February 22, 2011

Kemahiran Bertimbang Rasa

Salam ukhuwwah fillah...

Hari-hari saya naik train pergi ke tempat kerja. Hari-hari saya berdiri sepanjang perjalanan hinggalah tiba ke stesen akhir tempat saya perlu turun. Boleh dikira berapa kali saja saya pernah duduk, jarang sangat. Perjalanan ke ofis saya setiap hari bukanlah dekat, makan masa sejam juga tambah tolak masa menunggu dan berjalan kaki. Letih? Tak kisah, sebab saya seronok. Payah? Mungkin, bagi orang yang dah biasa selesa dan tak sanggup berpeluh. Tapi, saya tidak. Saya okey saja melalui rutin yang sama setiap hari. At least, dapat segarkan mata tengok pemandangan pagi, gelagat orang ramai dan jejaka-jejaka kacak. Eh? Hehe...

Terpaksa berdiri, perjalanan jauh dan mengambil masa lama, ini semua tak jadi masalah, sebab saya orang muda. Tapi, saya paling tak suka bila keadaan ini berlaku. Setiap kali seorang pakcik/makcik/atuk/nenek (pendek kata, orang tua) melangkah masuk ke dalam train yang penuh semua tempat duduknya, tiada seorang pun di kalangan orang muda (yang sedang enak duduk belaka) sudi bangun dan beri tempat duduk mereka kepada orang tua yang lebih memerlukan. Macam buat-buat tak nampak, selamba saja orang-orang muda ni duduk selesa.

Saya paling sedih lihat keadaan macam ni, sebab bila tengok makcik-makcik berusia terpaksa berdiri terhuyung-hayang, kadang-kadang terketar-ketar lututnya dan bawa barang banyak pula, tiada lain yang saya ingat, saya mesti terbayangkan emak saya. Sedih. Rasa macam nak marah pun ada, tapi tak terkeluar suara nak menegur orang-orang muda yang tak ada sivik itu. Saya bukan pengawas dalam train itu. Mungkin esok kalau benda ni terjadi lagi depan mata, saya akan beranikan diri tegur mereka supaya bangun beri seat mereka kepada orang-orang tua. Insya Allah.

Benda ni tak perlu diajar kat sekolah. Masing-masing boleh berfikir dan kemahiran bertimbang rasa ni datang sendiri, asalkan hati kita baik dan prihatin dengan keperluan orang lain. Bukan susah pun.

2 comments:

Pari-Pari Kertas said...

diorang memang.. takde hati perot hohoh

maPieCeoFarT said...

kann... aku pun marah nih... haishh

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!