December 18, 2008
RESULT KELUAR HARI NI....!!!
- result kluar arini
- nervous cam sial...!
- kecut perut
- lemah lutut
- redha... insya Allah...
- otak serabut
- jiwa kacau
- praktikal dah hampir ke penghujung
- siapkan buletin MCP
- majlis penutup AUG (Sukan universiti Asean @ SUA) dah dekat! ehh...jemputla datang ke Stadium Putra Bukit Jalil 21hb ni ya...! tgk siaran langsung di TV1 pun boleh...
- harap semuanya selamat
- balik kampung dalam 3 hari
- bantu si kopi dgn sinKronis
- daftar final semester
- siapkan report praktikal
- masuk ward sakit jiwa... hushh... insya Allah tidak...
- back to life... normal ke??
+ tertekan.... (T_T) +
November 30, 2008
Sajak Seorang Aku - Nawawee Mohammad
Audio melodia : Jason Mraz - Bella Luna
(ya... juga cadangan untuk anda sambil membaca)
Maaf atas ketiadaan post terakhir ucap selamat tinggal sebelum menge-pause-kan aktiviti blogging buat sementara waktu kelmarin. Sehingga post yang ini, memang aku betul2 berehat dan bercuti sampai tak berkesempatan meng-online-kan diri dan update semua perkara yang sudah out of date. Sekarang sedang menghadapi praktikal, so kesibukannya menjadi penghalang untuk aku menulis.
Ohh... perasan pertukaran mood ini? Ya... aku nak bernada romantis pula kali ini kerana aku akan banyak bercakap tentang puisi.
Aku sebenarnya teringat-ingat akan sebuah buku koleksi puisi yang pernah aku baca 4 tahun lalu. Aku hanya ingat tajuknya, 'Debu di Kaca, termuat dalam sebuah buku comel berwarna merah jambu. (haha... warna dan ilustrasi muka depan buku pun main peranan penting juga kan..) Penulisnya juga aku sudah lupa tetapi puisinya tajam menikam dan aku suka cara persembahan bahasanya. Bersahaja dan tidak terikat dengan nada-nada dan formaliti dalam sebuah puisi. Suara puisinya bebas bercerita tentang apa saja - luahan, kritikan, perasaan (tentunya..) dan harapan juga. Aku suka dengan puisi-puisi sebegini.
Satu lagi koleksi puisi yang aku suka ialah 'Puisi-puisi Rendra'. Aku memang tak nafikan puisi tulisan penyair Indonesia cukup puitis bahasanya dan mengungguli klasifikasi puisi hebat yang aku senaraikan. Macam puisi-puisi Chairil Anwar - koleksinya bertajuk 'AKU', sila tonton filem Ada Apa dengan Cinta"... Bila dibaca berkali-kali, ia semacam memberi satu rasa yang melengkapkan (completion) yang mengujakan.
Lama aku mencari dan menjejaki buku-buku puisi ini (di internet, toko-toko buku, pasar longgok, tepi-tepi jalan) tapi tak ketemu. Lalu semasa kunjungan ke perpustakaan mencari buku hikayat untuk tugasan kuliah bulan lalu, aku suka sekali bila terlihat sebuah buku ini - koleksi puisi tulisan Nawawee Mohammad bertajuk 'Sajak Seorang Aku' - di rak dan terus mencapainya. Ilustrasi muka depannya saja sudah menarik dan lama aku perhatikan tajuknya yang ditulis 'SAJAK SEORANG aku'.... menarik... aku rasa aku faham apa motifnya... kalian bagaimana?
Hampir seminggu sudah aku melepasi tempoh pulangnya kerana menghartakan buku ini disebabkan tak puas membaca. Aku tak suka menyalin fotokopi buku2 yang aku suka. Bagi aku salinan asal sesebuah buku sebenarnya punya aura yang tak boleh dipindah mahupun ditransisikan. Lalu aku berkeputusan nak membacanya lagi hingga puas hati sebelum dipulangkan.
Selepas aku baca dan teliti keseluruhan isi kandungannya, aku memilih tiga buah puisi ini sebagai puisi-puisi yang paling aku suka.
SAJAK YANG TIBA-TIBA MALAM
Tiba-tiba
tibalah malam dengan tiba-tiba
menghurai rambut hitamnya
di muka nasib anak maya
dan
dari tiba-tiba itu pun
tiba-tiba membunuh puas hati
si pemburu siang
sehingga puas hatinya
terpaksa ditangguhkan.
Tetapi tiba-tiba
dengan angkatan seluruh malam
adalah misteri si penyair
kerana kemalaman seumpama itu
anugerah agung dari segala maha
untuk seketika berehat
dan mentafsir diri pada gelap
sekalipun interpretasi itu
hanya dengan sebait sajak
sebelum tibanya esok.
1978
+ Perhatikan bahasanya... bait-bait kata tak perlu powerful dan bombastik, cukup dengan bersahaja, ringkas dan direct... +
ISTERI
Dalam dunia lelaki,
satu-satunya kepada perempuan.
Dalam dunia suami,
satu-satunya kepada isteri.
Dalam duniaku,
satu-satunya kepadamu.
Jika aku raja engkau seorang menteri.
Jika aku pohon engkau bunga dan daun.
Jika aku payung engkau bayang hari.
Jika aku hutan engkau pohon-pohon.
Jika aku jambatan engkau sungai mengalir.
Jika aku siang engkau mentari berkaca.
Jika aku malam engkau bulan purnama.
Jika aku meja engkau umpama kerusi.
Jika aku pembaca engkau sebuah buku.
Aku suami engkau isteri.
Jika engkau bunga aku tangkaimu.
Jika engkau burung aku sangkarmu.
Jika engkau mentari aku siangmu.
Jika engkau bulan aku malammu.
Jika engkau pohon aku tunjangmu.
Jika engkau hujan aku bumimu.
Jika engkau bintang aku langitmu.
Jika engkau ladang aku petanimu.
Jika engkau sungai aku muaramu.
Jika engkau sampan aku tasikmu.
Jika engkau permaisuri aku bagindamu.
Jika engkau pelangi aku hujan panas itu.
Berdua kita sebuah rumah.
Berdua kta sebuauh rumahtangga.
Isteri kadang kali api membakar.
Isteri kadang kali gelora ombak.
Isteri kadang kali banjir kilat.
Isteri kadang kali kereta rosak.
Isteri kadang kali sungai pekat.
Isteri kadang kali malam gelap.
Isteri kadang kali hari hujan.
Isteri kadang kali bulan gerhana.
Isteri kadang kali langit muram.
Isteri kadang kali kolam dalam.
Sekali-kali berdua kita bukan seperti;
malam dan siang
pagi dan petang
mentari dan bulan,
pasangan yang mustahil bersatu dan bertemu
sekalipun sebahagian keperluan alam dan manusia.
