August 16, 2011

DiGi MyPhone Shorties

Episod cerita pendek Gerabak terhenti seketika untuk memberi laluan kepada iklan ini. Hee... =)

Salam ukhuwwah fillah...

For those who haven't heard of the competition before, here, lemme tell you.



DiGi in collaboration with UiTM, LimKokWing and KLMU is organizing a 30 seconds PSA competition with one theme - Terima Kasih Malaysia. It is opened for university students and also the people all over Malaysia. For more details, click HERE.

The most interesting part is, the videos must be shot using iPhone 4. So, everyone with that not-so-expensive phone (uh-oh) are welcomed to participate! And for the prize, we're not talking about RM100 or RM200 here, it's RM10,000 all right...!

Many of my friends are participating in this competition. So, please sign in to your YouTube account (or sign up NOW if you don't have one), watch these short PSA videos and click LIKE. Tell your mum, your dad, your friends, your neighbors and everyone you know to do the same thing. Hehe...

Here are some of the videos. I must say, they are really good. Each and every one of them has potential to win. *the titles are all links to the videos. So, just click on 'em to open it in a new tab. :)


#1 Terima Kasih Malaysia - Belacan

Directed by: Ande Umar Osman




#2 Terima Kasih Malaysia - Surat Cinta

Directed by: Rahhiemi Alias




#3 Terima Kasih Malaysia - Bas Kemajuan

Directed by: Al-Hafiz Burhanuddin




#4 Terima Kasih Malaysia - Warna

Directed by: Noorazlina Mohd Noor




#5 Terima Kasih Malaysia - Lesung Batu

Directed by: Muhammad Farhan Ramli




So, what are you waiting for? Please click the LIKE button a zillion times, okay...! Thank you!

And to all my participating friends, best of luck! =D

August 13, 2011

Gerabak: Episod 1

"Dik... tiket dik..."

Aku terkulat-kulat memandang konduktor KTM berseragam biru berdiri terpacak di depanku sambil menghulurkan tangan. Oh, ya...semestinya dia nak check tiket. Aku tak dengar pun apa katanya, kedua-dua telinga dicekup headphone dengan muzik menjerit full volume bergema dalam kepala. Tapi aku faham gerak bibir encik konduktor tersebut.

Dia mengetip tiket dan memulangkannya semula. Di sebelahku, seorang lelaki warga asing berkulit gelap sedang terlena dengan mulut ternganga. Hai...nasib2. Kenapa-lah dapat seat tak strategik macam ni. Aku nak aja pindah ke seat lain, tapi semuanya penuh. Sigh...

Sepanjang perjalanan aku pandang luar tingkap saja. Tak ada apa pun yang dapat dilihat, pekat malam melatari bunyi bising keretapi. Sekejap bunyi gedegek2, sekejap bunyi screeetchh yang panjang bila berhenti di stesen-stesen daerah. Ngilu. Aku ketap gigi. Masa keretapi berhenti di Ipoh, ada tiga sekawan jejaka naik dan duduk di kerusi depan aku. Halwa mata. ^_^

Aku melirik jam di tangan, baru pukul 3.00 pagi. Lambatnya lagi nak bersahur. Sesekali aku mengerling pada plastik bekal yang Mama titipkan dari rumah tadi. Nasi lemak lauk sambal ayam. Sedapnya, tak sabar nak makan. Walau dah sejuk terkena air-cond keretapi. Tapi aku terfikir, selesakah nak makan di seat ni? Dengan dengkur berbau dari lelaki sebelah aku ni, ditambah pula dengan ketiadaan meja lipat yang sepatutnya tersedia di setiap kerusi, buat aku runsing. Terima kasih-lah, tangan-tangan jahanam. Sememangnya vandalisme beri sumbangan besar dalam menyusahkan orang ramai - termasuk aku.

Akhirnya jam menunjukkan angka empat. Aku menoleh ke kiri. Eh, dah hilang dah mamat pendatang tadi. Syukur. Tapi aku masih berkeputusan nak bersahur di kafe. Boleh jugak order air panas, sejuk ya amat rasa sampai ke tulang. Aku pun bangun dan berjalan ke koc paling hujung (aku rasa) lalu sampai ke kafeteria. Ada satu family sedang bersahur dan juga mamat-mamat yang naik di Ipoh tadi. Ahh... chill. Meja di belakang mereka tak ada orang duduk. Aku berjalan ke arah meja itu dan mereka memandang aku sekilas. Tapi tak senyum.

Aku ke kaunter, order milo panas. Si waiter yang comel pendek tu (muka dah sah-sah baru habis sekolah) berani-berani nak tegur aku.

"Sahur ye, awak?" sambil tersengih-sengih.

