January 21, 2010

Perginya Seorang Anuar Nor Arai

Salam ukhuwwah fillah...


Saya sedih sekali dengan perkhabaran duka ini yang saya terima petang tadi. Jujurnya, saya memang tidak kenal Allahyarham secara peribadi, secara dekat. Tapi kewujudan beliau sebagai pensyarah kami dahulu amat saya segani. Kereta merah beliau yang 'cool' itu pasti akan sentiasa saya ingati, kerana itulah perkara (atau objek) pertama yang mengaitkan saya untuk mengenali beliau buat julung kalinya.

"Fuii...ni gempak gile ni! Kereta student ke?"

"Bukan, dowh... Ni kereta Dr. Anuar Nor Arai la."

Lebih kurang begitu konversasinya. Sa-bermula itu, lebih banyak tentang beliau saya dengari dan kagumi. Malah, saya berkira-kira bilakah agaknya saya dapat mendekati beliau ini, ber-kuliah dan ber-diskusi bersama beliau mungkin. Namun harapan saya hampa kerana kemudiannya beliau tidak lagi mengajar di F.A.C.T. UiTM dan bertukar angin ke ASWARA.

Hingga menerima berita ini, saya merasakan terlalu sedih atas pemergian beliau. Semestinya, keberadaan beliau di hati-hati kita takkan pernah pudar.

Perginya seorang Anuar Nor Arai.

Tiada pengganti.



Al-Fatihah...




Foto ihsan dari Aidi Rahimi



*Sisipan artikel dari Berita Harian di sini.


** Tulisan lanjut tentang tayangan filem pendek pelajar ditunda siarannya. Beberapa hari lagi.

No comments:

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!