Salam... ukhuwwah fillah...
Third day shoot, Khamis, 2 April 2009, aku bersemangat bangun paling awal - sebab ada si Jajan tolong kejutkan... hehe... Kelewatan hari semalam tak harus berulang... huhu... Lepas bersiap, terus turun ke bawah, pakcik bas yang sama dah siap tunggu kat depan blok... Wahh..!! Belum sempat call dah sampai dulu pakcik ni, mesti sebab rasa bersalah pasal semalam. Dia siap dah masuk parking kat dalam, tak payah nak suruh²... huhu... Krew yang lain pun datang dan terus load in barang, kemudian bertolak ke lokasi. Hari ni, kami shoot di kawasan berpokok dekat Seksyen 14.
Sampai saja di lokasi, terus setup untuk scene. Hari ni ada dua scene saja perlu di-setel-kan, lepas tu kami boleh raya Hindu. Memang tak sabar sangat nak habiskan. Lepas setup, terus roll. Kira² sampai tengah hari (sebab aku baru balik dari ambil makan tengah hari), tak semena-mena hujan turun lebat gila babun. Kami semua menggelabah dan terus pack barang². Equipment yang penting macam kamera, gen set dan extension, semua diselamatkan dulu masuk kereta, termasuk talent - Azlee dan Intan. Mujur ada dua kereta stand by - kereta si Nabil dan Tompel... thanx tolong ya, Nabil...! Jadinya, dua² kereta dah penuh disumbat barang, tinggal kami saja krew² yang terpaksa berdiri dalam hujan. Memang kuyup sakan, sempat kami ber-meeting, ber-Hindustan, bercerita hantu, macam² lagi-lah. Semuanya dalam kebasahan, kekuyupan hujan yang maha lebat dengan kilat yang sabung menyabung... (ni saja nak melengkapkan cerita saja... hehe...)
Al-kisahnya pakcik bas tak dapat datang cepat sebab dia berada kat rumah, bas pula di unit kenderaan. Dia tak boleh nak meredah hujan lebat tu sebab dia bermotor saja. Alaaaahaii, pakcik... Kami ni lagi-kan berkuyupan sudah, memang sampai terketar² dah sejuknya. Memang tak ada tempat berteduh pula dekat area situ... Hurm... kekuyupan dan kesejukan yang amat sangat, lalu tercetus-lah idea kreatif krew² Kun Fayakun ni untuk mengisi masa lapang yang terluang... Sambil memanaskan badan katanya...
Aku yang tengah asyik berteleku dalam hujan waktu tu, tetiba terdengar si Tompel menjerit, "Korang..! Jaja dah mampos...!!" lalu aku pun terus melompat dan berkejar. Aku tengok Jaja dah terbaring di rumput. Spontan aku terus nangis, dalam hati aku tak putus² berdoa, jangan-lah terjadi apa² dekat si Jaja. Aku takut sangat waktu tu, Tuhan saja yang tahu. Berambu-rambu dah aku menangis, risau. Kami ramai² tolong angkat si Jaja ke driver seat kereta si Tompel. Elok saja dah diletak, Jaja buka mata, "Korang... aku tak betul² pengsan laa..."
B.*.B.I...!!!!
Semua dah bantai gelak baikk punya. Aku langsung terduduk kat atas jalan. Tak guna! Sempat diorang buat prank pulak tengah² hujan tu. Aku menyumpah tak habis dalam hati. Tapi memang best, nak tergelak-nya sebab aku langsung tak perasan diorang sengih² kambing sepanjang insiden cemas terbabit. Hahah... aku memang senang kena tipu. Bagus-lah jugak, jadi aktiviti memanaskan badan yang boleh di-consider membantu arr dalam kesejukan tu... huhu...
Hujan memang betul² lebat, luar dalam habis dah basah semua (huhh..??) Kami tinggal nak tunggu pakcik bas sampai, bawa naik barang barang dan balik ke kolej. Plan B-nya, nak sambung shoot di studio. Kira-nya shoot semula, babak dream sequence. Tapi memandangkan hari dah nak lewat petang, krew² semua dah flat dan ada yang tak available, kami ber-meeting panjang mencari satu tarikh lain untuk re-shoot ganti dua babak yang masih belum selesai...
Tension...!! Lagi kerja tambah...!! Lagi ongkos tambah...!!!
Jadi-nya, shoot hari ketiga selesai begitu saja... Err... pembetulan.. belum selesai sebenarnya... kami perlu re-shoot... huhu...
(T_T)
No comments:
Post a Comment