July 24, 2009

GADOH : I'm Not Malay, I'm Malaysian...



Salam... ukhuwwah fillah...


Memang hangat bila isu perkauman diperdebatkan. Aku rasa penuh terisi lepas menonton filem ni. Tapi aku yakin dalam ramai-ramai yang hadir malam tadi, mesti ada persepsi yang berubah, mungkin ada yang terasa terkena batang hidung sendiri, mungkin ada yang rasa tak puas hati, mungkin ada yang malu sendiri, (pinjam ayat Ayam) mungkin ada yang berlagak cool konon menyokong penuh penyatuan semua bangsa sebagai bangsa Malaysia tapi dalam hati meluap-luap maki hamun pengarah dan semua yang menyokong konon dah hilang jati diri bangsa sendiri. Macam-macam... Untuk melihat review yang lebih formal, sila-lah klik kat sini.

Sungguh, memang seronok juga tengok orang berpolemik dan sibuk mempertahankan pendirian masing-masing ni. Aku lagi suka memilih untuk diam. Aku tahu ilmu aku belum cukup untuk ikut menyampuk. Tapi yang berkobar-kobar bangun dan bersuara tu aku tetap salute-lah kat korang. You managed to voice out your views, menambahkan kemeriahan sesi Q&A lepas viewing tu. Begitu pun, ada juga segelintir dua kelompok kecil ni yang masih utuh dengan jati diri Melayu masing-masing. Cool...kira tegar gila-lah diorang ni. Cumanya makin banyak yang dicakapkan, makin banyak kedangkalan ilmu yang terserlah. Accept it-lah...you are what you think-lah, bro... Aku segan nak menyampuk, jadi aku diam.

Aku tanya juga diri aku sendiri balik, penting tak lagi aku pertahankan hak ketuanan Melayu yang disebut-sebut tu? Aku tak faham kenapa segelintir golongan ni terlampau ekstrem mempertahankan pendirian diorang, memang exaggerate sangat dalam penghujahan yang dilontar, tapi tanpa sedar, apa yang dibahaskan itu tak bawa apa-apa makna. Aku respect-lah diorang yang memang tinggi rasa dan nilai ke-meLayuan ni, dah tak ramai anak muda yang berpendapat sebegini. Keterbukaan mereka dilimitasi dengan sogokan dan kepercayaan lama yang dah tak diguna pakai lagi. Ketuanan Melayu? Apa kejadahnya benda tu?

Bila aku fikirkan balik, sebab diberikan hak istimewa dan kelebihan yang tak didapati oleh bangsa lain ini-lah aku jadi aku hari ni. Aku mengaku zaman belajar masa sekolah dulu lagi gila kompetitif. Aku memang sehabis pulun maintain prestasi sebab nak bersaing dengan anak-anak Cina dan India sekelas aku yang pandai-pandai belaka. Sayangnya aku tak cukup effort belajar dan terlampau bersenang hati dengan laluan aku seterusnya lepas SPM. Asalkan dapat lebih daripada 5A, confirm aku lepas punya masuk UiTM (pinjam: Universiti Teknologi Majlis Amanah Rakyat).

Alhamdulillah, result aku boleh dikira bagus sebab melepasi target 6A, walaupun dalam hati tak puas hati tengok budak paling pandai dalam kelas aku (harapan cikgu-cikgu satu sekolah) boleh dapat straight A's, sedangkan aku sipi-sipi je lagi nak dapat result sama macam dia (aku still ingat nama dia, Woo Wee Loon).

Aku kagum dengan dia ni. Kami antara muka-muka wanted kat sekolah. Aku head prefect sekolah, dia head prefect library. Masuk pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan sampai peringkat kebangsaan pun aku pergi dengan dia and Albert. Memang aku lagi banyak hang out dengan kawan-kawan Cina and India berbanding Melayu. Aku boleh ingat semua nama kawan-kawan baik aku sekelas masa sekolah dulu - kawan paling baik dari sekolah rendah sampai sekarang - Mei Yuin, rakan Convent-ku yang sejati (don't worry, aku tak lupe kat kau, Wan...! Hehe...) Kawan-kawan sekolah menengah plak Magendran, Kee Eng, Samantha, Hoay Phing, Dhanesh Itik, Albert, Theven, Peng Shen, Xi Guan a.k.a. zigot, Nathanael, Dinesh, Venketesvaran a.k.a. Venkie... kawan-kawan Melayu? Sumpah, ada-lah berapa kerat je yang aku still ingat.