Tak-lah. Aku nak berbuka ni, tak nampak?? Oh, aku bercakap dalam hati aja rupanya.

"Ha'ah."

Dia senyum lagi sebelum berlalu menghantar order. 'Ehh, si pendek ni. Ada hati nak tegur aku pulak.' Kata aku lagi dalam hati. Aku tak kejam. Aku cuma jujur - dari segi mengulas struktur fizikal beliau itu.

Aku bayar harga milo dan duduk di meja tadi. Eh, laa... mamat-mamat ni dah habis makan rupanya. Hmm...aku makan sorang-sorang sambil pandang luar tingkap (lagi).

Selesai bersahur, aku terus duduk termenung seorang di kafe. Malas nak lalu di celah-celah orang lagi. Lebih kurang pukul 6.00 pagi aku sampai di KL Sentral, terus ke toilet. Tak lupa call Mama beritahu dah selamat sampai. Announcement train komuter kedengaran. Bagus, dah boleh gerak awal. Aku pun menyeluk poket beg dan mencapai kad Touch and Go lalu ke pintu laluan KTM ke Batu Caves. Oh ya, aku lupa beritahu aku ke Hospital Selayang atas urusan kesihatan.

Tak lama menunggu, train pun sampai. Aku salah langkah rupanya. Aku bajet kalau gerak awal, train lapang sikit. Sepatutnya aku tunggu train pukul 7.00 lebih, mesti dah kurang orang. Tak apa-lah, aku redah masuk ke dalam koc wanita. Rasa kewanitaan sangat berdiri bersama-sama kaum wanita semuanya. Koc pun warna pink. LOL.

Sampai di Taman Wahyu, aku turun dan naik teksi ke hospital. Teksi berhenti depan entrance klinik pakar. Lepas bayar tambang, aku terus masuk dan naik ke tingkat atas mencari kaunter pendaftaran. Ambil nombor, duduk menunggu giliran sambil tengok TV - Malaysia Hari Ini. Menarik! Kebetulan Ally Iskandar sedang menemu ramah wajah yang aku kenal - Encik Fifi, Manggis dan Abby. Ini sempena kejayaan team tarian fakulti aku mewakili universiti dan Malaysia ke Los Angeles dalam WCOPA. Aku bangga sekejap, kembang kempis lubang hidung aku.

Nama aku dipanggil. Aku masuk berjumpa doktor. Jeling-jeling name tag, nama doktor yang baru first time aku berjanji temu ini - Dr. Febra Siam. Muda lagi. Dia meneliti rekod kesihatan aku dalam skrin komputer, lalu mengulas menanya menerangkan mengurut dagu menelefon dan akhirnya dia memaklumkan aku tindakan selanjutnya yang perlu diambil berkaitan penyakit aku ni. Aku bosan dengar penerangan dia yang panjang lebar, aku tak perlu lagi, aku dah tahu. Lagipun doktor ni lain macam aja, cara dia pandang aku, sambil senyum-senyum lagi. Aku kecewa sikit sebenarnya sebab hari ni temu janji di HPB, bukan dengan Dr. Syed yang kacak dan aku admire itu. Eh? Haha...
"Saya sendiri musykil dengan condition awak ni. ERCP dah buat tiga kali, OGDS dah buat sekali, tapi result CT scan masih tak menunjukkan apa-apa perubahan. Kita belum boleh mulakan treatment, perlu investigate lagi apa punca yang sebenar. Hmm...macam ni lah. Kita buat ujian darah hari ni. Lepas tu awak pergi klinik Hepatologi kat tingkat bawah. Dr. Syed kata dia nak jumpa awak."

Wah...! Nasib baik aku berjaya kawal diri daripada melompat. Aku pun segera ambil kad temujanji dan turun ke tingkat bawah. Dalam hati berdebar-debar nak berjumpa Dr. Syed. Ehh... perlu ke berdebar? Haha...


BERSAMBUNG. . . . .


August 5, 2011

Coming Soon!


Of my two days train trip.

Later!




August 2, 2011

Diskusi: Pasca Bersih 2.0

Salam ukhuwwah fillah...


It has been a while since the day of the Bersih 2.0 rally on July 9. We've heard all the voices, we've seen all the pictures and videos but still, there are people who could not comprehend what was going on.

Some of my friends went to join the rally and have seen the 'happenings' on the day. All the media sources are everywhere on the net - the webs, blogs, Facebook, Twitter - so it is impossible for anyone not to know or care about the July 9 event. Nevertheless, I still hear people saying "Oh, I don't talk politics. Not my cup of tea." Man, if you consider yourself a citizen, you are already involved in politics, believe it or not.

