December 12, 2010

Mari Bercakap Bahasa Inggeris: Episod 1

Salam ukhuwwah fillah...

Aku tanya, kenapa agaknya bahasa kedua ini sangat penting bagi kita semua? Sebab ia bahasa yang global. Sebab satu dunia faham bahasa ini. Sebab ia boleh bawa kita pergi jauh. Sebab dengan mahir dalam bahasa ini, boleh bantu kita setanding dengan orang-orang dari negara luar sana. Oh?

I didn't know any English words since I was a kid. Memang langsung tak ada pendedahan. My family does not speak English, dari moyang ke nenek ke datuk ke makcik pakcik ke mama ke abah ke adik beradik. We only speak Malay, bahasa Melayu sahaja. So, it's kinda hard for me to excel the subject in school. Until I was in Standard 3, cikgu English masa tu adalah Miss Khoo (rasanya cikgu ni pun dan meninggal dunia, lama dah, so this post is somehow a tribute to her... thanks teacher).

Cikgu ni dah tua pun masa tu, tapi belum kawin. Dia memang garang gila. Tiap kali masuk kelas muka ketat nak mampus, rasa nak terkencing kalau dengar dia marah. So, I was one of those (not-so-smart) kid in the class, selalu bermasalah dengan subjek yang diajar beliau iaitu bahasa Inggeris. Ini sungguh merunsingkan, kerana dalam subjek lain, boleh dikatakan I was on the lead (cewah!)- Maths especially. Tapi English? Haihh...

Setiap kali subjek English, cikgu ni suka suruh build a sentence based on perkataan yang dia bagi. Basic words je, macam table, rubbish, eraser, dustbin... perkataan bodo-bodo je. Tapi aku tak pernah cuba angkat tangan dan try buat ayat. Memang tak tau dan takut salah, pastu malu. Yang selalu jawab masa tu, the non-Malays dan yang Malay, Nurul Huda. Beliau sangat pandai English. Saidatul pun. Tapi aku tak pandai, kerana ter-sangat bengap dalam English waktu tu, perkataan-perkataan macam tu pun rasa susah sangat tahap Add Maths mahupun Fizik dan Kimia. Jadi selalunya bila time English class aku diam je, padahal kalau waktu subjek lain memang ter-sangat bising mengalahkan ayam (yang comel).

Satu hari tu, Miss Khoo panggil aku datang depan kelas. Dia baru lepas mark kerja sekolah yang dia bagi semalam. Aku kena marah depan kelas. Dahla jawab soalan banyak salah, bila buat corrections, nak eja 'CORRECTIONS' tu pun berterabur salah. Dahla eja correction salah, jawab semula soalan dalam correction tu pun boleh salah lagi. Sampai kena buat corrections of corrections. Gila bengap. Dia tanya aku kalau ada masalah nak faham apa dia ajar. Aku tipu, kononnya aku faham tapi tu semua careless mistakes. Jahat gila, kecik-kecik dah pandai menipu masa tu.

Lalu, disebabkan rasa bengap yang sudah lama berlarutan itu dan aku makin tertekan (konon la, pressure belajar subjek Darjah 3 katanya), aku pun ambil keputusan untuk tulis surat kepada Badan Kaunseling. Dekat tepi Teachers' Room ada satu kotak untuk student yang rasa bermasalah letak surat mengadu masalah. Jadi aku pun buat-la seperti yang dinyatakan di atas.

Esoknya, lepas rehat Miss Khoo panggil aku datang jumpa dia. Dah rasa nak terkencing time tu. Aku fikir kena marah lagi-la nampaknya ni. Rupanya tak. Masa aku jumpa Miss Khoo, dia senyum. Langsung tak nampak marah.

"Awak ada masalah dalam Englsih?"

"Saya... saya tau saya tak pandai, teacher."

"Awak bukan tak pandai. Awak lemah saja, dan awak rasa rendah diri."

"Uh... ma... mana cikgu tau?" *kena ada gagap-gagap sikit, baru dramatik.

"Mesti-la saya tau. Saya kan cikgu kamu."

Aku nangis kat situ gak. Aku cerita betapa aku tak pandai English, eja 'Corrections' pun salah. Dan aku jeles aku tak se-pandai budak-budak lain dalam kelas tu. Miss Khoo kata, nak belajar English kena selalu practise. Macam naik basikal, kena hari-hari kayuh. Baru pandai. Ada lagi yang dia cakap tapi aku dah lupa. Cuma yang aku ingat, tiba-tiba aku rasa sungguh ber-motivasi masa tu. Berkobar-kobar untuk belajar English.

So, dalam kata dah terlambat jugak nak bermula dari basic, aku tebalkan muka pegi library dan pinjam story books untuk Darjah 1 macam Snow White, Sleeping Beauty... yang satu page ada satu ayat je tu, aku baca semula merangkak-rangkak. Biar tak faham, aku tengok kamus. Hari-hari aku baca. Dah rasa terer sikit, aku pinjam buku yang hebat lagi. Sampai ke novel. Dan aku still ingat buku English pertama yang aku berjaya baca sampai habis, tajuk dia 'The Wind in The Willow'. Best cerita tu. Ada Mr.Mole, Mr. Badger, Mr.Frog. Adventure habis.

Dalam class pun aku dah berani speaking-speaking dengan budak-budak Chinese dan India. Aku jadi rapat dengan diorang. Masa tu paling sikit berkawan dengan budak Melayu, diorang tak suka belajar. Aku sekolah Convent, so budak Melayu pun tak-la ramai sangat dan ramai yang kaya-kaya je tapi poyo berlagak nak mampus.

Naik Standard 4, aku dah jadi tutor dalam SAL Project, kira macam program adik angkat la, ajar English dekat budak-budak Standard 1. Rasa bangga sangat. Itu pencapaian paling best aku rasa. It was as if I really went from zero to hero. Cool oh.

Sampai sekarang, aku belum la tip top sangat pun dalam English. I can write well (ok-lah, not so well) lintang pukang je campur-campur. But when it comes to speaking, aku banyak bergantung dengan environment - orang-orang yang boleh aku berborak dalam English dan tak rasa aku cuba berlagak best.

Itu yang aku cuba tingkatkan sekarang. Sebab aku menyesal sikit, baru-baru ni ada dapat call regarding the internship, dari Astro Radio. It was somehow an interview through the phone, mungkin untuk mengesahkan placement aku di Astro nanti. The lady asked me to briefly tell her about my background and experiences. I stammered A LOT. Coz I wasn't ready. And my mind went blank. After I hung up, I thought I did it really bad, I almost blew it away- the chance. But I thought again, they already picked me. It was only for the placement and if I blew it, maybe boleh dapat department lain? But radio is good enough though. Entah la.

Justeru, atas perasaan tidak enak ini-lah yang melahirkan rasa untuk menulis post kali ini. Tiba-tiba teringat Miss Khoo, zaman sekolah dulu-dulu, macam mana I tried really hard to be good in English, macam-macam.

Menulis post di blog ini pun kira satu bentuk latihan jugak. So, if there's any mistake grammatically ka, spelling-nya ka, feel free to correct me.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

. said...

Aku suka post ni :)

mapieceofart said...

thanks weh... =)

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!