Banyak sebab kenapa aku rapat dengan diorang. First, aku senang lepak dengan diorang sebab diorang bukan kaki mengumpat and sembang merapu macam budak Melayu. Second, kalau borak dengan diorang jarang cerita pasal artis ke, gosip ke, selalu ada je sebut pasal pelajaran (ye...aku agak skema masa sekolah dulu, tapi tak-lah tahap kritikal - nerdy). Third, aku suka nak speaking dengan diorang ni. Nak improve my English and communication skills, y'all... Kalau dengan kawan-kawan Melayu, macam janggal nak cakap Omputih, pulak tu kena kutuk berlagak speaking London. Sengal kan...

Back to Wee Loon's story. Dia anak sulung, family dia memang boleh dikatakan susah-lah setahu aku. Hari-hari bapak dia hantar pergi sekolah naik motor kapcai. Tapi tak pernah datang lewat, berbeza dengan aku yang selalu ambil kesempatan salah guna kuasa datang lewat. Kasut dengan beg sekolah Wee Loon tu rabak-rabak je aku tengok dia pakai pergi sekolah. Adik dia ada seorang yang cacat. Aku teringat Wee Loon pernah cakap dia janji dengan diri sendiri nak belajar betul-betul, dia memang nak jadi doktor sebab nak rawat adik dia tu. Sedih aku dengar. Tapi dia memang betul determined-lah. Aku boleh nganga sampai leh muat sebiji Big Mac kalau dengar dia berhujah subjek Sejarah and Biology. Boleh kata satu isi buku tu dia dah hafal, macam komputer je boleh jawab semua soalan. Tu belum Add Math, Kimia and Fizik. Aku punya-lah berpeluh baru terkebil-kebil nak jawab soalan pertama, dia dah siap tiga page jawapan berderet.

Aku kesal sekejap, tapi lepas tu lupa diri balik. Dengan result SPM yang konon mencapai target tu, aku pun bergelar warga UiTM. Tiba-tiba aku jadi racist. Masa ura-ura pasal isu kuota 10% tempat dibuka untuk bukan bumiputera tu, aku antara yang sibuk menjulang hak Melayu. Memang-lah UiTM satu-satunya universiti bumiputera mutlak, tapi tu bukan sebab utamanya, Sebenarnya aku takut bila membayangkan kalau sekelas dengan budak Cina atau India nanti, mampus aku nak compete dengan diorang. One thing for sure, kedudukan selesa aku dengan result yang aku pertahankan, aku takut tergugat. Tapi isu itu pun berkubur je lepas dapat tentangan hebat pelbagai pihak.


Entah-lah. Aku cuma nak relate situasi ni dengan kegelabahan sesetengah Melayu yang tiba-tiba lantang bila dipersoalkan tentang hak. Kita sebenarnya takut tak mampu bersaing dan bertahan, sebab dua kaum lagi tu dah terang-terang boleh mengatasi kita tahap kacang mat lodeh je. Sepatutnya kita cuba sama ratakan kemampuan kita dengan diorang. Kenapa diorang boleh berjaya, kita tidak? Kalau Melayu pun sama hebat, buat apa nak marah kalau soal penyamarataan hak ditimbulkan? Betul tak? It's all about determination... mereka betul-betul usahakan apa yang mereka nak, tapi kita malas dan prefer nak hidup selesa saja. Mana aci...

So, mari-lah kita bersama buktikan yang kita mampu berjaya tanpa bergantung dengan apa-apa keistimewaan. Kita sama saja. Bangsa Malaysia.

Bumi ni hak semua. Kita sama-sama kongsi.

Senang.

Selesai.

Simple.


Yeddey....!


~0^_^0~

4 comments:

Shazlan said...

zara | betul kata kau..lagi banyak bersuara, lagi banyak pekung terdedah..aku malam tadi dengar just gelak la..Kita da terlampau sangat lama hidup di dalam zon selesa sehingga kita tak tahu keupayaan kita sendiri..

FYI pasal tu aku suka ddk belakang..aku dah jangka isu ni akan timbuk gak..

Alia Ary said...

saya suka tulisan kamu. saya pun, lebih senang untuk lihat dan dengar masa screening tempoh hari.

omgpetch said...

sedap buah tangan ni. sungguh "berkhasiat"! ;)

faizal said...

agak tertarik dgn pemikiran kamu:)

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!