I'm not going to say what's right and what's wrong, we've read and known well enough for ourselves. There are just some interesting discussions I had with my friends over Facebook and I think they are all worth to be shared. The early comments were probably from those who doesn't read much. Some were trying to object, some agreed, some were giving good opinions, some were looking at it negatively, some were pointing out misleading arguments, some were showing their racism, some were relating it to other issues, some chose to stay neutral, some were just.... talking. People share different opinions, it IS a good thing. But when some of them started to heat it up, it became an unhealthy discussion. Fortunately, a balanced and complete explanation from a few friends saved the day.

It all started with a link of an article from here and the long conversation came afterwards.

(Warning: This is a SUPER LONG post. And please excuse the casual language used. Re-written for proper reading.)

* * * * *

A: Walaupun aku ni bukan bijak pandai atau kuat politik.. tapi pandangan yang aku baca ni memang ada benarnya.. jadi, harap sesiapa yang berminat boleh baca sama.

B: Apa yang benar?

A: Komen-komen penulis tentang 8 tuntutan tu. Awal-lagi lagi aku dah perasan yang kebanyakan tuntutan tu memang dah dalam proses pelaksanaan. Pasal rasuah tu aku setuju. Cuma aku tak suka sangat la berkumpul ramai-ramai buat demonstrasi ni. Damai ke rusuhan ke sama aja.

C:
Mereka yang berkumpul ramai-ramai tu pakai fatwa si tua di Kelantan, yang kata berkumpul semasa Bersih 2.0 ni samalah seperti berkumpul semasa mengerjakan haji.

D: Apa yang benarnya? Fikir la masak-masak. Biar kerajaan main kotor. Untuk siapa? Untuk orang Melayu kita jugak..katakan kerajaan kalah, siapa yang akan ganti? Bukan PAS dan PKR tapi DAP. Contohnya macam orang Melayu di Pulau Pinang dan Singapura, lihat apa dah jadi. Mereka ditindas. Lagi pulak kalau Ambiga tu dapat sokongan, dia akan tuntut balik apa yang dia tak dapat dalam IFC dulu. Kalau tak nak dengar lagi laungan azan, keturunan kau murtad, sokong lah.

A: Apa yang kau merepek ni, bro D? Apa yang benarnya? Kau baca tak (artikel tu), jangan nak hentam aja. Sejak bila pulak aku sokong Bersih. Tolong baca betul-betul artikel tu. Rujuk balik komen aku sebelum ni. Aku kata kerajaan dah memang laksanakan 8 tuntutan tu sebelum Bersih 2.0 dilancarkan lagi. Pasal tuntutan tu aku memang setuju. Sebelum kata orang murtad, sebelum komen, tolong baca betul-betul. Please be matured and mind your word.

D: Sorry, sampai mati pun aku takkan baca apa-apa tentang Bersih 2.0.

A: Aku tak marah. Cuma kat artikel ni apa yang dia tulis dapat buat kita rakyat Malaysia hargai keamanan dan kemewahan hidup yang Allah SWT berikan. Itu yang aku setuju. Aku memang tak setuju langsung dengan Bersih. Sekadar berkongsi.

E: Kerajaan sekarang jaga Melayu? No need to argue more kalau ada lagi orang yang berfikiran macam ni. Orang tak ada ilmu tapi tak mahu cari ilmu. Kebenaran ada kat merata-rata. Antara nak terima atau terus menolak demi kepentingan diri.

A: Paling baik dengar semua pihak punya penjelasan, baru buat keputusan sendiri. Lebih baik kita keluarkan pandangan sendiri dari hanya ikut orang.

F: "...marching on the streets aimlessly without any clear objective or reason...?" Define 'aimlessly' please. People who joined the rally are VERY AWARE of the 8 points that Bersih put forth. Tak ada yang sertai Bersih tanpa tahu tujuan sebenar. Semua cukup sedar dan aware. This is just another biased pro-govt article that denies the true objective of Bersih 2.0 rally. Aku dah banyak baca artikel macam ni, berjela-jela panjang tapi argue benda yang sama jugak.


A: Memang artikel ni agak bias, dan betul ramai yang sertai tu tahu tujuan rally diadakan tapi banyak jugak yang hanya pergi ikut kawan tanpa mengetahui tujuan rally tu sebenarnya. Ini berdasarkan beberapa orang pergi ke rally tu dan aku tanya mereka sendiri. Aku pun bukan arif sangat pasal benda ni, cuma entah kenapa bila baca artikel ni, tergerak hati nak menyatakan pendapat. Kalau salah, harap jangan marah-marah lah ya.


E: Dan yang lawaknya, lagi banyak yang tahu kenapa rally tu diadakan tapi pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri. Siap cakap rally tu bertujuan untuk hilangkan kuasa Melayu. Seriously...speechless, bro.

