March 16, 2009

RETROSPEKTIF: RIRI RIZA - Tadinya Selesai Sudah...


Salam... ukhuwwah fillah...


Baru sebentar petang tadi menamatkan sesi bengkel filem bersama Riri, aku dah mula terasa rindunya untuk kembali bertemu beliau. Riri Riza bukan satu nama kecil dalam industri perfileman Indonesia dan aku antara mereka yang terasa amat bertuah sekali kerana dikurniakan peluang ini untuk bertemu beliau, menonton filem beliau, berdiskusi bersama beliau dan sedikit sebanyak mencuri ilmu di dadanya. Riri pada penilaian aku adalah seorang sutradara yang sangat-sangat berbakat dan berilmu, namun cukup merendah diri. Sedikit pun beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan pendapat, malah ramah sekali beliau bercerita kalau ditanya.


Selain pelajar UiTM, ramai juga yang turut hadir ke acara ni. Ada juga pelajar dari Aswara, kalangan freelance writer, pengkaji filem dan ramai juga yang tak berkesempatan untuk aku kenal siapa. Aku yang turut sama terlibat dengan acara ini - mengoperasi peranan dalam Biro Jemputan dan Protokol - pada mulanya ragu-ragu dengan tugas yang diberi, tapi kerana telah diberi kepercayaan oleh saudara pengarah projek, si Azmir 'Semut Kecil', aku memberanikan diri untuk turut sama membantu. Untuk pertama kalinya aku berurusan dengan pihak media untuk cover story sempena acara ini. Alhamdulillah, walaupun tak semua yang dijemput dapat hadir, aku berjaya juga mendapatkan wartawan dari Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro dan NST. Dari nervous, aku jadi yakin diri dan seronok pula menimba pengalaman berurusan untuk acara ini. Trimas, bro Azmir...! Aku panggil dia 'boss' sebab memang dia boss... =)


Tiga tayangan filem yang dipilih - GIE, Eliana Eliana dan 3 Hari untuk Selamanya - ternyata melengkapkan dan mengupas perbincangan filem dengan tepat dan efektif. Untuk Sesi Apresiasi Filem, kami berdiskusi dengan Cik Maszalida Hamzah sebagai moderator dan dua orang panel jemputan - Prof. Dr. Wan Zawawi Ibrahim dari Universiti Malaya dan Amir Muhammad serta tak ketinggalan Riri Riza sendiri. Perbincangan dan sesi soal jawab yang sangat membuka mata dan minda, bagi aku yang dikira masih mentah dengan ilmu filem ni... Banyak perkara yang dapat aku lihat melalui perspektif yang lain, yang tidak terlintas atau terfikirkan sebelum ni.


Hari kedua pula, tadi berlangsung bengkel yang dikendalikan oleh Riri sendiri. Kami dipecahkan kepada lima kumpulan. Seronok bila aku berkumpulan dengan Kak Wan (seorang yang sangat banyak idea dan ilmu...seronok berkenal dengannya), Muzz, Jaja, Ajun dan Syahrul. Kami diberikan akhbar dan dikehendaki mencari artikel yang punya isu mencerminkan situasi pada hari ni dan ada karektor/subjek yang mengutarakannya. Cari punya cari, kami pilih artikel 'Let It Be English' berkisarkan isu PPSMI yang hangat dibahaskan pada masa sekarang. Dari isu itu diolah menjadi sebuah idea cerita.


Setiap idea filem perlu ada ciri karismanya sendiri yang menggambarkan situasi yang bergerak - perjalanan peristiwa yang membentuk aksi. Dari aksi, timbulnya persoalan yang seterusnya menghasilkan sebuah cerita. Dalam setiap cerita pula harus merepresentasikan stand point pengarah secara kukuh. Ia perlu punya cinematic quality di mana penceritaan perlu banyak bermain dengan ruang, pergerakan kamera dan memaparkan imej asli alam melalui sound scapes (dialog atau voice over).


Sesebuah cerita tidak boleh kelihatan terapung-apung di awangan tanpa keputusan. Untuk mewujudkan penceritaan dan resolusi yang teguh, perlu di-portray-kan melalui karektor yang kuat. Pencontohannya, dalam filem Eliana Eliana sendiri, bukan Riri ingin menceritakan perihal watak Eliana dalam filem itu, tapi watak Eliana itu yang menjadi alat dan point of view-nya itu yang bercerita kepada audiens tentang perihal situasi yang berlaku di sekeliling watak. Ya...aku baru melihat perkara ini dari sudut pandang demikian.


Notanya, lima perkara yang perlu ada pada sesebuah idea cerita :
  • Subjek perlu punya matlamat yang jelas (want and need)
  • Dunia persekitaran watak yang mempengaruhi perwatakannya
  • Plot perjalanan/perjuangan watak
  • Character development - perkembangan watak
  • A reborn subject - penghasilan semula secara baru yang menjadi resolusi cerita

Apabila tamat sesi, setiap kumpulan perlu membentangkan idea masing-masing untuk dinilai. Komen-komen diutarakan dan dari situ setiap peserta menerima maklum balas tentang idea cerita masing-masing. Bengkel yang ringkas namun menggerakkan pemikiran pelajar kepada dimensi baru menurut cara Riri Riza ini adalah satu perkara yang menarik dan berguna buat para pelajar perfileman yang menyertai.


Dua hari di hujung minggu ini aku rasakan satu pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih, Azmir kerana beri kepercayaan untuk aku terlibat sama dan menikmati pengalaman berharga ini. Terima kasih Riri Riza kerana telah beri satu fenomena baru kepada pemikiran sehala aku yang kini meningkat ke tahap lagi satu. Terima kasih... terima kasih semuanya...!!


Pasti kangen skali sama kamu... Smoga ketemu lagi... =)


+ Tak sabar mahu nonton Laskar Pelangi yang bakal menjengah studio Pancha Delima awal April ini... ~0^_^0~ +

3 comments:

Ajami Hashim said...

good job dik ;-)

mapieceofart said...

thanx sudi singgah, bro...

~0^_^0~

Anonymous said...

muah!

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!