April 9, 2010

A.L. F.A.T.I.H.A.H.




Bila masanya tiba
Tidak sesat lekas
Tidak sesaat juga telat
Alunan Fatihah buat titipan
Doa sebagai iringan
Pergi seorang dia
Pergi yang bukan untuk dilupa
Dijemput Tuhan ke sana
Kembali ke asal kita.

Jangan menangis, sahabat
Kita pasti bertemu nanti
Di sana yang telah Dia janji
Di sana yang kekal abadi
Medan ini hanya untuk kita singgah
Dan perjalanan selepas ini
sesuatu yang pasti.

Aku menangis bersamamu, sahabat
Jangan ratapi hiba ini
Aku bersama-mu
Kami bersama-mu
Selalu...


** Takziah buat keluarga sahabat-ku, Safwan Husaini atas kepergian nenda-nya tercinta menyahut seruan Ilahi. Mari bersama menitip doa buat Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih sayang Ar-Rahman. Al-Fatihah...

2 comments:

madmal said...

alfatihah..

Wawan Saini said...

terima ksih zahara..
moga semuanya indah
moga arwah tenang di sana..:)

Get a Cursor! ZingerBug.com - Comments, glitter graphics, cursors, and more!