March 28, 2009

Sibuk... Sibuk... Sibuk....!!!

Audio iringan : Ikenai Taiyou - Orange Range

Lokasi : Not-so-official office...
Cuaca : Shah Alam selepas hujan...
Kondisi mental : Upside-down...



Salam... ukhuwwah fillah...


Makin hampir ke penghujung semester (a.k.a. final year, final sem..!!), sibuknya makin terasa. Sampai aku sendiri dah tak tahu nak definisikan waktu lapang itu apa. Kononnya dulu masa Semester 4, 5 dan sebelumnya, semester akhir ni tak payah pikir sangat pun takpe. Pointer pun boleh saja maintain, subjek pun ada berapa sangat... Katanya... tapi, ouhh... tidak semudah yang aku sangka... Baru saja habis berperang dengan editing (pun lepas ni ada lagi yang bakal menyusul - doku dan short filem kami sendiri) sampai aku break-down (nota: bukan break dance), demam², batuk, selesema, migrain...!

Minggu depan keluar shooting pula, filem pendek Kun Fayakun untuk subjek Diploma Showcase. Memikirkan hari shooting yang bakal tiba, aku jadi makin kalut. Banyak perkara perlu diuruskan sebelum harinya tiba, dan dalam proses menguruskan itulah macam² masalah timbul. Aku peniiiingg kepalaaaaa...!!!

Okey²... aku tahu aku kena cool down... bukan break down... apatah lagi settle down (kahwin...? sekarang...? apahal pula...?) Lagi kerja, aku kena siapkan final report untuk subjek Puan Lina (a.k.a. Akak Lina...huhu...) yang berkapasiti 30 muka surat itu... individual assignment-nya ya... terima kasih... dan aku belum pun mula apa²... walaupun dah memang ada point semua, cuma tinggal nak buat saja, aku jadi malas semacam... punca utamanya, laptop aku belum dengar khabar berita... orang yang menawarkan mahu membantu merawat beliau (laptop aku itu) juga berkondisi sibuk juga rutinnya... S.I.B.U.K. juga... macam aku-lah... tak ada beza...

Jadi kerja aku tertangguh... dan aku sendiri sudah sedia maklum aku memang tidak gemar buat kerja melainkan dengan menaip laju pada ChompChomp kesayangan aku itu saja.... bukan PC mahupun laptop yang lain... tapi bagaimana ya, submitnya minggu depan, memang aku harus juga buat walau mahu atau tidak mahu sekalipun... ya... hari submit-nya ngam² on the day group aku akan keluar shooting... ya, terima kasih sekali lagi...

Aku rasa sibuk aku yang akhir ini tak ada taranya kalau nak dibandingkan dengan sibuk² aku yang lepas. Semua kerja datang serentak, semua pada masa yang sama, sampai tak cukup lagi rasanya bertangan dua, al-kisah tak cukup tangan membuat kerja (tu belum cerita hal kaki, berjalan saja ke sana ke mari, alamat kalau ada empat kaki agaknya lagi banyak tempat aku merantau, kerja pun lagi cepat siap... tapi memang nampak macam alien-lah...hahaa...). Sibuk memang sibuk, tapi aku suka saja... sebab aku rasa complete.

Sibuk aku kali ini dikelilingi rakan² yang aku suka... lebih tepat aku panggil teman dan sahabat. Bila aku dekat dengan mereka, aku bahagia. Jadi sibuk-kah, susah-kah, gila-kah, atau apa pun kah, aku tetap akan okey. Mungkin itu yang mampu bantu dan buat aku keep on going . Masalah cinta juga sudah kurang, hampir tiada. Aku dengan hidup aku saja. Tak perlu fikir hal orang lain. Tapi status masih juga menunggu... Ada-kah...? Sesiapa...? Kamu?? Hahaha... ya, nanti aku pertimbangkan...

