NOTIS : Sesiapa ada atau kenal individu yg boleh pinjamkan VAN atau LORI untuk sehari, please tinggalkan no. hp @ email korg kat sini atau kat ruang komen...sangat² diperlukan dengan kadar segera... TQ!
Second day shoot, Rabu, 1 April 2009, penggambaran dibuat di kawasan perumahan di Sunway Kayangan. Tak berapa jauh pun dari kolej dan rumah yang digunakan tu pun rumah saudara mara salah seorang daripada team krew Kunfayakun juga. Pagi harinya, tepat 6.30 aku terjaga, aku menggelabah sebab terbangun lambat - tidur hampir jam 5.00, bangun semula sejam kemudian..? Memang tidur batu - FLAT-lah!). Tapi begitu pun, aku memang bersalah atas kelewatan tersebut. Apa pun, lepas tu aku call pakcik bas yang akan bawa kami ke lokasi, tapi tak berjawab. Padahal, semalam dah di-confirm-kan beberapa kali kami akan keluar shoot pagi tu. Boleh capai ratus kali juga aku menelefon, tak juga diangkat. Hati dan mulut dah start keluar kata² maki dan carut, maklum-lah aku jenis yang cepat ke-tidak-stabil-an emosi a.k.a naik angin. Buat kerja pun jadi celaru.
Tak sempat tolong keluarkan equipment, aku terus pergi jenguk ke luar pagar. Aku nampak satu bas parking seberang jalan. Dah kenapa bas ni kat seberang jalan pulak? Kenapa tak parking je depan kolej sebelah bus stop? Aku geram bercampur musykil. Lalu aku pun pergi bertanya dan sah-lah itu pakcik bas yang membuatkan aku maki² seorang diri tadi. Penuh rileks dia duduk saja dalam bas, bukan nak call aku semula. Bila aku hampir nak marah² (sikit saja lagi....), baru dia cakap rupanya dia tertinggal handphone di rumah. Memang bertuah punya pakcik bas... Aku menyabarkan diri sendiri dalam hati, mengenangkan pakcik tu dah tua dan mungkin pelupa. Haishh.....
Sampai di location, semua krew terus setup untuk scene dalam rumah tu. Aku dan E'e pulak di luar menyediakan kebajikan krew - sarapan. Aku naik risau bila semuanya bekerja sampai tak sempat berhenti sekejap makan. Dah suruh take 5 berhenti rest sekejap pun tak ada effect. Tapi dah selesai setup dan sebelum mula shoot, masing-masing makan juga.
Shooting indoor - semua scene dalam rumah saja - jadi kurang sikit letih berjemur panas-nya kalau nak dibandingkan dengan shooting outdoor, tapi cabarannya lagi sukar bila nak mendapatkan lighting yang terbaik - serius - memang SUSAH. Mujur ada bantuan tangan beberapa rakan yang sudi turun ke set dan menghulurkan pertolongan, alhamdulillah... Big THANKS to Lewan, Abg Azri and Faliq...! Tak lupa kepada Akash, Syafiq Garcia... thanx sebab sudi singgah jenguk set Kun Fayakun... and to Reez dan Mira... thanx a million...!! Sanggup gak korang tolong kitorang walaupun ada kelas at 4 that day... dan siapa lagi ye? Maaf kalau ada yang tertinggal...! Huhu...) Syukur...semuanya berjalan lancar. Boleh dikatakan hari kedua ni yang paling enjoy walaupun dalam letih yang teramat. Dari pagi, kami semua all-out sampailah malam jam 10.30 baru wrap dan makan. Pakcik bas sampai, terus load in barang dan balik. Semua orang boleh-lah tidur trus sesampai di kolej, tapi aku tetap kena tidur jam 4.00 pagi, siapkan bekalan air untuk shoot hari esoknya pula... sobsss... (T_T)
+ Insert (senarai salutasi dan apresiasi... hehe...) Thanx to Auntie Lyn, sebab sudi pinjamkan rumah beliau... dan Abang Khairi for lunch... serta Makcik Fatimah for dinner... nasi lomak makcik memang superb...!! Haaa... ni aku promosi skali... next time korang ada majlis atau event atau shooting ke, boleh tanya aku nombor contact Abg Khairi and Makcik Fatimah ni... harga boleh runding, memang terbaik arh diorang kasi... harga terendah dan terunggul... pastu ada nasi lomak best 80 sen pun aku boleh tolong bagi nombor contact... cumanya korang kena ambik sendiri-lah order tu... so make sure majlis atau shooting tu lokasinya tidak jauh dari kolej Puncak Perdana... +
" Kunjungi-lah Puncak Alam, semuanya ada di sini..." Hehe.... bolehh...??
~0^_^0~
1 comment:
pelbagai cabaran ni zara! takpe, u guys managed! mcm best pun ade keje2 korang ni. hehe. kalo hasil dah kuar esok2, gtau tau! abg nak tgk! =p
u can do it zara!
p/s- takde plak member2 yg ade van atau lori.
Post a Comment