A: Manusia, bro. Macam-macam kerenah ada. Yang penting memartabatkan bangsa dan keamanan negara. Aku nak kerja government, nak komen lebih-lebih kat sini nanti kena ban pulak.

E: Kerja dengan kerajaan, bro. Bukan kerja dengan parti. Yang penting, Malaysia maju tak kira bangsa dan agama. Semua bersatu memartabatkan Malaysia setaraf negara-negara besar dunia. United as Malaysian, bro.

F: Saudara A, aku tak marah pun la. Hangin sikit aja sebab aku memang teringin nak tahu kebenaran dari pihak satu lagi. Macam-macam artikel aku dah baca dengan harapan nak la terjumpa pendapat yang bernas sikit dari pro-kerajaan ni. Penat aku baca panjang-panjang, sama aja macam yang pernah aku baca.

A: Saudara E, memang lah bro. Nanti boss aku baca apa aku tulis kat sini, mampus aku kena target. I agree with your opinion, bro. Aku tak kisah mana-mana parti memerintah selagi keadilan dan kesejahteraan setiap rakyat tak kira bangsa dan agama dijaga. Saudara F, tak adalah. Aku memang mengalu-alukan pendapat yang bernas. Aku buat post ni bukan untuk buat kontroversi, cuma nak sembang-sembang dan menambahkan pengetahuan. Malu bertanya sesat jalan, kan.

G: Bro, atas sebab kebenaran pun kau takut boss kau target kau. Sejak bila kau jadi orang dewasa macam ni? Kau takut bercakap perkara yang benar ke? Setahu aku, belajar mengaji sekolah agama pun cakap berani kerana benar. Satu soalan, kenapa kena buat rally? Sebab rakyat tak tahan lagi, beb. Kerajaan perlahan-lahan nak ubah negara ke arah itu. Arah apa? Berapa puluh tahun negara masih di takuk yang sama? Apa beza ekonomi kaum dari zaman Tunku Abdul Rahman dengan zaman sekarang? Kau nak kata Melayu di Pulau Pinang kena tindas sebab orang Cina DAP memerintah? Aku nak tanya dulu, BN memerintah, siapa ketua menteri? Bukan ke Cina? Alahai...cakap biar fakta, beb. Kau kena banyak cari info lain selain TV1, 2, 3, 4, 5, 6, 8. Utusan meloyan dan berita kehairanan tu semua fixed propaganda. Kau kena tengok dua-dua belah cerita lepas tu kau sendiri decide. Manusia normal memang akan sokong Bersih. Itu aja aku mampu cakap. Bagi aku, artikel ni agak bias. There is nothing wrong for people to march. Sikit pun tak langgar undang-undang. Kenapa aku cakap macam tu? Contoh, kerajaan bawa kes peserta demonstrasi yang dimasukkan ke lokap. Ada yang masuk penjara tanpa bicara, itu kejam panggil nama ISA! Kita ada law kenapa tak dibicarakan di mahkamah? Adilkah semua tu? Kau persoalkan demonstrasi ni damai atau tak. Kau bagi satu bukti yang demo ni merosakkan harta benda awam? Polis yang rosakkan sebenarnya, sembur sana sini. Ada kereta pecah cermin atau terbakar? Lampu jalan pecah? Tong sampah terbakar? Yang kena belasah tu antaranya orang-orang tua, mereka tu bawa senjata kah? Patutkah dipanggil perusuh? Kau sendiri dapat nilai mana benar mana salah.


A: Terima kasih atas komen. Itu sebabnya aku buat post ni, untuk tahu kedua-dua side cerita. Kalau baca artikel memang banyak pro kerajaan. Bila aku buka post ni baru aku boleh tahu pendapat dari pihak satu lagi. Macam yang aku cakap tadi, walau apa pun yang terjadi lepas ni, siapa yang memerintah, yang penting keamanan dan keadilan dijaga. Satu lagi, saudara G. Memang agama Islam mengajar berani kerana benar. Tapi kita kena tengok juga apa yang nak di-komen. Sekiranya dalam kerajaan 100% semuanya zalim dan teruk, memang aku akan lantang bersuara. Tapi aku dapati bukan semuanya teruk. Itu mungkin apa yang aku nampak, mungkin ada lagi yang terselindung. Aku tak nak komen terlalu lantang takut aku akan mengguris perasaan kawan-kawan. Dewasa atau tidak bukannya berpandukan atas keberanian. Itu terletak pada individu itu sendiri melalui pemikirannya.

G: Bro, aku ada jugak kat sana (Perhimpunan Bersih). Ilmu kau selama ni boleh nilaikan keadaan semasa. Macam aku cakap sebelum ni, atas sebab cari makan kau sanggup tinggal amal makruf, aku pun tak paham. Islam itu dari Allah, Tuhan bagi akal untuk kau sendiri menilai. Satu soalan, kalau kerajaan (melalui pihak polis) tak bertindak kejam pada demonstrator hari tu, agak-agak rakyat marah kat siapa?