Satu minggu ini, tak ada satu hari pun yang aku tidak buat apa (definisi tidak buat apa - boleh bersenang-lenang di rumah, dengar mp3 sambil berbaring di katil, mengepit si Gargar kepala Garfield pemberian istimewa hari lahir aku yang kelmarin lalu dan membaca novel Neverwhere yang belum juga mampu aku habiskan... kemudian kalau bosan, berhenti dan pergi basuh baju yang sudah memenuhi timba ungu itu...). Isnin dan Selasa, aku di sekitar kolej saja memenuhi tuntutan pelajaran. Selain itu, ke hulu ke hilir sekitar pejabat fakulti dan kolej menguruskan surat dan hal² berkaitan shooting.

Rabu keluar sehari suntuk. Mula² ke unit kenderaan uruskan pengangkutan. Kemudian shopping katanya, tapi bukan beli barang sendiri dan ber-suka², semuanya untuk keperluan shooting juga. Sampai semula di kolej, diserang migrain yang maha teruk, aku terkandas di katil. Tapi tak lama, aku gagahkan bangun juga demi mahu ke Pancha Delima menonton Amir Muhammad dengan Malaysian Gods-nya itu. Menarik... habis itu, pulang terus ke rumah Jaja, borak panjang dan bercerita juga dengan dua lagi rakan. Kemudian menonton The Reader. Itu juga menarik... sudah tonton?

Khamis menemani Jaja lagi ke Fakulti Muzik - viewing sinKronis dan Pleasure. Seronok ke sana. Tiga tahun bergelar mahasiswa UiTM, belum pernah sekali pun aku menjejakkan kaki ke fakulti adik beradik kami yang jauh terpisah itu. Sampai di sana, rasa macam berada di sekolah Mahmud Baginda (tahu filem ini? aku suka sekali dari dulu, kini dan selamanya...) Muzik saja yang kedengaran di setiap celah. Yang saxofon-nya, piano-nya, violin-nya, yang berlatih vokal dan kedengaran seperti suara Andrea Boceli juga ada. Menarik... betul menarik...

Tapi menarik lagi dengan sesi tayangan sinKronis dan Pleasure yang aku hadiri ini. Faliq memang rilek dan bersahaja membentangkan hujah dan menjawab persoalan yang diajukan. Tiba giliran Jaja, aku bangga melihat dia yakin bercakap di hadapan. Kali ini dia menjawab dengan betul, tepat dan semuanya jadi memuaskan - dirinya sendiri dan khalayak penonton yang merupakan bijak-pandai bidang muzik semuanya. Jaja sendiri mengaku puas dapat meluahkan semuanya yang rasa terbuku sebelum ini dek rasa gentar yang sukar dikawalnya. Alhamdulillah... semua selesai dengan baik dan sempurna.

Jumaat kembali lagi dengan sibuk menguruskan hal yang belum selesai. Sabtu juga dan Ahad juga. Selasa depan akan keluar shooting dan aku sangat berharap tiada apa² masalah besar yang merintangi penggambaran kami nanti. Doakan Kun Fayakun ya, kalian... =)

Ouhh... sudah jam 8.30 malam... aku berhenti dulu, beri laluan kepada 60 minit berharga demi dunia... Sayangi bumi...
Support Earth Hour y'all.....!!


~0^_^0~

March 18, 2009

COUNTDOWN - 5, 4, 3, 2,1... boom..!

Salam... ukhuwwah fillah...


Hahah... that is for nothing... just for fun...

Okay.. be serious now...

I know I'm getting old... I'm growing up (more matured, I hope... but not fatter, I try not to...!) After all these twenty years I've lived, there'd been ups and downs, and they taught me more of the most valuable lessons in life. I learn to be better, I learn to be human... at least a normal one... and successful... =)

Okay... my wishlist for this year.... (I never did this before... ever...!)

1) Another DL - this depends on my own effort... arghh..!

2) A brand new phone (note: kalau boleh yang ade 3G bagai... hahahh...!

3) Apple MP4 i-Pod... yeke name benda nih..? haha... nampak Lead punye i-Pod cam best jer...

4) PSP (tinggi cita-cita... huiii...)

