January 19, 2009

Nantikan...

Salam... ukhuwwah fillah...

Aku tumpang seronok dengan berita gembira yang diraikan oleh sahabatku, Jaja Kadir dengan lahir dan sempurnanya hasil arahan kedua beliau, sinKronis... (yaa...bukan sinKrosis...=D)

Pagi tadi, sempat kami berlari ke bilik En. Norman apabila si Jaja mendapat panggilan segera (tak sesuai aku kira sebagai panggilan kecemasan) dalam kesempatan yang sebentar berhenti rehat di celah² kelas 4 jam bersama En. Wiramanja. Aku terharu sekali bila aku diajak menemaninya bertemu dgn En. Norman seterusnya bersama² berkongsi berita gembira ini - dekan menerima dan amat menyukai hasil yang dibawakan melalui sinKronis. En. Norman sendiri mengutarakan pendapat beliau dan pujian terhadap sinKronis. Alhamdulillah.. itu saja yang tak putus² terucap di bibir dan dalam hati menyambut khabar gembira ini. Berkat keterujaan dekan diserta mood yang cerah ceria warna pelangi, filem pendek Awan Mendung Menanti Pelangi juga kembali tersenarai untuk tayangan. Alhamdulillah... berita gembira untuk saudara Azri Abu Hassan... Pagi ni penuh berita seronok.. seronok.. seronok....!!

Syukur sangat... Walaupun berkejar² antara waktu kelas, memang jelas terpancar senyum puas itu. Aku tumpang gembira....gembira tak terkata...! Syabas Jaja, walaupun tak dapat sertai sinKronis semasa pembikinannya, doa aku tak pernah kering untuk filem pendek ini... Alhamdulillah, syukur.... Usaha kau dah berputik muda... Buahnya...? 21hb nanti bakal kau petik ranum... Sedia ya...?

Insya Allah hari jadinya untuk dipertontonkan bakal tiba. Dengan ini aku menjemput anda semua untuk menghadirkan diri ke tayangan filem pendek sinKronis (Jaja Kadir), Awan Mendung Menanti Pelangi (Azri Abu Hassan) dan Omah Cilikku Enek Kelambu (Zainor Hisyam @ Wak Dol) di Studio Pancha Delima, UiTM Puncak Perdana pada 21 Januari 2009 bersamaan hari Rabu ini, jam 8.30 malam... Sila datang, kalau anda tak mahu merasai kerugian yang paling besar dan agung dalam hidup anda... ecewaahhh.... haha....menambah hiperbola di situ....

Awan Mendung Menanti Pelangi (Azri Abu Hassan)

Omah Cilikku Enek Kelambu (Wak Dol)

Sila² lah semua ya.... Masuk percuma, jadi tak ada alasan untuk anda menguzurkan jemputan ini... Kita berkongsi ilmu dan minda bersama² pada malam itu nanti... Jumpa di sanaa....!

~0^_^0~

1 comment:

Anonymous said...

thanks sayang. Alhamdulillah... hope segala2nya berjalan dengan lancar.

thanks for always b there 4 me...

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!