A: Adakah sebab aku tak pergi ikut rally bermakna aku tinggalkan amal makruf? Aku rasa mesti kau ingat aku yang tulis artikel tu kan. Bukan aku yang tulis. Aku cuma baca. Aku bercakap mengikut bidang aku. Kita bekerja dalam kerajaan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Aku cuma tak nak orang salah faham, bila dimaksudkan kerajaan, bukannya termasuk kakitangan kerajaan. Aku cuma bagi pendapat tentang marching tu, aku rasa kan lagi elok hantar ikut saluran disediakan. Itu cuma pendapat aku. Mungkin pemikiran kita berbeza. Atau mungkin ada benda yang aku terlepas pandang.

F: Relaks, bro. Kita hormat A sebagai tuan rumah. Dia post benda ni dengan niat untuk dengar dari kedua-dua pihak, bukan dia jadi tukang jawab persoalan kat sini. Kita berbahas dengan sihat bebas emosi.

A: Tentang persoalan tindakan kejam (polis) tu, rakyat tetap marahkan kerajaan kerana aku tak rasa tuntutan tu akan dilaksanakan sekiranya rally tu dibuat dengan aman. Walau siapa yang memerintah, orang yang bekerja dalam kerajaan tetap sama. Yang berbeza cuma pemimpin saja.

F: Dalam isu apa pun wajib ada perbezaan pendapat. Tak meriah lah kalau semua orang sependapat atau sokong satu pihak saja. Kalau A sokong bersih, B tak sokong Bersih, tak bermakna A dengan B kena bermusuh. Bagi aku, kerajaan pemerintah dan rakyat ni macam dalam konteks filem juga, ada form dan content. Kerajaan memerintah adalah form, kita semua ni sebagai content. Kalau form buruk, content tak semestinya kena ikut jadi buruk jugak. Dan sekali form bertukar dengan form yang lain, content masih content yang sama dan mengikut form yang baru serta betul ni. Itu aku ibaratkan saja. Jangan mudah melabelkan sesuatu secara jemaah, sebab tak semuanya buruk mcm yang kita sangka. Aku faham, tindakan lemah lembut dah tak berkesan untuk ubah kecelaruan yang berlaku sekarang ni, sebab tu rakyat memilih bertindak radikal. Tapi Alhamdulillah, walau macam mana pun, Bersih terbukti tak menyebabkan kemusnahan macam yang media gembar gemburkan tu. Walaupun 'orang 'TV' kata lepas Bersih selesai, tak ada perubahan pun, mereka silap. dalam hati kita seluruh rakyat Malaysia dah terpatri peristiwa 9 julai yang menjadi titik tolak kebangkitan rakyat. Memang kita tak jadi macam Mesir yang berjuang habis-habisan, tapi at least kita dah berjaya buka mata dunia. Pemerintah sedikit sebanyak dah tergugat dan goyang lutut walaupun merka tak tunjukkan secara nyata. Inilah kuasa rakyat. Dan 'mereka-mereka' itu dah lihat. 'Mereka' takut. Untuk menjawab soalan saudara G, kalau polis (a.k.a kerajaan) tak bertindak kejam masa 9 julai lalu, rakyat tak ada nak marah sesiapa sebab suara yang dilaungkan dapat sampai kepada yang nak disampaikan. Tapi apa yang terjadi, suara-suara ni dihalang dari sampai ke tempatnya, dan cara dihalang tu dilihat kasar (boleh rujuk artikel-artikel tentang kata-kata dari Pak Samad Said yang menggambarkan layanan polis). Itu saja yang rakyat marahkan.

A: Mungkin lepas ni para pemimpin akan buka mata dan buat perubahan sekiranya mereka ingin tetap memerintah dan disenangi rakyat. Susah sebenarnya nak berbincang macam ni tanpa kontroversi. Sebab topik Bersih ni masih agak sensitif dan bukan semua faham cara nak memberikan pendapat dalam perbincangan - kena berhemah dan bertolak ansur. Emosi perlu diketepikan. Kadang-kadang Melayu ni mudah melatah bila dicucuk. Apa pun, aku hargai pendapat semua. Tak kisah apa pendapat anda, siapa anda sokong, yang penting lakukanlah tugas dan tanggungjawab anda dalam memajukan dan memastikan Malaysia kekal aman dan sejahtera.

