January 25, 2010

Tersalah Di Luar Intensi

Salam ukhuwwah fillah...


Kelmarin saya hantar mesej pada seorang kawan untuk tanya sesuatu, agak penting juga, berkaitan kerja, bukan hal main-main. Tambah pula ketika itu saya mahu cepat, ada hal lain yang perlu saya selesaikan. Saya tanya nombor beliau dari seorang kawan yang lain. Lalu, dengan sense of urgency saya teks dia dan bertanya. Saya mendapat jawapan darinya tidak lama kemudian. Saya pun konfiden dengan jawapannya. Saya senyum, kerja selesai.

Subuh kemudiannya, saya mendapat mesej dari kawan yang saya tanya nombornya itu. Agak mengejutkan.

"Awak sebenarnya dah bagi mesej pada salah orang. Saya bukan *****."

Saya kaget. Ketika itu jam pukul 5.30 pagi. Saya baru hendak lelapkan mata. Saya balas.

"Habis tu, ni siapa?"

"Saya orang Bangi. Awak ni kerja kat mana ye? Alang-alang dah tersesat, sms-lah biodata boleh terus kenal. Saya Azman...hehe..."

Ewww... WTF...! Saya menyumpah dengan sopan dalam hati. Lelaki gatal. Entah macam mana-lah saya boleh tersalah mesej, saya betul-betul tak perasan. Ketika itu, saya bukan saja menyampah, tapi dah jadi geram atas dua sebab. Satu, lelaki ini berani membalas mesej penting saya seolah-olah menyamar jadi kawan saya. Dua, ada hati pula nak berkenalan. Saya benci lelaki gatal.

Saya tak puas hati. Saya balas. Percampuran bahasa berlaku.

"Kalau dah tahu saya salah orang, kenapa awak reply juga, siap jawab soalan yang saya tanya? I took it as if my friend was replying. This is a serious offense."

"Kalau saya tahu awak nak key-in dalam sistem, saya tak akan bergurau. Mohon maaf banyak-banyak. Monday kerja awak buat correction."

Pandai pula dia nak sekolahkan saya. Geram.

"Don't try to teach me what to do, I know for sure. Nasib baik it's not a matter of work system and so, or else I'd be in trouble. Just say you're sorry and it won't happen again."

"Yes, ma'am! Let's pray (bagus juga dia mengingatkan, ketika itu sudah masuk waktu solat Subuh). Oh, can I keep your number? Sorry for troubling you very much."

Sudah-lah menyusahkan saya, mahu simpan nombor saya pula? WTF! Sekali lagi.

"Keep my number? What for? Saya tak kenal awak. Plus, you sound old and I'm not interested. So, don't call me ma'am. Pergilah solat, I'm not pissed, it's okay."

"It's okay if you're not interested. Tak paksa cik."

Sempat pula saya terfikir, kalau dia ni kacak bergaya macam Fahrin Ahmad, apa salahnya. Tapi saya tetap tak suka berkenalan melalui kebetulan tersalah nombor begini.

"How old are you, En. Azman? You're not supposed to start it off at the first place."

"Don't call me Encik la, Cik Zara. I dah middle 30's, anak satu. I nak kenal you bukan untuk tujuan sosial. Saja nak tambah kawan. Jangan risau."

Bersalah pula saya sebab berkasar. Tapi bagus juga dia sedar diri.

"Of course lah tak... I'm half your age! I'd rather call you uncle dari tadi. Oh well, I was being rude. I'm sorry. Don't feel offended. Let's end it here. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, adik Zara. Belajar rajin-rajin. And make sure tak send mesej to the wrong number!"

Wah... saya pun...

"Terima kasih. You too, don't just simply reply messages to a stranger. Insya Allah saya pun takkan mesej salah nombor lagi. Saya akan ingat pesanan ni. Take care of yourself and your family."


Moralnya, saya akan selalu lebih berhati-hati ketika menyalin nombor telefon rakan-rakan demi mengelakkan kejadian serupa begini. And readers, do not ever reply to strangers through your phone. Bahaya!


* Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa kepada anda untuk kepentingan bersama.

4 comments:

Mohamad Hj Yawmon said...

hahaha! comelnya cik zara tersalah tekan number! kalau betul2 fahrin ahmad macam mana? sapa nak jawab tu?

mapieceofart said...

fahrin xkannye nak reply camtu, dik... x suke! x suke! haha... after kejadian tu, memang i'll always double check no.phone kwn2 sebelum msg, takut tersalah lagi.. huhu... one big lesson...

Anonymous said...

haha! zara... mule2 serius, then, tak tahan den!:)

mapieceofart said...

coffeeholic: geram-rude-bersalah-bengang...plot emosi gitu...haha...

john: it was creepy, dude... haha... entah masa tu rasa rajin pulak nak reply, plus tgh marah sgt, tak puas hati kalau senyap je... i was trying hard not to curse, konon selagi boleh nak jaga budi bahasa, but somehow i was saying that out loud sambil text that freak... haha!

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!