November 30, 2008
Sajak Seorang Aku - Nawawee Mohammad
Audio melodia : Jason Mraz - Bella Luna
(ya... juga cadangan untuk anda sambil membaca)
Maaf atas ketiadaan post terakhir ucap selamat tinggal sebelum menge-pause-kan aktiviti blogging buat sementara waktu kelmarin. Sehingga post yang ini, memang aku betul2 berehat dan bercuti sampai tak berkesempatan meng-online-kan diri dan update semua perkara yang sudah out of date. Sekarang sedang menghadapi praktikal, so kesibukannya menjadi penghalang untuk aku menulis.
Ohh... perasan pertukaran mood ini? Ya... aku nak bernada romantis pula kali ini kerana aku akan banyak bercakap tentang puisi.
Aku sebenarnya teringat-ingat akan sebuah buku koleksi puisi yang pernah aku baca 4 tahun lalu. Aku hanya ingat tajuknya, 'Debu di Kaca, termuat dalam sebuah buku comel berwarna merah jambu. (haha... warna dan ilustrasi muka depan buku pun main peranan penting juga kan..) Penulisnya juga aku sudah lupa tetapi puisinya tajam menikam dan aku suka cara persembahan bahasanya. Bersahaja dan tidak terikat dengan nada-nada dan formaliti dalam sebuah puisi. Suara puisinya bebas bercerita tentang apa saja - luahan, kritikan, perasaan (tentunya..) dan harapan juga. Aku suka dengan puisi-puisi sebegini.
Satu lagi koleksi puisi yang aku suka ialah 'Puisi-puisi Rendra'. Aku memang tak nafikan puisi tulisan penyair Indonesia cukup puitis bahasanya dan mengungguli klasifikasi puisi hebat yang aku senaraikan. Macam puisi-puisi Chairil Anwar - koleksinya bertajuk 'AKU', sila tonton filem Ada Apa dengan Cinta"... Bila dibaca berkali-kali, ia semacam memberi satu rasa yang melengkapkan (completion) yang mengujakan.
Lama aku mencari dan menjejaki buku-buku puisi ini (di internet, toko-toko buku, pasar longgok, tepi-tepi jalan) tapi tak ketemu. Lalu semasa kunjungan ke perpustakaan mencari buku hikayat untuk tugasan kuliah bulan lalu, aku suka sekali bila terlihat sebuah buku ini - koleksi puisi tulisan Nawawee Mohammad bertajuk 'Sajak Seorang Aku' - di rak dan terus mencapainya. Ilustrasi muka depannya saja sudah menarik dan lama aku perhatikan tajuknya yang ditulis 'SAJAK SEORANG aku'.... menarik... aku rasa aku faham apa motifnya... kalian bagaimana?
Hampir seminggu sudah aku melepasi tempoh pulangnya kerana menghartakan buku ini disebabkan tak puas membaca. Aku tak suka menyalin fotokopi buku2 yang aku suka. Bagi aku salinan asal sesebuah buku sebenarnya punya aura yang tak boleh dipindah mahupun ditransisikan. Lalu aku berkeputusan nak membacanya lagi hingga puas hati sebelum dipulangkan.
Selepas aku baca dan teliti keseluruhan isi kandungannya, aku memilih tiga buah puisi ini sebagai puisi-puisi yang paling aku suka.
SAJAK YANG TIBA-TIBA MALAM
Tiba-tiba
tibalah malam dengan tiba-tiba
menghurai rambut hitamnya
di muka nasib anak maya
dan
dari tiba-tiba itu pun
tiba-tiba membunuh puas hati
si pemburu siang
sehingga puas hatinya
terpaksa ditangguhkan.
Tetapi tiba-tiba
dengan angkatan seluruh malam
adalah misteri si penyair
kerana kemalaman seumpama itu
anugerah agung dari segala maha
untuk seketika berehat
dan mentafsir diri pada gelap
sekalipun interpretasi itu
hanya dengan sebait sajak
sebelum tibanya esok.