1984
+ Entah kenapa puisi ini cukup menyentuh naluri dan sanubari (ya.. aku masih punya jiwa seorang perempuan sebelum aku terlupa...) Walaupun aku belumlah bergelar isteri, tapi sebagai pelengkap jiwa, sajak ini begitu indah dan seimbang apresiasinya. Tidak memuja-muji terlalu, manis dan cantik... Kalau tiba masanya nanti, ada seseorang menuliskan sebuah puisi seperi ini khas untuk aku, alangkahnya.... =) +
TOLONG
Jika aku salah tolong betulkan.
Jika aku lemah tolong kuatkan.
Jika aku marah tolong sabarkan.
Jika aku rebah tolong bangunkan.
Jika aku pecah tolong satukan.
Jika aku susah tolong senangkan.
Jika aku sesat tolong tunjukkan.
Jika aku sakit tolong ubatkan.
Jika aku jahil tolong maklumkan.
Jika aku jatuh tolong angkatkan.
Jika aku putus tolong sambungkan.
Jika aku carik tolong jahitkan.
Jika aku tiris tolong sulapkan.
Jika aku panas tolong sejukkan.
Jika aku buruk tolong baikkan.
Jika aku cemar tolong cucikan.
Jika aku retak tolong paterikan.
Jika aku pergi tolong pulangkan.
Jika aku sunyi tolong temankan.
Jika aku habis tolong tambahkan.
Jika aku tidur tolong kejutkan.
Jika aku haram tolong halalkan.
Jika aku lupa tolong ingatkan.
Jika aku ragu tolong yakinkan.
Jika aku liar tolong jinakkan.
Jika aku duka tolong gembirakan.
Jika aku jauh tolong dekatkan.
Jika aku sepi tolong riuhkan.
Jika aku kiri tolong kanankan.
Jika aku lari tolong kembalikan.
Jika aku kurang tolong cukupkan.
Jika aku hilang tolong carikan.
Jika aku tembus tolong sumbikan.
Jika aku senget tolong imbangkan.
Jika aku khianat tolong amanahkan.
Jika aku tempang tolong pimpinkan.
Jika aku condong tolong tegakkan.
1984
+ Puisi ini paling lengkap dan padat. Aku suka merepresentasikan diri aku dalam puisi ini (ya.. semua orang juga boleh.. ia amat general...) Manusia takkan pernah sempurna dan puisi ini lengkap menyatakan semua kekurangan yang ada itu... Menarik bila penulis menyusun rangkap berasingan mengikut bilangan aksara tengahnya :-
* salah, lemah, marah.. - 5 aksara
* lupa, ragu, liar.. - 4 aksara
* kurang, hilang.. - 6 aksara
* etc...
kemas... +
Cukup dulu dengan tiga puisi ini... Nanti aku akan cuba cari buku-buku puisi menarik untuk dikongsi lagi... Erm...sesiapa yang tahu di mana ada jual buku-buku koleksi puisi yang aku sedang cari (yang aku sebutkan awal tadi), tolong beritahukan ya...!
+ Nak sambung menulis... dah lama tak menambah koleksi... =) +
November 2, 2008
Why...? Why....?? Why....??? (Mungkin ini post yg Maha Panjang...)
Kali ni post ini akan aku tulis dalam nada santai di pantai... tolak tepi formaliti... tolak tepi penulisan ilmiah... tolak tepi keinginan aku nak terer skeping London sambil memblogging... persampahkan itu semuaaa... Ini aku nak cakap sesuka hati aku macam mana aku slalu cakap sesuka hati aku.... sukati aku la... mak bapak aku pun tak bising seyhh... korang apahal...? hehh...
Aku rasa dalam senarai 5W 1H yang selalu disebut dalam assignment tu, persoalan yang paling menarik dan paling banyak aku tanya dalam idup ini ialah 'Why...' atau 'kenapa...'. Korang perasan tak...? Aku pun tak pasti kenapa (haaa... baru jer aku cakap kan... dah sebut...) tapi entah... banyak perkara dan sebab yang dapat dijelaskan melalui pertanyaan yang satu ni...
Semalam ke MASKARA Shorties... seronok skali membonceng atas empat roda milik en. azmir (thanx bro... =D..) kami ke sana dgn gembira - ader aku, si jajan^kopi, en.vita, en.tomok dan en.azmir semestinya lahh... kalo tak, xkan kete tuh jalan sendri kut... eshhh... jadi cite seram plak kang entri nihh...) memang aku x benti gelak jer bile dengan mereka nihh... huhu...
Untuk shorts² di MASKARA lak, aku xnak komen cam best sebab aku belum sampai standard nak mengkritik lagi... ape pun, disebabkan aku datang semalam dgn zero expectation, lalu aku duduk di situ mengunyah popcorn dengan niat dalam hati, "Aku nak release kejap sebelum pecah² urat saraf kpala hotak aku nih menghafal ETR..." and I drifted away dengan short² yang aku kira kewl lah... bagus event² camni nih diadakan salu... tahniah kepada Sindiket Sol-jah for organizing one of such... aku sukaaa menonton semua... paling suka mungkin karya Enche Mamat Khalid dengan Melayu 106 karya beliau... Melayu 501 pun best ngebest gaks... (aku suka lagu Unchained Melody) hehe... walaupun ada jugak yang buat aku menangis dalam hati menjerit "Why...? Why...? Kenapa aku tak paham...??" kerana tak tangkap apa yang nak disampaikan... abaikan... bukak minda...
Lalu arini aku pun menduduki 1st final paper dengan jayanya... paper ETR... suckss siutt.... aku tak expect soalan sebegitu akan keluar menjengah otak aku yang bergeliga tapi screw²nya dah berkarat nak mengoperasi kira² matematika nih... lepas abis paper aku meraung 'Why....!? Why...?? Kenapaaaa lah kau susa sangat wahai paper ETR...!!??" Tanpa sedar aku mengulangi pertanyaan tersebut sehingga beberapa belas kali sambil diselangi celaka celaki yang pun entah berapa kali aku selawatkan... dalam tension², aku ke dining jugak melepas tekanan dengan makan... hehe... (mesti korang akan kata "patutlaa punnn badan macam ***** " haha... mmg celaka lah korang...
Lalu kawan aku heboh², apa nak bising, benda final paper tuh 20% jer... aku beliak dalam aksi kaget campur suka... "Ehh... yeke?" itu jer yang aku sempat ucapkan... pastu mengebestkan cerita, class-rep aku pun sudah menerima carry marks untuk 80% yang selebihnya bagi subjek tersebut... dan alhamdulillah... walaupun belum lar kompem A+ (aku masih berharap dan berdoa....) sekurang²nya bolehla dah aku menarik nafas lega sikit...
