July 18, 2009

Laskar Pelangi + 3 Karya Baru Mahasiswa Filem FACT

Salam... ukhuwwah fillah...



Tanggal 10 Julai lalu, dapat juga aku menonton filem Laskar Pelangi karya pengarah tersohor Indonesia, Riri Riza. Tayangan selama dua hari tu penuh...! Aku seronok melihat pemandangan semacam itu. Film screening adalah wadah terbaik bagi mahasiswa filem FACT menggali ilmu selain pembelajaran formal semasa kuliah. Bagi mereka yang tak pernah datang screening, maaf cakap-lah, kalian rugi serugi-ruginya! Baik jangan bergelar mahasiswa filem kalau tak datang menonton. Kan?

Sebelum menonton filem ini, ramai pendapat yang aku dengar mengatakan bahawa filem ni lebih kurang seperti filem Denias, Senandung di Atas Awan. Namun setelah menonton sendiri, aku berani meletakkan pujian bahawa Laskar Pelangi jauh lebih hebat berbanding Denias. Aku kagum dengan sentuhan Riri yang tak pernah sekali aku rasakan kurang memuaskan. Dari awal cerita hingga ke akhirnya, Riri bijak memancing minat penonton dan menangkap emosi melalui watak ketiga-tiga tunjang utama kanak-kanak di dalamnya; Ikal, Mahar dan Lintang. Unsur pop disuntikkan bagi menambah rencah di celahan gunungan ilmu yang dibawakan. Titis-titis komedi juga menambah lagi warna warni filem yang indah ini.

Setiap watak punya identiti tersendiri. Lakonan memberangsangkan memberi impak terhadap penontonan. Walau dibebani kemiskinan, kegigihan anak-anak pesantren itu tak pernah padam malah lebih lagi kobarnya berbanding anak-anak yang bersekolah di bandar. Ilmu yang mereka pelajari bukan bersifat material keperluan dunia malah melingkupi seluruh keperluan jiwa dalam diri seorang manusia yang membajai hati mulia setiap seorang mereka.

Aku tidak punya banyak komen tentang filem ini. Namun setelah diperbahaskan dalam kuliah hari lalu, aku melontarkan pendapat bahawa cerminan kehidupan serta sifat manusia melalui watak-watak utama cerita dapat dilihat jelas. Ikal bagi aku merupakan simbol kegigihan, walau mudah hanyut namun dominan dalam hal-hal pelajaran. Lintang si genius, merupakan simbol kecekalan. Kemiskinan, ketiadaan ibu (dan kemudian bapa) serta kedudukan rumah yang jauh dari sekolah tidak pernah menjadi penghalang untuk menimba ilmu. Mahar pula simbol kepada sifat manusia yang penuh angan-angan namun tidak lari dari matlamat hidup.

Pun begitu, dalam sesi diskusi informal bersama teman di kandang, aku terfikir kata seorang rakan. Malam itu entah kenapa beliau terkobar dek semangat ke-Melayu-an terlampau sedikit dan mengatakan Laskar Pelangi itu menambah satu lagi imej buruk masyarakat Islam. Hal ini juga boleh memungkinkan filem ini mendapat perhatian dalam pencalonan filem antarabangsa atas dasar isu kemiskinan yang dipaparkan - yang mana amat digemari oleh golongan dominan barat untuk melihat sesuatu bangsa direndah-rendahkan. Seperti mana filem Slumdog Millionaire yang memaparkan korupsi sistem pemerintahan dan pihak berkuasa serta kemelaratan hidup masyarakat setinggan di India, lantas terus sukses dalam pencalonan-pencalonan anugerah filem berprestij dunia tanpa sedar betapa filem itu diangkat kerana paparan yang menjatuhkan maruah rakyat India di mata dunia. Laskar Pelangi juga telah mencerminkan imej masyarakat Islam yang miskin dan hidup dalam keadaan serba daif. Ini menimbulkan khuatir akan memberikan imej negatif terhadap masyarakat Islam juga.

Isu ini ditambah lagi oleh beliau yang menyebut tentang pengakhiran cerita di mana Ikal yang bakal melanjutkan pelajaran ke Paris telah mewujudkan satu kebergantungan (dan pengagungan) terhadap kuasa Barat yang dilihat sebagai mendominasi ilmu dan pengetahuan dunia. Mahar menjadi seorang penulis manakala Lintang kekal miskin walaupun genius kerana berhenti sekolah setelah kematian ayahnya namun semangatnya diwarisi oleh anaknya pula. Dari satu perspektif yang lain, aku mengiyakan juga sedikit sebanyak pendapat beliau.

Baik. Cukup tentang Laskar Pelangi.



Beralih ke malam tontonan filem pendek karya pelajar fakulti pada tanggal 15 Julai lalu.





Nausea memang kena dengan maksud tajuknya itu sendiri; mual, jijik, meloyakan. Memang itu pun yang dipaparkan oleh pengarah di dalamnya. Paparan dua pemuda punk yang eksistensialis tetapi humanis, aku lihat sebagai imej yang digunakan pengarah mungkin sebagai ibarat kepada golongan manusia dengan sifat negatif paling buruk namun punya rasa kemanusiaan yang sangat tinggi berbanding manusia-manusia yag dianggap 'mulia'. Aku masih percaya dengan didikan melalui paparan negatif (menunjukkan perkara buruk supaya tidak dicontohi) kerana hal ini pernah aku pertahankan dalam tugasan tulisan akademik satu masa dulu.


