April 24, 2009

WTF : Seriously Cool...

Salam... ukhuwwah fillah...



Aku bukan car-freak. Tanpa apa-apa sebab yang spesifik juga aku letak gambar ini di sini. Cuma aku rasa kereta ini cool tapi namanya sangat TIDAK cool... Ini adalah model terbaru Cadillac WTF (jangan salah faham...ini bukan singkatan bagi what the f*ck... tapi World Thorium Fuel). WTF Cadillac ni merupakan kereta kedua dunia yang menggunakan tenaga kuasa nuklear... Cool kan? Haha...lantas, terus ia menjadi point menarik untuk aku papar dalam post kali ni... Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik di sini untuk artikel bahasa Inggeris... Sesiapa nak baca artikel versi bahasa Perancis pun, boleh klik di sini... (haha...mentang²-lah kau duduk France, Raiz...boleh speak French, kau bagi sekali, bajet aku faham arr...haha...!) ~0^_^0~

Sebenarnya tu bukan point utama yang aku nak cerita pun. Semalam aku sempat berborak dengan Raiz di YM. Lama tak bercerita dengan sahabat yang ini. Sahabat baik yang aku kenal di Program Kepimpinan Tun Razak (PKTR) yang aku sertai setelah terpilih lepas SPM dulu. Dua minggu yang sangat manis (seminggu di KL dan seminggu di Terengganu) di mana aku sempat berkenal dengan semua genius²an se-Malaysia. Di situ aku betul² kenal hidup, manusia dan kenal siapa diri aku sendiri...

PKTR memang antara pengalaman dan kenangan termanis sepanjang hayat. Aku memang terlalu ingin putar balik masa ke belakang dan berada dalam program tu semula. Semuanya masih terasa segar, macam semalam baru aku berada di sana dengan mereka. Malah aku masih boleh ingat wajah dan nama kesemua mereka (ya...tidaklah kesemua 60 orang mereka itu) tapi aku benar² rasa rindu dengan saat tu... aduuuuhh laa... sobss...

Dan aku rindu pada Raiz juga. Dah tiga tahun dia di Rennes, France. Langsung tidak ada kesempatan berjumpa. Kesibukan membataskan. Tapi dengan kesempatan semalam, boleh-lah dikira melepas rindu. Dia kawan yang baik... dan tak ada kawan sebaik dia yang pernah aku jumpa setakat ni... Raiz memang chill, gila, inspirational... and truly devoted car-freak...! Haha... sebab tu-lah dia bagi aku link artikel pasal kereta ni...

Ramai sangat kawan² baik aku yang dah fly ke seluruh dunia dengan course gempak² yang mereka further study. Sampai langsung tak dengar khabar berita. Teknologi canggih ada tapi macam tak berguna. Kadang² aku pula yang rasa rendah diri sebab tertinggal seorang diri di Malaysia. Ramai juga yang pandang rendah dengan course yang aku kerjakan sekarang, tapi aku suka dengan apa aku buat, so...?

WTF... Haha...

Esok, bukan... kejap lagi... I'll be sitting for MUET... wish me luck...!

~0^_^0~

3 comments:

affanazami said...

WTF???
sgt kewl! even the name itsev! Haha

Girl!! u have to start eating, listening, and tido-ing english by now! =p

GOOD LUCK dik Zara!

mapieceofart said...

Tu-lah kan... bape punye best name dia... kalau org tanye,
"Dude, what car do you drive?"
"WTF..."
Hahaha...

Just did as you said, dear brother...
hey, thanx...

~0^_^0~

Anonymous said...

mak ai... takut den tgk keto tu

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!