September 14, 2009

Kembali ke Medan...

Salam... ukhuwwah fillah...


Tidak juga bergoyang kaki, tapi rasanya aku dah banyak berehat (dalam erti kata tidak separuh mati bekerja). Lalu, sampai sudah masanya aku kembali ke medan berperang dengan semua assignment yang masih berbaki dan tertangguh.

Banyak...!



tugasan bekerja dengan sihat dan selamat



tugasan panjang al-kisah sejarah

dan...

tugasan tambahan : sudah baca, jadi, sekarang mahu kaji pula

(imej diambil dari sini)



Setelah ribut taufan reda, emosi kembali stabil dan sudah boleh senyum kembali, cadangnya mahu berat-beratkan otak sebelum cuti seminggu bergembira. Biar semua selesai, boleh berehat dengan aman bermain mercun dan makan ketupat rendang. Terasa ingin mencuri dan mengaplikasi nota seorang rakan yang ditampal di meja kerjanya, kedengaran comel tapi penuh bermotivasi :


jangan tangguh kerja, nanti tak boleh raya...

nak raya ke tak..???




Seronok menanti hari bermakna yang bakal tiba. Selepas raya, menanti hari menyarung jubah dan menadah skrol pula. Tak sabar...!



Oh...di kesempatan ini ingin memohon ampun maaf kepada semua atas segala keterlanjuran laku dan kata, yang tidak sedar mahupun yang sengaja...



Salam lebaran, maaf batin dan zahir...
jemput ke rumah kalau ada kelapangan...


~0^_^0~








2 comments:

reez said...

hehe
selamat hari raya
pastikan kerja semua dh siap k sayang

mapieceofart said...

reez...
thanx dear... happy raya 2u too... huwaaa... tgh b'smangat lah ni nak abiskan sume sblum blk raya... ngantuk2 da nih x cukup tido... huhu

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!