Salam... ukhuwwah fillah...
Satu hari ni tidak jejak kaki pulang ke rumah, aku berlegar saja di sekitar kolej menyudahkan apa yang belum selesai... sampai malam, ke screening pula menonton Misery...
Aku tak pandai bercakap menggunakan teori dan aku sendiri pun masih mentah soal filem tapi berbicara tentang filem bergenre drama-thrill-horror ini, aku cukup tertarik dengan kebijaksanaan pengarah memainkan emosi penonton.
Aku bukan jenis yang mudah terjerit2 kerana terkejut menonton filem seram tapi filem ni berjaya buat aku turut serta cemas dengan setiap kejutan yang ditampilkan. Watak Annie Wilkes lakonan Kathy Bates begitu mengesankan sampai aku terfobia sikit bila berdepan dengan seorang rakan yang bewajah hampir serupa dengannya....huhu... Annie menghadapi masalah psikologi yang kronik hingga mendorongnya bertindak luar normal apabila menyelamatkan penulis terkenal Paul Sheldon tetapi seterusnya mengurung dan menyeksa lelaki tersebut pada tahap ekstrem...
Memang menyakitkan menonton filem ini, nak tahu apa yang Annie lakukan, kenalah tonton sendiri... Dengan sentuhan sudut pandang naratif omniscient - penonton terlebih cemas kerana penonton lebih dahulu mengetahui kejadian yang bakal menimpa watak tapi tak diketahui oleh watak... erm, clear tak...? lebih kurang arr, cuba2 fahamkan... jadinya, dalam keadaan cemas penonton boleh memberi respon spontan contohnya menjerit menyuruh watak lari dan sebagainya... itu yang berlaku tadi... memang riuh Pancha Delima... huhu...
Misery tontonan kedua yang tersenarai dalam Screening di UiTM... Untuk makluman lebih lanjut, sila layari http://www.skrinfilem.blogspot.com/ ya...
+ Kadang2 tontonan filem yang teramat menarik pun boleh terganggu disebabkan mereka2 yang tak reti hormat orang lain dan melanggar etika penontonan masa screening... sedih... +
No comments:
Post a Comment