September 20, 2011

On Hiatus


I'm back in school now. Not gonna be around here much.

Not gonna write much.

Not gonna do blog-reading much.

I bet my blogger friends are going to miss my crap.

Oh, no. They won't. Hee...



Til then, bloggaaahhh...!

September 7, 2011

H.U.K.U.M.

Episod cerita pendek Gerabak ditunda lagi. Ada masa, akan di-sambung tulis.


Salam ukhuwwah fillah...


Kalau bercakap pasal hukum hakam, ramai yang tak berani masuk campur atau berdebat. Ramai yang takut. Kenapa? Kalau salah cakap, akan nampak yang kita ni kurang cerdik. Kurang ilmu. Tak habis belajar. Sama lah tu --> tak habis belajar = kurang ajar. Sebab tu orang yang tak tahu hukum akan cenderung menjadi kurang ajar. Tak percaya?

#1. Siapa tahu, apa hukumnya berhutang dengan orang lain tapi tak berusaha melunaskannya? Kalau si pemiutang tak redha si penghutang menangguhkan bayaran, berdosa besar hukumnya. Dosa si penghutang tak diampun selagi hutangnya belum lunas / selagi dia menangguh-nangguhkan membayar hutang.

Sebab tu kita disarankan mencatatkan perjanjian kalau ada berhutang. Macam kontrak, kenyataan bertulis. Ada sepotong ayat dari surah al-Baqarah menegaskan tentang perjanjian bertulis kalau berhutang:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya."
(Surah al-Baqarah ayat 282)

#2. Siapa tahu, apa hukumnya bersikap kurang ajar dengan orang tua? Lebih-lebih lagi ibu mertua. Berdosa besar hukumnya. Sama saja macam menderhaka dengan ibu bapa kandung sendiri.

Ini petikan daripada artikel tulisan Ustaz Haji Hishamudin Mansor:

"Apabila sudah berkahwin maka Islam menyuruh kita melayan ibu bapa mertua sama seperti melayan ayah dan ibu kandung sendiri. Kedudukan mereka adalah setaraf kerana mereka telah melahirkan anak yang kemudiannya menjadi isteri atau suami yang dinikahi. Dalam hukum fekah, adalah tidak batal wuduk dengan ibu bapa mertua begitu juga haram dinikahi mereka selama-lamanya.

Justeru apabila seseorang itu marah kepada ibu bapa mertuanya samalah seperti dia marah atau benci kepada ibu bapa kandungnya sendiri. Hukumnya adalah haram dan berdosa besar."


#3. Siapa tahu, apa hukumnya berbohong? Kalau kita di tempat kerja, lalu berbohong tengah sibuk meeting padahal tengah seronok main game, macam mana kita nak klasifikasikan perbuatan tersebut. Haa...itu pun sebenarnya dah salah hukumnya kat situ - main game waktu kerja. Tapi tak apa, itu nanti kita cerita lain.

Dari Asma’ binti Yazid dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Bohong itu tidak halal kecuali dalam tiga hal (yaitu) suami pada isterinya agar mendapat redha isterinya, bohong dalam perang dan bohong untuk mendamaikan di antara manusia.”

Merujuk kepada kes bohong yang dinyatakan tadi, rasanya tak termasuk dalam mana-mana satu pengecualian dalam hadis ni, kan? Jadi.....


Kesimpulannya, jangan terlalu pandai bermain dengan hukum hakam. Diri kita masing-masing tak sempurna. Bertolak ansur dan berusaha untuk berbaik-baik, itu yang sepatutnya. Kalau sampai dah tak tahu hormat orang tua, bercakap tak berlapik macam dengan kawan-kawan, apa cerita? Betul tak?

Sekian.


Selamat Hari Raya 'Idulfitr. Maaf zahir batin.


Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!