August 25, 2009

NOVEL MELAYU : Kelu (sebuah keluhan dan luahan emosi)

Salam... ukhuwwah fillah...

** Ini bukan sebuah reviu buku.

Dah lama betul aku tak membaca novel Melayu. Betul, lama sungguh sejak kali terakhir waktu zaman sekolah dulu. Kebanyakannya novel remaja tulisan Ahadiat Akashah - aku membesar dengan novel-novel funky beliau itu. Bermula dengan novel-novel merapu (menurut tafsiran Mama-ku) itulah aku memupuk minat membaca, termasuklah akhbar, artikel di internet, risalah maklumat edaran tak terkecuali papan tanda di tepi jalan dan botol syampu. I'm a true reader - bookaholic, sempre...

Tapi kemudiannya aku tak lagi minat membaca novel Melayu, bukan sebab berlagak, tapi entahlah. Aku semacam sudah malas, tambah pula bila tengok novel-novel Melayu semuanya dah semakin popular dengan jenis tebal yang amat. Seingat aku, sejak hujung zaman persekolahan lagi, aku dah makin mula suka berjinak-jinak membaca novel bahasa Inggeris berbanding novel Melayu. Menyedari kepentingan memahirkan diri dengan bahasa kedua itu dan juga status vocabulary dan grammar aku yang berterabur kategori serius, memerlukan aku latihan dan pembacaan yang banyak untuk meningkatkan semula penguasaan aku dalam bahasa asing itu. Jadinya, aku tinggalkan terus kegemaran membaca novel Melayu, hinggalah kini.

Tapi minggu lalu aku terlihat sebuah novel Melayu di rak buku library, terasa tertarik melihat tajuknya --> Slam Dunk, penulisnya Ruhaini Mat Darin. Wah...novel tentang basketball ni, getus aku dalam hati. Tambah pula dengan kulit buku dan lambang penerbitan Ghostwriter milik Ahadiat Akashah yang satu masa dulu amat aku minati.

Ini muka depan novelnya
Tanpa berfikir panjang, aku pun capai buku tersebut dan terus ke mesin pinjaman buku layan diri (aku suka mesin ini). Dalam hati tiba-tiba ada satu rasa tak sabar nak membacanya, mungkin juga berbaur rasa bangga sebab minat membaca novel Melayu dah berputik kembali.

Aku suka memilih waktu malam sebelum tidur untuk membaca. Aku akan pastikan di tepi bantal aku sentiasa ada sekurang-kurangnya sebuah buku untuk aku jadikan wadah meletihkan mata sebelum terlelap (nota: hanya buku fiksyen, tak termasuk buku-buku ilmiah untuk tujuan tugasan). Sehelai, kemudian dua helai aku baca dan terus ke halaman selanjutnya. Hook ceritanya belum juga sampai, tapi sudah diperkenalkan dua watak utama yang cliche seperti biasa; watak seorang gadis muda yang cantik dan seorang jejaka tampan - di pertengahan cerita nanti mesti mereka saling jatuh cinta. Mungkin-lah... Aku terus baca lagi. Menarik, watak-watak yang dicipta penulis semuanya ala² ke-orang-putih-an, dengan baris-baris dialog berbahasa Inggeris. Cool, kata aku.

Masuk halaman dua belas, aku kaget melihat kesalahan demi kesalahan ejaan perkataan, kemudian grammatical error pula. Dengan rajin aku menandakan beberapa kesalahan itu :


  • "She improving to reach that position, who wondering why?"

  • "It just a name, she is more than that!"

  • "No, you not okey Ina."

  • "Make sure you prof it!"

  • "I don't want wasting my time just to see you sit here and not say anything!"

Okey... kata aku. Kesalahan-kesalahan itu pada mulanya aku abaikan saja, rasa kelakar pun ada juga sedikit. Tapi bila dah terlalu banyak, oh man, this sucks... gumam aku lagi. Aku jadi rimas nak terus membaca. Macam-macam persoalan timbul, macam mana peringkat awal idea cerita penulis ini diluluskan, di mana penyunting, tidak buat kerjakah? Aku rasa malu yang teramat, kemudian bertukar sedih pilu dengan kualiti penulisan novel Melayu yang terlalu daif. Gaya penceritaan pun tak ada kesinambungan, seolah-olah penulis tak cukup buat homework tentang sukan bola keranjang wanita, norma kehidupan keluarga elit, bagaimana perbualan seorang guru dengan pelajarnya serta ibu bapa dengan anaknya. Semuanya serba tak kena.

Aku tak berniat memperkecilkan penulis novel ini malah mana-mana penulis-penulis novel Melayu pun. Aku mengaku masih terdapat novel-novel Melayu yang bagus, contohnya novel-novel keluaran Alaf 21 (pun begitu, tidak kesemuanya). Aku masih ingat tajuk novel Melayu yang paling aku gemari, Ombak Rindu tulisan Damya Hanna yang baik tulisannya bagi aku. Itu saja satu novel Melayu yang aku suka, selain itu, aku tidak tahu kerana aku kurang gemar novel-novel jiwang dan kebanyakannya yang aku pernah baca menceritakan kisah cinta syok sendiri yang cliche anganan penulis.

Kembali ke situasi, jadinya, aku langsung menutup novel itu dengan azam, aku tak mahu baca novel Melayu lagi lepas ni... Aku serik...! (azam berkuat kuasa hingga aku jumpa dengan satu novel Melayu paling hebat dan berkualiti penulisannya). Selepas ni aku nak ke library memulangkan novel sedih yang tak mungkin aku baca lagi ini dan menyambung pembacaan aku ke atas novel Love Lives yang aku sedang baca waktu ini.


Kalau ada novel Melayu yang bagus, sila beritahu ya... insya Allah aku akan baca...

Trimas...


~0^_^0~

August 24, 2009

Ramadhan is Back...!!

Salam... ukhuwwah fillah...




Ramadhan datang lagi
Setahun aku menanti
Kini ia kunjung kembali
Gembira rasa hati
Ketemu bulan penuh rahmat Ilahi...

Ramadhan datang lagi
Berpuasa kita mengenal erti
Letih dan lapar ujian pasti
Namun indahnya tak terperi
Bila makna sebenar Ramadhan dihayati...

Ramadhan datang lagi
Aku menangis dalam sujudku
Pilu Ramadhan terasa sekali
Puasaku kali ini tanpa abah di sisi
Rindu bertandang kala ini...

Ramadhan datang lagi
Azam disemat memperbaiki diri
Melupus dosa menyuci peribadi
Agar menjadi hamba-Nya yang sejati
Mengecap cinta-Nya yang satu, hakiki...


Allahuakbar...


* Selamat berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak...! Berbuka apa petang ni?


~0^_^0~

August 19, 2009

Answering Correctly in Conversation...


Situation : You are in a library looking for a book regarding the topic of assignment you need to work on. You have no idea where the book rack with all the books you need is. Coincidentally, you meet a friend there.


You : Oh, hey there!

### : Hi...!

You : Eh...do you know where can I find this *** book? I've been looking around but it still don't seem like finding one.

### : I don't know-lah. Eh, do you know where is the *** book rack?

You : Oh, that... Try to have a look around the second rack. You might find the book you need.

### : Oh...thanks... Hey, you can try finding the book you want in the front rack. I saw one or two good books some time ago.

You : ................ Yea...thanks......


* Good friends we are...



(T_T)


Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!