April 13, 2011

N.A.K. K.A.W.I.N.

Salam ukhuwwah fillah...


Siapa tak pernah fikir pasal kawin? Cuba angkat tangan macam teman nih haaa... *golek golek tangan*


Siapa tak pernah fikir? Siapa?


Ada.


Orangnya....

..........

.......

...


Saya.

*****************


Bila orang tanya pasal kawin, jawapan paling klise semestinya;

"Alah... muda lagi lah. Gila ape nak kawin muda-muda!"

"Mana ada duit nak kawin."

"Enjoy ah dulu. Apa barang kawin awal."

"Err... nak kawin dengan sape ye? Saye ni boyfriend/girlfriend pun takde. Saye tak nak jadi perigi cari timba..."


Okey. Jawapan saya ada dalam salah satu contoh di atas.


Rasa aneh jugak sebenarnya bila fikir/tulis pasal kawin ni. Tapi lepas sorang... sorang kawan-kawan sekolah kawin. Kawan tadika pun ramai yang dah kawin. Yang dah beranak pinak pun ramai. Macam tak percaya. Semua dah berkeluarga, dah ada baby, profile pic siap letak gambar anak. Rasa macam baru semalam belajar sama-sama kat sekolah, tup-tup dengar cerita dah kawin. Betapa cepatnya masa berjalan.

Kahwin. It's like you have reached your life peak, your destiny: getting together with your loved one and spend the rest of your life with him/her. How sweet.

Bercakap pasal benda-benda begini, it's something I don't do much. Nak jadi cerita, pagi ni tengok TV9 dengan kakak. Ada interview Ashraf Muslim. Selama ni takde lah pun minat sangat dekat beliau, tapi rancangan di TV tu reveal macam-macam perkara yang selama ni orang tak tahu tentang beliau.

He's super multi-talented. Mungkin jugak sebab watak beliau dalam drama selalu di-portray dengan watak orang baik-baik, alim dan kacak (nota: saya tak pernah tengok drama bersiri Ustaz Amirul tu, tengok iklan je), imej beliau pun nampak bersih dan baik setiap masa.

Dalam rancangan TV yang saya tengok pagi ni, baru-lah pertama kali tahu yang Ashraf Muslim ni bukan setakat pandai berlakon je, malah beliau ni seorang usahawan muda. Tak sangka beliau ada ternak ayam dan kambing. Bagus kan? Artis zaman sekarang kena pro-aktif. Mana boleh bergantung dengan hasil job menyanyi/berlakon je. Selain tu, beliau pandai main flute ok. Kau ada? Agaknya (saya bajet-bajet la) sambil beliau jaga kambing, mesti sandar kat pokok sambil tiup flute lah tu. Hehe... Kacak bergaya.

Akhir sekali, yang paling best tentang Ashraf Muslim ni, beliau ada pusat perubatan Syifa'. Dia sendiri antara beberapa orang yang mengubat pesakit yang datang. Malah dia merantau serata Malaysia mengubat orang sakit. Ya Allah... lengkapnya pakej beliau ni. Dah-lah kacak, lemah lembut, beragama, tampan dan muka bersih sejuk hati memandang, banyak bakat pulak tu, pandai menternak lagi, walaupun hensem dan glemer, beliau tak jijik pun bela ayam dengan kambing. Cuba suruh Awal Ashaari, mau ke dia bela kambing? Semestinya beliau akan kata "Euwww euww..." je sepanjang masa. Huhu... *andaian je nih ok. Pendek kata, Ashraf Muslim ni memang sangat menjadi idaman ibu-ibu mertua dan gadis-gadis lah.

Jadi, point-nya di sini, sambil menonton rancangan tu, saya spontan ter-cakap depan kakak, "Hayom, aku nak kawin la dengan Ashraf Muslim ni..."

Lalu, Hayom menjawab spontan jugak, "Kawin la. Dia baik, hensem, ada pusat perubatan Syifa' lagi. Memang elok sangat." Tapi ada statement tak sengaja saya ter-cakap selepas ayat ni, terus dapat 'amboi...gatal...!' setepek. Adeh!

Kembali ke persoalan awal tadi, saya betul-betul serius ni nak kawin dengan Ashraf Muslim. Sebagai langkah permulaan, saya dah like page beliau di Facebook serta status-status yang beliau post. Saya tahu, saya kedengaran 'berangan lebih' dengan tindakan ini, tapi mana tahu, jodoh Tuhan yang tentukan. *muka serius*

Keputusan ni adalah keputusan terbesar yang saya pernah buat dalam hidup saya. Malah, saya hampir pasti 110% yakin hendak berkahwin dengan Ashraf Muslim kerana awal-awal lagi mak saya dah reject Fahrin Ahmad.

"Ma, hensem tak Fahrin tu, Ma? Orang nak kawin dengan dia boleh?"

"Hishh...tak nak lah Mama dapat menantu macam tu. Dia tu tak lawa."

Lawa?? Ok, Fahrin tak lawa. Reject.


Untuk terakhir kali, saya mengesahkan yang saya serius nak kahwin dengan Ashraf Muslim.


Ashraf, saya suka awak.


Photo taken from here

Oleh itu, sesiapa yang baca post ini, *malah kalau abang Ashraf sendiri...woohoo!*

Sila-lah support saya dengan meng-klik di sini.

Tak susah pun, ada a few details perlu di-isi, daftar jadi ahli komuniti remaja dan kita sama-sama boleh kumpul duit sambil ber-Facebook, ber-Twit dan ber-blogos. Dalam kes saya, ia di-klasifikasi-kan khas dan wajib klik, sebab saya nak kumpul duit nak kawin dengan Ashraf Muslim. Ada duit lebih dari hasil yang saya dapat nanti, saya nak belanja Ashraf Muslim makan di Restoran Cabai atau TGI Jumaat.


Terima kasih, semua.


=)





6 comments:

Soren Mohd Noor said...

whatever! xDDD

I don't know who he is (I seriously don't, I don't catch up with today's local entertainment news) but he IS quite a catch.... kalau dapat la. :P

mapieceofart said...

haha... quite a catch eh, Soren? as in, if i go fishing, he's the big fish? LOL.

Yeah. Mesti dapat. In my dream. T_T

Maisarah said...

tulus! tulisan kamu tulus! harap dia baca :) kalau tak pun, biar i yang suruh dia baca.. hahaaa

mapieceofart said...

whoa! what if he really read this? dah sah-sah dia freak out pastu lari laju-laju, bukannya masuk meminang. he'll think i'm one of his creepy FREAK fan. LOL.

Anonymous said...

haha! nak artis je. nasib la bukan artis korea ... hahahaa

mapieceofart said...

harus laa artis! ni bukan demand ok, ini gerak hati dan naluri. haha!

korean? euww euww.... LOL

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!