5) A brand new laptop... Macbook request paling minimum... erm... my lil' ChompChomp Compaq HP now tgh sakit kronik... dah masuk ward... bakal kene operation... sangat sedihh... huu....

6) A birthday cake... nak Chocolate Indulgence from Secret Recipe arr... SAHAJA... kek lain xmo...

7) Mintak-mintak lah... xmo kene prank...!! Tapi kalau yg tak keterlaluan, okey arh... hurm... no..!

8) Tajaan bayaran mengambil lesen kereta... xmo lesen terbang yer... huhu...

9) I crave for a good book... salu pegi MPH ke, Borders ke... selalu teringin nak membeli one of the teens English novels... tapi hampa setelah membuka purse... haihhh...

10) Seorang boyfriend yang baik lagi soleh... mungkin... and handsome arh... haha... yang tu optional... Honestly, I had never found one... hahah...!! =p

11) Nak perfume mahal... Pernah try this perfume Clinique Happy Hearts kut namanya... hahahh... tapi memang mahal-lah... menggelabah tengok harganye aje... huhu.. tapi sape² yang terasa dirinya kaya dan sudi menghadiahkan, sila-lah ye...! Yeddeyy....!!

12) Ape lagi ehhh... entah...


Hahah.... ni sume just nonsense, bebelan entah apa-apa di saat otak berkondisi senget... angan-angan sajoss... tapi kalau ade one of the things in the list yang tertunai, ape salahnye... hurmm... But, all I ask for and really need now is all my friends and the people around me love me as much as I love them too... thanks for being with me along this 20 years I lived... thanks the deepest from the bottom of my heart...


+ 3 hours more to go... I'm turning 21...!!! Weee......! +


~0^_^0~

March 16, 2009

RETROSPEKTIF: RIRI RIZA - Tadinya Selesai Sudah...


Salam... ukhuwwah fillah...


Baru sebentar petang tadi menamatkan sesi bengkel filem bersama Riri, aku dah mula terasa rindunya untuk kembali bertemu beliau. Riri Riza bukan satu nama kecil dalam industri perfileman Indonesia dan aku antara mereka yang terasa amat bertuah sekali kerana dikurniakan peluang ini untuk bertemu beliau, menonton filem beliau, berdiskusi bersama beliau dan sedikit sebanyak mencuri ilmu di dadanya. Riri pada penilaian aku adalah seorang sutradara yang sangat-sangat berbakat dan berilmu, namun cukup merendah diri. Sedikit pun beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan pendapat, malah ramah sekali beliau bercerita kalau ditanya.


Selain pelajar UiTM, ramai juga yang turut hadir ke acara ni. Ada juga pelajar dari Aswara, kalangan freelance writer, pengkaji filem dan ramai juga yang tak berkesempatan untuk aku kenal siapa. Aku yang turut sama terlibat dengan acara ini - mengoperasi peranan dalam Biro Jemputan dan Protokol - pada mulanya ragu-ragu dengan tugas yang diberi, tapi kerana telah diberi kepercayaan oleh saudara pengarah projek, si Azmir 'Semut Kecil', aku memberanikan diri untuk turut sama membantu. Untuk pertama kalinya aku berurusan dengan pihak media untuk cover story sempena acara ini. Alhamdulillah, walaupun tak semua yang dijemput dapat hadir, aku berjaya juga mendapatkan wartawan dari Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro dan NST. Dari nervous, aku jadi yakin diri dan seronok pula menimba pengalaman berurusan untuk acara ini. Trimas, bro Azmir...! Aku panggil dia 'boss' sebab memang dia boss... =)


Tiga tayangan filem yang dipilih - GIE, Eliana Eliana dan 3 Hari untuk Selamanya - ternyata melengkapkan dan mengupas perbincangan filem dengan tepat dan efektif. Untuk Sesi Apresiasi Filem, kami berdiskusi dengan Cik Maszalida Hamzah sebagai moderator dan dua orang panel jemputan - Prof. Dr. Wan Zawawi Ibrahim dari Universiti Malaya dan Amir Muhammad serta tak ketinggalan Riri Riza sendiri. Perbincangan dan sesi soal jawab yang sangat membuka mata dan minda, bagi aku yang dikira masih mentah dengan ilmu filem ni... Banyak perkara yang dapat aku lihat melalui perspektif yang lain, yang tidak terlintas atau terfikirkan sebelum ni.