G: Statement aku mengarah lebih persoalan, jawapan itu di-trigger among kita sendiri. Aku cetuskan persoalan yang akhirnya dijawab oleh kau sendiri. Aku bukan side partisme, tapi BErsih. Daripada provoke guna sentimen bangsa lepas agama, kata bukan-bukan pada Melayu di Penang, cara halus ni lebih bahaya bagi aku. Pernah tak terfikir, PRU ditentukan oleh rakyat untuk memilih kerajaan, bukan? Kenapa rakyat tak pilih Perdana Menteri sendiri, kata demokratik?

F: Revolusi tu sedang berlaku perlahan-lahan sekarang ni, saudara G. Negara kita tak radikal buat perubahan drastik macam Mesir, Libya. Rakyat memberontak usir pemimpin sampai negara huru hara. Memang betul, kuasa memilih di tangan rakyat. Sebab tu aku yakin insya Allah PRU 13 bakal bawa perubahan. Rakyat dah tengok kebenaran, dah bertindak dan mula bersuara lantang. Kita tunggu dan lihat saja nanti. Pemimpin adil pemimpin disembah, pemimpin zalim pemimpin disanggah. Aku optimis perubahan akan berlaku cuma prosesnya perlahan.

A: Kalau tak silap aku, kalau nak membolehkan rakyat pilih pemimpin dan bukannya pemimpin dilantik dari parti yang menang bertanding dalam PRU, kita kena ubah perlembagaan dulu lah, kan? Dan persoalan yang saudara G utarakan tu, tak pernah terfikir pulak sebelum ni. Macam yang diamalkan di banyak negara maju, parti yang menang pilihanraya tak menentukan siapa jadi Presiden negara tersebut. Presiden dipilih melalui calon-calon yang dikemukakan oleh semua parti bertanding. Bagus persoalan ni.

F: Memang best kalau rakyat dapat pilih sendiri pemimpin yang kita nak. Tapi masalahnya, Malaysia bukan negara republik. Kalau tak, dah lama boleh terus vote siapa jadi Perdana Menteri, siapa menteri-menteri. Soal pinda perlembangaan tu aku tak pasti pulak. Kena tanya pada yang pakar dalam undang-undang.


E: Rasanya pasal pemilihan PM tu tak jadi isu. Siapa yang menang pilihan raya, maka parti dia lah akan naik. Dan ahli-ahlinya lah yang akan memegang jawatan mengikut kesesuaian dan kepakaran masing-masing. Kita pun pilih wakil rakyat, cuma kita tak pilih siapa yang jadi menteri itu dan ini. Rasanya tak ada masalah kalau Ketua Menteri sendiri yang memilih ahli jemaahnya sebab dia perlukan orang yang dia betul-betul tahu boleh jaga bahagian-bahagian di bawahnya. isu sebenar di sini pasal suara rakyat tak didengar ni berkaitan dgn PILIHAN RAYA. Pilihan raya sekarang ni kita memang DIKETAHUI ADA kepincangannya. SPR memang kurang telus kerana terpaksa bekerjasama dgn BN. Ye lah, boss dia...kita semua faham kan. Ini SEMUA terjadi sebab satu parti MEMEGANG tampuk pemerintahan sebagai kerajaan TERLAMPAU lama. Maka kuasanya telah tersebar pada badan-badan yang sepatutnya berada DI LUAR bidang kuasa mereka. Contohnya bidang Judiciary dan SPR. Tapi sekarang ni kita boleh nampak yang pengaruh kuasa tu telah tersebar pada badan yg sepatutnya Bebas ini. Ini yg sepatutnya kita NAMPAK. Negara-negara maju lain, RAKYATnya sendiri akan menukarkan parti kerajaan selepas ia memerintah 10 tahun. Kenapa? Untuk MENGELAKKAN perkara-perkara yang terjadi pada negara kita ni berlaku. RASUAH/Penyelewengan/​campur kuasa dan sebagainya. So, ini yang patut kita nampak. Jangan takut untuk bagi parti yang satu laig cuba memerintah. Kita perlukan KEDUA-DUA parti untuk menggerakkan negara. It will serve as CHECK AND BALANCE. Kedua-dua Komponen Parti mempunyai MELAYU CINA DAN INDIA...so, jangan risau isu kaum. Siapa akan MELIHAT dan MENASIHATI antara satu sama lain jika ada pihak yg melebih-lebih...betul? Kita ada artikel 153 152....kuasa raja dan kelebihan orang Melayu masih terjaga berdasarkan artikel in. So kita tak perlulah takut. Kalau langgar perlembagaan, kita semua akan marah. Seperti yang terjadi sekarang. BN boleh dikatakan MELANGGAR perlembagaan Artikel 10(b) iaitu hak untuk berhimpun. Kita dapat tengok SEMUA orang marah. Tapi kerajaan sekarang terlampau kuat, lagi kuat dari RAJA, lagi kuat dari Perlembagaan dan lagi kuat dari undang-undang. Ini MASALAH yang kita PATUT lihat sebagai rakyat yang berpelajaran dan yang betul-betul mementingkan arah tuju negara Malaysia tercinta. Kita mampu mengubahnya! Untuk menjawab pasal revolusi tu, memang betul cakap F. Kita sedang mengalami revolusi, tapi tidak drastik. USA mengambil masa 200 tahun SELEPAS merdeka untuk capai tahap dan kemajuan sekarang ni. Kita Malaysia baru je 50 tahun merdeka dan sudah nampak titik-titik revolusi dan perkembangan minda rakyat. Jadi kita sedang bergerak ke arah yang betul la. Tak lambat pun actually. Cuma negara-negara seperti Korea dan Thailand, Japan dll saja yang cepat sikit mengalami revolusi ni, which is very good. Ada banyak faktor, mungkin pemimpin di atas kurang korup, mungkin taraf pendidikan rakyat lebih tinggi, mungkin kurang faktor sosial seperti perpecahan kaum dalam negara, mungkin ekonomi kerajaan lebih tinggi sebab kurang penyelewengan dan banyak lagi faktor yang menyebabkan sesebuah negara tu cepat maju dan membangun. Maju di sini bukan dari segi pembangunan dan ekonomi saja, tapi merangkumi semua termasuk dari segi social, unity, rights dan lain-lain. Harap kita akan mencapai kemajuan macam mereka dalam masa 100 tahun lagi. Revolusi ambil masa. CEPAT ATAU LAMBAT bergantung pada kita. Adakah kita mahu Malaysia CEPAT evolve jadi negara maju atau kita dah cukup dengan keadaan sekarang.

