October 8, 2009

Kelmarin : Peristiwa Blog + Book = Blook

Salam... ukhuwwah fillah...

Agak terlewat sedikit penulisan ini (maaf berbahasa formal, ini laporan rasmi ala blog post - ya, sememangnya).

Malam Isnin lalu, bertarikh 5 Oktober 2009 berlokasikan Studio Pancha Delima, Bangunan Akademik UiTM Puncak Perdana telah berlangsung satu sesi dialog Blog + Book = Blook. Kehadiran audiens yang cukup menggalakkan walaupun agak suam-suam kuku pada awalnya begitu memberangsangkan dengan topik perbincangan yang begitu menarik.

Barisan panel yang diundang adalah saudara Ajami Hashim, Dr. Zulkifli Mohamad dan saudara Nazri M. Annuar atau lebih dikenali sebagai Vovin. Setiap panel berdiri teguh di atas paksi pendapat masing-masing namun akhirnya berharmoni dalam suasana Hari Raya yang masih lagi terasa bahangnya.

Perbalahan intelektual yang mesra antara mereka nyata memeriahkan suasana diskusi dan penglibatan audiens secara aktif juga membantu menghangatkan lagi topik yang dibincangkan. Hujahan oleh saudara Ajami Hashim lebih dilihat bersifat provokatif namun ditangkis dengan gaya ilmiah pula oleh Dr. Zul. Walau bagaimanapun, saudara Vovin tampil sebagai peneutral antara percakaran pendapat kedua-dua panel tadi, mewujudkan suasana meriah, humor dan santai di studio kecil tersebut. Saudara moderator atau nama panggilan manjanya Vitamin begitu bijak mengelola majlis, menjadikannya begitu santai tetapi penuh ilmiah. Tindakan beliau mengajukan soalan spontan kepada beberapa pensyarah seperti En. Norman Yusof dan En. Abdul Ghafar Ibrahim (Ayah Agi) ternyata mengundang respon yang pelbagai dan menambah lagi kemeriahan diskusi.

Kejayaan penganjuran sesi dialog yang dilaksanakan atas tujuan penilaian subjek CTA 572 - Digital and New Media Theory ini dilihat sebagai satu pencapaian membanggakan setelah jawatankuasa pengelola yang terdiri daripada kalangan pelajar secara total mampu membangkitkan isu menarik dan penting terhadap keberadaan kita dalam zaman serba membangun kini. Terima kasih kepada semua yang terlibat, yang hadir sama ada lambat mahupun cepat. Setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Aidi Rahimi selaku pensyarah subjek merangkap penasihat projek yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan. Juga kepada para pensyarah yang hadir - Pn. Norlela Ismail, En. Ezwan Mokhtar dan Cik Hajar Aznam. Terima kasih juga kepada pemblogos-pemblogos yang sudi hadir - Cik Fazleena Hishamuddin, saudara Pipiyapong, saudara Fadz dan selebihnya. Terima kasih kepada semua, maaf andai ada nama yang tidak disebut.

Kupasan isu yang wajar diberikan perhatian ini benar-benar membuka mata dan minda para hadirin pada malam tersebut. Pelbagai pendedahan baru tentang perkembangan dunia teknologi dapat dikongsi bersama. Berkemungkinan pada masa hadapan, akan dianjurkan pula sesi dialog Blog + Book + Blook = Flook yang dijangka menjanjikan pertelingkahan dan perkongsian ilmu yang lebih meriah dan bermanfaat.

Terima kasih sekali lagi.



** Dah lama tak menjadi pengerusi majlis, gugup juga rasanya. Maaf kepada semua andai ada cacat cela sepanjang majlis berjalan, kalau ada keterlanjuran kata dan kejanggalan bahasa, ampun maaf dipinta... Akan diperbaiki pada masa hadapan...


Yeddey...!!


~0^_^0~

4 comments:

Anonymous said...

kegugupan fasyali mengingatkan aku sewaktu bergugup didepan khalayak ramai:D

kehdiran lecturer-lecturer yang hadir sebenarnya sedikit sebanyak telah membuktikan kesungguhan kita, anak-anak bloggos dan rakan-rakan mengadakan dialog ini, dengan tujuan yang betul dan bersungguh.

teringat si comel cik mapieceofart dengan tudung me`ngelapnya sewaktu menjadi pengerusi majls. dalam hati gembira sakan dapat bertemu si otai2 blogger.

terima kasih buat semua yang mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

walaupun agak sederhana, apa yang penting adalah kerjasama ahli ajak, restu en aidi rahimi dan juga semua yang turut serta.

terima kasih banyak2 daun keladi:D

Ajami Hashim said...

patutnya host duduk sekali di celah2 panel utk hidangkan karipap!

ahahaha!

tQ dik :-)

fadz said...

Sedap saya baca ucapan ni, macam ucapan ahli politik, apa-apa pun tahniah. Lepas ni bolehlah tengok awak pula mempengerusikan forum ya :)

mapieceofart said...

coffeeholic...
merelap ke? hehe... btul², gugup kat depan tu, cam lomah yo lotut den maso tuh... huhu

ajami...
ouh...karipap xleh, nnt xjadi dialog blook, kalau panel² berbahas brebut karipap lak nnt... hehe... TQ bro...

fadz...
ade la jgk ckit potensi ke arah berpolitik tu... boleh? hehe... TQ dtg ya bro... =)

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!