December 2, 2010

SMS Gumbira

Hari ni aku dapat SMS gumbira. Ter-sangat.

Orang pertama yang aku harus beritahu, semestinya Mama.

Tutt... tuttt... Aku call Mama, tapi tak berjawab.

Tiba-tiba, ringtone mesej berbunyi. Nama Mama tertera.

Mesej dibaca.

"Ninie call Mama ke tadi? Ma tengah latihan nasyid ni."

"Oo...yeke... takde pape. Nak bagitau je, Ninie dah tau result exam. Alhamdulillah... DL, Ma..."

"Syukur sangat, alhamdulillah. Tahniah, cyg. (short form feveret Mama). Tuhan dengar doa Mama."

Aku terkedu. Tersyahdu seketika. Rasa nak menitis air mata bila Mama sebut ayat terakhir tu.

Memang betul. Aku ingat, selama ni kalau aku berusaha mati-matian, ditambah dengan doa tak henti, mesti aku akan berjaya. Aku silap. Aku lupa. Tanpa doa Mama, tak mungkin aku terima apa yang aku terima hari ni. Even doa aku saja tak cukup untuk buka pintu rahmat Tuhan, tapi doa seorang ibu, lebih makbul dari segala-galanya.

"Mekasih, Ma... Sayang Mama... =)"

"Sama-sama. Cyg Ninie juga. Ni, tadi Mama amik Chung balik umah sebab Tuk Alang masuk spital, ada kawan la balik si Tam tu. Tapi Tam duk panjat si Chung, Tam dah tak kenal Chung, dia ingat Chung kucing betina. ... bla bla bla..."

Panjang pula cerita Mama pasal kucing-kucing tu.

Aku senyum. Aku tak peduli pun kalau kucing-kucing di rumah tu nak jadi adik beradik kucing gay, tapi apa yang Mama cakap tadi masih berbekas dalam hati aku.



Betul. Tuhan dengar doa Mama...

Syukur...

Terima kasih, Ma...

Terima kasih, Ya Rabb....

4 comments:

Azam Abd Rahman said...

salam singgah,
jenguk juga laman puisi saya

maPieCeoFarT said...

salam... akan dijenguk. =)

Dean winchester II said...

tahniah! :D

maPieCeoFarT said...

hey... thanks! =)

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!