April 6, 2009

KUN FAYAKUN : Day 3

Salam... ukhuwwah fillah...


Third day shoot, Khamis, 2 April 2009, aku bersemangat bangun paling awal - sebab ada si Jajan tolong kejutkan... hehe... Kelewatan hari semalam tak harus berulang... huhu... Lepas bersiap, terus turun ke bawah, pakcik bas yang sama dah siap tunggu kat depan blok... Wahh..!! Belum sempat call dah sampai dulu pakcik ni, mesti sebab rasa bersalah pasal semalam. Dia siap dah masuk parking kat dalam, tak payah nak suruh²... huhu... Krew yang lain pun datang dan terus load in barang, kemudian bertolak ke lokasi. Hari ni, kami shoot di kawasan berpokok dekat Seksyen 14.

Sampai saja di lokasi, terus setup untuk scene. Hari ni ada dua scene saja perlu di-setel-kan, lepas tu kami boleh raya Hindu. Memang tak sabar sangat nak habiskan. Lepas setup, terus roll. Kira² sampai tengah hari (sebab aku baru balik dari ambil makan tengah hari), tak semena-mena hujan turun lebat gila babun. Kami semua menggelabah dan terus pack barang². Equipment yang penting macam kamera, gen set dan extension, semua diselamatkan dulu masuk kereta, termasuk talent - Azlee dan Intan. Mujur ada dua kereta stand by - kereta si Nabil dan Tompel... thanx tolong ya, Nabil...! Jadinya, dua² kereta dah penuh disumbat barang, tinggal kami saja krew² yang terpaksa berdiri dalam hujan. Memang kuyup sakan, sempat kami ber-meeting, ber-Hindustan, bercerita hantu, macam² lagi-lah. Semuanya dalam kebasahan, kekuyupan hujan yang maha lebat dengan kilat yang sabung menyabung... (ni saja nak melengkapkan cerita saja... hehe...)

Al-kisahnya pakcik bas tak dapat datang cepat sebab dia berada kat rumah, bas pula di unit kenderaan. Dia tak boleh nak meredah hujan lebat tu sebab dia bermotor saja. Alaaaahaii, pakcik... Kami ni lagi-kan berkuyupan sudah, memang sampai terketar² dah sejuknya. Memang tak ada tempat berteduh pula dekat area situ... Hurm... kekuyupan dan kesejukan yang amat sangat, lalu tercetus-lah idea kreatif krew² Kun Fayakun ni untuk mengisi masa lapang yang terluang... Sambil memanaskan badan katanya...

Aku yang tengah asyik berteleku dalam hujan waktu tu, tetiba terdengar si Tompel menjerit, "Korang..! Jaja dah mampos...!!" lalu aku pun terus melompat dan berkejar. Aku tengok Jaja dah terbaring di rumput. Spontan aku terus nangis, dalam hati aku tak putus² berdoa, jangan-lah terjadi apa² dekat si Jaja. Aku takut sangat waktu tu, Tuhan saja yang tahu. Berambu-rambu dah aku menangis, risau. Kami ramai² tolong angkat si Jaja ke driver seat kereta si Tompel. Elok saja dah diletak, Jaja buka mata, "Korang... aku tak betul² pengsan laa..."

B.*.B.I...!!!!

Semua dah bantai gelak baikk punya. Aku langsung terduduk kat atas jalan. Tak guna! Sempat diorang buat prank pulak tengah² hujan tu. Aku menyumpah tak habis dalam hati. Tapi memang best, nak tergelak-nya sebab aku langsung tak perasan diorang sengih² kambing sepanjang insiden cemas terbabit. Hahah... aku memang senang kena tipu. Bagus-lah jugak, jadi aktiviti memanaskan badan yang boleh di-consider membantu arr dalam kesejukan tu... huhu...

Hujan memang betul² lebat, luar dalam habis dah basah semua (huhh..??) Kami tinggal nak tunggu pakcik bas sampai, bawa naik barang barang dan balik ke kolej. Plan B-nya, nak sambung shoot di studio. Kira-nya shoot semula, babak dream sequence. Tapi memandangkan hari dah nak lewat petang, krew² semua dah flat dan ada yang tak available, kami ber-meeting panjang mencari satu tarikh lain untuk re-shoot ganti dua babak yang masih belum selesai...

Tension...!! Lagi kerja tambah...!! Lagi ongkos tambah...!!!

Jadi-nya, shoot hari ketiga selesai begitu saja... Err... pembetulan.. belum selesai sebenarnya... kami perlu re-shoot... huhu...


(T_T)

April 3, 2009

KUN FAYAKUN : Day 2

Salam... ukhuwwah fillah...

NOTIS : Sesiapa ada atau kenal individu yg boleh pinjamkan VAN atau LORI untuk sehari, please tinggalkan no. hp @ email korg kat sini atau kat ruang komen...sangat² diperlukan dengan kadar segera... TQ!




Second day shoot, Rabu, 1 April 2009, penggambaran dibuat di kawasan perumahan di Sunway Kayangan. Tak berapa jauh pun dari kolej dan rumah yang digunakan tu pun rumah saudara mara salah seorang daripada team krew Kunfayakun juga. Pagi harinya, tepat 6.30 aku terjaga, aku menggelabah sebab terbangun lambat - tidur hampir jam 5.00, bangun semula sejam kemudian..? Memang tidur batu - FLAT-lah!). Tapi begitu pun, aku memang bersalah atas kelewatan tersebut. Apa pun, lepas tu aku call pakcik bas yang akan bawa kami ke lokasi, tapi tak berjawab. Padahal, semalam dah di-confirm-kan beberapa kali kami akan keluar shoot pagi tu. Boleh capai ratus kali juga aku menelefon, tak juga diangkat. Hati dan mulut dah start keluar kata² maki dan carut, maklum-lah aku jenis yang cepat ke-tidak-stabil-an emosi a.k.a naik angin. Buat kerja pun jadi celaru.

