January 23, 2010

Selepas Peristiwa: Tayangan Filem Pendek Pelajar FACT

Salam ukhuwwah fillah...


Poin-poin Saya Setelah Selesai Peristiwa






Bantal Lengan


Kalau sesebuah filem itu bergerak dari satu poin ke satu (atau beberapa) poin yang lain, saya tak nampak pun manalah poin yang me-relate jalan cerita dalam filem ini, yang saya pun tak pasti linear atau non-linearnya (rasa-rasanya linear?). Saya dapat melihat effort pengarah yang cuba merealisasikan teknik penggunaan freeze shots yang seakan-akan still itu (dengan pelakunya kaku statik dalam rakaman). Aplikasi teknik ini diulang berkali-kali hingga mendorong ke arah gangguan penontonan (visual irritation). Mungkin juga ada maksud yang ingin disampaikan, dan mungkin saya sendiri yang tak pasti maksud yang ingin disampaikan itu apa.

Setelah separuh penontonan, baru saya perasan filem ini-lah yang turut sama-sama disunting pada ketika saya berada di tempat kejadian. Dalam penerangan santainya, pengarah ada menyebut tentang isu yang cuba ditimbulkannya --> queerism; gay-ism. Lelaki berkemeja merah jambu itu sebenarnya adalah seorang gay, malah dua lelaki yang keluar dari kereta lalu membelasah lelaki jambu itu juga gay.

Saya terganggu saja dengan perkaitan yang tidak dpat saya hubung-kaitkan. Menolak tepi soal teknikaliti dan persoalan lain (tapak pengemis-pengemis bermain kad yang kemas, tidak realistik dan pakaian pengemis juga kemas dan bersih - oh, saya yakin kontradiksi ini bersebab), saya menyimpulkan bahawa saya paling kurang faham dengan keseluruhan idea dan cerita yang dibawa.

***************

The 5 Rules

Saya tak ada masalah dengan pemahaman cerita - simple tapi setuju dengan satu pendapat pada malam tayangan kelmarin - filem ini tak ada originality. Ketika ditanya di mana keaslian idea sebenar filem ini, pengarah menjawab, lima peraturan itu sendiri merupakan idea asalnya. Oh, perlu saya sebut apakah ia? Antaranya lebih kurang begini; sediakan sejumlah wang tebusan, jangan libatkan pihak polis, etc. dan yang terakhir, patuhi kesemua arahan yang diberikan tadi (jadi the ultimate 5 rules ada empat saja-lah? Betul?)

Ugutan dan arahan sebegitu dah terlalu banyak dibuat dalam filem dan drama TV. Macam mana ia boleh jadi original idea pengarah? Oh ya, in terms of idea untuk memfilemkan-nya mungkin... bisik sahabat di sebelah saya malam itu.


* * * * *



Hide/Seek

Seronok menonton filem ini, ia bawa saya kembali ke zaman persekolahan. Suasana Victoria Institution juga sedikit kurang lebih seperti rupa bangunan sekolah saya dahulu juga. Pelajar Melayu berkawan baik tanpa mengira kaum dan ya, bahasa pengantaraan juga banyak mencampur-baur bahasa Inggeris. Dalam filem ini, para pelakon berbahasa Inggeris yang sedap didengar (dan rata-rata semuanya juga manis dipandang. Pengarah bijak dalam soal eksploitasi, brilliant!) Kecuali watak lelaki yang tiada kesinambungan dan saya anggap kemunculannya terlalu 'tiba-tiba'. Dialek Inggerisnya juga bercampur, kata sahabat saya yang seorang lagi. Saya ingatkan, dia yang bertanggungjawab ke atas seorang lagi gadis yang tak dijumpai itu. Rupa-rupanya tidak. Dan reaksi cool mereka berpatah balik bila hantu muncul di hadapan mereka itu, serius comel. Tak terkejut dan hysterical langsung ke, dik? Aduh! Oh, sekali lagi, mungkin hanya saya yang mahu begitu. Huhu...

Hantu budak sekolah ala Korea dengan rambut menutupi muka, muncul berdiri terpacak bermain sorok-sorok bersama mereka sekali tanpa diundang memang idea yang agak klise, tapi peduli apa kan? Idea filem ini mungkin tampak lebih menarik kalau hantu itu tak dipaparkan.


* * * * *

Sujud

Idea ringkas tapi memikul tanggungjawab pemaknaan tujuan sebenarnya yang amat berat. Simple-nya lebih kurang macam filem pendek Pintu oleh Akashdeep, semasa menonton (dengan long take pada visual pintu), penonton memang tak terfikirkan apa-apa lagi, tapi bila terungkai kisah sebenar pada akhirnya, impak penontonan mencapai ke peringkat tertinggi. Penonton akan merasa terkesan dan mungkin berkata, "OMG, sweet-nya...!". Dan hakikatnya, saya tak ada masalah langsung dengan long take yang kekal pada satu syot yang sama saja. Ia malah memberikan ruang buat penonton menikmati moments yang penuh makna.