1978
+ Perhatikan bahasanya... bait-bait kata tak perlu powerful dan bombastik, cukup dengan bersahaja, ringkas dan direct... +
ISTERI
Dalam dunia lelaki,
satu-satunya kepada perempuan.
Dalam dunia suami,
satu-satunya kepada isteri.
Dalam duniaku,
satu-satunya kepadamu.
Jika aku raja engkau seorang menteri.
Jika aku pohon engkau bunga dan daun.
Jika aku payung engkau bayang hari.
Jika aku hutan engkau pohon-pohon.
Jika aku jambatan engkau sungai mengalir.
Jika aku siang engkau mentari berkaca.
Jika aku malam engkau bulan purnama.
Jika aku meja engkau umpama kerusi.
Jika aku pembaca engkau sebuah buku.
Aku suami engkau isteri.
Jika engkau bunga aku tangkaimu.
Jika engkau burung aku sangkarmu.
Jika engkau mentari aku siangmu.
Jika engkau bulan aku malammu.
Jika engkau pohon aku tunjangmu.
Jika engkau hujan aku bumimu.
Jika engkau bintang aku langitmu.
Jika engkau ladang aku petanimu.
Jika engkau sungai aku muaramu.
Jika engkau sampan aku tasikmu.
Jika engkau permaisuri aku bagindamu.
Jika engkau pelangi aku hujan panas itu.
Berdua kita sebuah rumah.
Berdua kta sebuauh rumahtangga.
Isteri kadang kali api membakar.
Isteri kadang kali gelora ombak.
Isteri kadang kali banjir kilat.
Isteri kadang kali kereta rosak.
Isteri kadang kali sungai pekat.
Isteri kadang kali malam gelap.
Isteri kadang kali hari hujan.
Isteri kadang kali bulan gerhana.
Isteri kadang kali langit muram.
Isteri kadang kali kolam dalam.
Sekali-kali berdua kita bukan seperti;
malam dan siang
pagi dan petang
mentari dan bulan,
pasangan yang mustahil bersatu dan bertemu
sekalipun sebahagian keperluan alam dan manusia.
1984
+ Entah kenapa puisi ini cukup menyentuh naluri dan sanubari (ya.. aku masih punya jiwa seorang perempuan sebelum aku terlupa...) Walaupun aku belumlah bergelar isteri, tapi sebagai pelengkap jiwa, sajak ini begitu indah dan seimbang apresiasinya. Tidak memuja-muji terlalu, manis dan cantik... Kalau tiba masanya nanti, ada seseorang menuliskan sebuah puisi seperi ini khas untuk aku, alangkahnya.... =) +
TOLONG
Jika aku salah tolong betulkan.
Jika aku lemah tolong kuatkan.
Jika aku marah tolong sabarkan.
Jika aku rebah tolong bangunkan.
Jika aku pecah tolong satukan.
Jika aku susah tolong senangkan.
Jika aku sesat tolong tunjukkan.
Jika aku sakit tolong ubatkan.
Jika aku jahil tolong maklumkan.
Jika aku jatuh tolong angkatkan.
Jika aku putus tolong sambungkan.
Jika aku carik tolong jahitkan.
Jika aku tiris tolong sulapkan.
Jika aku panas tolong sejukkan.
Jika aku buruk tolong baikkan.
Jika aku cemar tolong cucikan.
Jika aku retak tolong paterikan.
Jika aku pergi tolong pulangkan.
Jika aku sunyi tolong temankan.
Jika aku habis tolong tambahkan.
Jika aku tidur tolong kejutkan.
Jika aku haram tolong halalkan.
Jika aku lupa tolong ingatkan.
Jika aku ragu tolong yakinkan.
Jika aku liar tolong jinakkan.
Jika aku duka tolong gembirakan.
Jika aku jauh tolong dekatkan.
Jika aku sepi tolong riuhkan.
Jika aku kiri tolong kanankan.
Jika aku lari tolong kembalikan.
