February 12, 2009

Slumdog Millionaire : TERBAIK

Salam... ukhuwwah fillah...


Filem ini tersenarai sebagai antara filem paling baik pernah aku tonton setakat ini. Berbeza dengan tontonan² yang lepas, kali ini aku membuat sedikit carian maklumat sebelum pergi menonton. Aku ingin pergi dengan jangkaan dan harapan yang tinggi, dan sememangnya dari awal lagi aku dapat rasa filem ini 'something'. Ini bukan filem Hindi menari² dan menyanyi yang aku luatkan itu... bukan...

Aku kerut kening seketika apabila melihat nama pengarahnya yang berbangsa Inggeris - Danny Boyle, tetapi barisan pelakonnya adalah Hindi belaka. Rupanya filem ini adaptasi dari sebuah novel Vikas Swarup bertajuk 'Q & A' pada tahun 2005. Patutlah ada Hindinya di situ. Aku tambah curious + excited dengan filem ini. Memang tanggapan aku tak salah. Tontonan pada malam semalam terlampau memuaskan dan menepati segala keperluan tontonan yang aku letakkan pada malam itu - semuanya yang mampu membuatkan adrenalin dan endorfin aku bertali arus.

Idea kisahnya tidak klise - plot utamanya mengisahkan Jamal yang terpaksa menceritakan semula seluruh pengalaman sebenar hidupnya kepada pihak polis demi mempertahankan dirinya. Jamal menyertai pertandingan 'Who Wants to Be A Millionaire'. Kejayaannya menjawab dengan tepat hingga menghampiri kemenangan utama pertandingan tersebut yang bernilai 20 juta rupee dipertikaikan, lalu dituduh menipu. Kejayaan disifatkan terlalu luar biasa, sedangkan segala lapisan dan golongan bijak pandai pun tidak pernah berjaya ke peringkat melebihi soalan bernilai 60,000 rupee. Jamal ternyata mengetahui hampir semua jawapan kepada setiap soalan, dan ramai melihatnya sebagai perkara yang tidak masuk akal jika dibandingkan dengan latar belakangnya yang membesar sebagai budak jalanan yang membesar di sekitar kawasan longgokan sampah.

Jalan cerita bertambah menarik dengan setiap soalan dalam pertandingan tersebut diiringi pengkisahan Jamal tentang setiap peristiwa yang dialaminya sejak kecil - setiap peristiwa menyayat hati yang berlaku terhadap dirinya kekal diingatinya dan membantunya menjawab setiap soalan dengan betul.

Kisah yang dibawakan dalam filem ini benar² meruntun jiwa dan seperti biasa aku tak terkecuali menitiskan air mata pada certain babak yang betul² aku rasakan 'menangkap'. Ya...sesebuah filem itu adalah amat bagus bagi aku jika ia mampu membuatkan aku menangis. Ketulusan watak Jamal terlampau mengharukan dan unintentionally, aku terus meletakkan kriteria lelaki idaman aku harus punya karektor sepertinya (ehh...ape kene mengene pulak ni ehh?? huhu...). Apa pun, pengarah amat bijak memainkan emosi penonton, aku rasa complete selepas menonton. Ditambah pula selepas sedikit research, rupa²nya pengarah turut pernah mengarahkan filem The Beach (2000) lakonan Leonardo Dicaprio dan Trainspotting (1996). Kedua²nya memang award-winning movies yang mengagumkan. Memang no wonder lah...

Filem Slumdog Millionaire betul² sebuah filem realiti kehidupan. Ia dipadatkan lagi dengan isu² bawaan yang sangat berat membicarakan korupsi dalam institusi sosial, kegoyahan struktur autoriti, hipokrasi, penindasan kanak², kemiskinan, sifat mendengki sesama manusia dan paling penting, cinta sejati. Aku hanya ingin bercakap tentang nilai dalam filem ini serta mengenepikan segala komentar secara teknikalnya tentang filem ini, walaupun sememangnya sinematografinya sangat indah. Sebuah filem yang cukup lengkap begini, aku tidak akan teragak² mengatakan YA untuk ditonton buat kali kedua, ketiga, ke sepuluh, ke seratus malahan...

Last but not least, it's a must watch. Kalau kalian bukan penggemar filem pun, pasti akan jadi penggemar filem secara tegar selepas menonton filem ini. Big guarantee...

Tunstasnya... filem ini :

Fulfilling
Appealing
Never ending emotion
Too good
Addiction factor
Superb
Truthful
Impressing from all aspects
Kaku bisu aku (speechless kerana terlampau best)


+ Petang tadi seseorang buat aku merenung sejenak dan berfikir panjang semula dengan pilihan aku untuk menyertai bidang perundangan semasa ijazah nanti... betul² macam terkena batang hidung sendiri... Berkeputusan silapkah aku? Pendapat kalian? Tapi apa pun, keputusan itu sudah pun aku buat... (x_x) +

7 comments:

affanazami said...

is it really a good movie? im a lil bit skeptik with danny boyle setelah melihat karya2 sebelum ini. not a fan of his works, but this film received hypes all over, maybe i cud go n watch it. dah tayang ke kat sini?

btw,
i just happened to watch Curious Case of BB and Changeling b2b. i have mixed thots bout the film. have u watched those?

mapieceofart said...

it really is... erm...i'm not so sure if it's in yet for our cinema screening... but sure thing is, it's a must watch...

i haven't got the time for those two, bz sesangat... but i've seen the trailers... cool, i guess... brad pitt still looks hot even when he's all-gray old... ~0^_^0~

Anonymous said...

yakin dengan apa yang telah kau pilih. apepun. tetap kene hadapi 3 tahun seterusnya. moga kau berjya sahabat. love you

affanazami said...

ive watched the movie!!!

N STRONGLY AGREED!

Tahniah Tahniah!

mapieceofart said...

coffeeholic...
so true... di bumi mana pun kita nanti (wahh..!!), kamu tetap sahabat sejati... tonnes of luv 4u... ~0^_^0~

affan...
nah... see... told ya... =D

Ajami Hashim said...

"Berkeputusan silapkah aku? Pendapat kalian?"

fyi, saya berkelulusan ijazah dlm bidang sc. horticulture (upm) & sekrg bekerja dlm bidang broadcasting! hahaha..

yes! kalau dpt diundur blk masa saya akan memlih bidang penyiaran/penulisan kretif di Uitm/ASWARA dulunya.. destiny dik!.. tapi bagi kamu yg 'sedang' memilihnya saya tiada jawapan pasti samada ia 'pilihan' yg betul/tidak?.. do u know that david e. kelly pencipta ally mcbeal bekas seorg lawyer? ermmm...

http://en.wikipedia.org/wiki/David_E._Kelley

mapieceofart said...

bro ajami...
trimas sudi singgah blog sy yg tak sepertinya ni... =)

thanx for sharing... you really opened my eyes, bro... sy smemangnya dah bsedia dgn outcome yg mungkin sy trima dgn keputusan ni, tapi tah knapa angin2 di skeliling ni mudah sgt jadikan sy goyah sdgkan kputusan dah pun sy buat... neway, thanx again bro... i believe in myself more now, and yes, it's destiny... ~0^_^0~

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!