Salam ukhuwwah fillah...
Dengan semangat waja, 3 Jun lalu aku pun beriya-iya
drive sorang-2 pergi ke panggung semata-mata nak pergi menonton. Dalam kepala aku ada tiga
movie yang aku
plan nak tengok; Shrek, Prince of Persia (POP) dan Lagenda Budak Setan (LBS) -
plan yang terakhir ni masuk jugak-la dalam
list sebab kebetulan memang tarikh filem-nya keluar hari tu. Bila dah di depan kaunter, aku garu kepala nak tengok yang mana satu. Ikutkan hati memang nak marathon tengok tiga sekali (betapa tinggi cita-2) tapi bila tengok jam, dah 4.40pm.
Tension sekejap kakak kaunter tu tunggu aku nak beli tiket ke tidak. POP dah terlepas 10 minit, bermakna terpaksa-la aku membatalkan niat dan akhirnya aku pilih LBS. Shrek dah ke mana, sebab masa tak mengizinkan. Kalau balik lewat, melanggar waktu
curfew pulak - padahal tak ada ditetapkan pun kena balik pukul berapa (nota: emak saya
cool) saja nak jadi budak baik, lagipun tak elok keluar seorang balik sampai malam. Haishh...
Justeru,
let us talk about the movie. It wasn't my favourite of all time obviously, worth it for a one-time watch jela. Nak ajak aku tengok
movie ni lagi sekali? Err... terima kasih aja-lah ye? (kejam... kejam...) Aku paling
eager nak menonton LBS masa
first time tengok trailer-nya.
The look of the film on first impression ada sikit macam
touch Kabir Bhatia, tapi filem Kabir lagi cantik kut... sinematografi yang memang cantik dan aku dah tertangkap pun dengan lagu runut bunyi-nya (Bila Cinta - Fili) yang mendayu habis.
My earliest assumption, sah cerita cinta jiwang karat dan aku tau dah sikit-2 pasal cerita ni walaupun tak pernah baca novelnya. Kawan-2 yang dah pernah baca semua kata tak sabar nak tengok filem ni sebab cerita dalam novelnya tersangat-lah
best. (
okay, aku
exaggerate sikit-la di situ...)
Masuk ke panggung,
seats tak berapa penuh pun. Di sebelah aku ada sepasang kekasih, aku paling sekali je dan nampak diorang bercintan-cintun. Lantak-la. Bermula penontonan, 10 minit pertama dah mula rasa drama. Aku tertunggu-2 macam mana agaknya rupa perangai setan si Kasyah (Farid Kamil) itu.
On my first thought aku kata "Oo... Kasyah ni samseng jambu sial...", tapi aku tak cakap dalam hati rupanya, sebab aku cakap dengan agak kuat tanpa sedar. Mujur tak ada orang dengar. Mana tidak-nya, dari mula sampai habis, aku naik
jealous tengok bibir Kasyah
pink basah dan
glossy ala-2 kissable-lah konon, lagi cun mengalahkan bibir Katerina (Fazura).... tak nampak setan langsung. Rambut
corn-rows?
Okay-lah kut.
Aku tak ada masalah dengan lakonan.
Overall,
the acting was satisfactory. Kate paling
superb. Aku suka dia (
clap! clap!). Watak Ayu (Lisa Surihani) berkesan aku kira. Cuma ke-setan-an Kasyah saja tak berapa setan-la aku kata. Letak cicak dalam Coke... bergaduh di padang bola... kurang ajar dengan Naib Canselor (
cool gila NC kolej siap turun padang hantar sendiri surat
warning by hand....). Cukup sampai situ saja. Selebihnya, ke-setan-an Kasyah di-
describe saja oleh Sofi (Nubhan) yang ada menyebut ke-setan-an Kasyah
and the gang sampai dah pernah menyebabkan ada
lecturer mereka (ke cikgu entah?) sampai MC sebulan, masuk hospital seminggu... bla bla bla... aku nak tengok dengan lebih lanjut samseng yang dikatakan tu, bukan dengan cerita cakap je, tak
legend langsung siot. Tajuk pun Lagenda Budak Setan, kisah kat kolej pun seciput je, mana celah entah setan tu. Mungkin lagi sesuai tukar tajuk filem ni Lagenda Cinta Budak Jambu.
Sejam berlalu. Aku dah muak pula dengar lagu Bila Cinta tu diulang untuk ke-berapa ratus kali. Layan je walau aku sedar tak sabarnya rasa nak tunggu filem ni habis. Aku jarang ke panggung menonton filem Melayu tapi kali ni aku
support, pulangan-nya tak se-puas mana. Sekali lagi,
I wish I had read the novel first, baru tengok filem. Sebab bila dah tengok filem dia dulu, dah jadi tawar hati pulak nak membaca novel-nya. Apa-pun,
here are my points for LBS :
1) Perkara pertama (haha...aku suka nak cakap ouh) bibir Kasyah
pink and glossy... auww! Tak tergoda pun, merosakkan imej seorang budak setan. Tak macam setan langsung.