A: Betul...! Perubahan kalau terlalu drastik pun tak semestinya akan memberi kesan yang baik kepada negara dan rakyat. Terima kasih, E, sebab beri penerangan yang bagi aku amat padat dengan maklumat. Macam ni lah boleh tambah ilmu dari berperang bodoh-bodoh aja. Betul tak?

E: Sama-sama, A. Aku pun banyak tak tahu dan salah, masih kawan-kawan perbetulkan. Cuba pergi dekat page politik, lagi lawak. Debate dalam satu issue, bagi jawapan macam budak-budak tadika bergaduh. Ejek-ejek nama, ejek gambar profile. Alahai, bukan budak-budak yang buat perangai macam tu, tapi orang dewasa. Itu lah mentaliti segelintir rakyat Malaysia. Secara jujurnya aku pun kurang bersetuju dgn perarakan dan demo ni, tapi jika kita buat dengan cara yang profesional, maka tindakan kita PASTI akan dibakul sampahkan. Mereka menghimpit kita tak kira Melayu Cina India. Semua rakyat dipermain-mainkan, diperkotak-katikkan, sehingga kita tak ada ruang lagi untuk bersuara. Suara kita dibakul sampahkan. Maka rakyat terpaksa keluar di jalanan untuk memastikan suara mereka dapat didengari oleh semua pihak.