Dan entah kenapa (lagi skali....) sejak akhir² ni banyak sangat isu tentang nama yang aku dengar... orang ni cite pasal nama, orang itu cite pasal nama... lalu aku pun terpanggil untuk menyelitkan dalam entri arini tentang nama.... sebab aku rasa nama aku pun cam best gak pe... hahahh... memang ramai yang menyangkakan aku pengasas merangkap pemilik rangkaian butik terkenal di seluruh negara tuh... bangga seyhh...! en.tomok antara orang ke beberapa ratus yang menyangkakan demikian... erm... pastu ramai je pulak yang ingatkan tuh nama glemer aku sebab aku minat Hindustan... ce dengar lagu² Hindi... banyak kali nama aku disebut... ughh... pelisss...!! mak tak suke Hindustan langsung okay, u'olss....! wakakkakaka... +p
Aku bukak blog En.Vita.... (sukati lahh aku nak kasi nama... hehe... leh bro..?) ader nama aku terpampang sebagai tajuk entri dalam blog beliau... ditujukan khas pulak... haishhh... disebabkan nama aku di situ, "Why..? Why...?? Kenapa lah pulak ader dia post pasal aku pulak...?? Aku ade tsalah wat pape kerr...?? " Aku yang musykil bin interested nih pun lalu membacanya lah... huhu... xde papepun... suspender jer... dia cuma sebut pasal aku yg rajin membaca blog dia... best... aku suka.... (dan sukati aku lar kan... sbb aku mmg dah lame add blog dia dalam link... dia jer yang tak add aku... sobsss... eh ehh... sadis plak... lalalaa... )
Okehh... da abis baca blog beliau, aku merayap² pulak tengok blog orang... lalu aku jumpa blog ini... nama dia sama dgn aku plak...! aku jerit lagi "Why...? Why..? Kenapa ada nama sama dengan akuuu...???" tapi skali aku pikir, wahhh... cam best jugak nihh... aku pun browse through blog beliau yang saaaaaangat warna warni kekanak ribena... aku sukaaa plak...haha... tapi blog dia dalam English siutt... cayalahh... aku pun drop by some comments di post² beliau yang agak menarik... haha... bagus²... makin banyak orang bernama sama yang aku jumpa... terdahulu aku jumpa di akaun flickr aku seseorang yang bernama sama jugak... aku usha² photostream beliau... minah dari Canada seyhh... umur tak nak muda plak, baru 15 tahun tapi pic² dier memang membungkam... ahh...lagi skali... "Why...?? Why...? Kenapa die punye pic cam celaka cantikkk...!!?" Tapi siyess ahh... kire salute gile arh kat minah nih... (aku tetap kuciwa kerana blum kesampaian merompak sebijik DSLR... huu...)
Namun begitu, hingga hari ini, aku cam best pulak nak mencari sape lagi kat dunia yang ade nama sama dengan aku... tapi cane punn nama penuh tak boleh sama la... nama aku jer yang paling unik mak aku letak... lalalaaa... ~0^_^0~
November 1, 2008
Lagi Cerita g-Wa saKeT.... (T_T)
Wid : Salam... maaf ganggu dengan berita ni time ni.. bla...
Aku : Salam... sorry to hear the sad news... sabar k... bla... don't be affected... gudluck for your final..
Wid : Thanks... yea, I guess I'd be pretending being okay now, but no worries... I will soon...
Pesanan tamat di situ... aku tersentuh dengan ayat akhirnya...
Di saat getir musim ujian ni, seorang sahabat baik mengkhabarkan anak saudaranya yang berusia 5 tahun yang baru dijemput ke rahmatullah hari ini kerana critical asthma... Ya Allah, pasti dia sedih terlalu... aku yang menerima berita itu tumpang sedih malah terasa sekali peritnya... Dalam kekalutan bersama pena dan mata akal berperang dengan soalan di dewan peperiksaan, dia diuji pulak dengan dugaan maha hebat ni...
Sahabat baik itu Wideeya Juliana namanya, dari jurusan undang-undang, jadi fahamlah runsing otaknya belajar bagaimana... perlunya mengekalkan keputusan selamat kerana dia menyambung dari pra-ijazah... kalau pointer terjejas, dia perlu mengulang semula seawal pembelajaran (yakni seperti baru fresh tamat SPM). Kalau akulah, huu... tak dapat dibayangkan... tentu g-wa sakettt... tak terhingga... huhu... walaupun ada juga menyimpan niat menukar haluan ke jurusan itu ijazah nanti... boleh kan? Anda rasa...?
Awal semester ini dia ada bercerita dia terpaksa menyewa di pangsapuri Baiduri (yang di luar main campus tu kan...) dan tahulah mahal harga sewanya. Lalu dalam mahu tidak mahu, dia terpaksa menerima demi untuk survive di sini... dan hari ini, berita sedih ini pula tiba... Aku faham apa dia rasa... Dah kenal dia terlalu lama... dah lebih sebelas tahun rasanya... (tetiba teringat zaman makan aiskrim leleh-leleh di sekolah rendah dulu... huhuhu... semuanya tiba-tiba jadi indah saat ni...)
Apa pun, al-Fatihah untuk Allahyarham Ayie, anak saudara sahabat baik aku itu... Sesungguhnya Tuhan lebih sayangkan dia lalu dia dijemput di usianya yang terlalu muda, terdahulu sebelum kita... Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah berpanjangan... Amiinnn...
Aku sendiri terkedu juga... Peristiwa yang sama menimpa aku saat-saat begini juga tahun lalu... Masa tu aku dalam Semester 3, bergelut menyiapkan album Cinephoto untuk disubmit kepada Prof. dan menelaah untuk paper final Teori & Apresiasi Filem, paper killer Pn. Ayu Haswida Abu Bakar... menangis aku dalam kecelaruan apabila kakak menghantar khabar mengatakan Pah (nendaku) dah tak ada. Menangis tidak, ketawa tidak, aku termanggu sorang-sorang sambil terkedip-kedip memandang album yang belum siap. Memang tak sempat nak balik kampung, lalu aku hanya mendoakan dari jauh. Kakak aku pun tak suruh balik, dia tahu sesak otakku bagaimana waktu itu. Petangnya bila dah selesai majlis pengkebumian, kakak aku hantar pesanan lagi yang semuanya dah selamat. Baru tetiba air mata aku mengalir...
Kisah orang-orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita tak pernah lekang dari hidup sehari-hari dan buat kita sedih, kan... entah kenapa hari ini saat ini aku terlampau tersentuh apabila berita-berita semacam ni menjengah telinga... sedih sayu... tapi, life goes on...
+ Belum lagi cerita pasal arwah kucing aku yang dah berumur 12 tahun tu meninggal masa cuti semester lepas... sampai sekarang aku boleh duduk sorang-sorang dan nangis teringatkan dia... =( +
October 30, 2008
Entri G-Wa Saket...!
Kenapalah harus ada hari itu?
(Ini soalan orang pemalas dan mungkin juga belum bersedia...)
Bilamana harinya makin menghampir, makin huru-hara rasanya puing-puing sel dalam kepala hotakku...