2) Plot disumbat-2. Aku rasa tiga fasa hidup Kasyah dan kisah cintanya; zaman kanak-kanak, walau sedutan je al-kisah Kasyah tercium kawan perempuannya dalam hujan lalu kena cili oleh emaknya di 'tutt... ' beliau -
how romantic and... ouch...), zaman remaja di kolej al-kisah bertemu Ayu dan zaman dewasa al-kisah Kasyah sudah berkerjaya dan akhirnya berkahwin (yang ini pun patutnya boleh dipecah tiga atau beberapa - Kasyah selesai belajar, dapat kerja, bertemu Ayu semula, bertemu Amelia, tahu cerita sebenar Ayu
accident dan menjalani
plastic surgery, kembali bertemu Ayu versi Amelia, bertemu Kate (Fazura), Ayu amnesia kerana dibelasah Azmi, kahwin dengan Ayu, dapat anak tapi Ayu meninggal dunia masa bersalin...
O my God... third act filem ni saja dah boleh buat lagi lima filem...!
Like I said, plot terkejar-2 dan disumbat semuanya dalam sepertiga yang akhir. Mampus!
3) Khidmat pemuzik Indonesia Windra Beyamin dan Gio (yang turut menyanyikan lagu Bila Cinta versi lelaki) wajar diberi pujian. Indah sungguh bila didengar dalam trailer, tapi kerana kekuatan lagu ini seorang (err...seorang?) yang digunakan untuk mengangkat emosi dalam penceritaan, lalu ia diulang terlalu berkali-kali. Bosan.
4) Kelogikan cerita juga banyak kali menimbulkan persoalan. Masa Ayu dan Kasyah berpisah, masing-2 tak ada nak bertukar email ke, nombor telefon ke? Oh, latar tahun cerita ni mengikut novel (80'an kalau tak silap), students tak pakai
handphone lagi (adoi...)
handphone botol air mungkin dah ada time ni. Oh c'mon... kalau filem dibikin zaman itu pun, rasanya tak wajar mereka langsung tak berhubung waima melalui surat pun. Kasyah bukannya pergi Papua New Guinea, pedalaman tu masih dalam Malaysia lagi kan.
5) Aku hairan seorang perempuan seberani Ayu kenapa-lah langsung tak teringin nak
report polis tentang tindakan ganas Azmi (Que Haidar) tu? Dah boleh dakwa dia, bawa ke mahkamah, habis cerita. Kata bijak... tapi sanggup pulak tahan je tak buat apa-2 walau kena dera teruk dengan suami sendiri. Sama juga dengan emaknya (Sheila Mambo) yang
hot meletop dan kembali bergaya dengan sihat walafiat lepas nazak nak mati sakit jantung. Fuh... cayalah...
6) Sinematografi... uhh begini...! Sangat cantik. Bila aku kata cantik, maknanya aku suka-la (weee...!). Paling suka masa Kasyah tinggal di kampung tu. Pantainya, tasiknya (aku nak sangat naik sampan tu!), air terjunnya... aku rasa nak menangis tengok keindahan lanskap dengan
camera angle yang tepat, memang boleh jual tempat tu kalau ramai orang tahu kat mana. Lain-la kisahnya dengan
couple yang duduk sebelah seat aku tu, awek dia menangis entah apa-2 punya
part yang tak payah sedih pun.
Last sekali tu mungkin-la, sebab Ayu mati kan... tapi memang tak boleh blah sebab si pakwe-nya sanggup tunggu awek habis bersedu sedan sampai selesai
ending credit... aku memang akan tunggu sorang-2 dalam panggung sebab aku wajib baca nama semua krew sampai skrin padam. Tapi lain pulak ceritanya dengan
couple tu. Adoi....la rakyat Malaysia. Pfft...
7) Sharad Sharan memang klasik. Filem yang dia garap dari novel ikut
style dia memang betul jadi
touch dia - cerita cinta hindustan atau dalam bahasa kasar-nya, k****g
style (walau ada orang kata Sharad terlampau terikat dengan penceritaan mengikut bab dalam novel? hurm....) Paling
best, comel je bila ada naik di skrin "Setahun kemudian...", "Berakhirnya bahagian satu..." etc... lebih kurang-la, aku tak ingat
exactly perkataan yang diguna. Tapi bila dia tulis berakhirnya bahagian satu tu, aku kata "oh no! Ada bahagian dua la lepas ni?" Mati-lah kalau cerita dengan gaya sama juga yang keluar nanti. Tapi jangkaan umum, sekuel filem ni tentu tentang Katerina.
If it's still Fazura,
I bet it will be a hit. (Nota: Aku tak minat Fazura, aku suka lakonan dia.)
Kalau sesiapa yang belum tengok LBS tapi dah baca tulisan aku ni, tolong jangan terpengaruh. Ini apa yang aku rasa, pendapat aku saja. Setiap orang ada pandangan berbeza
so, go and see it for yourself. Jangan dengar cakap orang je.
And I believe there's no such thing of wasting your RM10 to watch a bad film just because it is bad. Jangan hukum filem dan kata rugi beli tiket. Beli tiket tak rugi, buruk pun filem tu,
at least kita dah tengok dan nilai sendiri. Itu yang paling bernilai dari apa pun.
Agree?
~
0^_^
0~
Nota semak: I just got my playlist updated... do check out the songs... XD