Jadi, post ini berkisarkan tentang alkisah aku menonton teater Kawan-kawan Yang Kita Suka, semalam.
Orang tak berkenderaan macam aku ni sememangnya tersangatlah bersyukur sekiranya dimaklumkan ada bas disediakan untuk majlis/tayangan/pementasan atau apa-apa acara yang dianjurkan. Tahu saja ada bas, aku terus tersengih dan melompat secara virtual kerana dengan itu maksudnya aku bolehlah pergi menonton pementasan teater Kawan-kawan Yang Kita Suka (KKYKS). Selain tu, ditambah faktor rezeki lebih, ada seorang sahabat baik telah sudi membeli senaskhah lagi antologi Sepuluh Ribu yang masih berbaki (thank you, Aina!), lalu dengan gembira aku menempah tiket untuk show hari Jumaat. Aku kira Jumaat adalah hari yang tepat untuk menonton kerana keesokan harinya (Sabtu) aku ada urusan nak menghadiri Pasar Boco pula. Sibuk sangat ni. (Cehh….)
Maka pergilah aku ke Stor DBP bertemankan Cik Azmira Azna dan adik-adik yang sungguh riuh dan kecoh. Ada yang melalak, bergurau terjerit-jerit, malah ada yang tak segan silu bercintan-cintun (bercium?) dalam bas di depan aku. Sigh. Berat hati dan mulut aku nak menegur, nanti diingatnya aku ni bajet bagus pulak. Lagipun aku bukan mak bapak diorang. Lalu, aku biarkan saja. Budak-budak zaman sekarang, dah tak sama macam zaman aku dulu. Damn, rasa macam orang tua pulak cakap macam ni.
Jadi, sampailah aku ke Stor DBP yang penuh memori itu, tempat aku mula mengenal dan meminati teater secara serius. I was there right on time, neither late nor too early. Lepas ambil tiket dari Ajun, solat Maghrib, aku ke kedai mamak bawah tu beli teh tarik bungkus untuk disedut sambil menonton. Sempat berjumpa Ajami Hashim di situ semasa nak membayar di kaunter. Elok aku berjalan balik ke stor, pintu masuk pun dibuka. Alhamdulillah, dapat seat depan sekali macam yang aku cita-citakan. Perfect spot. Bila di Stor DBP, aku suka posisi yang paling dekat dengan pentas dan pelakon. Aura kekagumannya akan lebih terasa. Cewah.
So the show started. The atmosphere was superb. When I entered, the four actors - Fazleena Hishamuddin, Karl Shafek, Anas Ridzuan, Ameera Ramli - were already on stage, surrounding a table playing a guessing game. Aku tak pernah main game tu - tampal stick note di dahi dan teka - tapi nampak macam best. Bolehlah try lepas ni. Aku mati-mati ingat show dah mula, tapi rupanya tidak. Itu sekadar gimik pembukaan pementasan, and it worked. The way they played the game, cute sangat. Terserlah kemesraan persahabatan mereka, sampaikan aku percaya mereka memang kawan-kawan akrab di luar cerita.
Melangkah aja masuk, aku dah pun berada dalam dunia cerita tersebut. Bertitik-tolak dari permainan tadi, sebenarnya cerita dah pun bermula. Aku suka fine line yang membahagikan cerita-belum-mula dengan cerita-dah-mula ni. Aku rasa cara ni genius. Okey, tak boleh reveal lebih-lebih. Nanti orang yang belum tengok dapat info percuma. Hehh.
Macam biasa, ini bukanlah sebuah reviu. Ini coretan pasca acara. Aku lebih selesa menulis poin-poin. And my points for this theatre are:
1) Fasyali sekali lagi berjaya menghasilkan sebuah pementasan yang cantik, kemas dan menarik. Aku memang selalu mengikuti hasil-hasil karya beliau sejak Berani Mati dan Juta-juta lagi, dan alhamdulillah semuanya tak pernah menghampakan. Buktinya, adrenalin aku sentiasa mengalir mengikut rentak cerita. Pace cerita disusun baik, langsung tak dragging, malah aku tak berkelip menonton dan tak miss walau sesaat atau sepatah pun dialog. Sorry to say, compared to bigger theatres yang pernah aku tonton di Keraton Seni sebelum ini -- just to name a few -- seperti teater Ibu Zain dan The Secret Life of Nora, aku pasti akan terlelap pada beberapa segmen semasa pementasan berjalan. Tapi tidak dengan teater ini. Thumbs up!
