Salam... ukhuwwah fillah...
Semester lalu banyak kenangan yang terukir. Semua peristiwa manis, kesempatan bekerja dan bersama dengan kawan-kawan yang saya suka, hampir ke hujung tahun kosong sembilan saya sekeluarga menerima kehadiran si kecil gebu Mohd. Hadif dan dapat bersama membantu menjayakan pelancaran lima buah buku Bonda Siti Zainon Ismail.
Saya tak sempat menulis sepanjang cuti dan sibuk yang datang tak henti. Hari itu semasa majlis SZI 60 bertempat di teratak Jeumpa d'Ramo, Bangsar, saya berada bersama di situ memeriahkan majlis sempena hari lahir bonda Siti Zainon. Gementar berjumpa dengan seniman-seniman agung negara seperti bonda sendiri dan Pak Samad pada hari itu. Saya bangga turut ada bersama di situ.
Itu yang manis. Peristiwa yang melukakan pun banyak juga. Tapi yang pahit itu tak elok dikenang. Jadi biarlah semuanya tersimpan dan terpadam sendiri suatu masa nanti.
Penggal baru bermula.
Nafas baru dihela.
Saya ada azam baru. Nak tahu? Oh, rahsia-lah.
Saya buka sampul pesanan yang tak pernah terhantar kepada penerimanya, saya rindu bila terbaca ayat ini...
"...., if you need me to be there with you, just let me know... I'll come to you right away..."
Penulisnya saya. Tapi tak dihantar, tak sempat.
Ya, saya rindu dia.
Selalu.
Terlalu.
2 comments:
slmt thun baru, arte=)
selamat lembaran baru... =)
Post a Comment