Tatkala saatnya kian tiba, makin bercelaru jiwa raga ini yang menjerit sadis lagu kemeranaan kosong menggila...
Apabila waktunya terasa mendekat, nadiku terhenti serasa dijerat tali besi masa yang terhitung kejam...
Ahh... baru real freakaa...
Eshhhh... celaka lah ketidakstabilan ini...
Mari... dengar muSika g-Wa celaru...
Audio semasa : 30 Second to Mars - A Beautiful Lie
Audio terkemudian : Orange Range - Hana
Kalaulah aku mampu menghari-esokkan tibanya, alangkah....
+ Insya Allah ke MASKARA Shorties di hari keSabtuan ini... berjumpa kita..?
October 27, 2008
A Long Way to Go...
Opening Audio : Enigma - Sadness
Emo condition : Unstable... out of track...
I still got a long way to go.... I got no idea what's going on with me and my life a few days back... I got this weird negative feeling as if I'm so far left behind... all alone... even worse, I've turned into someone I don't even know before... I just don't know ME anymore... I'm such a freak...!
Yea... I might look normal and happy from the outside... But deep down inside, I'm dying slowly... I don't understand it... I keep losing my grip... my strength... MYSELF... I'm falling apart...
Middle Audio : David Usher - Black Black Heart
Emo condition : Better...
It feels so empty... like something's missing... Exam's coming... and I still got monstrous number of assignments to get done... damn...! I've turned into a lazy bum, freak... (I was a troublesome geek back in my good old days... missed the old times so damn much...)
I know wutcha gonna say... "Take a deep breath... sit back... relax... Everything will turn out okay as time passes by... " Shut up... It's just not gonna work...
I don't know what I want right now... Some love...? Friends...? I don't know...!
You tell me...
Anyways... goodluck for your final, everybody... you better do well... or else...
+ I got an old piece of Bible lying on the table... think it's kinda interesting to read it through... +
Finishing Audio : Muse - Stockholm Syndrome
Emo condition : Back in track...
October 24, 2008
Something For A Change....
Counting days to sit for final exams, it suddenly occurred to my mind to think deep about some issues I did not pay attention on... Well, I guess many of you are nodding fast, agree, when you guys read it for real... and realize... right now, I'm just sitting here dumbfounded thinking about things around us, of which we did not put to caution... It's about us, we are badly threatened and we don't really do anything about it... (mind me speaking English - i'm afraid it is faulty... i'm trying to improve myself.... ~0^_^0~ - even to post this, I'm so aware for any grammatical mistakes I made... forgive me... and correct me yah....! huhu...)
It started off when a friend forwarded me a link to a blogpost... it's a blog owned by two Chinese fella (don't know who they are but for sure, they are people with BIG names and titles... I don't know... go see it for yourself... huhu... ) and they were arguing about us... about UiTM... maybe many of you have known about this long ago but for those who are not, (we're equal, yeah... huhu...), please feel free to drop by and browse through the post... (including all the arguments in those 306 comments....)
Here it is... a-must-see blogpost...
Yes... it was posted on June 6th. 2006... so long ago, and I just managed to read it, now... tonight... it really opened my eyes and my mind of where and who we Malays are... some would think this as outdated, but to me, it is one gigantic alarm and threat towards us Malay... we are not being racists here, but for the issue brought up, we still care about it, right...? I wouldn't say that I am pro with this so-called 'mempertahankan Melayu' thingy because I find myself agreeing with the Chinese, in some points, somehow.... but being Malay, I think we should do something.... to change the view and those bad perceptions that other races have on us...
So, for a start, let us all friends do well in our examinations... improve our English (this goes to me myself, as well... ) and don't let them under estimate us Malays... all the best to everybody... Make it to a big score for this final, alright...! Selamat exam... ~0^_^0~
+ just my little effort for a helpless mission +
October 23, 2008
Kerna Aku Kah....?
October 19, 2008
Seminggu Hidupku yang Indah....
Audio Pemula : Kertas - Kekasih Yang Tak Dianggap
Ulangan : Kali ke-18 zillion
Minggu ni letih sekali... Isnin lagi dah bermula kepenatannya... tapi dah tak ingat pulak apa yang berlaku... iskkk... apa ya? hurm... aaa...! Kami sekelas dah mulakan persiapan untuk pameran yang berlangsung hari Khamisnya... aku bersyukur kali ni aku menyertai Promosi dan Publisiti... (jadi Setiausaha..?? ouhh... maaf.... letih sudah....) Lalu, aku dan Lead pun bertungkus lumus menyiapkan poster seperti yang kalian lihat pada post sebelum ini... Ada lagi satu design untuk fliers yang aku usahakan, tapi cam buruk plak... tak setanding dgn yang Lead buat... segan pulak nak tunjukkan... huhu...
Selasa macam²... aku masuk kelas Pn. Lela lewat gile... tapi beranikan diri jugak datang, sebab tak nak disebabkan attendance aku kene bar pulak tak pasal².... dah tak ingat berapa kali aku tuang kelas dia, dalam sengaja dan tidak... huhu... rupa²nya diorang adakan majlis ari raya yang tak official... haha... aku pun dengan penuh rasa best datang dan join... pn. lela ketat jugak tapi alhamdulillah sumanya ok... mintak maaf dari dia, maklumlah dah last class... pasni dah study week, then exam... x jumpe lagi dah... sobss.... pastu ke kelas pn.lina, dia ingatkan tentang next week presentation... argh....! kene siapkan skrip berita.... tekanan!
Petangnya kuiz Pak Bambang... aku hafal secara ribut taufan (berkesan! tapi untuk aku jela... jangan amalkan di hari anda menghadapi kuiz pula ya...!) Kuiz berjalan okey saja, it was a pop quiz actually... macam main game mase zaman Part 1 dolu²... so, macam fun, xdelah tension sgt pun... dah selesai, teringat pula assignment naskhah klasik dia satu haram aku tak mula lagi... argh.... tekanan!
Malamnya, aku betulkan design poster dan fliers... tido kul 4 jugak lah... ingatkan nak stay up wat assignment lain pulak... tapi macam dah cannot go, aku lelap juga akhirnya...
Pagi esoknya terjaga (ye tuan².. dah ari Rabu...) dengan muka busuk semesta alam, Amir call dan aku hanya sempat sarung sweater, capai pendrive dan terus turun bawah... Amir dan Reez dah siap tunggu... dah clear terangkan kat Amir ape yang nak diprint dan fotostat, Amir pun pergi... Hari tu, full preparation untuk exhibition... satu hari berabis di library siapkan tapak pameran... aku selesaikan urusan promosi dan edaran poster dan fliers... Lead dah tak cihat time tu... actually dari ari semalamnya lagi mase class ETR... risau betul kat dak kecik tu... xpela aku redha je setelkan poster... jam 11.00 malam semuanya selesai dan aku setelkan assignment Totem Pn.Umi yang masih bersisa dan berbaki hampas belum siap... memang tak tidur sampai pagi.... ngantukkk...!!!
