Jalan Pintas adalah sebuah filem hasil produksi Rumah Anak Teater (RAT) dengan kerjasama Hyper Pictures. Filem ini diarahkan oleh Nam Ron serta Faisal Mustaffa sebagai produser dan Ayam Fared sebagai penulis.
Baca: Tulisan ini takde-la spoiler alert sangat. Bukan juga sebuah reviu. Ini adalah sebuah pendapat peribadi, bukan profesional, jauh sekali mencapai standard sebuah reviu filem. Ini sekadar komen ikhlas, pandangan dan perkongsian bersama kawan-kawan yang kita suka.
Lima poin aku tentang filem ‘Jalan Pintas’:
1. Filem ini cukup utuh dengan pendekatan indie yang sangat pure dan mengujakan - hence, kewujudannya sebagai sebuah filem independent yang sangat bebas dalam erti kata menyeluruh - penggunaan bahasa, gerak tubuh, pem-portray-an sisi gelap masyarakat yang sesungguhnya jujur (memang kita berat hati untuk akui tetapi ia benar terjadi) serta penyampaian statement tersembunyi yang hanya akan dapat difahami jika diperhati betul-betul. Kebanyakan filem indie sememangnya jujur, sebab tu ia tidak dibikin mainstream. Selalunya filem-filem mainstream (bukan semua) yang ada di panggung-panggung tu anganan berangan pengarah saja, bukan realiti masyarakat kita. Beza dengan Jalan Pintas, ia sebenar-benar filem DIY, sebuah filem bajet rendah yang bukan ‘miskin’. Ini yang dinamakan minimalis. Semakin ia minimal, semakin ia down to earth dan dekat dengan masyarakat - dan semakin ia tinggi nilai harga diri ke-sinemaan-nya. Setiap shot dihasilkan dengan makna dan konotasi tertentu; sama ada disengajakan oleh pengarah atau ia sekadar interpretasi aku sendiri. Nak tahu interpretasi aku itu? Kena tulis dalam satu post yang lain di waktu yang lain.
2. Walaupun sedikit terganggu dengan approach hand-held yang digunakan dalam hampir kebanyakan shot, namun ia penting sebagai merepresentasi kecamukan dan kecelaruan hidup Bakar bin Najib (atau Bakar Najib - ini pun satu perkara menarik untuk ‘dikaji’ dengan lebih mendalam. Haha!) Kalau dibandingkan gaya hand-held a la Blair Witch Project dengan Jalan Pintas (ok, dua perbandingan yang agak tidak kena, but heck, peduli apa), dalam filem ini ia menampilkan visual sebegitu rupa dengan sebab. Kesannya, filem ini kelihatan lebih raw dan jujur. Apabila ia raw dan jujur, ia akan lebih dekat dengan jiwa kita (aku rasa) yang sebenarnya sering memberontak untuk menolak ke-konvensional-an sinema. Sekaligus meletakkan diri kita dalam kasut Bakar Najib dan merasa benar-benar menjadi dia.
3. Bercakap tentang konvensional dan tidak konvensional, kalau dah namanya filem indie, tanpa berusaha pun pengkarya akan secara automatisnya akan lari dari conventional approach dalam pembikinan filem, dari proses ideanya hingga ke end product-nya. Aku suka jawapan Ayam apabila beliau mendedahkan bahawa proses kreatif penjanaan idea untuk skrip filem ini hanya berbekalkan air suam sambil borak-borak dengan pengarah di kedai mamak (selain ‘kimia’ yang sedia wujud antara pengarah dan penulis). Sekarang, percaya tak, idea dari borak-borak kedai kopi pun menghasilkan sebuah hasil tangan yang sebaik Jalan Pintas. Ini penting, kerana persefahaman antara penulis dan pengarah adalah perkara paling crucial yang menentukan kefahaman, keserasian idea serta penyampaian yang ‘memahami’ jiwa masyarakat. Sesungguhnya, aku sendiri kurang setuju dengan konsep penulis serah skrip kepada production, pengarah pilih skrip yang disukai atau berpotensi buat duit, pitch idea, ubah skrip ikut ‘kehendak penonton’ dan pengarah mengolah cerita mengikut gaya arahannya. Filem bukan barang bisnes, filem adalah produk budaya yang berseni serta ada roh dan maruahnya yang tersendiri. Tapi apa nak buat, itu sememangnya senario sebenar perfileman tanah air kita yang tercinta. *sedih*
4. Ramai tidak kenal dengan Auf Razak yang membawa watak Bakar Najib. Ini hal yang paling menarik tentang Jalan Pintas. Ia mengetengahkan pelakon yang kurang dikenali dan mengangkat pelakon-pelakon prominen seperti Zahiril Adzim, Bront Palarae, Sharifah Amani, Azhan Rani dan Beto Kusyairy (*^_^*) sebagai supporting actors. Ini menarik. Ia melawan konsep pelakon baru perlu bermula sebagai ekstra (watak tempelan). Sebaliknya, dalam Jalan Pintas, pelakon yang sudah punya nama dalam industri yang ‘memayungi’ bakat-bakat baru. Ini yang patut industri kita pupuk, supaya memberi peluang sama rata kepada pelakon lama-baru dan memeriahkan pentas lakonan. Pendapat ini hanya dikeluarkan selepas filem tamat, kerana pada awal filem, aku rasa Auf Razak sungguh kayu sekali. Mungkin disebabkan ke-loser-an beliau yang terlampau, dan akibat terdesak kerana tuntutan hidup yang mendesak, setiap perilaku, tindak tanduk dan ekspresi wajah Bakar sungguh membengang dan melemaskan. Itu buktinya dia bagus. Lakonan yang berjaya melemaskan penonton.
5. Filem Jalan Pintas tak perlu memasuki pasaran filem konvensional dan bersaing dengan filem-filem arus perdana. Aku tak percaya pada persaingan dengan filem-filem mainstream, tak perlu berdiri setanding dengan filem lain kerana sebuah filem yang baik ada crowd-nya yang tersendiri. Dan aku berani kata begini selepas mengangkat dua jari ibu kepada seluruh tenaga kerja produksi filem ini. Thumbs up!
6. Ok, aku tipu. Sepatutnya ada lima poin saja tapi ini baru aku terfikir tadi. Nota tambahan. Aku teringin nak tahu, apa signifikan warna kuning pada poster filem? Aku perasan poster filem Gadoh dulu pun warna kuning juga. Mungkinkah ini warna trademark produksi Rumah Anak Teater (RAT)? Atau mungkinkah ia sebagai lambang bahawa filem indie ‘bersih’ dari unsur formaliti sinema arus perdana yang mengada-ngada? Tak sempat nak tanya masa diskusi. Hehe…
Nota: Filem Jalan Pintas akan ditayangkan secara tour (siri jelajah) ke seluruh Malaysia. Harap maklum, filem ini terlalu eksklusif untuk tayangan di pawagam-pawagan berhampiran anda. (Hehe…)
Nantikan.
No comments:
Post a Comment