Salam... ukhuwwah fillah...
Setelah ber-meeting dan mengambil kira soal segala segi, kami decide untuk re-shoot Ahad itu juga. Dah tak ada hari lain lagi yang semua crew available, talent free dan equipment ada. Kami kawtim dengan satu lagi group lain yang keluar shoot pada weekend itu dan manage untuk pinjam barang diorang sehari saja. Kebetulan juga hari Ahad tu diorang tak dapat teruskan shoot sebab location tidak dapat digunakan (diorang shoot di gereja dekat Brickfields dan ada sambutan Good Friday hari Ahad itu... jadi-nya, church tak available untuk shoot). Alhamdulillah, masalah equipment selesai, masalah transport juga selesai (thanks to Penang sebab pinjamkan van production tu yup...!) jadi bergerak-lah kami pada Ahad itu menyelesaikan babak yang belum selesai...
Re-shoot on extra day, Ahad, 5 April 2009, aku bangun awal sedikit dari call time. Sepuluh minit awal, kira okey lar kann... Bangun², macam biasa, contact semua orang dan pastikan semua orang pun dah bangun juga. Hari ni tak ada bas, kami angkut barang guna van pinjam. Van pun sampai tak lama kemudian, Kamil drive. Kami load in barang dan bergerak ke lokasi yang sama macam hari Jumaat-nya, di Seksyen 14. Alhamdulillah, ada dua kereta berjaya didapatkan. Thanks to runner kitorang, Li kawan si E'e yang sudi menolong.
Al-kisah menariknya, tepat jam 12.15 tengah hari tu, aku dan E'e bergegas balik ke Puncak untuk ambil makanan dan juga menghantar si Lee balik memandangkan part-nya dalam dua² scene dah habis. Kami pun pergi-lah, kemudiannya singgah di 7-11 Seksyen 2 beli ais. Aku sempat menyinggah beli tepung, spare saja untuk wrap party katanya. Tapi aku risau² juga sebenarnya, jadi ke tidak wrap-nya, sebab bila pandang langit, cuaca dah muram... Haishh... janganlah tak sempat habiskan shot... Aku berdoa dalam hati...
Sampai di set, memang rintik hujan dah mula turun kasar². Semua krew pun dah bungkus barang² masuk van. Sekor² muka ketat tak boleh blah. Aku tanya Jaja, apa status-nya? Dah sempat habiskan semua shot ke tidak? Dalam otak aku pulak bergema perkataan 're-shoot.... re-shoot...' Argh...!! Tidak....! Aku tak sanggup dah..!! Kata Jaja, ada lima shot lagi ter-hutang... Tunggu sama² bincang di dining lepas balik semula ke kolej nanti... Okeyhh... kene cari satu hari lagi untuk cover shot... Aku dah nak pengsan...
Sampai di dining, makan, masing² tak cakap apa² pun. Selesai, kami mulakan meeting. Si Ainaa dengan muka serius, terus mulakan hujah beliau. Bila pula lagi masanya yang dapat dibuat re-shoot, macam mana urusan transport, equipment, status crew, ke-free-an talent, bla bla bla.... Aku dah macam tak mampu nak fikir... Aku cuma cakap, "Okey, kene guna Plan B. Shoot tipu shot kat studio malam ni juga, tapi memang conti lari. Tak ada cara lain."
Ainaa pun terus membebel mengeluarkan demand² props dan setting scene untuk shot ganti tersebut yang maha hebat, sampai Lyn, si Art Director protes terus, disambut yang lain². Memang impossible nak mendapatkan semua yang diminta Aina tu. Aina berkeras, katanya nak selamatkan jalan cerita. Baik bersusah sekarang, daripada kitorang mati kutu masa editing nanti. Argh...! Aku dah tak dapat nak fikir lagi dah...!!
Keadaan sangat tegang. Aku di tengah² cuma mampu dengar dan meleraikan bila suara masing² dah memuncak. Si Jaja menambah pula kemudian, salah siapa sampai boleh jadi macam ni. Salah Aina katanya yang tak clear-kan semua shots yang dia nak. Dah Aina dan Jaja gaduh pula. Sampai keluar the F-word, sampai satu dining pandang kat kitorang. Aku dah nak menangis time tu... Finally, Aina kata, "Dah... sudah! Kalau semua dah malas sangat nak berusaha demi short film ni, dah pegi mampus... Lantak-lah apa nak jadi. Semua pegi balik tido, sebab IT'S A WRAP...!!!"
C*lakakkkk....!!!!! Aku terkena lagii....!!!
Aku yang baru nak merancang wrap prank, last² aku sendiri yang terkena balik... Memang tak guna betul-lah..!! Huhu... Aku dah tekup muka kat meja. Gila babun diorang semua in-character, aku tertipu lagi. Masing² memang pelakon terbaikk arh... Gila suspek... semua berkat belajar Acting dengan Puan Amy masa Part 2 dulu nih... Haishh... Jaja pegang kepala aku yang muka macam ala² blur bodoh²... "Dah abis lah, yang... mana ada lima shot hutang tu... tipu jer...!" Siutttttt sangat... hahahah... aku ketawa dekat diri sendiri... ehh... terlupa pulak aku ada beli tepung ubi (haaa... amik korang, tepung ubi terus!) yang ada aku beli, spare untuk wrap party katanya... ni dah wrap pun, apa lagi.... aku mandikan Ainaa dengan tepung... pastu yang lain² pun sempat gak terkena tempias... Haha... mampus-lah, abis dining ber-tepung kitorang kerjakan...
Dengan itu, selesai-lah sudah kisah shooting filem pendek Kun Fayakun... Pun tak boleh suka sangat, belum pikir hal editing lagi... huhu... tak apa, sekarang party dulu... Yeddeyyyyy...!!
+ Thanks tidak terhingga sekali lagi kepada semua tenaga kerja team Kun Fayakun... sama ada yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung... terima kasih... terima kasih...! Itu saja yang mampu aku cakap... huhu... Thanx sooo damn much... +
~0^_^0~
7 comments:
hehe yeddey!
jom... boleh kita...? ~0^_^0~
+ yeddeyy..! editing pula...! (T_T) +
ekh ko nih amik course pe n cm best je...de production sndri ke?konpius den...yolah den bkal cikgu aje..haihh..explain2...
takziah dan tahniah
infinity...
iya... di-explain sudah... =)
amer zaman...
ahah... trimas untuk kedua²nya... =)
rindddu!
rindu!
Post a Comment