Salam... ukhuwwah fillah...
Suatu tengah hari yang damai, saya di dapur baru selesai makan. Tiba-tiba pintu dapur diketuk orang. Ada suara orang beri salam juga. Saya pandang kakak, kakak pandang saya. Suspense.
Saya beranikan diri menjenguk di tingkap dapur. Ada seorang wanita India Muslim dengan dua anak lelakinya. Comot dan nampak busuk.
"Adik, boleh beri air minum sikit? Akak haus sangat ni."
"Err... ya... kejap."
Saya beri isyarat pada kakak yang orang itu mahu minum air. Kakak balas dengan isyarat bagi ikut tingka pintu saja. Jangan buka kuncinya. Saya angguk.
Air dihulur dan anak-anak wanita itu berlari dan berebut-rebut mencapai gelas dari celah-celah jeriji tingkap. Abangnya (saya kira) minum dahulu dan tinggal separuh, diberi pada adiknya. Saya tersentuh, amat.
Sambil itu wanita tadi (ibu mereka) melihat saja sambil mengunjukkan sesuatu. Saya fikir pistol atau pisau (berjaga-jaga), tapi rupanya bukan. Wanita itu mengeluarkan sepasang kerongsang kuning dari begnya.
"Adik nak beli ni, dik? Lima ringgit saja. Belilah, kesian diorang dua, mau beli makan."
"Err...takpe, takpe kak. Terima kasih ye."
Selesai si adik minum, dia menghulurkan gelas kosong kepada saya semula. Si abang pula kata, "Kak, makanan ada kak? Lapar laa..."
Oh...saya tak tahu nak jawab apa. Bukan takut nak menolong, tapi ya-lah... zaman sekarang macam-macam boleh jadi. Pencuri berlakon jadi orang miskin, pembunuh berlagak jadi pengemis. Saya pandang kakak saya. Dia geleng. Maksudnya, jangan beri makanan. Takkan nak menghidang nasi di tangga rumah pula. Nak buka pintu, saya tak berani.
Akhirnya, kami ke hadapan saja tinggalkan mereka. Kasihan, ya memang kasihan. Tapi saya juga bukan kejam. Mereka boleh jadi apa saja.
Sekali lagi kami jenguk ke dapur, mereka sudah tiada. Saya mengeluh, entah lega atau menyesal tak beri mereka makanan.
Kakak saya tiba-tiba kata, "Biskut kering tu ada lagi kan? At least benda yang dibungkus, biarlah diorang bawak balik. Kenapa kita tak teringat nak bagi tadi ya? "
Saya jungkit bahu. Saya pun lupa.
Kalau kalian berada dalam situasi ini, apa tindakan kalian? Wajarkah tindakan saya yang demikian demi keselamatan, atau saya sudah berlaku kejam?
No comments:
Post a Comment