Tengah hari. Telefon di meja bergetar. Berbunyi. Diangkat.
"Home..." di skrin, dengan gambar wajah Mama tersenyum di tepi.
Seronok dengar suara bonda. Tak sabar nak sampai di kampung bertemu Mama, mahu peluk dia, mahu cium pipinya... Lamanya terasa waktu mengengsot menghampiri Jumaat.
Suara Mama ceria sekali kedengaran di corong telefon sekeping itu.
"Ni ada surat sampai kat rumah. Ada lambang UiTM, Mama dah buka dulu tak tunggu kamu. Tak sabar... hehehe... tahniah, anak mama...!!"
"Oh...surat beritahu tarikh konvo dengan hari raptai ye, Ma?"
"A'ah...tapi kat sini ada lagi dia tulis. Tahniah, anda menerima Anugerah Graduan Terbaik Fakulti Teknologi Kreatif.... seronoknya Mama. Alhamdulillah...Tuhan makbul doa Mama....!"
"Ahh...? Betul ni, Ma? Alhamdulillah.... nanti Mama datang-la 20hb tau, tengok orang naik pentas ambik sijil. Tau... Tapi, orang tak dapat ANC, Ma... sebab ada miss sekali tak dapat... kalau tak, boleh dapat sarung selempang ANC... "
"Ala... tak apa... tak kisah... Dekan ke, tak Dekan ke, janji nanti mama dapat tengok anak Mama naik pentas..." aku ternampak senyum Mama walau hanya bicara dalam telefon.
"Bubucik tengah buat apa, Ma?" aku sengaja ubah topik bertanyakan si kecil nakal, sebab suara dah mula bergetar.
"Dia tengah main tu. Nakal-lah dia, tadi dia panjat belakang Mama. Lepas tu, semua benda nak main. Pantang nampak benda bergerak, aktif sungguh..!"
"Ooo...tak sabarnya nak balik main dia. Ok-lah, Ma... tunggu orang balik Jumaat ni tau..."
"Ok... bye... Love you, miss you..."
Suara girang itu tak habis terngiang-ngiang walaupun butang merah telefon dah ditekan. Seronok benar Mama... aku bersyukur tak terhingga... dengar suara Mama, dapat pula berita gembira ni, hilang rasa penat dan payah mengejar diploma tiga tahun lamanya.
Tak sabar menunggu tiba harinya memegang segulung diploma dengan rasmi...
Alhamdulillah, Ya Allah....
***********************************************************
Berbuka bersama, berborak, meng-invade seluruh rumah itu dan paling penting, buat bising sampai Miss Masz geleng kepala pening dengan kerenah setiap orang kami, seronok sekali.
Tapi lukisan di dinding kamar itu tetap tak lepas-lepas aku pandang sampai melangkah keluar.
Pulang dari sana, terus teringat open-book test yang menanti esok. Ouhh...
Tamat saja itu sebentar petang nanti, mahu lari pulang dan nyanyi lagu "Balik Kampung' kuat-kuat.
* Dengan ini diumumkan cuti rehat bagi blog ini sampai kembali lagi.