May 24, 2010

If Only You Are Here



Sampai bila pun, aku sendiri takkan pernah pasti sama ada aku jujur dengan diri sendiri atau tak. Ada orang cakap, "Hey, kau ni emo-lah, siot...!" aku senyum, dalam hati aku cakap, "Peduli apa! Semua orang dalam dunia ni emo apa... binatang pun tau emo... sial..." Okay, that's my point. Even for this post, I just don't know where to start. I have a serious problem expressing myself in the right way. Apa aku tengah membebel ni pun tak ada hujung pangkal. Setuju tak?

Aku tak reti nak berterus terang. Kecuali pada beberapa manusia yang aku percaya, aku luahkan semua kalau hati aku cakap, "Okay, that's it. I can't handle this anymore." Puncanya, kadang-kadang aku sendiri pun tak faham apa yang aku rasa. Nak bercerita? Lagi-lah... Jadinya, aku emo sendiri. Bila aku luahkan dengan perbuatan, selalunya apa yang aku buat tu jadi benda lain, tak cukup menceritakan apa yang aku rasa. Bila aku menulis, aku tulis puisi. Kalau perasan, beberapa post kebelakangan ni semuanya puisi, luah hati, mungkin juga betul dan mungkin juga randomly written, tak ada kena mengena pun dengan apa yang aku rasa.

Actually, dah tiga tahun aku ber-blogos ni, aku sendiri tak tahu nak kategorikan blog aku ni sebagai apa. Blog puisi, blog perkongsian, review filem, muzik, buku, karya, diari peribadi harian (it sounds euww...but that's what I'm doing now, right? Haha...fuck...)... entah. It's just... a blog of my blabs. Pergi mati kau nak kata apa, aku tulis apa yang aku rasa.

Even macam sekarang ni, I feel miserable. I'm not unhappy, I think I enjoy my time the most now. Cuti panjang, rehat banyak-banyak. Buat apa yang aku dah lama teringin nak buat. Baca semua buku yang dah lama terperuk bawah katil yang selama ni nak baca tapi tak sempat nak baca... Tengok semua movie yang ada aku sedut (sampai sekarang tak reti-reti jugak macam mana nak download sendiri...) Tapi, aku tetap rasa kosong. Entah apa aku nak, aku pun tak tahu.

Dan selalunya masa-masa macam ni-lah aku paling teringat abah. Dah dekat setahun setengah abah pergi tinggalkan kami, masa aku betul-betul baru nak belajar sayang abah, tapi abah pergi mengejut masa aku belum sedia. Kalau orang tanya, apa benda yang paling aku menyesal dan akan buat kalau diundurkan masa, aku akan jawab, aku nak sayang abah. Sebab masa dia ada, aku tak sempat sayang abah betul-betul. Itu benda yang paling aku menyesal dalam hidup. Kalau kau bagi aku 8 juta pun, belum tentu boleh sama nilai dengan apa yang aku dah rugi ni.

Bila masa sedih, semua orang mesti jadi paling jiwang, agree? Haha... kelakar, tapi itu yang aku tengah buat dan rasa sekarang. Aku memang suka puisi. Tapi yang aku tulis belum cukup bagus, aku malu nak bawa puisi aku ke mana-mana, habis di blog saja. Biar-lah orang baca free, aku bukan nak kaut untung, aku nak berkongsi. Bila saat-saat macam ni datang, aku mesti akan buka video ni.



"Bintang jatuh... perlahanlah... jangan sampai kau mencecah...
Bintang jatuh...
kisahkanlah... ke matanya yang membasah..." ~my fave lines... =)


Ini Fynn Jamal. Yang ini masa Hari Bintang Jatuh. Aku tak sempat datang masa ni, seingat aku Bob (Zahiril) pun ada perform masa ni. Rugi sangat. Pada caption video ni Kak Fynn ada tulis puisi ini untuk Wanie Ardy, bekas super duper senior dan pensyarah muda di fakulti aku, tapi dia kini di perantauan menyambung pelajaran. Apa pun, aku memang suka puisi-puisi dan lagu puisi Kak Fynn. Partly, she's one of my inspiration dalam menulis. Aku suka Kak Fynn perform. Sepenuh hati dan emosi. Bila pun aku lihat video ni, mesti ada air yang menitis (air mata termasuk juga hingus).

Betul, percaya sama apa kau rasa, cinta itu ada.




Ini pulak Puisi Buat Ayahanda. Aku betul-betul menangis masa first time tengok video ni. Kisah kami serupa, cuma sedikit berbeza saja - aku masih ada Mama. Aku sangat sayang Mama. Tapi sumpah, apa yang dia (Fynn) rasa pastinya sama dengan aku.

And there it goes...yayy for me! Akhirnya aku dah tulis semua yang aku rasa. Tak-lah susah sangat...!

*I'm still in a long process to write my posts fully in English. It might take years, my English sucks and I don't have enough confidence yet...but I'll try... =)

2 comments:

Payung said...

I prefer Lihatlah Aku by Fynn

maPieCeoFarT said...

yup... i've seen that one as well... puisi yg 'kurang' sedih macam Perempuan Jalang dan Blues Terlewat pun cool... thanks for dropping by... =)

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!