Paginya ari Khamis, masuk class Pn. Umi, present (maaf... aku kehujanan terlayan emosi dengan content presentation aritu...) huhu... dah slesai, terus bergegas uruskan invitation kepada semua lecturer... dan buat announcement pula ke sluruh kolej tentang 'Journey to The Root' kami... baru aku berkejar ke library pula... orang dah mula datang, memang teruja... aku jaga bahagian pendaftaran sampai petang... jam 4 perasmian oleh En. Norman, dan dia puji exhibition kami... alhamdulillah... jam 6, bum out secepat kilat... setel dalam sejam kemudian... aku pulang kehampehan kerana penat dan bersiap kocoh² pula untuk ke SACC Mall, menyupport Cinephoto Exhibition adik² Part 3... lotih²... tapi demi mereka.... aku layankan jer....
Aku, Kyuchang dan si Penggila Kopi beRapid saja dan henti di PKNS... kami menapak saja dan sampai di sana, Prof. Rushdi Kubon sedang berucap... bangga sebab batch Part 3 berjaya buktikan kesungguhan mereka dengan mengadakan exhibition di public area... betul² tengah ground floor SACC Mall tu mereka adakan... mata umum melihat dari atas, bawah, kiri dan kanan... seronok melihat hasil² tangkapan mereka (semua kaya² ouhhh... xde satu yang aku jumpa capture pakai semi auto... sume main DSLR... huhu... tak macam zaman kami yang belum berkemampuan...). Namun ada juga yang masih belum manfaatkan sepenuhnya kelebihan itu... antara banyak² gambar yang bagus, ada juga yang masih so-so... hurm... xpelah... aku pun teruk juga belajar masa sezaman mereka dulu.... huhu.... salute lah...! Terealisasi hasrat FACT di SACC... jeles juga... mereka beruntung (walaupun mereka sedikit berhabis untuk bayaran tempat) sebab berjaya juga dapatkan tempat tu, tak macam kami dulu, di PTAR saja... huhu... malam itu pulang ke kolej dengan abang Azri Abu Hassan... pecah perut ketawa dengan kelakar Faliq yang tak pernah abis... riuh sekereta... huuu...
Jumaat punya cerita.. siangnya tiada apa... cuma malamnya aku ke DSB menonton filem pertama terbitan Fakulti, iaitu filem Wayang... ya, kisahnya menarik... cerita cinta unik namun tagline yang sedikit menggeletek aku kira... huhu... persampahkan lah... kisahnya yang aku nak ulas di sini... lakonan Zulhuzaimy baik sekali, begitu juga Kak Mas Muharni (senior teater aku yang sempat ber'Medea' bersama dua semester lalu... huhu...) tapi biasalah, sampai satu part tu terasa macam dah jadi video korporat pula sebab terlalu nak memperkenalkan UiTM dan FACT di situ... tapi aku fahamlah kenapa... cuma mungkin boleh didinamikkan cara penonjolannya itu... ya... memang DSB gegar dengan sorak saat nama fakulti di-zoom-in pada pintu kereta... tapi entah... segan pula melihat babak itu... huhu... sepanjang menonton, aku terimbas pulak kenangan masa jadi Tok Dalang semasa persembahan EKA di zaman Part 2 dulu... indah... aku memang cintakan wayang kulit...! seninya indah sekali... sesiapa yang tidak menonton kelmarin, silalah ke panggung 13 November nanti... tak rugi... anda ingin tahu hebatnya wayang kulit? ya, tonton filem ini... trimas...
Huhuhu... malam ni pula... pengalamannya luar biasa skali... ceritanya bermula begini...
Awalnya, aku ke Panggung Lambang Sari, Istana Budaya menonton showcase dak² Part 6, teater Roh Anai-Anai.... teater bergenre absurd yang pertama aku tonton, aku kira.... pementasan untuk show kedua malam ni baik secara keseluruhannya, pada pemerhatian kasar aku... aku belum layak sangat @ pandai nak menilai teater lagi... pemahaman cerita secara total pun masih melalui proses penghadaman, masih kabur dan kurang jelas, semuanya penuh absurd! (yaa...walaupun aku dah melihat skripnya, sambil kakak roommate aku yang juga peranan utama dalam pementasan ini menghafal skrip di bilik.... you rawkkk the show, Bel...!) But all over, it was a good show... pementasan yang diadaptasi dari naskhah asalnya "I am Not Eugene" arahan Tone Brulin ini aku anggap sebagai satu karya berat dan sebenarnya, bagi batch Part 6 yang mampu pentaskan naskhah ni dengan baik, they really deserved a standing ovation... Walaupun seat tidak penuh malam ini (mungkin ramai yang dah datang pada 1st show semalam, dan panggung Lambang Sari taklah sebesar mana), i considered it as a big success... Nada ceritanya rancak, jadi aku tidak khuatir diserang gejala kantuk pada saat show berlangsung... Setiap saat aku tak lepas menyaksikan, tidak langsung teralih perhatian... Dengan binaan props dan set pentas (ya... memang hanya gunakan kerusi dengan binaan tinggi mencecah bumbung panggung dan sedikit prop lain, sangat simple tapi kreatif terlalu...) Semua pelakon tampak profesional dan bersahaja (pada penilaian aku lah....) Aku paling suka kesan lighting yang cukup outstanding, idea penggunaan kamera pada wajah pencerita dan heller (menarik!) dan tak ketinggalan kostum pelakon yang fabulous...! Semuanya meriah sekali... dan paling gempak pada babak Datu Hazriel mengetuai part rapping diikuti pelakon lain.... Sekali lagi, seperti juga showcase² pada semester lalu, pementasan yang baik seringnya mencerminkan keakraban dan persahabatan yang utuh antara seluruh kepala yang terlibat sebagai satu team... dari pelakon, pensyarah, hinggalah ke crew keseluruhannya.... salute....!
Seronoknya pada akhir show, semua pelakon keluar bersalaman dengan pelakon dan pensyarah... (yaa... seronoknya sebab ramai di kalangan mereka yang aku kenal... kalau tak, mungkin tak best jugak la kan... heheh....!) Kisah Roh Anai-Anai tamat di situ...
Habis show (actually sebelum show bermula lagi...) aku ketemu Wawa, teman sekelas lama... Dia datang dengan Wan Panjang... kami (aku, si penggila kopi dan si cakah debab) diajak lepak² cari makan sebelum balik... so, kami follow lah... kami lepak di Murni kat PJ SS2... aku blum pernah lepak yg betul² enjoy and rasa abiss kenikmatan melepak itu sendiri... suasana di situ beri aku rasa truly Malaysian experience [ehh... tringat statement ini yang pernah aku komen di blog seseorang.. huhu...trimas lah kerana menyukai statement ini... =) ]... meriahnya keadaan di situ dengan seniman jalanan bergitar di pinggiran, manusia pelbagai bangsa, agama dan warna kulit duduk makan minum bersama... entah kenapa aku benar² damai dengan iramanya... aku tidak racist (itu pasti...) tidak juga terlampau tidak kisah dengan ragam sosial tapi aku rasa keadaan itu cukup manis dan terlintas dalam fikiran aku lalu aku beritahu pada Wawa... "Kalau ada pelancong asing misalnya tanya dan minta di-describe-kan Malaysia itu apa, aku akan suruh dia datang ke sini sendiri, x payah susah² nak jelaskan..." Wawa hanya senyum setuju...
