Aku terkulat-kulat memandang konduktor KTM berseragam biru berdiri terpacak di depanku sambil menghulurkan tangan. Oh, ya...semestinya dia nak check tiket. Aku tak dengar pun apa katanya, kedua-dua telinga dicekup headphone dengan muzik menjerit full volume bergema dalam kepala. Tapi aku faham gerak bibir encik konduktor tersebut.
Dia mengetip tiket dan memulangkannya semula. Di sebelahku, seorang lelaki warga asing berkulit gelap sedang terlena dengan mulut ternganga. Hai...nasib2. Kenapa-lah dapat seat tak strategik macam ni. Aku nak aja pindah ke seat lain, tapi semuanya penuh. Sigh...
Sepanjang perjalanan aku pandang luar tingkap saja. Tak ada apa pun yang dapat dilihat, pekat malam melatari bunyi bising keretapi. Sekejap bunyi gedegek2, sekejap bunyi screeetchh yang panjang bila berhenti di stesen-stesen daerah. Ngilu. Aku ketap gigi. Masa keretapi berhenti di Ipoh, ada tiga sekawan jejaka naik dan duduk di kerusi depan aku. Halwa mata. ^_^
Aku melirik jam di tangan, baru pukul 3.00 pagi. Lambatnya lagi nak bersahur. Sesekali aku mengerling pada plastik bekal yang Mama titipkan dari rumah tadi. Nasi lemak lauk sambal ayam. Sedapnya, tak sabar nak makan. Walau dah sejuk terkena air-cond keretapi. Tapi aku terfikir, selesakah nak makan di seat ni? Dengan dengkur berbau dari lelaki sebelah aku ni, ditambah pula dengan ketiadaan meja lipat yang sepatutnya tersedia di setiap kerusi, buat aku runsing. Terima kasih-lah, tangan-tangan jahanam. Sememangnya vandalisme beri sumbangan besar dalam menyusahkan orang ramai - termasuk aku.
Akhirnya jam menunjukkan angka empat. Aku menoleh ke kiri. Eh, dah hilang dah mamat pendatang tadi. Syukur. Tapi aku masih berkeputusan nak bersahur di kafe. Boleh jugak order air panas, sejuk ya amat rasa sampai ke tulang. Aku pun bangun dan berjalan ke koc paling hujung (aku rasa) lalu sampai ke kafeteria. Ada satu family sedang bersahur dan juga mamat-mamat yang naik di Ipoh tadi. Ahh... chill. Meja di belakang mereka tak ada orang duduk. Aku berjalan ke arah meja itu dan mereka memandang aku sekilas. Tapi tak senyum.
Aku ke kaunter, order milo panas. Si waiter yang comel pendek tu (muka dah sah-sah baru habis sekolah) berani-berani nak tegur aku.
"Sahur ye, awak?" sambil tersengih-sengih.
Tak-lah. Aku nak berbuka ni, tak nampak?? Oh, aku bercakap dalam hati aja rupanya.
"Ha'ah."
Dia senyum lagi sebelum berlalu menghantar order. 'Ehh, si pendek ni. Ada hati nak tegur aku pulak.' Kata aku lagi dalam hati. Aku tak kejam. Aku cuma jujur - dari segi mengulas struktur fizikal beliau itu.
Aku bayar harga milo dan duduk di meja tadi. Eh, laa... mamat-mamat ni dah habis makan rupanya. Hmm...aku makan sorang-sorang sambil pandang luar tingkap (lagi).
Selesai bersahur, aku terus duduk termenung seorang di kafe. Malas nak lalu di celah-celah orang lagi. Lebih kurang pukul 6.00 pagi aku sampai di KL Sentral, terus ke toilet. Tak lupa call Mama beritahu dah selamat sampai. Announcement train komuter kedengaran. Bagus, dah boleh gerak awal. Aku pun menyeluk poket beg dan mencapai kad Touch and Go lalu ke pintu laluan KTM ke Batu Caves. Oh ya, aku lupa beritahu aku ke Hospital Selayang atas urusan kesihatan.
Tak lama menunggu, train pun sampai. Aku salah langkah rupanya. Aku bajet kalau gerak awal, train lapang sikit. Sepatutnya aku tunggu train pukul 7.00 lebih, mesti dah kurang orang. Tak apa-lah, aku redah masuk ke dalam koc wanita. Rasa kewanitaan sangat berdiri bersama-sama kaum wanita semuanya. Koc pun warna pink. LOL.
Sampai di Taman Wahyu, aku turun dan naik teksi ke hospital. Teksi berhenti depan entrance klinik pakar. Lepas bayar tambang, aku terus masuk dan naik ke tingkat atas mencari kaunter pendaftaran. Ambil nombor, duduk menunggu giliran sambil tengok TV - Malaysia Hari Ini. Menarik! Kebetulan Ally Iskandar sedang menemu ramah wajah yang aku kenal - Encik Fifi, Manggis dan Abby. Ini sempena kejayaan team tarian fakulti aku mewakili universiti dan Malaysia ke Los Angeles dalam WCOPA. Aku bangga sekejap, kembang kempis lubang hidung aku.
Nama aku dipanggil. Aku masuk berjumpa doktor. Jeling-jeling name tag, nama doktor yang baru first time aku berjanji temu ini - Dr. Febra Siam. Muda lagi. Dia meneliti rekod kesihatan aku dalam skrin komputer, lalu mengulas menanya menerangkan mengurut dagu menelefon dan akhirnya dia memaklumkan aku tindakan selanjutnya yang perlu diambil berkaitan penyakit aku ni. Aku bosan dengar penerangan dia yang panjang lebar, aku tak perlu lagi, aku dah tahu. Lagipun doktor ni lain macam aja, cara dia pandang aku, sambil senyum-senyum lagi. Aku kecewa sikit sebenarnya sebab hari ni temu janji di HPB, bukan dengan Dr. Syed yang kacak dan aku admire itu. Eh? Haha...
"Saya sendiri musykil dengan condition awak ni. ERCP dah buat tiga kali, OGDS dah buat sekali, tapi result CT scan masih tak menunjukkan apa-apa perubahan. Kita belum boleh mulakan treatment, perlu investigate lagi apa punca yang sebenar. Hmm...macam ni lah. Kita buat ujian darah hari ni. Lepas tu awak pergi klinik Hepatologi kat tingkat bawah. Dr. Syed kata dia nak jumpa awak."
Wah...! Nasib baik aku berjaya kawal diri daripada melompat. Aku pun segera ambil kad temujanji dan turun ke tingkat bawah. Dalam hati berdebar-debar nak berjumpa Dr. Syed. Ehh... perlu ke berdebar? Haha...
BERSAMBUNG. . . . .
No comments:
Post a Comment