Jika aku kurang tolong cukupkan.
Jika aku hilang tolong carikan.
Jika aku tembus tolong sumbikan.
Jika aku senget tolong imbangkan.
Jika aku khianat tolong amanahkan.
Jika aku tempang tolong pimpinkan.
Jika aku condong tolong tegakkan.
1984
+ Puisi ini paling lengkap dan padat. Aku suka merepresentasikan diri aku dalam puisi ini (ya.. semua orang juga boleh.. ia amat general...) Manusia takkan pernah sempurna dan puisi ini lengkap menyatakan semua kekurangan yang ada itu... Menarik bila penulis menyusun rangkap berasingan mengikut bilangan aksara tengahnya :-
* salah, lemah, marah.. - 5 aksara
* lupa, ragu, liar.. - 4 aksara
* kurang, hilang.. - 6 aksara
* etc...
kemas... +
Cukup dulu dengan tiga puisi ini... Nanti aku akan cuba cari buku-buku puisi menarik untuk dikongsi lagi... Erm...sesiapa yang tahu di mana ada jual buku-buku koleksi puisi yang aku sedang cari (yang aku sebutkan awal tadi), tolong beritahukan ya...!
+ Nak sambung menulis... dah lama tak menambah koleksi... =) +
November 2, 2008
Why...? Why....?? Why....??? (Mungkin ini post yg Maha Panjang...)
Kali ni post ini akan aku tulis dalam nada santai di pantai... tolak tepi formaliti... tolak tepi penulisan ilmiah... tolak tepi keinginan aku nak terer skeping London sambil memblogging... persampahkan itu semuaaa... Ini aku nak cakap sesuka hati aku macam mana aku slalu cakap sesuka hati aku.... sukati aku la... mak bapak aku pun tak bising seyhh... korang apahal...? hehh...
Aku rasa dalam senarai 5W 1H yang selalu disebut dalam assignment tu, persoalan yang paling menarik dan paling banyak aku tanya dalam idup ini ialah 'Why...' atau 'kenapa...'. Korang perasan tak...? Aku pun tak pasti kenapa (haaa... baru jer aku cakap kan... dah sebut...) tapi entah... banyak perkara dan sebab yang dapat dijelaskan melalui pertanyaan yang satu ni...
Semalam ke MASKARA Shorties... seronok skali membonceng atas empat roda milik en. azmir (thanx bro... =D..) kami ke sana dgn gembira - ader aku, si jajan^kopi, en.vita, en.tomok dan en.azmir semestinya lahh... kalo tak, xkan kete tuh jalan sendri kut... eshhh... jadi cite seram plak kang entri nihh...) memang aku x benti gelak jer bile dengan mereka nihh... huhu...
Untuk shorts² di MASKARA lak, aku xnak komen cam best sebab aku belum sampai standard nak mengkritik lagi... ape pun, disebabkan aku datang semalam dgn zero expectation, lalu aku duduk di situ mengunyah popcorn dengan niat dalam hati, "Aku nak release kejap sebelum pecah² urat saraf kpala hotak aku nih menghafal ETR..." and I drifted away dengan short² yang aku kira kewl lah... bagus event² camni nih diadakan salu... tahniah kepada Sindiket Sol-jah for organizing one of such... aku sukaaa menonton semua... paling suka mungkin karya Enche Mamat Khalid dengan Melayu 106 karya beliau... Melayu 501 pun best ngebest gaks... (aku suka lagu Unchained Melody) hehe... walaupun ada jugak yang buat aku menangis dalam hati menjerit "Why...? Why...? Kenapa aku tak paham...??" kerana tak tangkap apa yang nak disampaikan... abaikan... bukak minda...
