July 24, 2009

GADOH : I'm Not Malay, I'm Malaysian...



Salam... ukhuwwah fillah...


Memang hangat bila isu perkauman diperdebatkan. Aku rasa penuh terisi lepas menonton filem ni. Tapi aku yakin dalam ramai-ramai yang hadir malam tadi, mesti ada persepsi yang berubah, mungkin ada yang terasa terkena batang hidung sendiri, mungkin ada yang rasa tak puas hati, mungkin ada yang malu sendiri, (pinjam ayat Ayam) mungkin ada yang berlagak cool konon menyokong penuh penyatuan semua bangsa sebagai bangsa Malaysia tapi dalam hati meluap-luap maki hamun pengarah dan semua yang menyokong konon dah hilang jati diri bangsa sendiri. Macam-macam... Untuk melihat review yang lebih formal, sila-lah klik kat sini.

Sungguh, memang seronok juga tengok orang berpolemik dan sibuk mempertahankan pendirian masing-masing ni. Aku lagi suka memilih untuk diam. Aku tahu ilmu aku belum cukup untuk ikut menyampuk. Tapi yang berkobar-kobar bangun dan bersuara tu aku tetap salute-lah kat korang. You managed to voice out your views, menambahkan kemeriahan sesi Q&A lepas viewing tu. Begitu pun, ada juga segelintir dua kelompok kecil ni yang masih utuh dengan jati diri Melayu masing-masing. Cool...kira tegar gila-lah diorang ni. Cumanya makin banyak yang dicakapkan, makin banyak kedangkalan ilmu yang terserlah. Accept it-lah...you are what you think-lah, bro... Aku segan nak menyampuk, jadi aku diam.

Aku tanya juga diri aku sendiri balik, penting tak lagi aku pertahankan hak ketuanan Melayu yang disebut-sebut tu? Aku tak faham kenapa segelintir golongan ni terlampau ekstrem mempertahankan pendirian diorang, memang exaggerate sangat dalam penghujahan yang dilontar, tapi tanpa sedar, apa yang dibahaskan itu tak bawa apa-apa makna. Aku respect-lah diorang yang memang tinggi rasa dan nilai ke-meLayuan ni, dah tak ramai anak muda yang berpendapat sebegini. Keterbukaan mereka dilimitasi dengan sogokan dan kepercayaan lama yang dah tak diguna pakai lagi. Ketuanan Melayu? Apa kejadahnya benda tu?

Bila aku fikirkan balik, sebab diberikan hak istimewa dan kelebihan yang tak didapati oleh bangsa lain ini-lah aku jadi aku hari ni. Aku mengaku zaman belajar masa sekolah dulu lagi gila kompetitif. Aku memang sehabis pulun maintain prestasi sebab nak bersaing dengan anak-anak Cina dan India sekelas aku yang pandai-pandai belaka. Sayangnya aku tak cukup effort belajar dan terlampau bersenang hati dengan laluan aku seterusnya lepas SPM. Asalkan dapat lebih daripada 5A, confirm aku lepas punya masuk UiTM (pinjam: Universiti Teknologi Majlis Amanah Rakyat).

Alhamdulillah, result aku boleh dikira bagus sebab melepasi target 6A, walaupun dalam hati tak puas hati tengok budak paling pandai dalam kelas aku (harapan cikgu-cikgu satu sekolah) boleh dapat straight A's, sedangkan aku sipi-sipi je lagi nak dapat result sama macam dia (aku still ingat nama dia, Woo Wee Loon).

Aku kagum dengan dia ni. Kami antara muka-muka wanted kat sekolah. Aku head prefect sekolah, dia head prefect library. Masuk pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan sampai peringkat kebangsaan pun aku pergi dengan dia and Albert. Memang aku lagi banyak hang out dengan kawan-kawan Cina and India berbanding Melayu. Aku boleh ingat semua nama kawan-kawan baik aku sekelas masa sekolah dulu - kawan paling baik dari sekolah rendah sampai sekarang - Mei Yuin, rakan Convent-ku yang sejati (don't worry, aku tak lupe kat kau, Wan...! Hehe...) Kawan-kawan sekolah menengah plak Magendran, Kee Eng, Samantha, Hoay Phing, Dhanesh Itik, Albert, Theven, Peng Shen, Xi Guan a.k.a. zigot, Nathanael, Dinesh, Venketesvaran a.k.a. Venkie... kawan-kawan Melayu? Sumpah, ada-lah berapa kerat je yang aku still ingat.

