October 9, 2008

"Kami The Movie : Hidup Ini Memang Palat... Tapi Esok Masih Ada..."

Salam... ukhuwwah fillah...

Hiyargh... akhirnya tercapai juga cita² nak menonton filem ini...
Bumi Taiping Bandar Warisan itu yang ketandusan sekian lama akhirnya menerima sinar bahagia apabila Taiping Sentral dibuka dan ada wayang...!! Yihaa... (slain Vincci, Kenny Rogers, etc... kakak aku suka laa sangat...) Pada raya ke-3 kami pergi menonton...

Lalu, kepulangan ke kampung hari raya lalu, aku bagai seorang perantau yang sudah berkurun tidak pulang ke kampung halaman... Taiping dah banyak membangun...! Ada hospital berbayar macam drama General Hospital tu.. pergh! Jakun tiba² melihat kampungku...

Okeh... ni bukan nak cite pasal betapa hebatnya bandar Taipingku, tapi sedikit review pasal filem ini: Kami The Movie...
(For more info, sila ke www.projekkami.com
)

Aku berpuas hati dengan hasilnya... Pengarah bersama filem ini, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak ternyata bijak mengatur strategi memancing minat remaja (macam aku...) sekaligus meletakkan golongan muda sebagai target audiens utama. Filem ini aku consider sebagai berjaya dengan segala persoalan terungkai, plot
digarap kreatif (macam mana drama episodnya tak linear, filemnya juga begitu tapi taklah terlalu 'dimain²kan') serta gandingan pelakon yang mantap semestinya (yaaa... tidak terkecuali watak Ali lakonan Syarul Ezani Mohamed Ezzuddeen... s.a.y.a. s.a.n.g.a.t. s.u.k.a. d.i.a.a.a.aaaa...!!) hahaaa... semuanya wajah pendatang baru industri tapi semuanya berjaya bawa watak masing² penuh jaya, aku kira...

Starting movienya penuh smart... kira connect dengan jiwa gelora remaja (huwahhh...!) lalu membuatkan aku terus asyik menyumbat popcorn tanpa mengalihkan mata dari layar dari permulaan cerita hingga penamatnya.

Permulaan cerita menunjukkan aksi Abu (lakonan Nas-T)
yang banyak betul masalah pergaduhan dan menambah lagi masalah dengan melarikan diri dari pusat tahanan (ker pusat latihan @ sekolah budak jahat?? mane² lah...) Selamat keluar dari situ, terus bertemu Ali... Terus bertemu gadis²nya pula - Adii, Sofie dan Lyn (sangat suka watak Adii... sempoi smart seyh...). Mereka kemudian ke pantai meraikan hari Abu bebas (padahal larikan diri dari 6 bulan lagi tempoh tamat hukumannya...) Babak bersuka ria dan selamba bersahaja remaja yang dipaparkan tu aku tak berapa berkenan lah... well... remaja Melayu memang realitinya bebas camtu ehh? Yelah agaknya kut... sebab tu difilemkan... huhu... tolak satu markah di situ...

Kemudian konflik setiap watak dikupas satu persatu...
Kisah Ali dengan masalah keluarganya (sayang jer watak Alisha lakonan Sazzy Falak xde setelah di'movie'kan... watak mak Ali pulak tak menyerlah sangat bila diganti dgn Norish Karman... anyway tak affect pun, dua² tu watak yg tak brapa penting...) ditambah lagi masalah kerjanya as pegawai pelancongan (yer kowttt..? kejenye mempromosi pakej pelancongan...) yang dia tak suka gila... blum masuk konflik cintanya lagi... iskkk... lalu dia hampir² je ambik dadah smula... (huhh... tension seyh jadi Ali... iskk²... xpe, I kan ade... wahahaha...!!) Kisah Abu dengan masalah attitude yg tak abis²... dia bukan budak jahat pun... tapi tahla, mungkin faktor keadaan wat die jadi camtu... Kisah Lyn pulak yang terus merahsiakan identitinya sebagai Teka-Teki... pulak tu didatangi smula Boy (so-called bf dier dari kampung dolu...) yang dah datang ke KL pulak dan kembali menariknya terlibat dengan aktiviti menjual dadah... Kisah Adii plak yang bercinta tak kesampaian dengan Vanilla Ais iaitu abang Abu, terus terbuai dengan cinta internet... Sofie dilema oleh masalah maknya yang berproblema dengan perkahwinan... kesian minah ni sampai masalah tu hampir affect peluangnya sambung belajar ke luar negara....

