June 22, 2011

Al-Kisah Bawang


Salam ukhuwwah fillah...


Ini post suka-suka, sebab dah lama rasanya tak tulis apa-apa di blog. Hehe...

Sepanjang cuti ni, aku memang duduk di rumah tak ke mana. Selain ke hospital atas urusan kesihatan, kebanyakan masa aku spend di rumah je - tengok tv, main game, tengok movie, baca buku, makan, etc. Jarang sangat keluar melepak. Dan aku memang suka duduk rumah, dengan Mama.



Kecoh sekejap tadi. Al-kisahnya pegi membeli barang dapur di kedai dengan Mama. Terserempak pulak dengan Azri, jiran setaman - dia pernah mengorat aku masa tadika. LOL. Segan kejap, sebab pegi kedai tak sempat mekap (ehh...motif?). Ok, itu subplot je, tak ada kena mengena dalam ini cerita.

Banyak jugak barang dibeli. Ada beli beras, gula, tepung, bawang, ubi kentang, sabun cuci pinggan, semua lah. Nestum pun beli jugak, nak try masak butter prawn versi ayam kentang, sebab Mama tak boleh makan udang.

Mujur aku ikut sama, boleh tolong angkat barang masuk kereta. Selama ni, masa aku tak ada, Mama pergi beli barang sorang-sorang je. *sobss... =''(

Lepas dah angkat semua barang masuk kereta, kami pun balik lah ke rumah. Pastu bila dah sampai rumah nak mula memasak, baru perasan bawang takde dalam plastik.

"Ehh... kita bayar ke tidak bawang tadi ye?" Mama tanya aku.

"Entah, tak perasan pulak. Ce tengok ce tengok..." aku jawab.

Kami sama-sama kecoh mencari bawang yang hilang dengan penuh misteri tu. Aku dah pening (dan panik) mencari, last sekali baru teringat nak check resit. Satu-satu harga barang di-check, tapi harga bawang memang tak ada. Haihh...

"Kena pergi kedai balik lah ni, Ma..." aku kata.

Sebab nak cepat, aku dengan pakai three quarter dan t-shirt je terus merempit pegi kedai balik. Memang rupanya kami tak bayar bawang, plastiknya pun tertinggal dekat kaunter menimbang barang. Memang betul-betul tak perasan ada sebungkus bawang tertinggal. Dengan selamba kami balik rumah. Adoi la...

So, lepas dah beli bawang, baru lah hati rasa aman dan tenteram pastu balik rumah sambung memasak. Moment paling 'tacing' (katenye...), bila Mama jenguk dari dapur, Mama kata...

"Tima kasih ye, Ninie..." sambil senyum sengih meleret.

Happy-nya dalam hati sebab dapat senangkan Mama. Bangga, kembang semangkuk, rasa macam dah jadi hero pulak hari ni. Hero beli bawang. LOL.

Aku angkat kening je tanda sahut (wahh...).

"Sama sama..." aku jawab.

*sambil mata mengerling dekat abang yang tengah enak tidur dekat sofa.



Dalam hati aku berbisik (fuhh, ayat novel) "Habis tu, kalau bukan aku yang pergi beli, siapa lagi yang boleh diharapkan..."

Huhu... T_T



5 comments:

~miss ieza~ said...

Huhuhuh.. tahniah kerana menjadi anak yang baik. hihihi

KatANoTA said...

haha lawak la..nanti tolong ijat beli barang dapur plak k hehehe..btw awak mmg anak yg baik :)

mapieceofart said...

huhu...TQ mas & ijat... kita semua anak2 yg baik... ;)

anak-anak wajib membahagiakan ibu bapa, tak kira dalam apa pun cara. kan? =)

~miss ieza~ said...

betol2.. sapa lagi yg nak membahagiakan ibu bapa mereka kalau bukan anak2 mereka kn? hihi.. :)

mapieceofart said...

exactly, mas... =)

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!