Banyak sebab kenapa aku rapat dengan diorang. First, aku senang lepak dengan diorang sebab diorang bukan kaki mengumpat and sembang merapu macam budak Melayu. Second, kalau borak dengan diorang jarang cerita pasal artis ke, gosip ke, selalu ada je sebut pasal pelajaran (ye...aku agak skema masa sekolah dulu, tapi tak-lah tahap kritikal - nerdy). Third, aku suka nak speaking dengan diorang ni. Nak improve my English and communication skills, y'all... Kalau dengan kawan-kawan Melayu, macam janggal nak cakap Omputih, pulak tu kena kutuk berlagak speaking London. Sengal kan...

Back to Wee Loon's story. Dia anak sulung, family dia memang boleh dikatakan susah-lah setahu aku. Hari-hari bapak dia hantar pergi sekolah naik motor kapcai. Tapi tak pernah datang lewat, berbeza dengan aku yang selalu ambil kesempatan salah guna kuasa datang lewat. Kasut dengan beg sekolah Wee Loon tu rabak-rabak je aku tengok dia pakai pergi sekolah. Adik dia ada seorang yang cacat. Aku teringat Wee Loon pernah cakap dia janji dengan diri sendiri nak belajar betul-betul, dia memang nak jadi doktor sebab nak rawat adik dia tu. Sedih aku dengar. Tapi dia memang betul determined-lah. Aku boleh nganga sampai leh muat sebiji Big Mac kalau dengar dia berhujah subjek Sejarah and Biology. Boleh kata satu isi buku tu dia dah hafal, macam komputer je boleh jawab semua soalan. Tu belum Add Math, Kimia and Fizik. Aku punya-lah berpeluh baru terkebil-kebil nak jawab soalan pertama, dia dah siap tiga page jawapan berderet.

Aku kesal sekejap, tapi lepas tu lupa diri balik. Dengan result SPM yang konon mencapai target tu, aku pun bergelar warga UiTM. Tiba-tiba aku jadi racist. Masa ura-ura pasal isu kuota 10% tempat dibuka untuk bukan bumiputera tu, aku antara yang sibuk menjulang hak Melayu. Memang-lah UiTM satu-satunya universiti bumiputera mutlak, tapi tu bukan sebab utamanya, Sebenarnya aku takut bila membayangkan kalau sekelas dengan budak Cina atau India nanti, mampus aku nak compete dengan diorang. One thing for sure, kedudukan selesa aku dengan result yang aku pertahankan, aku takut tergugat. Tapi isu itu pun berkubur je lepas dapat tentangan hebat pelbagai pihak.


Entah-lah. Aku cuma nak relate situasi ni dengan kegelabahan sesetengah Melayu yang tiba-tiba lantang bila dipersoalkan tentang hak. Kita sebenarnya takut tak mampu bersaing dan bertahan, sebab dua kaum lagi tu dah terang-terang boleh mengatasi kita tahap kacang mat lodeh je. Sepatutnya kita cuba sama ratakan kemampuan kita dengan diorang. Kenapa diorang boleh berjaya, kita tidak? Kalau Melayu pun sama hebat, buat apa nak marah kalau soal penyamarataan hak ditimbulkan? Betul tak? It's all about determination... mereka betul-betul usahakan apa yang mereka nak, tapi kita malas dan prefer nak hidup selesa saja. Mana aci...

So, mari-lah kita bersama buktikan yang kita mampu berjaya tanpa bergantung dengan apa-apa keistimewaan. Kita sama saja. Bangsa Malaysia.

Bumi ni hak semua. Kita sama-sama kongsi.

Senang.

Selesai.

Simple.


Yeddey....!