Lalu arini aku pun menduduki 1st final paper dengan jayanya... paper ETR... suckss siutt.... aku tak expect soalan sebegitu akan keluar menjengah otak aku yang bergeliga tapi screw²nya dah berkarat nak mengoperasi kira² matematika nih... lepas abis paper aku meraung 'Why....!? Why...?? Kenapaaaa lah kau susa sangat wahai paper ETR...!!??" Tanpa sedar aku mengulangi pertanyaan tersebut sehingga beberapa belas kali sambil diselangi celaka celaki yang pun entah berapa kali aku selawatkan... dalam tension², aku ke dining jugak melepas tekanan dengan makan... hehe... (mesti korang akan kata "patutlaa punnn badan macam ***** " haha... mmg celaka lah korang...
Lalu kawan aku heboh², apa nak bising, benda final paper tuh 20% jer... aku beliak dalam aksi kaget campur suka... "Ehh... yeke?" itu jer yang aku sempat ucapkan... pastu mengebestkan cerita, class-rep aku pun sudah menerima carry marks untuk 80% yang selebihnya bagi subjek tersebut... dan alhamdulillah... walaupun belum lar kompem A+ (aku masih berharap dan berdoa....) sekurang²nya bolehla dah aku menarik nafas lega sikit...
Dan entah kenapa (lagi skali....) sejak akhir² ni banyak sangat isu tentang nama yang aku dengar... orang ni cite pasal nama, orang itu cite pasal nama... lalu aku pun terpanggil untuk menyelitkan dalam entri arini tentang nama.... sebab aku rasa nama aku pun cam best gak pe... hahahh... memang ramai yang menyangkakan aku pengasas merangkap pemilik rangkaian butik terkenal di seluruh negara tuh... bangga seyhh...! en.tomok antara orang ke beberapa ratus yang menyangkakan demikian... erm... pastu ramai je pulak yang ingatkan tuh nama glemer aku sebab aku minat Hindustan... ce dengar lagu² Hindi... banyak kali nama aku disebut... ughh... pelisss...!! mak tak suke Hindustan langsung okay, u'olss....! wakakkakaka... +p
Aku bukak blog En.Vita.... (sukati lahh aku nak kasi nama... hehe... leh bro..?) ader nama aku terpampang sebagai tajuk entri dalam blog beliau... ditujukan khas pulak... haishhh... disebabkan nama aku di situ, "Why..? Why...?? Kenapa lah pulak ader dia post pasal aku pulak...?? Aku ade tsalah wat pape kerr...?? " Aku yang musykil bin interested nih pun lalu membacanya lah... huhu... xde papepun... suspender jer... dia cuma sebut pasal aku yg rajin membaca blog dia... best... aku suka.... (dan sukati aku lar kan... sbb aku mmg dah lame add blog dia dalam link... dia jer yang tak add aku... sobsss... eh ehh... sadis plak... lalalaa... )
Okehh... da abis baca blog beliau, aku merayap² pulak tengok blog orang... lalu aku jumpa blog ini... nama dia sama dgn aku plak...! aku jerit lagi "Why...? Why..? Kenapa ada nama sama dengan akuuu...???" tapi skali aku pikir, wahhh... cam best jugak nihh... aku pun browse through blog beliau yang saaaaaangat warna warni kekanak ribena... aku sukaaa plak...haha... tapi blog dia dalam English siutt... cayalahh... aku pun drop by some comments di post² beliau yang agak menarik... haha... bagus²... makin banyak orang bernama sama yang aku jumpa... terdahulu aku jumpa di akaun flickr aku seseorang yang bernama sama jugak... aku usha² photostream beliau... minah dari Canada seyhh... umur tak nak muda plak, baru 15 tahun tapi pic² dier memang membungkam... ahh...lagi skali... "Why...?? Why...? Kenapa die punye pic cam celaka cantikkk...!!?" Tapi siyess ahh... kire salute gile arh kat minah nih... (aku tetap kuciwa kerana blum kesampaian merompak sebijik DSLR... huu...)