2) Aku kira para pelakon telah berjaya deliver watak masing-masing dengan baik. Setiap karektor hidup dengan fi’il dan attitude yang nampak real. Farah seorang yang cool, tomboyish dan bersemangat, sesuai dengan wataknya sebagai seorang pejuang #Occupy. Aku suka watak Farah dan berharap aku juga punya semangat juang seperti beliau. Huda in the other hand seorang yang tegas tapi cepat menggelabah. Dia cuba menjadi orang tengah dan pelerai, tapi ended up merumitkan lagi keadaan. Nuar si serabai yang hidup sempoi dan laid back. Semua benda bagi dia boleh settle. Tapi perangai beliau yang terlampau chillax sangat ni kadang-kadang mengundang geram juga. Agus si pencetus konflik cerita pula seorang yang bervisi, tapi suka ambil mudah dan cuai. Sebab kecuaian dia jugalah yang menjadi salah satu penyebab konflik besar yang tercetus antara mereka. Nak tahu apa yang terjadi? Eh, kenalah pergi tonton sendiri.
3) Sebuah naskhah/skrip/cerita/pementasan yang baik haruslah mampu menimbulkan pelbagai emosi terhadap penonton. Ada part yang buat aku ketawa, saspen, geram. And surprisingly kali ni ada juga elemen drama yang buat aku menitis air mata. Tak percaya? Itulah pasal. Mula-mula aku pun tak percaya, tapi ada seorang cik adik ni prihatin menghulurkan tisu bila dia perasan air mata aku dah menderu turun di pipi. Cehh…kantoi nangis di situ. Sebelum ni kebanyakan naskhah tulisan dan arahan Fasyali berunsur komedi pandai, tapi kali ni ada kelainan. Elemen drama yang diselitkan aku rasa sampai ke hati dan jiwa. Ekspresi wajah pelakon yang benar, vocal projection yang benar dan tepat pada ketika dan masanya (ada sesetengah teater yang aku tonton sebelum ni pelakonnya asyik terjerit memanjang, aku tak pasti apa emosi pelakon tu sebenarnya), serta penataan bunyi (penggunaan lagu latar) dan penataan cahaya yang juga benar. Ini kejayaan Fasyali, para pelakon dan technical team di bahagian belakang. Gabungan serentak kesemua ketepatan ini memberi kesan kepada penontonan. And I like it very much. Saya suka! Saya suka! Bak kata Mei Mei dalam Upin dan Ipin.
4) Ruang pentas yang kecil membuatkan pengalaman penontonan dirasakan lebih engaging. Fasyali terkenal sebagai pengarah minimalis. Konsep yang simple, tidak heavy dan mengada-ngada adalah style beliau. Keterbatasan itulah yang menjadikan teater ini lebih wow lagi. Walaupun aku rasa set kali ni yang paling rumit berbanding pementasan-pementasan sebelum ni, tapi ia sebenarnya masih minimal namun serba ‘cukup’. Less is more kan? Okay, it sounds cliché tapi memang betul pun apa. Ringkas, kemas, tidak serabut dan bermakna. Penggunaan ruang yang bijak. Pentas dibahagikan kepada tiga ruang mewakili lokasi berbeza. Tak payah nak tolak tarik props ke sana sini. Main tarik-tarik langsir aja. Setiap objek yang ada atas pentas juga aku pasti tidak diletakkan saja-saja. Poster #Occupy bertopeng V di dinding, poster Che Guevara, poster filem Going The Distance, sofa warna merah, alas meja berbelang, kostum pelakon, semuanya ada maksud tersirat. Kau belajar simbolisme, konotasi makna dan warna? Hah, nanti pergi tonton teater ni dan fahamkan sendiri.
5) Ok, point terakhir ni agak kurang penting, tapi aku nak tulis juga. Setelah menonton KKYKS semalam, aku rasa Karl Shafek adalah seorang yang comel. Haha…! #Okbai.
(Oh ya, nak ambil kesempatan ucap get well soon kepada beliau. Aku perasan bandage pada lutut kanan kaki beliau yang cedera akibat terpelecok pada show pertama. Kesian beliau, tapi itu langsung tak beri efek pada lakonan. Bila dah habis show baru nampak beliau jalan terhincut-hincut. Oh my… I guess he concealed the pain really well. Cepat-cepat kakinya sembuh ya!)
Baiklah. Itu saja yang aku nak beri komen. Sorry, aku seorang penulis ulasan yang bias. Kalau aku suka, aku tulis yang baik-baik aja. Tak reti nak cari kelemahan atau kekurangan. Sebab sepanjang yang aku perhatikan, memang tak ada pun flaw atau imperfection pada pementasan semalam. Thumbs up to everybody in the team! Terima kasih buat aku tidur lena dengan gembira dan mimpi indah lagi selepas balik menonton KKYKS. Saya suka Kawan-kawan Yang Kita Suka :)
Apa? Kau tak suka? Aneh-anehlah kau ni.