Hari kedua pula, tadi berlangsung bengkel yang dikendalikan oleh Riri sendiri. Kami dipecahkan kepada lima kumpulan. Seronok bila aku berkumpulan dengan Kak Wan (seorang yang sangat banyak idea dan ilmu...seronok berkenal dengannya), Muzz, Jaja, Ajun dan Syahrul. Kami diberikan akhbar dan dikehendaki mencari artikel yang punya isu mencerminkan situasi pada hari ni dan ada karektor/subjek yang mengutarakannya. Cari punya cari, kami pilih artikel 'Let It Be English' berkisarkan isu PPSMI yang hangat dibahaskan pada masa sekarang. Dari isu itu diolah menjadi sebuah idea cerita.


Setiap idea filem perlu ada ciri karismanya sendiri yang menggambarkan situasi yang bergerak - perjalanan peristiwa yang membentuk aksi. Dari aksi, timbulnya persoalan yang seterusnya menghasilkan sebuah cerita. Dalam setiap cerita pula harus merepresentasikan stand point pengarah secara kukuh. Ia perlu punya cinematic quality di mana penceritaan perlu banyak bermain dengan ruang, pergerakan kamera dan memaparkan imej asli alam melalui sound scapes (dialog atau voice over).


Sesebuah cerita tidak boleh kelihatan terapung-apung di awangan tanpa keputusan. Untuk mewujudkan penceritaan dan resolusi yang teguh, perlu di-portray-kan melalui karektor yang kuat. Pencontohannya, dalam filem Eliana Eliana sendiri, bukan Riri ingin menceritakan perihal watak Eliana dalam filem itu, tapi watak Eliana itu yang menjadi alat dan point of view-nya itu yang bercerita kepada audiens tentang perihal situasi yang berlaku di sekeliling watak. Ya...aku baru melihat perkara ini dari sudut pandang demikian.


Notanya, lima perkara yang perlu ada pada sesebuah idea cerita :
  • Subjek perlu punya matlamat yang jelas (want and need)
  • Dunia persekitaran watak yang mempengaruhi perwatakannya
  • Plot perjalanan/perjuangan watak
  • Character development - perkembangan watak
  • A reborn subject - penghasilan semula secara baru yang menjadi resolusi cerita

Apabila tamat sesi, setiap kumpulan perlu membentangkan idea masing-masing untuk dinilai. Komen-komen diutarakan dan dari situ setiap peserta menerima maklum balas tentang idea cerita masing-masing. Bengkel yang ringkas namun menggerakkan pemikiran pelajar kepada dimensi baru menurut cara Riri Riza ini adalah satu perkara yang menarik dan berguna buat para pelajar perfileman yang menyertai.


Dua hari di hujung minggu ini aku rasakan satu pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih, Azmir kerana beri kepercayaan untuk aku terlibat sama dan menikmati pengalaman berharga ini. Terima kasih Riri Riza kerana telah beri satu fenomena baru kepada pemikiran sehala aku yang kini meningkat ke tahap lagi satu. Terima kasih... terima kasih semuanya...!!


Pasti kangen skali sama kamu... Smoga ketemu lagi... =)


+ Tak sabar mahu nonton Laskar Pelangi yang bakal menjengah studio Pancha Delima awal April ini... ~0^_^0~ +

March 12, 2009

RIRI RIZA : Harinya Hampir Tiba...

Salam... ukhuwwah fillah...



Tarikh : 14 & 15 Mac 2009 (Sabtu & Ahad)

Tempat : Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS

Aktiviti :
Tayangan filem, Sesi Apresiasi Filem, Bengkel bersama pelajar perfileman
(sila klik untuk lebih maklumat penuh tentatif program)

Filem-filem yang akan ditayangkan :
- Gie
- Eliana Eliana
- 3 Hari untuk Selamanya


+ Tak sabar nak berjumpa Riri... =) +


March 11, 2009

TALENTIME : What I Gotta Say...