Konflik tambah rumit bila semua masalah bersatu dan saling berkait antara satu sama lain... Lyn terkantoi sampai Abu tahu yang dia sebenarnya adalah Teka-Teki tapi atas dasar komplot kawan², Abu tak bocorkan pun rahsia tu kepada kawan² lain, especially Ali yg teruk kene hentam dek si Lyn dalam review sebuah majalah tentang bandnya : The Disasters (eyhh... lagu band ni mase part last gig tu tangkap gak owhh...) Pastu Abu yang melarikan diri terus kene hambat dengan Pak Din, penjaga dari tempat tahanannya. Nak balik rumah, serba salah sebab ade bapaknye. Lalu, Abu lepak di rumah Ali...

Sampai klimaksnya bila Ali dapat hidu aktiviti tak sihat Lyn... dan dapat tahu Lyn terlibat plak dengan Boy @ Zahiril Adzim (watak dier memang lahanat... betul tak leh blah, rase nak blasah seyhh.... ecehhh...hangin plak gua... tapi ade iras² celaka macam lakonan Zulhuzaimy ataupun Iqram Dinzly... huuu... layak sungguh... way to go,
dude...! Bakat beliau punya masa depan cerah... seriously...) pastu kerana nak selamatkan Ali yang cuba campur tangan dalam hal Lyn, akhirnya Abu yang mati kene tikam oleh Boy. Giler sedih part ni, tapi memang tak leh blah time Abu dah nak mati dalam kete tu, leh wat klaka hampeh lagi... (bukan nak mengucap..!!) Iskkk... tapi memang best lar watak Abu... style... lastly, tak sempat Ali drive sampai hospital, Abu dah pun lelap... sangat sedih part ini... Aku nangis sambil makan popcorn!! Dah macam tengok cite industan plak... iskkk... dan iskk...

Penamatnya, Ali dapat jugak tahu yang Lyn sebenarnya Teka-Teki yang duk merahsiakan diri selama ni. Agak² macam cinta berputik kut antara diorang ni... huhu.... jelesss uhh... Adii pulak terjawab persoalan bila Abu sempat sampaikan satu package lengkap berisi shirt dan gambar² dia dengan abangnya... Sofie plak selamat sambung belajar luar negara (yaaa...aku sukaaa sekali endingnya... lakonan Juliana Evans ni memang menjengkelkan arr... minah kontrol + gurlie terlalu... geli tekak gua... erhhh..!)


Habisnya memang sedih sebab watak Abu yang happening dimatikan begitu... Kalau movie nie ade 'remake', hopefully wat ending yg lain arr... xleh blah sedih wohhh bile Abu mati... argh...!!

Pepun, Kami The Movie memang deserve kasi salute lahhh... So, people... go watch the movie....!!! Tak rugi support local film kita... plus, kebanyakan movie² indie Red Films takde yang tak best... bebila nanti pegi, arite....! For more info, sila ke www.projekkami.com

Saluttt...!!

Empat bintang...



+ Mahu cari lagu band The Disasters...! Sesiapa...?
+


~0^_^0~


3 comments:

Anonymous said...

watak zahiril adzim lahanat tu makna nya bobba berjaya membawa watak nya dengan baik sebab dek kebencian kamu itu yang membuak buak. hehehe.

anyway, tak ada review from positif side, try tgk yang negetif jugak:)

mapieceofart said...

yeapp... no doubt... he's good!!
owhh ya... trimas kerna mengingatkan itu... mungkin sbb tlampau suka Ali ni... heheh... will get it noted in times to come...
umm...here's one... perasan juga mainan kamera untuk babak aksi (Abu btumbuk) tlampau 'liar'... pening kepala... uhuu..
mahu nonton lagi skali mungkin... kamu mahu? yuk!

Sang Ganjil said...

band the disasters tuh wujud ke??
xtau la.
tp kalo nak dgr lagu yg ali maen kat gig pas abu mati tuh gi la kat my blog.
lagu tu tajuk die guris - twickheads.

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!