~0^_^0~

July 18, 2009

Laskar Pelangi + 3 Karya Baru Mahasiswa Filem FACT

Salam... ukhuwwah fillah...



Tanggal 10 Julai lalu, dapat juga aku menonton filem Laskar Pelangi karya pengarah tersohor Indonesia, Riri Riza. Tayangan selama dua hari tu penuh...! Aku seronok melihat pemandangan semacam itu. Film screening adalah wadah terbaik bagi mahasiswa filem FACT menggali ilmu selain pembelajaran formal semasa kuliah. Bagi mereka yang tak pernah datang screening, maaf cakap-lah, kalian rugi serugi-ruginya! Baik jangan bergelar mahasiswa filem kalau tak datang menonton. Kan?

Sebelum menonton filem ini, ramai pendapat yang aku dengar mengatakan bahawa filem ni lebih kurang seperti filem Denias, Senandung di Atas Awan. Namun setelah menonton sendiri, aku berani meletakkan pujian bahawa Laskar Pelangi jauh lebih hebat berbanding Denias. Aku kagum dengan sentuhan Riri yang tak pernah sekali aku rasakan kurang memuaskan. Dari awal cerita hingga ke akhirnya, Riri bijak memancing minat penonton dan menangkap emosi melalui watak ketiga-tiga tunjang utama kanak-kanak di dalamnya; Ikal, Mahar dan Lintang. Unsur pop disuntikkan bagi menambah rencah di celahan gunungan ilmu yang dibawakan. Titis-titis komedi juga menambah lagi warna warni filem yang indah ini.

Setiap watak punya identiti tersendiri. Lakonan memberangsangkan memberi impak terhadap penontonan. Walau dibebani kemiskinan, kegigihan anak-anak pesantren itu tak pernah padam malah lebih lagi kobarnya berbanding anak-anak yang bersekolah di bandar. Ilmu yang mereka pelajari bukan bersifat material keperluan dunia malah melingkupi seluruh keperluan jiwa dalam diri seorang manusia yang membajai hati mulia setiap seorang mereka.

Aku tidak punya banyak komen tentang filem ini. Namun setelah diperbahaskan dalam kuliah hari lalu, aku melontarkan pendapat bahawa cerminan kehidupan serta sifat manusia melalui watak-watak utama cerita dapat dilihat jelas. Ikal bagi aku merupakan simbol kegigihan, walau mudah hanyut namun dominan dalam hal-hal pelajaran. Lintang si genius, merupakan simbol kecekalan. Kemiskinan, ketiadaan ibu (dan kemudian bapa) serta kedudukan rumah yang jauh dari sekolah tidak pernah menjadi penghalang untuk menimba ilmu. Mahar pula simbol kepada sifat manusia yang penuh angan-angan namun tidak lari dari matlamat hidup.

Pun begitu, dalam sesi diskusi informal bersama teman di kandang, aku terfikir kata seorang rakan. Malam itu entah kenapa beliau terkobar dek semangat ke-Melayu-an terlampau sedikit dan mengatakan Laskar Pelangi itu menambah satu lagi imej buruk masyarakat Islam. Hal ini juga boleh memungkinkan filem ini mendapat perhatian dalam pencalonan filem antarabangsa atas dasar isu kemiskinan yang dipaparkan - yang mana amat digemari oleh golongan dominan barat untuk melihat sesuatu bangsa direndah-rendahkan. Seperti mana filem Slumdog Millionaire yang memaparkan korupsi sistem pemerintahan dan pihak berkuasa serta kemelaratan hidup masyarakat setinggan di India, lantas terus sukses dalam pencalonan-pencalonan anugerah filem berprestij dunia tanpa sedar betapa filem itu diangkat kerana paparan yang menjatuhkan maruah rakyat India di mata dunia. Laskar Pelangi juga telah mencerminkan imej masyarakat Islam yang miskin dan hidup dalam keadaan serba daif. Ini menimbulkan khuatir akan memberikan imej negatif terhadap masyarakat Islam juga.

