Audio iringan : Ikenai Taiyou - Orange Range
Lokasi : Not-so-official office...
Cuaca : Shah Alam selepas hujan...
Kondisi mental : Upside-down...
Salam... ukhuwwah fillah...
Makin hampir ke penghujung semester (a.k.a. final year, final sem..!!), sibuknya makin terasa. Sampai aku sendiri dah tak tahu nak definisikan waktu lapang itu apa. Kononnya dulu masa Semester 4, 5 dan sebelumnya, semester akhir ni tak payah pikir sangat pun takpe. Pointer pun boleh saja maintain, subjek pun ada berapa sangat... Katanya... tapi, ouhh... tidak semudah yang aku sangka... Baru saja habis berperang dengan editing (pun lepas ni ada lagi yang bakal menyusul - doku dan short filem kami sendiri) sampai aku break-down (nota: bukan break dance), demam², batuk, selesema, migrain...!
Minggu depan keluar shooting pula, filem pendek Kun Fayakun untuk subjek Diploma Showcase. Memikirkan hari shooting yang bakal tiba, aku jadi makin kalut. Banyak perkara perlu diuruskan sebelum harinya tiba, dan dalam proses menguruskan itulah macam² masalah timbul. Aku peniiiingg kepalaaaaa...!!!
Okey²... aku tahu aku kena cool down... bukan break down... apatah lagi settle down (kahwin...? sekarang...? apahal pula...?) Lagi kerja, aku kena siapkan final report untuk subjek Puan Lina (a.k.a. Akak Lina...huhu...) yang berkapasiti 30 muka surat itu... individual assignment-nya ya... terima kasih... dan aku belum pun mula apa²... walaupun dah memang ada point semua, cuma tinggal nak buat saja, aku jadi malas semacam... punca utamanya, laptop aku belum dengar khabar berita... orang yang menawarkan mahu membantu merawat beliau (laptop aku itu) juga berkondisi sibuk juga rutinnya... S.I.B.U.K. juga... macam aku-lah... tak ada beza...
Jadi kerja aku tertangguh... dan aku sendiri sudah sedia maklum aku memang tidak gemar buat kerja melainkan dengan menaip laju pada ChompChomp kesayangan aku itu saja.... bukan PC mahupun laptop yang lain... tapi bagaimana ya, submitnya minggu depan, memang aku harus juga buat walau mahu atau tidak mahu sekalipun... ya... hari submit-nya ngam² on the day group aku akan keluar shooting... ya, terima kasih sekali lagi...
Aku rasa sibuk aku yang akhir ini tak ada taranya kalau nak dibandingkan dengan sibuk² aku yang lepas. Semua kerja datang serentak, semua pada masa yang sama, sampai tak cukup lagi rasanya bertangan dua, al-kisah tak cukup tangan membuat kerja (tu belum cerita hal kaki, berjalan saja ke sana ke mari, alamat kalau ada empat kaki agaknya lagi banyak tempat aku merantau, kerja pun lagi cepat siap... tapi memang nampak macam alien-lah...hahaa...). Sibuk memang sibuk, tapi aku suka saja... sebab aku rasa complete.
Sibuk aku kali ini dikelilingi rakan² yang aku suka... lebih tepat aku panggil teman dan sahabat. Bila aku dekat dengan mereka, aku bahagia. Jadi sibuk-kah, susah-kah, gila-kah, atau apa pun kah, aku tetap akan okey. Mungkin itu yang mampu bantu dan buat aku keep on going . Masalah cinta juga sudah kurang, hampir tiada. Aku dengan hidup aku saja. Tak perlu fikir hal orang lain. Tapi status masih juga menunggu... Ada-kah...? Sesiapa...? Kamu?? Hahaha... ya, nanti aku pertimbangkan...
Satu minggu ini, tak ada satu hari pun yang aku tidak buat apa (definisi tidak buat apa - boleh bersenang-lenang di rumah, dengar mp3 sambil berbaring di katil, mengepit si Gargar kepala Garfield pemberian istimewa hari lahir aku yang kelmarin lalu dan membaca novel Neverwhere yang belum juga mampu aku habiskan... kemudian kalau bosan, berhenti dan pergi basuh baju yang sudah memenuhi timba ungu itu...). Isnin dan Selasa, aku di sekitar kolej saja memenuhi tuntutan pelajaran. Selain itu, ke hulu ke hilir sekitar pejabat fakulti dan kolej menguruskan surat dan hal² berkaitan shooting.
Rabu keluar sehari suntuk. Mula² ke unit kenderaan uruskan pengangkutan. Kemudian shopping katanya, tapi bukan beli barang sendiri dan ber-suka², semuanya untuk keperluan shooting juga. Sampai semula di kolej, diserang migrain yang maha teruk, aku terkandas di katil. Tapi tak lama, aku gagahkan bangun juga demi mahu ke Pancha Delima menonton Amir Muhammad dengan Malaysian Gods-nya itu. Menarik... habis itu, pulang terus ke rumah Jaja, borak panjang dan bercerita juga dengan dua lagi rakan. Kemudian menonton The Reader. Itu juga menarik... sudah tonton?
Khamis menemani Jaja lagi ke Fakulti Muzik - viewing sinKronis dan Pleasure. Seronok ke sana. Tiga tahun bergelar mahasiswa UiTM, belum pernah sekali pun aku menjejakkan kaki ke fakulti adik beradik kami yang jauh terpisah itu. Sampai di sana, rasa macam berada di sekolah Mahmud Baginda (tahu filem ini? aku suka sekali dari dulu, kini dan selamanya...) Muzik saja yang kedengaran di setiap celah. Yang saxofon-nya, piano-nya, violin-nya, yang berlatih vokal dan kedengaran seperti suara Andrea Boceli juga ada. Menarik... betul menarik...
Tapi menarik lagi dengan sesi tayangan sinKronis dan Pleasure yang aku hadiri ini. Faliq memang rilek dan bersahaja membentangkan hujah dan menjawab persoalan yang diajukan. Tiba giliran Jaja, aku bangga melihat dia yakin bercakap di hadapan. Kali ini dia menjawab dengan betul, tepat dan semuanya jadi memuaskan - dirinya sendiri dan khalayak penonton yang merupakan bijak-pandai bidang muzik semuanya. Jaja sendiri mengaku puas dapat meluahkan semuanya yang rasa terbuku sebelum ini dek rasa gentar yang sukar dikawalnya. Alhamdulillah... semua selesai dengan baik dan sempurna.
Jumaat kembali lagi dengan sibuk menguruskan hal yang belum selesai. Sabtu juga dan Ahad juga. Selasa depan akan keluar shooting dan aku sangat berharap tiada apa² masalah besar yang merintangi penggambaran kami nanti. Doakan Kun Fayakun ya, kalian... =)
Ouhh... sudah jam 8.30 malam... aku berhenti dulu, beri laluan kepada 60 minit berharga demi dunia... Sayangi bumi...
Support Earth Hour y'all.....!!
~0^_^0~
No comments:
Post a Comment