Salam... ukhuwwah fillah...




1) Talentime is a cool movie... it is yasmin's slow moving type movie, again (as usual there are long takes, still camera shots) strong sense of drama, love and it is so heartwarming...

2) It's another series of yasmin's life she portrayed in a film... lame... but great! hahaa... i dunno... it's worth to watch... tunggu lah kedatangannya di panggung on march 26th..

3) I'd rather grab the soundtracks of the movie than the dvd... recommended track - angel, by atilia... and other songs, by aizat... he rocks, though shafi'e @ mukhsin made it look so real when he's lip-syncing the song and playing the guitar...

4) All of the songs are simply good to listen to... melayang arhh...! siyes..!

5) Mahesh is doing good with the acting as a deaf and mute boy... But, I'd love to hear him speaks...! Hahaa... good-looking, of course he is... Entah how on earth tetiba he reminds me of Dev Patel from Slumdog Millionaire...!

6) Although Melor and her siblings memang dari English mixed-blood family, tapi her Malay-ness seemed fake sesangat, almost none i must say, hanya tinggal a little bit here and there conversations dalam bahasa Melayu and her wearing baju-kurung-all-day attitude... as if Orkid jugaklah dalam Sepet... over all, they are too much di-overpowered with their Englishness... cakap pun memang pekat slanga Mat Salleh... bila banyak kali sangat didengar, it becomes something yang annoying pulak... uhuhu...

7) The whole family macam ada masalah kecelaruan identiti bangsa... They're obviously Malay berdarah kacukan, sebab their Granny (Harith's mother) memang purely from England... tapi ade sense of Indianism when they danced the Hindi in front of their dad, ade sikit menari Hindustan... plus kisah cinta Mahesh and Melor lah... ala2 cinta terhalang disebabkan bangsa dan warna kulit yang berbeza... (Jac giler cool cakap Tamil... how would it sound like if Jac sings in Tamil... sure cool, eh?) and then there's one part showing them eating together using chopsticks... maybe this is influenced by the existence of watak Mei Ling dalam keluarga itu... and the dim sums... haha... all mixed... memang colourful, harmony and beautiful... but at the same time, celaru...

8) I simply love all the songs compared to the movie... Kiranye, tengok pejam mata pun I can still enjoy the movie... huhu... These are only what I think... How about you, people?

Toodles...!

+ I first read the title of the movie as 'Talentime' (the singing competition), but when I look again, i think it's Tale-n-Time... haha... either one pun boleh lah ehh... +


~0^_^0~



March 10, 2009

A Post Entitled.... --> N.O. T.I.T.L.E.


Salam... ukhuwwah fillah...

Check out today's quote in my Quotation of The Day on my sidebar... think it's lovely... it says...

"Love is the only thing that we can carry with us when we go, and it makes the end so easy."


Louisa May Alcott (1832-1888)


I find this quote meaningful... Does it mean something to you too? Feel free to share... =)

Lotsa works to get done... Gonna watch Talentime and Skrip 7707 tomorrow and the day after... Wish me luck for the big event on 14th. and 15th...! I need some rest after that... I mean, a loooong rest... aiyahh... Karaoke, anyone? Haha... just need a break... =)

+ If only I have the gut to say... +

~0^_^0~

March 5, 2009

Screening @ UiTM - Mac

Salam... ukhuwwah fillah...

Sepanjang Mac ini...


Masa : 8.10 malam

Lokasi : Studio Pancha Delima, Bangunan Akademik,

UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam

Masuk adalah PERCUMA....!!

+ Jom ramai-ramai tengok filem free...! Giler best...! +

~0^_^0~

March 3, 2009

Let's Call It A Day...

Salam... ukhuwwah fillah...