Dalam Sujud, syot-syot tanpa dialog, bersahaja dan tidak peduli dengan mainan kamera atau sebagainya, lebih lagi mengundang rasa mendalam terhadap penontonan. Pada awalnya, saya fikir mungkin si Karim (yang bercermin mata dan bangun solat itu) mahu menyindir rakannya dengan menyelimutinya dengan sejadah dan membacakan Yassin. Haha...saya pernah dengar idea itu. Sebaliknya, Karim membentangkan sejadah 'berkiblatkan' si mamat yang enak menyambung tidur itu dan ikut menonggeng ketika Karim sujud. Siapa imamnya sekarang? Lu pikirlah sendiri!

Idea pengarah memang menarik. Saya kagum betul. Tahniah-lah...!


* * * * *



Rona Maya

Filem pendek ini adalah yang paling berat bagi saya. Banyak perkara yang saya persoalkan dalam diri sendiri semasa menonton, tapi akhirnya dapat mengaitkan setelah diterangkan dan dibogelkan semuanya oleh pengarah. Oleh kerana ke-berat-an filem pendek ini sendiri, saya tiada apa yang ingin diulas selain saya suka lagu Oslan Hussein bertajuk Menimbang Rasa yang digunakan oleh pengarah dalam filem ini. Ketika ditanya, ada apa-apakah di sebalik penggunaan lagu ini, kerana liriknya begitu 'something' saya rasakan, tapi pengarah dengan tegas menyatakan 'tidak'.

Ia menjadi filem yang berat kerana kajian mendalam yang dibuat terlebih dahulu sebelum filem dihasilkan. Terlalu banyak yang ingin disuarakan, mungkin. Namun pujian sememangnya perlu diberikan kepada penataan seninya, superb! Tahniah art director!

* * * * *



Mautopia


Membungkam kalbu. Ketika pertama kali previu filem ini yang saya tonton bersama pengarah dan seorang rakan, sudah dapat saya rasakan 'kuasa'nya yang bakal melanda para penonton di Pancha Delima pada malam tayangan nanti. Pengarah bijak menolak tarik plot cerita menjadikannya seperti serangkap pantun, struktur serambi rumah dan sebagainya. Pengalaman bekerja dalam penghasilan filem ini antara yang terbaik pernah saya sertai. Disebabkan itu juga saya kurang peduli apabila ada permintaan pengarah sewaktu penggambaran yang kadang kala agak 'bukan-bukan' juga, kerana saya tahu hasilnya akan sebaik ini. Ya, saya sukakan hasilnya.

Tak keterlaluan kalau saya katakan filem ini sebenarnya yang ditunggu-tunggu pada malam tersebut, oleh itu tayangannya diletakkan terakhir sekali.

Secara keseluruhan, saya sendiri dapat merasakan peningkatan karya pelajar pada tayangan kali ini berbanding sebelum-sebelum ini. Saya sukakan perkembangan ini juga. =)


* Terima kasih atas semua yang hadir. Minggu depan tayangan filem Karaoke pula. Jemput datang...!

8 comments:

amer zaman said...

sudah pasti lah lagu ada makna tapi tak semua benda boleh kongsi (hehe)

terima kasih.

jhebat said...

permintaan yg bukan-2 seperti? hehe

fadz said...

wah wah wha, hebat benor ulasan, huhuhuhu.. cayalah!

Ajami Hashim said...

semua poin-poin anda saya sokong gitu! :)

mapieceofart said...

amer aman...
sama-sama... tapi dah banyak kali dengar lagu tu (lepas download semalam) rasa dah dapat tangkap kut apa maknanya... hehe...syabas!

jhebat...
adalah... mana boleh cakap kat boss... jeng3...!

fadz...
TQ... fadz, next week datangla karaoke, and please, dudukla atas kerusi ya nanti... hehe...

ajami...
TQ, bro... pandangan ikhlas sy je ni... =)

. said...

Looks like ada movie yg best n ada yg x best. But if yg best really as good as you say, I so regret xdpt gi.

mapieceofart said...

when it comes to short films, there is no term such as 'best ke tak best', they're all of non-commercial purpose... so, you really should regret for not coming though... haha...

i'm trying to have all copies of the shorts... only got one so far... nanti sometime i'll pass it for you to watch and comment... =)

. said...

Cool :)

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!