Kami makan suka² dan kenyang mengah²... haha... aku tak peduli, aku nak kongsikan menu yang jadi santapan kami sebentar tadi... seperti biasa aku berteh tarik saja (tekak yang ditakluki kuman batuk tak mengizinkan aku berais dalam minuman), Akash dengan milo aisnya, si Jajan dengan air 'I Love You' yang pernah disarankan seorang teman... lalu dia terus memesan... huhu... hebat minumannya... nak tahu, nanti tanya dia... Wan dengan jus tembikai (memang tak macam tembikai biasa... hebat dressingnya...) dan Wawa pula memesan 'Mango Special... minuman yang istimewa di serve dalam balang besar... menarik... uniknya, semua order yang dipesan tak pun ditulis di kertas, semuanya diingat sahaja dalam kepala si pelayan... giler suspekk...! pastu, tak sempat menunggu lama, makanan yg dipesan pun sampai ke meja... memang cepat servisnya...
Makanan pula yang tersenarai sebagai 'recommended' pula seperti Roti Hawaii dan Mi Raja... enak...! lepas makan kene duduk lepak² dulu... xkan boleh balik terus punya... kenyang amat! Banyak gambar menarik yang aku nak kongsikan, tapi nantilah di lain post... belum sedut dari kamera...
Balik dari makan², kembali semula ke kolej... esok schedulenya kembali ke normal, ke stadium mengerjakan praktikal AUG... memang minggu yang letih...! Assignment berderet... terseret aku dalam kancah tekanan mental kalau tahap tensi yang aku alami ni melampaui batas...
Antara assignment yang perlu di submit :
- Storyboard ringkas PPA 300
- Kelebihan dan Kekurangan Industri Filem Malaysia PPA 300
- Full trip jurnal PPA 300 juga...! adehh.. Prof... tulun...
- skrip berita Pn. Lina... argh...!
- Kritikan Teater Islam Pn. Umi
- Analisis Naskhah Klasik Pak Bambang... ouhhh...!!
Semoga kalian ketemu aku esok dalam masih berkeadaan normal dan belum gila...
Terima kasih kerana sudi baca entri yang maha panjang ni... ~0^_^0~
Audio Penyudah : 30 Seconds to Mars - A Beautiful Lie
+ kasi hantuk lu punya kapla pegi dinding laa.... +
October 16, 2008
October 11, 2008
Sakit... Hampehhh aRr.... aPe keJadaHnyEe seMua iNi...??
October 9, 2008
"Kami The Movie : Hidup Ini Memang Palat... Tapi Esok Masih Ada..."
Hiyargh... akhirnya tercapai juga cita² nak menonton filem ini...
Bumi Taiping Bandar Warisan itu yang ketandusan sekian lama akhirnya menerima sinar bahagia apabila Taiping Sentral dibuka dan ada wayang...!! Yihaa... (slain Vincci, Kenny Rogers, etc... kakak aku suka laa sangat...) Pada raya ke-3 kami pergi menonton...
Lalu, kepulangan ke kampung hari raya lalu, aku bagai seorang perantau yang sudah berkurun tidak pulang ke kampung halaman... Taiping dah banyak membangun...! Ada hospital berbayar macam drama General Hospital tu.. pergh! Jakun tiba² melihat kampungku...
Okeh... ni bukan nak cite pasal betapa hebatnya bandar Taipingku, tapi sedikit review pasal filem ini: Kami The Movie...
(For more info, sila ke www.projekkami.com)
Aku berpuas hati dengan hasilnya... Pengarah bersama filem ini, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak ternyata bijak mengatur strategi memancing minat remaja (macam aku...) sekaligus meletakkan golongan muda sebagai target audiens utama. Filem ini aku consider sebagai berjaya dengan segala persoalan terungkai, plot digarap kreatif (macam mana drama episodnya tak linear, filemnya juga begitu tapi taklah terlalu 'dimain²kan') serta gandingan pelakon yang mantap semestinya (yaaa... tidak terkecuali watak Ali lakonan Syarul Ezani Mohamed Ezzuddeen... s.a.y.a. s.a.n.g.a.t. s.u.k.a. d.i.a.a.a.aaaa...!!) hahaaa... semuanya wajah pendatang baru industri tapi semuanya berjaya bawa watak masing² penuh jaya, aku kira...
Starting movienya penuh smart... kira connect dengan jiwa gelora remaja (huwahhh...!) lalu membuatkan aku terus asyik menyumbat popcorn tanpa mengalihkan mata dari layar dari permulaan cerita hingga penamatnya.
Permulaan cerita menunjukkan aksi Abu (lakonan Nas-T) yang banyak betul masalah pergaduhan dan menambah lagi masalah dengan melarikan diri dari pusat tahanan (ker pusat latihan @ sekolah budak jahat?? mane² lah...) Selamat keluar dari situ, terus bertemu Ali... Terus bertemu gadis²nya pula - Adii, Sofie dan Lyn (sangat suka watak Adii... sempoi smart seyh...). Mereka kemudian ke pantai meraikan hari Abu bebas (padahal larikan diri dari 6 bulan lagi tempoh tamat hukumannya...) Babak bersuka ria dan selamba bersahaja remaja yang dipaparkan tu aku tak berapa berkenan lah... well... remaja Melayu memang realitinya bebas camtu ehh? Yelah agaknya kut... sebab tu difilemkan... huhu... tolak satu markah di situ...
Kemudian konflik setiap watak dikupas satu persatu... Kisah Ali dengan masalah keluarganya (sayang jer watak Alisha lakonan Sazzy Falak xde setelah di'movie'kan... watak mak Ali pulak tak menyerlah sangat bila diganti dgn Norish Karman... anyway tak affect pun, dua² tu watak yg tak brapa penting...) ditambah lagi masalah kerjanya as pegawai pelancongan (yer kowttt..? kejenye mempromosi pakej pelancongan...) yang dia tak suka gila... blum masuk konflik cintanya lagi... iskkk... lalu dia hampir² je ambik dadah smula... (huhh... tension seyh jadi Ali... iskk²... xpe, I kan ade... wahahaha...!!) Kisah Abu dengan masalah attitude yg tak abis²... dia bukan budak jahat pun... tapi tahla, mungkin faktor keadaan wat die jadi camtu... Kisah Lyn pulak yang terus merahsiakan identitinya sebagai Teka-Teki... pulak tu didatangi smula Boy (so-called bf dier dari kampung dolu...) yang dah datang ke KL pulak dan kembali menariknya terlibat dengan aktiviti menjual dadah... Kisah Adii plak yang bercinta tak kesampaian dengan Vanilla Ais iaitu abang Abu, terus terbuai dengan cinta internet... Sofie dilema oleh masalah maknya yang berproblema dengan perkahwinan... kesian minah ni sampai masalah tu hampir affect peluangnya sambung belajar ke luar negara....