Namun begitu, hingga hari ini, aku cam best pulak nak mencari sape lagi kat dunia yang ade nama sama dengan aku... tapi cane punn nama penuh tak boleh sama la... nama aku jer yang paling unik mak aku letak... lalalaaa... ~0^_^0~
November 1, 2008
Lagi Cerita g-Wa saKeT.... (T_T)
Wid : Salam... maaf ganggu dengan berita ni time ni.. bla...
Aku : Salam... sorry to hear the sad news... sabar k... bla... don't be affected... gudluck for your final..
Wid : Thanks... yea, I guess I'd be pretending being okay now, but no worries... I will soon...
Pesanan tamat di situ... aku tersentuh dengan ayat akhirnya...
Di saat getir musim ujian ni, seorang sahabat baik mengkhabarkan anak saudaranya yang berusia 5 tahun yang baru dijemput ke rahmatullah hari ini kerana critical asthma... Ya Allah, pasti dia sedih terlalu... aku yang menerima berita itu tumpang sedih malah terasa sekali peritnya... Dalam kekalutan bersama pena dan mata akal berperang dengan soalan di dewan peperiksaan, dia diuji pulak dengan dugaan maha hebat ni...
Sahabat baik itu Wideeya Juliana namanya, dari jurusan undang-undang, jadi fahamlah runsing otaknya belajar bagaimana... perlunya mengekalkan keputusan selamat kerana dia menyambung dari pra-ijazah... kalau pointer terjejas, dia perlu mengulang semula seawal pembelajaran (yakni seperti baru fresh tamat SPM). Kalau akulah, huu... tak dapat dibayangkan... tentu g-wa sakettt... tak terhingga... huhu... walaupun ada juga menyimpan niat menukar haluan ke jurusan itu ijazah nanti... boleh kan? Anda rasa...?
Awal semester ini dia ada bercerita dia terpaksa menyewa di pangsapuri Baiduri (yang di luar main campus tu kan...) dan tahulah mahal harga sewanya. Lalu dalam mahu tidak mahu, dia terpaksa menerima demi untuk survive di sini... dan hari ini, berita sedih ini pula tiba... Aku faham apa dia rasa... Dah kenal dia terlalu lama... dah lebih sebelas tahun rasanya... (tetiba teringat zaman makan aiskrim leleh-leleh di sekolah rendah dulu... huhuhu... semuanya tiba-tiba jadi indah saat ni...)
Apa pun, al-Fatihah untuk Allahyarham Ayie, anak saudara sahabat baik aku itu... Sesungguhnya Tuhan lebih sayangkan dia lalu dia dijemput di usianya yang terlalu muda, terdahulu sebelum kita... Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah berpanjangan... Amiinnn...
Aku sendiri terkedu juga... Peristiwa yang sama menimpa aku saat-saat begini juga tahun lalu... Masa tu aku dalam Semester 3, bergelut menyiapkan album Cinephoto untuk disubmit kepada Prof. dan menelaah untuk paper final Teori & Apresiasi Filem, paper killer Pn. Ayu Haswida Abu Bakar... menangis aku dalam kecelaruan apabila kakak menghantar khabar mengatakan Pah (nendaku) dah tak ada. Menangis tidak, ketawa tidak, aku termanggu sorang-sorang sambil terkedip-kedip memandang album yang belum siap. Memang tak sempat nak balik kampung, lalu aku hanya mendoakan dari jauh. Kakak aku pun tak suruh balik, dia tahu sesak otakku bagaimana waktu itu. Petangnya bila dah selesai majlis pengkebumian, kakak aku hantar pesanan lagi yang semuanya dah selamat. Baru tetiba air mata aku mengalir...
Kisah orang-orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita tak pernah lekang dari hidup sehari-hari dan buat kita sedih, kan... entah kenapa hari ini saat ini aku terlampau tersentuh apabila berita-berita semacam ni menjengah telinga... sedih sayu... tapi, life goes on...
+ Belum lagi cerita pasal arwah kucing aku yang dah berumur 12 tahun tu meninggal masa cuti semester lepas... sampai sekarang aku boleh duduk sorang-sorang dan nangis teringatkan dia... =( +