Nausea bagi aku bagus dari segi garapan pengarah namun mungkin agak 'memaksa' penonton menghadam satu demi satu mesej... Oops...did i just say message? Maaf, filem bukan medium penyampai mesej kan... Aku cuma mengambil iktibar daripada kata-kata seorang pensyarah yang mengkritik karya filem pendek tugasan aku dan rakan-rakan yang dikatanya seperti mengetuk kepala audiens supaya merasakan emosi yang pengarah ingin penonton rasakan. Bukan begitu caranya menghasilkan filem yang berkesan.

Tetapi, itu yang aku rasakan semasa melihat Nausea. Transisi babak berserta mesej ke babak lain seolah-olah merentap emosi penonton dan aku sendiri banyak kali terkejut dengan keadaan ini. Dari sudut teknikal mungkin punca permasalahannya tapi aku tak mahu ulas lebih lanjut sebab aku sendiri kurang arif dari segi aspek teknikal filem. Cuma yang dapat aku rasakan, seketul dan setakak demi setakak pengarah melompat-lompat dari satu mesej ke satu mesej untuk disampaikan dan disumbat ke otak penonton. Tiada betul salahnya, cuma rasa ter'ketuk' dan terpaksa menerima visual serta moral berbeza mengikut kronologi secara drastik satu persatu.



Kaki Lima pula satu bukti peningkatan karya pelajar FACT...namun mungkin terlalu banyak perkara nak disuarakan untuk sebuah video pendek. Tak tahu-lah, mungkin aku saja yang merasa sedemikian dengan ilmu filem yang sejengkal dan pengetahuan tak seberapa. Content-nya pintar, sinis dan bersifat dystopia (aku suka nak guna istilah ini - baru berkenalan). Ia menentang regulasi dan set norma masyarakat yang biasa diguna pakai. Kaki Lima satu video pendek yang cuba menongkah arus - dan ini amat bagus.


Aku sempat bertanya, adakah ia juga dikatakan rebellious? Menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap sistem pemerintah, golongan kapitalis, sifat buruk masyarakat kebanyakan yang buta, celik dan rabun tetapi seakan-akan tidak punya panca indera? Kau rasa?




Bonda simple, yet meaningful... Percubaan pertama yang bukan kosong... Sesetengah mungkin berpendapat ceritanya cliche tapi isi dan penyampaiannya cantik... Oleh sebab itu aku terpanggil untuk mencapai mic dan menyuarakan sesuatu. Untuk seorang pelajar Semester 1, bagi aku hasil tangan beliau ini boleh dibanggakan. Sekurang-kurangnya bila ada yang mempersoal, kau dah ada satu karya termuat dalam portfolio. Itu kan lebih bagus daripada bercakap kosong?
Aku cemburu sebenarnya. Peluang aku belum tiba.
** Belum cukup ilmu tapi terlampau ingin hasilkan sesuatu... Nanti-lah...
Insya Allah...

~0^_^0~

7 comments:

Anonymous said...

nausea kena pada istilahnya sendiri, iaitu mual, jijik dan loya. bila aku rasa loya menonton nausea, jadi, nausea berjaya dari sudut konteks penceritaan. juga skrip yang keluar dari bidangnya sendiri.
bonda dan kaki lima juga ada salurannya sendiri. tepuk dada tanya selera.

;)

Sinefelia said...

thanks for the review... :)

Nausea hanya bertujuan untuk membuatkan orang terasa nausea.
Haha...

mapieceofart said...

coffeeholic...
yap...filem sbg satu form yang menyalurkan (channel) content (isi)... dalam filem tiada betul salah, semua terpulang pada interpretasi pelihatnya...sbb tu aku nak tergelak bila seorg pelajar bgn dan terus terang bertanya apa maksud yg cuba disampaikan pengarah (salah satu video pendek yg ditayangkan). kalau aku jadi pengarah tu, aku pun mungkin tersenyum dan tanya dia balik apa yg dia faham. kelakar sgt soalan tu tapi comel dan jujur...

ihares...
sekadar pendapat peribadi... =) betullah tu, matlamat pengarah tercapai dgn buat semua org loya... realiti itu pun mmg meloyakan...

* tgk rough cut masa editing pun dah loya, ape lagi lepas tgk end productnya... hehe...

Shazlan said...

aku gak yang rugi zara sebab nk g dah penuh..

mapieceofart said...

len kali dtg awal, bro... jadi front seater... huhu... slalu² lah dtg screening, welcome to the family... =)

affanazami said...

menareknye kalu dpt tgk sume cte2 ni. pilem yg dibikin warga muda ni lebih menepati selera sebnanye. jarang warga muda dpt peluang utk hasil pilem n masuk ke mainstream. i so wannna see all those movies.

p/s- dah dpt ilham nak hasil karya tu, panggellah abg jadik pelakon tidak terlatih. kehkeh

mapieceofart said...

zara punye projek sendiri, blum lagi kut... hehe... tapi nak panggil abg as extra ke, tunggula ek kalau ade next job nnt... hehe... =)

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!