Konflik tambah rumit bila semua masalah bersatu dan saling berkait antara satu sama lain... Lyn terkantoi sampai Abu tahu yang dia sebenarnya adalah Teka-Teki tapi atas dasar komplot kawan², Abu tak bocorkan pun rahsia tu kepada kawan² lain, especially Ali yg teruk kene hentam dek si Lyn dalam review sebuah majalah tentang bandnya : The Disasters (eyhh... lagu band ni mase part last gig tu tangkap gak owhh...) Pastu Abu yang melarikan diri terus kene hambat dengan Pak Din, penjaga dari tempat tahanannya. Nak balik rumah, serba salah sebab ade bapaknye. Lalu, Abu lepak di rumah Ali...
Sampai klimaksnya bila Ali dapat hidu aktiviti tak sihat Lyn... dan dapat tahu Lyn terlibat plak dengan Boy @ Zahiril Adzim (watak dier memang lahanat... betul tak leh blah, rase nak blasah seyhh.... ecehhh...hangin plak gua... tapi ade iras² celaka macam lakonan Zulhuzaimy ataupun Iqram Dinzly... huuu... layak sungguh... way to go, dude...! Bakat beliau punya masa depan cerah... seriously...) pastu kerana nak selamatkan Ali yang cuba campur tangan dalam hal Lyn, akhirnya Abu yang mati kene tikam oleh Boy. Giler sedih part ni, tapi memang tak leh blah time Abu dah nak mati dalam kete tu, leh wat klaka hampeh lagi... (bukan nak mengucap..!!) Iskkk... tapi memang best lar watak Abu... style... lastly, tak sempat Ali drive sampai hospital, Abu dah pun lelap... sangat sedih part ini... Aku nangis sambil makan popcorn!! Dah macam tengok cite industan plak... iskkk... dan iskk...
Penamatnya, Ali dapat jugak tahu yang Lyn sebenarnya Teka-Teki yang duk merahsiakan diri selama ni. Agak² macam cinta berputik kut antara diorang ni... huhu.... jelesss uhh... Adii pulak terjawab persoalan bila Abu sempat sampaikan satu package lengkap berisi shirt dan gambar² dia dengan abangnya... Sofie plak selamat sambung belajar luar negara (yaaa...aku sukaaa sekali endingnya... lakonan Juliana Evans ni memang menjengkelkan arr... minah kontrol + gurlie terlalu... geli tekak gua... erhhh..!)
Habisnya memang sedih sebab watak Abu yang happening dimatikan begitu... Kalau movie nie ade 'remake', hopefully wat ending yg lain arr... xleh blah sedih wohhh bile Abu mati... argh...!!
Pepun, Kami The Movie memang deserve kasi salute lahhh... So, people... go watch the movie....!!! Tak rugi support local film kita... plus, kebanyakan movie² indie Red Films takde yang tak best... bebila nanti pegi, arite....! For more info, sila ke www.projekkami.com
Saluttt...!!
Empat bintang... ♥ ♥ ♥ ♥
+ Mahu cari lagu band The Disasters...! Sesiapa...? ♫ ♫ +
~0^_^0~
September 26, 2008
So Long pEopLe.... hUuu...
Catatan hari²ku bermula esok.... (erm... bukan esok, kejap lagi...)
saHUr... mungkin dalam keadaan lalok mengantuk...
maNdi......! Yeaaa... Bbbrrrr..... chejukkk...
aLhamDuLiLLah... ya... yang wajib itu harus dikerja'in... soLat...
Hurm.... kemudian tunggu bas.... ughh....
Lepas tunggu bas... naik bas arrr...
then...loooooong way to go...
I'd prefer the 'zzZZzz...' activity... huhu...
Yeaaaa.... mOm... I'm home.....!!!
Tak brape hari pastu... rayerrr....!!! Maaf zahir batin semuaaa...!!!
Tak leh lupe, kene gi jumpe my hunny-bunny...! Gi smayang rayer dengan die... emmwahh!!
Pastu.... makan... makan.... dan makan.... til I got this look on my face... aahahah..!
Time to go... huuu... da balik ke Puncak tercinta.... bye.... everybody at home... sobss...
Pastu.... kene study....! Exam's coming y'all... Huhuhu... adesss.. pecah kpala gue... da abisss dah raye...
+ Jangan tensi.... +
September 20, 2008
Kalau Hanya 30 Minit Diberi...
Audio : 30 Minutes by t.A.T.u...
" 30 minutes to mend all the lies...
30 minutes to make up my mind...
30 minutes to finally decide... "
Kalau diberikan kamu...
Hanya 30 minit tempoh waktu...
Sebelum dijemput ke alam lagi satu...
Apa yang akan kamu buat dahulu...
Saya ingin dakap erat semua yang saya mahu...
dan ucapkan kata satu...
"Saya sayang kamu..."
" 30 minutes to make up my mind...
30 minutes to finally decide... "
+ Katakan... jangan lagi tunggu... +
September 15, 2008
Tolong... Jauhkan Perkataan ITU....!!! Itu Sudahhh...
Ermmm..? Pameran team MCP... dokumentasi AUG...?
Itu .......................... ~ Errr...
Apa?
Setiausaha?
Owhh...
Tak perlu susah²...
Saya... tidak berminat sudah....
Minta maaf...
SELESAI sudahh....
September 13, 2008
THE KILL
Laugh it all off in your face
What would you do?
What if I fell to the floor
Couldn't take all this anymore
What would you do?
Come, break me down
Bury me, bury me
I am finished with you
What if I wanted to fight
Beg for the rest of my life
What would you do?
You say you wanted more
What are you waiting for?
I'm not running from you
Come, break me down
Bury me, bury me
I am finished with you
Look in my eyes
You're killing me, killing me
All I wanted was you
I tried to be someone else
But nothing seemed to change
I know now, this is who I really am inside
I've finally found myself
Fighting for a chance
I know now, this is who I really am
~ JARED LETO of 30 Seconds to Mars
+ they just raaawwwkkkk +
September 5, 2008
It's a TAG......!
This thingie came just at the right time.... Thanx, Affan.... I'm on top of your list to be TAGGED... huhu... since this TAG is kinda long.... so I took quite some time replying....
Just remember their names... If you keep forgetting, write them in a piece of paper... Don't read the questionaire underneath until you write the names of all 5 people. This is a lot funnier if you write the names randomly.
No Cheating!
anD thE TAG starts NOW...!!