The best times in my life are always of those yang melibatkan masalah kejiwaan, celaru dengan kerja² yang banyak sampai tak menang tangan nak buat mane satu, sebab during those moments lah baru aku perasan potensi diri aku sendiri... Yup, when it comes to works, mostly... And that is one of the reason why I chose to be a last-minute person... It might sound a little negative alrite, but trust me, I often utilize the utmost of my potentials out of me when the time limit is reaching critical stage... tapi apa nak buat, I really and always need the urge to work...

Kalau buat awal² nih bukan apa, terasa malas tuh satu, lepas tu idea tak nak datang... kpala hotak semacam blank dan betul² blur lah kiranya... Perah otak macam mana skali pun, baru seciput hasil yang berjaya disiapkan... Satu keburukannya, sering kali aku kesuntukan masa sampai pernah sekali dua terlepas due date submit kerjanya... Tapi so far, alhamdulillah, belum pernah lagi lah hal itu memberi efek yang besar... pengajaran, ya mungkin... dah banyak kali... tapi betul, mungkin ramai yang akan bersetuju bila aku kata, sikap last-minute ni satu benda yang kita tak boleh nak resist... Buat macam mana pun, mesti akan jadi last minit jugak... Banyak kali terjadi begitu... mesti pernah terjadi kat korang jugak kan... betul...

I realized, not everything that comes to you is always out for grab... Macam² benda datang sekali gus... kerja untuk subjek, kerja yang bukan untuk subjek, kerja untuk cari duit, masalah peribadi, (masalah cinta tak terkecuali), rakan² minta bantuan itu ini... walaupun secara materialnya tak ada pengalaman, tapi aku suka kutip pengalaman... buat kerja free ni tak semestinya bagi letih dan penat je, there's something you gained throughout the work process, yang kadang² tak disedari pun... Dan lumrahnya, ada banyak peluang yang memang nak direbut sangat tapi bila keadaan tak mengizinkan, terpaksa dilepaskan dulu dan dinantikan datangnya lain kali... terpaksa begitu, nak bolot semua sekali, memang takkan dapat... kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciriran... wahhh... simpulan bahasa satu!

Peng-aplikasi-an masa aku selama 24 jam sehari-hari sekarang ni memang sangat crucial...tapi dalam kesibukan ini, i think i enjoyed myself more... memang berserabut fikiran, tapi seolah² keserabutan fikiran itu terasa indah pulak... (entah ape aku merepek nih..?? abaikan...) Di celah² masa sehari-hari yang aku lalui, aku terfikir, pada masa² akan datang, mesti aku akan rindu dengan kesibukan ni... unless, masa depan aku nanti menjanjikan kapasiti kesibukan yang lebih maksimum berbanding sekarang...? hahahh... entah, aku pun belum pasti aku akan ke mana lepas ni...

Probably, i started to treasure the moments I had here, di bumi UiTM ini, menjadi sebahagian warga kreatif di sini... aku belajar terlampau banyak... di sini aku benar² menjadi manusia... even now, I thank God that I was 'thrown' here... not at any other place I once wished I could be... mungkin sudah tertulis yang aku akan menjadi manusia dengan berada di sini... tulisan dan aturan Dia buat aku selepas ini, belum tahu...

Haishh... banyak sangat ber-genre sentimental dah ni... al-maklumla, dah hampir ke hujung final year (dan final semester nih...), rase macam dah nak start buat buku biodata amik alamat, contact number dan memacam lagi lah dari kawan², macam masa lepas abis UPSR dan SPM dulu... ahahahh... kelakar pulak... memang kemajuan teknologi tersedia untuk memungkinkan networking tanpa lost contact, tapi kenangan manis untuk diingati tu masih jugak benda² tahpape yang ada sentimental value nih... huhu...

Ke mana pun aku pergi, tiga perkara aku akan bawa dan ingat selalu...takkan pernah lupa... Tuhan, mak aku (+ keluarga...) dan rakan²... (sahabat yang dekat di hati...)

+ Sesiapa nak ajak aku pergi movie ke, karaoke ke... maaflah, memang tak dapat buat masa sekarang ni... tapi kalau ada niat nak ajak, jgn sogan² lah yo! Mana tahu aku free, on saje... +

~0^_^0~
Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!