg menginsafkan kalau menonton hingga akhir cerita (gile tak naik bulu roma bila soal mengingati TUHAN diperingatkan...rasa kerdil... sungguh... betul....)

Set superb, bilik mayat yg di setup atas stage tu kire make-believe arr... menjadi jugak lar seramnye ditambah dengan efek bunyi, lighting suram merah hijau, gimik prolog antu pocong kluar dari blakang tempat penonton... aku memang penakut tapi kadang2 berani pulak... haih... entah... konfius... all in all, plot penceritaan semacam longgar, menguap jugak sekali dua tiga kali.... sesekali aku menoleh ke kiri memandang kopi dan sesekali ke kanan melihat along... seronok duduk dgn bebudak junior nih... banyak ilmu yang dikongsi... aku memang suke berkuliah tak mengira tempat...

Paling best, dalam tak sampai setengah jam show bermula, terdengar paluan kompang meriah dari luar pintu... aku mati2 ingat itu memang efek yang diselit untuk scene tu, tapi bila diamati, rupanya tidak... bunyi datang dari luar, menyambut kedatangan jemputan kehormat mungkin.... aku geleng kepala... redha jela... but the show must go on...

Berapa bintang aku mahu bagi? Entah.... mungkin aku hanya suka watak Iman (Raja Azriey) dan Senin (Che Mat raja Lawak)... aku memang suka Raja Azriey sejak watak dia dalam Blok 404 dengan watak Mat Din tu... psikotik, sinikal, sesuatu... memang sampai hari ni aku ingat keselambaan dia dalam lakonan... but seriously, tanpa diorang, memang tak berseri kut show malam tu... nak harapkan diorang jer as penghidup cerita.... yang lain2 tu bukan tak bagus langsung... cuma tak berapa membekas... watak bapa Iman yg mati kemalangan dilanggar Mat Rempit tak real langsung... sakit kakinya nampak fake... same goes to watak Ani Mayuni sebagai Zarina... tiap kali tiap saat, gelaknya plastik sungguh... tapi takpe lah, aku tak kisah pun... tak jejaskan the whole story deliver... mesej sampai dan aku terkesan.... boleh lah dikatakan... tapi xleh blah bila aku terpusing menoleh beberapa kali ke belakang bila diganggu suara dengkuran seorang makcik di sebelah kiri yang sedang enak menganga mulut menadah langit.... ditambah lagi dengkur anak lelakinya (aku consider budak lah lagi...) di sebelah kanan aku pula... hurm... teater yang bosan...? atau mereka insan yang tak pandai menilai seni lalu berkeputusan melelapkan mata dalam kedinginan dewan yang mencengkam...?
AKU = tiada komentar.... =)

Cerita hari Jumaat abis di situ....


Second...

Pergi membantu rakan2 taufan -Turntable Production- shooting untuk projek klip video mereka. Memang bukan subjek aku, tapi seronok membantu... entah kenapa... belum abis sunburn shooting lembu raya minggu lalu, aku turun lagi menolong. Kali ni kat pantai, Bagan Lalang, di Sepang Goldcoast - one of the reason aku ikut same... suke pantai....! weeee....) Artis dipilih - Flava. You guys really rawkk...! Sume giler -Shahdan, Syafiq, Add, Farouk + Arif... memang sangat havoc lepak dengan mamat2 nih... Lagu diorang Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk, mula2 aku pun wat bodo jer denga kat radio, plus mak aku marah aku dengar lagu yang salah tatabahasa ~ tapi sejak dua menjak~ takde dalam kamus bahasa katanya... huhu... mak aku... mak aku... namun begitu, aku mula ter'tangkap' dengan lagu ni start malam final induction, bila tengok live performance Syuk and the gank + Serambi... you guys rawkk... sa-bermula dari itu, lalu aku pun mula menyiulkan lagu tersebut hingga berjaya tersenarai dalam top list lagu2 lalakan aku dalam bilik air serta menjuarai ranking top song dalam MP3 aku yg tercinta.... adeihh....
Hurm...dari sebuta2 subuh pagi, aku dah mengorak langkah angkat barang2 teknikal masuk kereta... naik bas, Flava dah tunggu siap2... gile awal... salute.... sepanjang perjalanan aku lelap je, caj bateri... aku agak aritu akan all-out kerja sebab diorang shooting sehari tu jer... tak macam time aku dulu, dapat tiga hari...

Sehari yang sangat letih, FLAT tahap hampeh tapi seronok entah knapa.... maybe sebab shoot kat pantai cantik kut, aku happy jer sbb dapat tengok laut... shooting yang lancar aku kira - tolak tepi sikit kekecohan setup scene, teknikal equipment lompang, talent se*** (oops...), hal kecik2 dan sebagainya... biase lah, mane ade shooting yg perfect takde masalah langsung, ye tak...? huu... tapi alhamdulillah sume under control... sume masalah dapat overcome and all ended up okay... malam baru sampai balik Puncak, lepak di kandang jap makan... sembang lagi dgn dak2 Flava... diorang memang friendly, borak tak ingat... dah abis shoot baru tahu diorang ni tak layak panggil abang pun... ramai adik lagi... adesss... aku bajet kondifen panggil abang sumenye... dan adesss lagi... iskk...

Cerita ari Sabtu abis di situ...


Third...
Pergi ke modul PPKP mengulang semula (dalam bahasa lain, REPEAT...) bukan sebab aku ponteng ye.... tapi berlaku kesalahfahaman sebab mase Modul Part 3 dulu aku di Port Dickson ikut trip K.I.K lepas menang mase konvensyen. Konon ada surat pelepasan tapi rupanya aku tetap kena repeat sebab tidak berjaya menghadirkan diri dan nama aku tiada di situ... hurm...

Pepun, lagi havoc rasenye join Modul dgn adik2 Part 3 nih... naik pening kepala agaknya Tuan Asmadi and Hajar yang jadi fasi kitorg.... walaupun content modul memang boring macam biasa ~ belajar struktur organisasi, apa itu minit mesyuarat, blaa.. blaaaa... ~ it turned out aku paling banyak cakap - sejak azali aku begini..... tapi tengok tempat jugak lah... - abis modul dalam kul 5 petang... aku pegi mendobi baju... trase bodo kejap sebab tak reti pakai machine and card dobi tu... adeihh... tapi last skali bjaye basuh jugak walaupun terlupa nak letak softener.... huhuuu...

Cerita ari Ahad abis di situ....
+ seronok dengan hari2 dalam minggu lalu... seronok bekerja bersama kalian... salam kenal sahabat2 baru... =) +
Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!