Isu ini ditambah lagi oleh beliau yang menyebut tentang pengakhiran cerita di mana Ikal yang bakal melanjutkan pelajaran ke Paris telah mewujudkan satu kebergantungan (dan pengagungan) terhadap kuasa Barat yang dilihat sebagai mendominasi ilmu dan pengetahuan dunia. Mahar menjadi seorang penulis manakala Lintang kekal miskin walaupun genius kerana berhenti sekolah setelah kematian ayahnya namun semangatnya diwarisi oleh anaknya pula. Dari satu perspektif yang lain, aku mengiyakan juga sedikit sebanyak pendapat beliau.

Baik. Cukup tentang Laskar Pelangi.



Beralih ke malam tontonan filem pendek karya pelajar fakulti pada tanggal 15 Julai lalu.





Nausea memang kena dengan maksud tajuknya itu sendiri; mual, jijik, meloyakan. Memang itu pun yang dipaparkan oleh pengarah di dalamnya. Paparan dua pemuda punk yang eksistensialis tetapi humanis, aku lihat sebagai imej yang digunakan pengarah mungkin sebagai ibarat kepada golongan manusia dengan sifat negatif paling buruk namun punya rasa kemanusiaan yang sangat tinggi berbanding manusia-manusia yag dianggap 'mulia'. Aku masih percaya dengan didikan melalui paparan negatif (menunjukkan perkara buruk supaya tidak dicontohi) kerana hal ini pernah aku pertahankan dalam tugasan tulisan akademik satu masa dulu.


Nausea bagi aku bagus dari segi garapan pengarah namun mungkin agak 'memaksa' penonton menghadam satu demi satu mesej... Oops...did i just say message? Maaf, filem bukan medium penyampai mesej kan... Aku cuma mengambil iktibar daripada kata-kata seorang pensyarah yang mengkritik karya filem pendek tugasan aku dan rakan-rakan yang dikatanya seperti mengetuk kepala audiens supaya merasakan emosi yang pengarah ingin penonton rasakan. Bukan begitu caranya menghasilkan filem yang berkesan.

Tetapi, itu yang aku rasakan semasa melihat Nausea. Transisi babak berserta mesej ke babak lain seolah-olah merentap emosi penonton dan aku sendiri banyak kali terkejut dengan keadaan ini. Dari sudut teknikal mungkin punca permasalahannya tapi aku tak mahu ulas lebih lanjut sebab aku sendiri kurang arif dari segi aspek teknikal filem. Cuma yang dapat aku rasakan, seketul dan setakak demi setakak pengarah melompat-lompat dari satu mesej ke satu mesej untuk disampaikan dan disumbat ke otak penonton. Tiada betul salahnya, cuma rasa ter'ketuk' dan terpaksa menerima visual serta moral berbeza mengikut kronologi secara drastik satu persatu.



Kaki Lima pula satu bukti peningkatan karya pelajar FACT...namun mungkin terlalu banyak perkara nak disuarakan untuk sebuah video pendek. Tak tahu-lah, mungkin aku saja yang merasa sedemikian dengan ilmu filem yang sejengkal dan pengetahuan tak seberapa. Content-nya pintar, sinis dan bersifat dystopia (aku suka nak guna istilah ini - baru berkenalan). Ia menentang regulasi dan set norma masyarakat yang biasa diguna pakai. Kaki Lima satu video pendek yang cuba menongkah arus - dan ini amat bagus.


Aku sempat bertanya, adakah ia juga dikatakan rebellious? Menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap sistem pemerintah, golongan kapitalis, sifat buruk masyarakat kebanyakan yang buta, celik dan rabun tetapi seakan-akan tidak punya panca indera? Kau rasa?




Bonda simple, yet meaningful... Percubaan pertama yang bukan kosong... Sesetengah mungkin berpendapat ceritanya cliche tapi isi dan penyampaiannya cantik... Oleh sebab itu aku terpanggil untuk mencapai mic dan menyuarakan sesuatu. Untuk seorang pelajar Semester 1, bagi aku hasil tangan beliau ini boleh dibanggakan. Sekurang-kurangnya bila ada yang mempersoal, kau dah ada satu karya termuat dalam portfolio. Itu kan lebih bagus daripada bercakap kosong?
Aku cemburu sebenarnya. Peluang aku belum tiba.
** Belum cukup ilmu tapi terlampau ingin hasilkan sesuatu... Nanti-lah...
Insya Allah...