G: Bila suara tak didengar, akhirnya dibawa turun ke jalan, demostrasi ni bukan baru dalam negara kita, masa British dulu pergerakan demonstrasi lah pencetus kemerdekaan negara. Siapa kita untuk menidakkan suara orang lain. Even dalam demo pun ada profesionalisme. Cukuplah dengan main sentimen kaum, beb. Kita nakkan yang terbaik untuk negara, mana ada orang nak gaduh suka-suka. Kita benci ruang suara makin sempit, perubahan makin gelap, even SPR sendiri mengaku wujudnya pengundi hantu dalam statement Naib Pengerusi dia, apa cerita. Yang berkuasa makin KEBAL dan tunjuk kebebalan. Maaf kalau kata-kata aku emosi sebelum ni, tapi aku terpaksa dengan cara macam ni, kerana kita kena pupuk sikap awareness sesama kita. Orang kata politik tu kotor, beb. This is our FUTURE, we should fight for it, right?Even Pak Samad sasterawan negara join Bersih. Tentang isu PM patut dipilih oleh rakyat sendiri, satu hal. Semasa kebangkitan kemerdekaan, yang lead mostly Tun Abd Razak bukan Tunku Abdul Rahman. Di sini aku tidak menidakkan pemimpin-pemimpin lain tetapi based on chronology tulisan semasa pemberian petisyen untuk merdeka, Razak sendiri meminta Tunku untuk lead hantar petisyen sebab Razak terdiri daripada orang biasa bukan keturunan orang-orang besar. Sedangkan rakyat sendiri memilih Razak. Ini pula diikuti dengan Queen sendiri dalam statement-nya mahu berjumpa dengan orang setaraf dengan nya. Ini punca kenapa razak jadi PM kedua (fakta ini diambil secara lisan daripada totok-totok dan juak-juak kononnya memperjuangkan kemerdekaan). Di sini sejarah tunjuk, pemimpin dipilih di kalangan rakyat sendiri menjatuhkan Abdul Rahman dengan Tun Razak mencipta UMNO, dengan rancangan DEB, FELDA, FELCRA-nya yang ditubuh untuk mengkayakan rakyat sendiri akhirnya sekarang org tu kena kerja dengan FELDA pulak. Berlakulah krisis di mana UMNO diharamkan sendiri oleh mahkamah. Dengan ilmu dan pengaruh Dr.M yang aku sendiri rasa dia excellent dalam politics game mencipta UMNO team B dan umno team A. Ini membawa kepada Abd Razak sendiri keluar umno akibat permainan Dr.M tadi, dan mewujudkan parti baru yang akhirnya terkubur. Tun Razak resign diganti dengan Tun Hussein. Tun HUssin adalah dalam permainan tangan Dr.M, dengan jarak 1 penggal PRU, Dr.M berjaya lead the nation. Dengan perubahan sistem kekuasaan raja, M membuat rombakan kekuasaan raja-raja dengan mengembalikan kuasa raja kembali seperti zaman dahulu semasa British iaitu raja berkuasa ke atas perihal adat dan agama sahaja. Hasil conclusion dulu memang tak perlu buat sebab dengan kuasa percaya dah cukup, tapi record shows krisis, rasuah berlaku dalam parti tapi tak diakui sendiri. Zaman sekarang perlu PM dipilih oleh rakyat sendiri seperti mana perubahan negara-negara maju. Based on track record, the changing of this nation PM's is done by penyambungan kuasa. By verbal only. Tiada election among parliament or rakyat itself, only by verbal the PM reign control? Memang termaktub dalam perlembagaan sebegini rupakah?

E: Kita tak boleh pilih PM sebab memang bukan system kita macam tu. Sepatutnya lepas pilihan raya, kita kena pilih pula siapa PM dan TPM. Sepatutnya lah. Tapi tak termaktub dalam perlembagaan kita boleh pilih PM. Party yang menang berhak memilih struktur kementeriannya mengikut kesesuaian. Contoh yang terbaik, KJ menang Ketua Pemuda tapi tak ada jawatan menteri. So, di sini memang tak ada undang-undang yang clear pasal ni tapi semua "faham2" ketua parti lah yang akan lead jadi PM dan dia lah yang akan susun menteri-menteri di bawahnya.

G: Adakah dalam perlembagaan negara PM boleh diwarisi secara verbal? Jikalau PM sebelum ini memilih TPM menggantikannya, adakah seluruh ketua menteri kena setuju, jikalau benar relevennya akta apa dalam perlembagaan kata macam tu?

E: Kena check balik dalam Federal Constitution.

G: Aku tak ada jumpa satu pun pasal info ni. Adakah perkara ini kurang pendedahan ? Rakyat tak perlu tahu ke?

E: Kau kena faham "cara" pemerintahan sekarang ni. Lagi banyak rakyat tak tahu, lagi senang mereka nak buat kerja.

G: Itu lah, sedangkan perkara asas pun ramai yang tak tahu, sedangkan ini sebuah asas negara, basic civil knowledge of the nation. Aku terfikir, kalau soalan ini diajukan seorang budak tadika kat cikgunya, macam mana cikgu tu nak jawab. Itu kalau budak. Kalau kau merantau negara lain, apa nak digoreng nanti.



* * * * *


Thanks to Izzat for providing us a healthy medium to debate. Thanks to Zulhusni for sharing the brilliant thoughts and also many thanks to Dzar for wrapping it up in a complete and perfect answer of all the discussion.

This issue is a never ending topic to be discussed. The d
iscussion is still going on, up until now. There will be updates from time to time for further comments.

Everyone is hoping for something for a change, and so do I.

Let us pray for a better Malaysia!



August 1, 2011

Salam Ramadhan al-Mubarak

Salam ukhuwwah fillah...



Alhamdulillah, tahun ni kita berkesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan seribu rahmat, bulan Ramadhan. Seronok sangat sebab tahun ni dapat puasa sebulan penuh di rumah. Dapat-la sahur, berbuka dan solat tarawih dengan Mama. Malam ni baru solat tarawih malam yang pertama, harapnya dapat-lah solat terawih tiap-tiap malam sampai malam terakhir Ramadhan nanti. Insya Allah...

May Allah bless us throughout this whole month of Ramadhan. Fulfill the month of barakah with endless ibadah, zikir and tadarus.

Selamat bersahur, selamat berpuasa dan selamat berbuka! =)


Macam biasa, bila menjelang puasa mesti teringat sangat dekat Abah.

We miss you, Bah...
:'(
Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!