Here goes my answer for the earlier question... the 5 people are.... : ^_^
1. Jaja tHe Jajan - tRuEst bUddY...
2. zUL ^LanGsi-cRew^ KiFLi - da' always-On-YM gUy...
3. aNna-Rina - a GrrrEat phOtogRaphEr...
4. Da 'S' gUy - miSta mEsmeRizin' sMiLe...
5. RaiZ Haris - gOod ^wacKo^ fRieNd
Reminder : Don't read ahead until you listed out five names you're thinking of...!
OKAY... You may start now...
Question 1 : How do you meet No. 1?
When I started studying in UiTM... I didn't really remember when was the point that we became close friends... huhu... coz we're of totally different personalities but I wonder how we can get along together really well... may God bless our friendship till the end of our lives... =)
Question 2 : On the Scale of 1 - 10, how do you rate your relationship with No. 1?
I would give it an 8... I hope I known her well enough at this rate... we shared quite a lot... huhu... hopefully...
Question 3 : How long have you known No. 4?
Not really that long... I just recognize him around early this semester...
Question 4 : How do you know No. 3?
Through a good friend's contacts on his Flickr page... I fell in love with the pictures she captured at first glance... just like that!
Question 5 : Where is No. 5?
He's currently studying in Cité University in Beaulieu, Rennes, France... He was here in Malaysia a few months back during his break... but I guess he went back there already by now...
Question 6 : A Fact about No. 1?
She might look serious at all times but if you really know her long enough, she's not what you see on the outside... she's a true camera freak...! And she's so good at it... You can never read her mind... give it a try... she thinks big, wide and intelectually... (haha... I'm not answering this according to question requirement... this is no longer a FACT, but LOTS OF FACTS... haha... forgive me... =P )
Question 7 : Who is no 4 going out with?
Well... I don't think I wanna know... uhh... damn... please... next question...!
Question 8 : What does No. 1 do for living?
She does what I do... we're all students, remember?
Question 9 : Would you live with No. 3?
Whoa... really would love to...!! I'll learn all about cameras from her... I promise! I wanna be like her sooo badly...
Question 10 : What do you like about No. 2?
He has what it takes to be a Mr. Nice Guy... he's kind, cute, not a spoiled mummy's boy... uhuh... but for the time being, he's just a good friend...
Question 11 : Do you miss No. 5?
Yea... sooo much.... teh first and the last time i saw him was in March 2006... never seen him eversince...
Question 12 : Would you make out with No. 4?
Nope... Err... I don't know...
Question 13 : What is your opinion of No. 2?
He's nice... that's all...
Question 14 : What is your fave memory with No. 5?
We were together in PKTR - Program Kepimpinan Tun Razak, a two-weeks camp organized by Yayasan Tun Razak... that was the sweetest memory in my life... to get to know all 60 bright students from all around Malaysia... I remembered he was the wackiest among all... we all acted in a play during the last day performance... and we are of same star sign - Pisces. We're both borned in March... we sorta celebrated our birthdays together.. weee... how sweet... miss him... sobss... =(
Question 15 : What would you do if No. 1 going out with No. 2?
Aiyaiyai...! I can't imagine that ever happened! Going out together sounds okay... but they wouldn't make a good couple... seriously... they're of totally different interests and backgrounds... Huwahhh...!! A bad prediction ay... but.... uhuh...
Question 16 : Ever had a long conversation with No. 5?
Yeap... thru YM... it was on the last June 24th. We had a very long chat... we closed the session at around 5 in the morning... huhu...
Question 17 : Have you ever sleep at No. 2's house?
Nope... never even meet him... I first knew him from MIRC... then MySpace... then YM....
Question 18 : Do you hang out with N0. 3 often?
Nope... not yet... hehe... maybe someday...
Question 19 : Who do you known the longest?
Erm... counting the time... it's gonna be Raiz lah... but not as much as I know miss No. 1... huhu...
Question 20 : How often do you talk to No. 1?
It seems like... everyday...! Unfortunately, we stay separately... if we're roommates, we sure would chatter 24/7...!
Question 21 : What about No. 2?
Only thru YM... yea... almost everyday in this week...
Question 22 : Have you every thought No. 3 more than a friend?
Nope... well... I would think of her as a super sifu sista, perhaps...
Question 23 : May be you want to go out for a date with No. 5?
Erm... I would say... yah... why not? But I guess that won't involve any lovey-dovey thingie... honestly...
Question 24 : Do you dream about No. 2?
Nope... how on earth would I...? but I once dreamt of this emo-guy pic he displayed in his MS page and YM... it's only because I think that guy in da pic is hawtt...
Question 25 : What did No. 4 did to you that you never forget?
He smiled to me yesterday...! Uuu... weee...! Lalala...
Question 26 : What have you done to No. 1 that he never forget?
Arh...? Did I ever did anything to Jaja that hurt her? That, I'm gonna need to ask her...
Question 27 : What is No. 3's hobby?
What else... it would absolutely be photography...!
Question 28 : Who do u want to tag next?
Jajan kOpi^^LuVa...!
Acakah Debab
Wan Chel
Amscreamo
mUz
John Melawi
ButaSeni
Qish
Fairuz 'BaJu'
abG Syali
Azizul Hafiz
Iqbal
Syah
Idora
mUhsiN
rEez...
miSsLaRaLadY
sYazzEee
Since it's a must-answer TAG... so people, there's no exception...!!
Happy TAGging...!
=)
hOw wOuLd iT FeeL Like....
i wOndEr...
hOw wOuLd iT FeeL Like...
to gO at sUch yOung aGe...
iF iT's mE...
i gUeSs i'm nOt rEady...
i havEn'T gaiN enOugH gOod dEedS...
bUt my fRienD diEd yEsteRday...
0f sKin caNcEr...
oN thE 3rd daY of bLesseD RamaDhan...
sHe's a FrieNd frOm pRimaRy scHooL...
qUite a niCe fRieNd duRing my gOod oLd daYs beiNg a cOnvEnt girL...
a saD neWs fOr thE staRt of thiS faStinG mOntH...
maY sHe reSt in PEACE....
+ al-Fatihah to Allahyarhamah Farah Fatin, a good old friend of mine +
August 29, 2008
biLa raSa iTu daTanG........
Salam... ukhuwwah fillah...
August 25, 2008
LenSa muRahkU beRakSi di QLatE....
Bernafas....
Kakiku dan Ombak...
kaMi peRnaH di Sana...
aLam cantik...
LAUT = Indah...
Bila Senja Datang...
aKu berSYAHdu...
harga = tak mahal... RM199 + RM30 for 1G memory card...
lokasi belian = Low Yat
nama = KingCom Digicam (bukan KingKong tahu...)kehebatan = camera ni 5mp jer tapi boleh up jadi 10mp... hampir standard sebuah D40X...
hasil = worth it...
komen = mari beli...!!
AKU = puas... melepas gian bergambar...