~0^_^0~

July 13, 2009

Lawak Senda Pagi...

HARI 1

"Tenenet... Tenenet..." nada dering Sony Ericsson di sebuah telefon bimbit Nokia berbunyi.

Terpisat-pisat. Lihat pada skrin. Lambang sebuah sampul surat dengan paparan nombor telefon tak dikenali... 019-518++++.....

"Salam. Nurul, biarlah abang balik tak bersama sayang. Tak sanggup abang melihat sayang sebelah abang, sedangkan sayang telah melupakan abang. Sayang, berilah abang satu peluang terakhir untuk abang menebus segala dosa abang bersama sayang, sudilah menjadi isteri abang! Abang merayu agar sayang terimalah semula...."

Celaka. Nurul mane pulak ni...? Sapa pulak yang buat kelakar di pagi hari ni. Campak telefon ke katil.

Ignore.


HARI 2

"Tenenet... tenenet..." telefon berdering lagi seperti mana pagi semalam.

Satu mesej baru. Nombor yang sama.

"Salam. Nurul sayang, abang telah luahkan perasaan abang pada Nurul tapi sayang tetap membisu menambah derita diri abang, sayang. Abang faham sakitnya hati Nurul dengan sikap abang selama ini. Maafkanlah abang, sayang. Sebenarnya semasa di Melaka abang nak beritahu sayang balik dari sana, abang bercadang nak ajak kita kahwin, benar sayang, demi Allah abang tak bohong, tapi abang telah dikejutkan dengan perakuan sayang macam mimpi ngeri, tetapi sebenarnya adalah realiti. Sayang, berikanlah abang sekali peluang terakhir, sayang. Janganlah membenci abang begini sekali. Walau bagaimanapun, abang berjanji pada diri abang akan berusaha untuk memiliki Nurul walau dengan apa cara jua *cara baik saja*. Kasihankanlah abang, sayang. Wasallam..."

Celaka, lagi panjang ayatnya. Berjela-jela sampai tiga page, dah tu jiwang pulak. Mampus kau lah. Sah salah nombor, tak pun ada orang nak bergurau di pagi hari.

Ignore.


HARI 3

"Tenenet... tenenet... tenenet.. tenenet...." Argh... pagi-pagi mesej masuk berderet. Memekak betul...!

Tiga mesej.

Mesej 1 : "Salam... Napa kosong jawapannya, sayang... Sayang jangan buat abang gelabah pagi2 ni!"

Mesej 2: "Abang amik pagi ni kita gi minum, leh sayang?"

Mesej 3: "Nurul sayang, awak masih tak dapat untuk menerima abang kembali ke, sayang?"

Ahh... sudah... Ini harus dihentikan. Entah mamat siut mana yang send mesej ni. Kalau betul mesej ni memang tersalah dihantar, naya je.

Reply: "Bro... lu dah salah send msg ni. Better lu ensure number awek lu yang betul k, dah bape kali lu tersalah send msg kat gua ni. Semak inbox gua je..."

Lama diam. Mesej masuk lagi.

"Ok brother. Gua minta maaf ok."

Selesai.

Kalau tak di-reply, entah apa jadi.

Moral --> Pastikan anda send message ke nombor yang betul. Kalau tak, boleh bikin orang bengang di pagi hari...!

Out...

July 6, 2009

ENTRI KE-101...

Salam... ukhuwwah fillah...

Being a blogger gives me a whole new experience through life, growing up into a real person and expressing myself in ways I couldn't do before. I wrote a lot already, I want to share all the pictures that meant a lot to me for my 101st. entry this time....


Me and Kak Anum


Abah's grave... The day I cried a lot in my whole life...


Produksi 8 team - Kun Fayakun


Best friend ever... love her much...

Thanx for being my loyal blog reader, everyone....!





~0^_^0~
Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!