Tak sempat tolong keluarkan equipment, aku terus pergi jenguk ke luar pagar. Aku nampak satu bas parking seberang jalan. Dah kenapa bas ni kat seberang jalan pulak? Kenapa tak parking je depan kolej sebelah bus stop? Aku geram bercampur musykil. Lalu aku pun pergi bertanya dan sah-lah itu pakcik bas yang membuatkan aku maki² seorang diri tadi. Penuh rileks dia duduk saja dalam bas, bukan nak call aku semula. Bila aku hampir nak marah² (sikit saja lagi....), baru dia cakap rupanya dia tertinggal handphone di rumah. Memang bertuah punya pakcik bas... Aku menyabarkan diri sendiri dalam hati, mengenangkan pakcik tu dah tua dan mungkin pelupa. Haishh.....

Sampai di location, semua krew terus setup untuk scene dalam rumah tu. Aku dan E'e pulak di luar menyediakan kebajikan krew - sarapan. Aku naik risau bila semuanya bekerja sampai tak sempat berhenti sekejap makan. Dah suruh take 5 berhenti rest sekejap pun tak ada effect. Tapi dah selesai setup dan sebelum mula shoot, masing-masing makan juga.

Shooting indoor - semua scene dalam rumah saja - jadi kurang sikit letih berjemur panas-nya kalau nak dibandingkan dengan shooting outdoor, tapi cabarannya lagi sukar bila nak mendapatkan lighting yang terbaik - serius - memang SUSAH. Mujur ada bantuan tangan beberapa rakan yang sudi turun ke set dan menghulurkan pertolongan, alhamdulillah... Big THANKS to Lewan, Abg Azri and Faliq...! Tak lupa kepada Akash, Syafiq Garcia... thanx sebab sudi singgah jenguk set Kun Fayakun... and to Reez dan Mira... thanx a million...!! Sanggup gak korang tolong kitorang walaupun ada kelas at 4 that day... dan siapa lagi ye? Maaf kalau ada yang tertinggal...! Huhu...) Syukur...semuanya berjalan lancar. Boleh dikatakan hari kedua ni yang paling enjoy walaupun dalam letih yang teramat. Dari pagi, kami semua all-out sampailah malam jam 10.30 baru wrap dan makan. Pakcik bas sampai, terus load in barang dan balik. Semua orang boleh-lah tidur trus sesampai di kolej, tapi aku tetap kena tidur jam 4.00 pagi, siapkan bekalan air untuk shoot hari esoknya pula... sobsss... (T_T)


+ Insert (senarai salutasi dan apresiasi... hehe...) Thanx to Auntie Lyn, sebab sudi pinjamkan rumah beliau... dan Abang Khairi for lunch... serta Makcik Fatimah for dinner... nasi lomak makcik memang superb...!! Haaa... ni aku promosi skali... next time korang ada majlis atau event atau shooting ke, boleh tanya aku nombor contact Abg Khairi and Makcik Fatimah ni... harga boleh runding, memang terbaik arh diorang kasi... harga terendah dan terunggul... pastu ada nasi lomak best 80 sen pun aku boleh tolong bagi nombor contact... cumanya korang kena ambik sendiri-lah order tu... so make sure majlis atau shooting tu lokasinya tidak jauh dari kolej Puncak Perdana... +

" Kunjungi-lah Puncak Alam, semuanya ada di sini..." Hehe.... bolehh...??

~0^_^0~

April 1, 2009

KUN FAYAKUN : Day 1

Salam... ukhuwwah fillah...


First day shoot, Selasa, 31 Januari 2009 merupakan hari permulaan buat team Kun Fayakun. Hari ni cuma perlu siapkan satu scene, so penatnya bolehlah tahan lagi. Lewat pagi mula set up di lokasi dekat Seksyen 10, start shoot pula tengah hari dan habis menjelang petang. Ja'a yang meng-handle kamera dan dibantu si Kamil. Dua² mereka ni memang tulang belakang kami. Thanx juga kepada semua yang datang menolong - Attar, Lewan... siapa lagi, yup? Aduhh... tak recall pulak... But thanks sesangat semuanya... Dekat set, aku orang yang paling concern dengan kebajikan semua - crew, talent dan helper. Jadi produser merangkap PM, beginilah... Selain pening kepala hotak memikir hal surat menyurat, aku sibuk kira mengira duit, pinjam meminjam itu ini, ke sana sini, macam²-lah. Tapi, penatnya baru bermula secebis saja pada hari pertama ni. Hari kedua, esok... Schedule memang pack, jadi memang kami bersedia untuk all out sehabisnya. Semoga dijauhi daripada sebarang masalah-lah. Amiinnn...


Ready for take...

Camera roll....
Aksi!
And cuttt........

And ayat yang paling heaven untuk didengari semasa shoot --> It's a wrap...!!!



:: Seronok gak sekali sekala layan lagu jiwang sambil naik kereta ramai²... Azlee + Ja'a + Tompel (kereta-mu terbaik!! thanx a lot...) + E'e memang gilaa...!! Hahaha... Dah lama tak gila² macam tadi... Mkasih jugak kat Aswunk, Ja'a and Kamil yang willing untuk tolong kitorang sampai selesai abis shooting Kunfayakun ni nanti... Thanx tidak terhingga, kalian... Love y'all lah...!! mWahh²...! ::

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!